Hye Readers,
Sebelum aku sambung cerita pasal sabah, Aku nak selit skit entry pasal Liebster Award yang cik Nurie Sya Nadia tag aku haritu. Sebelum aku terlupa baik aku settlekan dulu entry ini. Sebenarnya soalan-soalan yang diberikan oleh cik Nurie kita nie pun soalan soalan killer gak..hehehe
Jom kita tengok apa yang dia nak tanya kat kitaorang...
1) Apa ciri-ciri blogger yang buat korang rajin nak blogwalking?
- Kalau ciri-ciri blogger tu dah tentu laa bergantung kepada sifat mesra alam mereka. Kalau blogger tu sombong atau macam malas nak layan, minat nak membaca entry dia pun boleh berkurangan sikit demi sedikit walaupun entry dia best.
2) Selalu korang blogging waktu bila?
- Depends on avaibility sebenarnya. Kalau betul2 free, boleh bw 2-3 kali sehari, kalau busy sikit normally aku akan spend sekali sehari and kalau betul-betul busy tak dapat laa aku nak bw.
3) Pernah tak stalker ex girldfriend?
- Nak kata stalk tu tidak laa tapi kalau melintas namanya depan timeline tu baca jugak laa..hehehehe
4) Masih berhubung dengan ex girlfriend tak?
- Just say hi jer laa, dia tanya aku okay ke tak and aku tanya dia okay balik..thats all jer tahap perbualan kitaorang.
5) Ada tak soalan yang korang rahsiakan dari girlfriend?
- Memandangkan aku xde gf, jadi tak ada apa yang nak dirahsiakan. tapi kalau ikut practice dulu memang aku tak rahsiakan apa-apa. In fact phone pun aku set with no password,
6) Kalau diberi pilihan jadi binatang korang nak jadi binatang apa?
- Ntah laa, tak pernah terpikir plak tapi mungkin binatang yang lemah lembut sebab nanti baru laa ramai orang yang belai..hehehehe
7) Bercinta dengan artis luar negara, siapakah pilihan??
- Jawapan spontan aku ialah Emma Watson.
8) Masa kecik-kecik dulu suka main apa?
- Bola sepak, Konda Kondi dan Baling Selipar.
9) Benda yang paling nakal pernah buat time sekolah?
- Time sekolah dulu memang nakal susah nak pilih yang paling nakal. Mungkin smoking kat toilet sekolah kot..hehehe
10) 3 benda yang tak boleh hidup kalau takde.
- Makanan, air, dan Internet.
11) 3 Pendapat mengenai Nurie,
- Peramah, Chantek, #KakiSelfie hahahaha
Okay, itu laa antara soalan-soalan yang dikemukakan oleh Nurie, memandang aku tak boleh nak copy soalan dari blog dia makan aku tulis balik soalan tu dengan ayat ringkas tapi maksudnya tetap sama. Kini masa untuk aku pulak bagi soalan untuk dijawab oleh blogger lain.
Soalan-soalan aku adalah: -
1) Berapa umur korang ketika korang menulis entry ini?
2) Kalau diberi peluang menjadi menteri (selain PM) portfolio menteri mana yang korang berminat?
3) Kalau diberi bakat berlakon atau menyanyi, yang mana satu korang akan kejar?
4) Pasangan ajak date, Karaoke atau Movies?
5) Selain daripada blog, media social apa lagi yang korang suka guna?
6) Tempat luar negara yang paling best korang pernah pergi?
7) Pernah tak menyesal buat sesuatu?
8) Inspirasi nama blog korang
9) 3 perkara mengenai korang
10) Siapa yang mula mula menjadi inspirasi untuk korang buat blog?
11) Pendapat ikhlas mengenai blog aku.
So itulah antara soalan-soalan yang aku ingin tanya. dan untuk kali ini mereka yang bertuah ialah seperti berikut: -
1) Ayue Jean
2) Maria Firdz
3) Muhammad Khairuddin Lim
4) RDZ
5) iMARAZAK
6) Aisya
7) Husna Zaidi
8) Farah Waheda
9) Aku Sobri
10) Nurul Hidayah
11) Bella Luna
Selamat menjawab soalan yer semua, Kepada yang lain, anda juga bebas untuk buat entry Liebster Award aku nie walaupun aku tak tag jika korang rasa rajin atau takde idea apa nak update entry..hehehe
Regards,
-Strider-
Strider Buzz
Thursday, May 15, 2014
Tuesday, May 13, 2014
#1410 - Visit Sabah 2014
Hye Readers,
Kali ini aku nak ceritakan mengenai percutian aku ke negeri sabah baru baru ini. Aku memilih penerbangan yang berlainan untuk pergi dan pulang dari sabah. Untuk ke Kota Kinabalu aku terbang menggunakan penerbangan MAS MH2612 yang bertolak pada pukul 8.25 pagi.
Untuk harga tambang menggunakan penerbangan MAS, harga yang aku dapat boleh dikatakan agak murah memandangkan tiket dibeli pada November 2013 iaitu pada harga RM 135.00. Hanya aku dan seorang kawan aku sahaja yang terbang menggunakan flight MH2612 manakala yang lain ada yang terbang menggunakan other flight MAS dan Airasia mengikut kesesuaian waktu mereka.
Seperti biasa selepas mendapatkan boarding pass dan check in segala barang supaya tak lambat kita #Selfie dulu...hahaha. Time ini muka nampak excited walaupun sebenarnya penat sebab malam sebelum tu kitaorang tidur agak lewat.
Seperti yang dijangka, penerbangan dengan MAS berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kelewatan. Hospitaliti yang diberikan oleh crew mereka juga cukup memuaskan and walaupun tiket mereka agak mahal compare to low cost airline tapi memang worth it la..
Sepanjang penerbangan aku tak ada rasa boring sebab MAS ade menyediakan ruang interaktif untuk setiap penumpang mereka. Sambil dengar lagu, makan nasi lemak yang kini tak berapa telanjang (bak kata Chef Wan) sambil menikmati pemandangan awan biru dah 2 jam kemudian, Hello Kota Kinabalu!!!!..
Sampai di Kota Kinabalu seperti biasa kita selfie dulu sementara tunggu beg sampai. Walaupun kami semua naik flight yang berbeza namun sebenarnya kali sampai lebih kurang pada waktu yang sama iaitu pada tengah hari. memandangkan kami seramai 9 orang jadi kami sewa 2 buah kereta untuk memudahkan perjalanan kami.
Harga mungkin berbeza mengikut jenis kereta tapi memandangkan salah seorang daripada kami merupakan orang sabah jadi dia dah adjust kereta ini dengan harga RM 100 sehari. Macam couple pulak aku tengok kereta ini. Kalau korang bijak laksana yang mana jantan dan yang mana betina?
Sampai di sana kami terus check in ke Promenade Service Apartment yang terletak tak jauh dari airport. Sorry,tiada gambar yang dapat aku berikan dalam hotel tu sebab aku terlupa mungkin sebab kepenatan.Basically, tempat tu takde laa luxury sangat tapi berbaloi dengan harga govt rate yang kitaorang dapat iaitu RM 100 semalam untuk satu studio suite dengan 2 katil single.
Tapi apa yang menarik kat sini, kat level GF banyak kedai-kedai runcit, 7E, kedai makan, Mcdonalds,Bar & Restaurant, Kedai urut kaki dan pelbagai jenis kedai lagi. Pendek kata kalau setakat untuk keperluan asas turun bawah jer, semua dah ada dan ia juga walking distance to Kota Kinabalu Centerpoint dan juga Waterfront.
So sampai disini dulu entry aku pasal percutian ke Sabah, segala aktiviti yang aku lain yang aku buat di sabah seperti gambar diatas ini akan aku update dalam entry berasingan nanti. Insyallah aku akan update tak lama lagi atau mungkin aku akan selang seli dengan entry Liebster Award memandangkan masih ada lagi entry yang belum aku buat.
Regards,
-Strider-
Labels:
trip
,
Vacation
,
Visit Malaysia
Monday, May 12, 2014
1409 - Flora Cafe Ampwalk
Hye Readers,
Tapi kalau korang nak buat event macam gathering, birthday, dinner anniversary, celebrate special occasion, korang digalakkan untuk membuat RSVP dulu melalui contact detail yang akan aku beri di penghujung entry ini. Ini bagi mengelakkan daripada korang kecewa apabila datang dan mendapati tiada space kerana tempat sudah fully booked.
Kalau tak silap aku, mereka juga boleh bantu korang decorate skit ruang makan tu jika korang ade special request seperti nak gantung belon etc.
Jadi setakat ini laa cerita aku pasal Flora Cafe ini. Kalau korang berminat nak try makan kat sini korang boleh hubungi Flora Cafe seperti alamat yang tertera di bawah.
Hari ini aku nak review satu tempat makan kat Kuala Lumpur yang pernah aku kunjungi baru baru ini. Tempat makan tersebut adalah Flora Cafe yang bertempat di Ampwalk Jalan Ampang. Last time aku makan kat sana adalah pada Mini Gathering yang dijalankan oleh few bloggers, kalau korang nak rasa kemeriahan gathering tersebut korang leh (klik sini)
Sebenarnya, waktu aku pergi sana haritu ada 3 elemen yang menarik perhatian aku sebenarnya dan aku akan cerita pasal 3 elemen yang menarik pasal Flora Cafe ini iaitu dari segi menu, decoration and practically for events.
1) Menu
Menu untuk Flora Cafe ini pula terdiri daripada pelbagai jenis dari masakan Melayu hinggalah kepada Western Food. Aku lupa plak nak snap gambar menu mereka hari itu time aku pergi sebab aku sendiri tak terpikir masa tu nak review pasal Flora Cafe.
![]() |
| Set Lunch Ayam Masak Merah |
![]() |
| Nampak macam sikit tapi ayam dia 2 ketul hokay... |
Pada masa itu aku order Set Lunch yang terdiri daripada masakan melayu kampung sebab itu memang favorite aku. Harga yang dikenakan adalah berpatutan dengan quality masakan dan juga portion untuk sesebuah menu.
2) Hiasan Dalaman
Memandangkan nama pun Flora Cafe, jadi susah tentu hiasan utama kedai tersebut terdiri daripada bunga-bunga yang cantik. Aku nak cerita pun tak reti jadi mari kita layan a few gambar decoration yang ada kat sana.. (Picture Credit: AyueJean)
Suasana kat dalam kedai tu pulak memang cozy dan nyaman sekali. Dengan suasana aircond yang suhu dia ngam-ngam jangan tanya kenapa kalau lepas makan korang rasa malas nak bangun.hehehe..
3) Events Practicality
Pada pendapat aku, bukan semua kedai sesuai untuk dijadikan tempat utk buat event . Ada gak kedai makanan yang sedap tapi suasana dia tak sesuai untuk event. Di Flora Cafe, ia ada kedua-duanya dan menjadi tempat yang sesuai kalau korang nak buat event atau hanya sekadar datang makan sahaja.
Kalau tak silap aku, mereka juga boleh bantu korang decorate skit ruang makan tu jika korang ade special request seperti nak gantung belon etc.
Jadi setakat ini laa cerita aku pasal Flora Cafe ini. Kalau korang berminat nak try makan kat sini korang boleh hubungi Flora Cafe seperti alamat yang tertera di bawah.
FLORA CAFE (AMPWALK)
Ground Floor, The Ampwalk 218, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur
Phone : 03-2161 8010/ 03-2181 0986 (MEL)
FB Page : https://www.facebook.com/flora.k.ampwalk
p/:s: Cerita pasal trip aku ke sabah, nanti aku akan update yaa...
Regards,
-Strider-
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Sponsored By Nuffnang
Followers
Recent Post
Bloglist Lelaki
-
-
-
-
Pinjam5 years ago
-
-
-
-
Salam Ramadhan 2019/1440H7 years ago
-
-
Semak Status IPU Jerubu Online10 years ago
Bloglist Wanita
-
-
-
-
-
-
-
Hello 2019, Hello Sahabat7 years ago
-
-
-
-
TIPS DURING RAMADHAN9 years ago
-
-
Sedih tanpa sebab10 years ago
-
adam.axz10 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva10 years ago
-
Dear Young Hearts10 years ago
-
KEMUSNAHAN TANAH SUCI MEKAH YANG DISEMBUNYIKAN12 years ago
-
Kicauan Rindu12 years ago
Terhangat Minggu Ini
Tab |

















.jpg)


