Showing posts with label trip. Show all posts
Showing posts with label trip. Show all posts

Tuesday, May 13, 2014

#1410 - Visit Sabah 2014

Hye Readers,

Kali ini aku nak ceritakan mengenai percutian aku ke negeri sabah baru baru ini. Aku memilih penerbangan yang berlainan untuk pergi dan pulang dari sabah. Untuk ke Kota Kinabalu aku terbang menggunakan penerbangan MAS MH2612 yang bertolak pada pukul 8.25 pagi. 



Untuk harga tambang menggunakan penerbangan MAS, harga yang aku dapat boleh dikatakan agak murah memandangkan tiket dibeli pada November 2013 iaitu pada harga RM 135.00. Hanya aku dan seorang kawan aku sahaja yang terbang menggunakan flight MH2612 manakala yang lain ada yang terbang menggunakan other flight MAS dan Airasia mengikut kesesuaian waktu mereka. 




Seperti  biasa selepas mendapatkan boarding pass dan check in segala barang supaya tak lambat kita #Selfie dulu...hahaha. Time ini muka nampak excited walaupun sebenarnya penat sebab malam sebelum tu kitaorang tidur agak lewat.

Seperti yang dijangka, penerbangan dengan MAS berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kelewatan. Hospitaliti yang diberikan oleh crew mereka juga cukup memuaskan and walaupun tiket mereka agak mahal compare to low cost airline tapi memang worth it la..





Sepanjang penerbangan aku tak ada rasa boring sebab MAS ade menyediakan ruang interaktif untuk setiap penumpang mereka. Sambil dengar lagu, makan nasi lemak yang kini tak berapa telanjang (bak kata Chef Wan) sambil menikmati pemandangan awan biru dah 2 jam kemudian, Hello Kota Kinabalu!!!!..




Sampai di Kota Kinabalu seperti biasa kita selfie dulu sementara tunggu beg sampai. Walaupun kami semua naik flight yang berbeza namun sebenarnya kali sampai lebih kurang pada waktu yang sama iaitu pada tengah hari. memandangkan kami seramai 9 orang jadi kami sewa 2 buah kereta untuk memudahkan perjalanan kami.

Harga mungkin berbeza mengikut jenis kereta tapi memandangkan salah seorang daripada kami merupakan orang sabah jadi dia dah adjust kereta ini dengan harga RM 100 sehari. Macam couple pulak aku tengok kereta ini. Kalau korang bijak laksana yang mana jantan dan yang mana betina?


Sampai di sana kami terus check in ke Promenade Service Apartment yang terletak tak jauh dari airport. Sorry,tiada gambar yang dapat aku berikan dalam hotel tu sebab aku terlupa mungkin sebab kepenatan.Basically, tempat tu takde laa luxury sangat tapi berbaloi dengan harga govt rate yang kitaorang dapat iaitu RM 100 semalam untuk satu studio suite dengan 2 katil single.

Tapi apa yang menarik kat sini, kat level GF banyak kedai-kedai runcit, 7E, kedai makan, Mcdonalds,Bar & Restaurant, Kedai urut kaki dan pelbagai jenis kedai lagi. Pendek kata kalau setakat untuk keperluan asas turun bawah jer, semua dah ada dan ia juga walking distance to Kota Kinabalu Centerpoint dan juga Waterfront.


So sampai disini dulu entry aku pasal percutian ke Sabah, segala aktiviti yang aku lain yang aku buat di sabah seperti gambar diatas ini akan aku update dalam entry berasingan nanti. Insyallah aku akan update tak lama lagi atau mungkin aku akan selang seli dengan entry Liebster Award memandangkan masih ada lagi entry yang belum aku buat.

Regards,
-Strider-

Monday, December 23, 2013

#1320 - Chaiwalla & Co. Honest Tea




Aku sempat curi masa jap untuk update sikit pasal trip aku ke Johor Baru. First stop semalam bila aku sampai JB ialah menikmati minum petang kat satu kedai yang dinamakan Chaiwalla & Co. Hones Tea. Kedai ini sebenarnya terletak di Lot 2810, Tan Hiok Nee Street, 80000 Johor Bahru

Konsep kedai ini sebenarnya agak menarik kerana ia hanya menggunakan kontena terpakai sebagai bahan asas untuk kedainya di samping beberapa buah meja yang ada di hadapan kedai ini. Ketika aku sampai meja sebenarnya penuh tapi disebabkan staf mereka ni baik hati jadi mereka set up lagi satu meja untuk kami.

Minuman kat kedai ini sebenarnya sedap juga laa. Aku datang minum kat kedai ni pun atas recommendation dari kawan aku. Buat masa sekarang kedai ni hanya dibuka di Johor Baru tapi melalui laman Facebook mereka, nampknya mereka akan membuka satu lagi cawangan di Kuala Lumpur.

Jadi memandangkan  akutk punyai banyak masa jadi aku stop kat sini dulu laa. Nanti ada masa aku akan update. For now aku nak spend time untuk BW jap.

Regards,
-Strider-

Friday, January 28, 2011

New Year Trip

Hola!!!!

New Year..New Year..time aku post nie pun da nk masuk Feb da..hehehe..tp nk share skit trip new year ari2 gi Langkawi..Sekali sekala nk merasa celebrate New Year kat luar KL setelah beberapa tahun tgk bunga api dalam kete..disebabkan aku da penat ni dan pinggang aku pun da sakit..aku mls nk cite pepanjang..so aku just letakkan pic ngan caption je ek..its really fun that day even though ade tmpat yang aku x sempat nk pegi....hahaha...
Kat Bus Station otw nk ke sana














Tengah tunggu bot nk belayar!!!


Batch 84`s and 87s

Ni posing berangan jd Model..hahaha

Dptkan Album Terbaru Kami Dipasaran

Beach!!

Eagle Rock Cafe
Sister 13 and Fren


Courtesy of En. Fivezal

Arial View From Our  Condo