Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Tuesday, July 1, 2014

#1443 - Spice Up Ramadhan With Fish & Co.

Hye Readers,



Last week Kak Hanim dan Kak Suria Amanda menjemput aku untuk menghadiri perlancaran Menu Spice Up Your Ramadhan Fish & Co. iaitu sebahagaian dari promosi bulan ramadhan. Perlancaran bersama media dan VIP itu telah berlangsung di tingkat 4 Pavillion Kuala Lumpur.


Setibanya aku di sana ternyata Fish  & Co. sememangnya mempunyai ruang makan yang sangat selesa walaupun dari luar ia nampak seperti kedai biasa jer. Ruang makan di Fish & Co. ini sangat besar dan mampu menampung 30-40 di sudut khas tanpa menggangu customer biasa mereka. Ini bermakna kalau korang nak buat majlis Iftar sekali dengan gathering, ini memang tempat yang sesuai

Majlis bermula dengan pendaftaran yang dijalankan pada lebih kurang 6.30ptg. Setiap peserta yang dijemput akan dibekalkan dengan goodie bag dan setelah itu kami diberikan tempat duduk serta refreshment. Sementara menunggu majlis bermula, sesi cabutan bertuah telah dijalankan dan hasilnya 2 orang pemenang telah membawa pulang Monopod sebagai tanda-tanda kenangan.

.
Let go straight to the story, Apa yang Fish & Co. offer untuk bulan ramadhan ini? Sepanjang bulan ramadhan ini Fish & Co. menyediakan salah satu set berbuka puasa untuk dua orang dengan harga RM64.95. Jangan mudah keliru dengan harga itu kerana ia bukan harga untuk seorang tapi dua orang tau.

Apa yang anda dapat apabila memilih set berbuka puasa ini? Berikut merupakan hidangan yang akan disertakan kepada mereka yan memilih set ini 


Untuk item yang pertama, Grilled Peri-Peri Chicken with Arctic Fish merupakan salah satu daripada personal fav dish saya. Ia gabungan ikan + ayam yang datang bersama french fries. Kalau ada sesiapa yang tak makan ikah itu jangan risau kerana menu ini mempunyai ayam




Item yang kedua pula ialah Seasonal Catch with Choice of Sambal or Spicy Teriyaki Sauce. Hidangan ikan ini disertakan sekali dengan fragrant rice dan sekali lagi, jika anda seorang yang tak boleh kalau tak makan nasi, maka ini adalah hidangan yang paling sesuai untuk anda Tambahan pula dengan sauce dia yang memang mantap.

Berbuka tak sah tanpa ada minuman, jadi Fish & Co. juga menyediakan 2 gelas minuman yang dipanggil Mocktails Summer Coolers. Korang jangan terkejut sepanjang event tu ini adalah minuman feveret aku. Seriously korang tak akan dapat rasa air ini kat mana-mana kedai yang korang pergi.


Tak cukup dengan itu, untuk puncuci mulut pulak korang akan dihidangkan dengan Triple Chocolate Cake  iaitu 3 lapisan kek coklat yang akan membuatkan korang kenyang walaupun makan sesuap dua.


Kalau tak cukup dengan itu, korang juga boleh order extra side order special mereka iaitu Prawn Fritters yang rangup ini. Prawn Fritters ini pula dijual berasingan dengan harga RM8.95 untuk 5 pcs.


So, selesai sudah dengan special promo untuk bulan puasa ini jadi mari kita layan beberapa keping menarik ketika majlis berkenaan.



Mamat hensem merangkap tuan punya blog sedang malu-malu tapi lapar


Tuan pengacara majlis untuk malam itu. Sangat sempoi dan kelakar brader ini.


Mocchi dan SA sedang sibuk update tentang promosi terbaru  Fish & Co. sampai tak perasan kek dah sampai.


Ini merupakan dua orang pemenang yang berjaya membawa pulang monopod sebagai hadiah cabutan bertuah pada malam itu.


Dr Fazley (Juara Celebrity Masterchef) juga turut berada disana bagi mencuba menu terbaru Fish & Co. dan review dia.. Thumbs Up!!!

Selepas membaca entry ini dan anda terasa macam nak pergi cuba untuk nilai sendiri, promosi ini bukan hanya dijalankan di pavillion sahaja. Fish & Co masih mempunyai 3 lagi cawangan selain pavilion iaitu di One Utama, Paradigm Mall dan juga The Mines. Kalau tak sure location kedai dia belah mana di dalam mall yang disebutkan tadi, mungkin gambar dibawah ini boleh membantu.

Credit Pictures: Google Images

Hasil perbualan dengan dengan Sales Manager dia hari itu, khabarnya Fish & Co. sedang dalam proses untuk membuka satu lagi cawangan di sebuah kompleks membeli belah yang baru namun butiranya masih belum diumumkan. Nampaknya makin lama makin banyak cawangan Fish & Co. ini.

Jadi itu laa, serba sedikit mengenai pelancaran menu ramadhan Fish & Co.dan serba sedikit mengenai tempat ini.Secara keseluruhan bagi peminat ikan atau makanan laut, Restoran ini mungkin akan menjadi restoran kegemaran anda.  Untuk maklumat lanjut mngenai Fish and Co. anda boleh menghubungi mereka seperti butiran di bawah :

Akhir sekali terima kasih kepada mereka semua yang  terlibat dalam menguruskan majlis pelancaran SpiceUp Ramadhan Fish & Co. ini. Jadi, Bila nak berbuka kat Fish & Co.???  Ada sesiapa yang pernah makan kat sini?

                                                        #FishNCoMY #MYSeafoodInAPan

Regards,
-Strider-

Saturday, June 14, 2014

#1433 - Review Teater Projek Kahwin

Sticky Post Until 14 June 2014

Hye  Readers,


Sepatutnya aku nak update pasal entry ATV hari itu, tapi aku bagi laluan dulu untuk satu entry mengenai review teater yang aku pergi semalam kat Istana Budaya. Producer untuk teater nie rupanya merupakan kawan kepada kawan aku dan salah seorang pelakonya pun sebenarnya kawan aku jugak. So last night we all decide untuk datang and beri support kepada mereka.

Projek Kahwin ini merupakan salah satu teater yang sesuai untuk semua jenis golongan. Sama ada korang hendak berkahwin, baru bercinta, malah para ibu bapa juga digalakkan untuk menonton teater bagi memahami apa itu sebenarnya erti sebuah perkahwinan.

Kami yang belum berkahwin (kecuali seorang)
Latar belakang cerita ini lebih kurang sama dengan mana-mana cerita Hollywood, Bollywood, Korea dan drama lain seluruh dunia dimana ia mengisahkan halangan yang dihadapi oleh 2 pasangan bercinta iaitu Nisa dan Rizal. Apa yang membuatkan menarik ialah jalan ceritanya yang sebenarnya realiti dalam kehidupan masyarakat kini. 

Sipnosis cerita ini mengisahkan tentang Rizal yang ingin mengahwini kekasihnya Nisa tetapi mendapat pelbagai halangan apabila pihak keluarga mengambil keputusan untuk turut sama melibatkan diri dalam menjayakan majlis perkahwinan mereka.

Iklan Jap..hahaha :D
Namun setiap niat yang baik pasti akan mendapat pertolongan dari Allah swt. Semakin dekat tarikh pernikahan, mereka mendapat bantuan sokongan  dari sesesorang. Kalau nak tau siapa, korang kena tengok sendiri cerita ini.

Menonton teater ini juga, korang akan dapat mixed feeling, iaitu ada part yang serius, ada part kelakar yang secukup rasa, dan juga tak dilupakan pengajaran yang boleh diambil sama pasangan yang sedang bercinta, yang hendak melangsungkan perkhawinan dan juga ibu bapa yang mempunyai anak untuk di kahwinkan satu hari nanti.

Penampilan Imam Muda Asyaf di dalam teater merupakan salah satu kekuatan dalam filem ini. Dengan cerita-cerita mengenai sirah Rasullullah s.a.w dan para-para sahabat, korang akan tahu betapa mudahnya perkahwinan itu pada sisi islam.

Jadual pementasan untuk teater Projek Kahwin dan juga para-para pelakon yang terlibat pula adalah seperti berikut:-

JADUAL PEMENTASAN TEATER PROJEK KAHWIN

ARTIS YANG TERLIBAT
TARIKH PEMENTASAN
IZZUE ISLAM, KILAFAIRY, SHAH ISKANDAR, KAKA AZRAFF, IMAM MUDA ASYRAF, SHERRY ALHADAD, ZULIN AZIZ
6 JUN 2014 – 8.30PM
7 JUN 2014 – 3.00PM (MATINEE) & 8.30PM
8 JUN 2014 – 8.30PM
9 JUN 2014 – BREAK
10 JUN 2014 – 8.30PM
11 JUN 2014 – 8.30PM
IZZUE ISLAM, HANEZ SURAYA, SHAH ISKANDAR, KAKA AZRAFF, IMAM MUDA ASYRAF, SHERRY ALHADAD, ZULIN AZIZ
12 JUN 2014 – 8.30PM
13 JUN 2014 – 8.30PM
14 JUN 2014 – 3.00PM (MATINEE) & 8.30PM


Tiket untuk Teater Projek Kahwin ini dijual pada harga  RM35, RM 55, RM85, RM125, RM155, RM185 & RM225 (PLATINUM) boleh didapati di AirAsiaRedTix dan di kaunter BoxOffice Istana Budaya. Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi lawat laman web http://redtix.airasia.com/

So, setakat ini jer review aku untuk teater ini, personally aku rasa kekuatan teater ini terletak pada jalan ceritanya yang merupakan realiti zaman sekarang. I'm sure kalau korang tak pernah pernah melaluinya, at least korang pernah dengar situasi ini berlaku. Semoga teater ini dapat memberi pengajaran kepada mereka yang menontonya.

Regards,
-Strider-


Wednesday, June 11, 2014

#1431 - Movie Review : Blended

Hye Readers,



First of all terima kasih kepada pihak Nuffnang yang memberikan aku 2 keping ticket untuk preview screening filem Blended yang bertempat di TGV One Utama semalam. Where do i start? best..best dan sangat best sebenarnya cerita ini. 

Basically cerita ini mengisahkan Jim yang merupakan seorang duda anak tiga (semua perempuan) dan Lauren seorang janda anak dua (semua lelaki) yang jatuh cinta secara tak sengaja ketika sedang bercuti dengan keluarga masing-masing di Afrika Selatan.

Cerita ini sangat kelakar dari permulaan cerita sehingga habis sampaikan aku pun krem mulut sebab ketawa sambil mengunyah pop-corn. Walaupun cerita ini merupakan cerita komedi namun cerita ini mempunyai pengajaran yang tersendiri especially kepada single parent dan semua parent diluar sana.

Konsep kekeluargaan menjadi elemen utama cerita ini walaupun pada awalnya aku menganggap bahawa elemen cinta akan menjadi elemen utama. Pendek kata cerita ini mengisahkan bagaimana 2 keluarga ini "blended" dan akhirnya menjadi satu family yang bahagia.

Walaupun aku anggap cerita ini best dan sangat kelakar namun aku harus nasihatkan yang viewers desecration is advised kerana terdapat beberapa lawak/scene dirty jokes dalam filem ini. Namun bagi aku ia adalah perkara biasa bagi adult viewers.

So far, aku rasa movie ini merupakan antara movie romantic comedy yang terbaik aku pernah tengok dan aku amat sarankan korang tengok dekat wayang.Untuk movie ini rating yang aku berikan ialah 9/10 dan sebenarnya aku sanggup untuk membayar tiket dan meyaksikannya filem ini buat kali kedua.

Regards,
-Strider-

Wednesday, June 4, 2014

#1424 - Filem Review : Abang Long Fadil

Hye Readers,



Lama dah rasanya aku tak update blog ini. Lately aku busy skit dengan ada satu projek yang bakal dijalankan. Insyallah kalau jadi nanti aku update laa kat sini. 2 Hari lepas aku sempat pergi menonton cerita Abang Long Fadil iaitu filem terbaru Syafiq Yusuf yang juga merupakan adik kepada Syamsul Yusof.

Sebelum ini, aku mendapat mix review mengenai filem ini, ada yang kata its a good movie dan ada juga yang kata filem ini mengarut.So lepas menonton sendiri aku pun tak tahu nak tulis macam mana sebab ada kekuatan dan ada juga kekurangan dalam filem ini.



Filem ini merupakan kesinambungan dari filem cerita KL Gangster dan ia mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil ketika sahabat baiknya Malik berada di dalam penjara.. Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster-gangster di KL iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani .

Kampung Berani adalah satu kawasan di kampung di tengah tengah Kuala Lumpur yang itu dipegang oleh seorang gangster besar yang tidak diketahui identitinya . Pelbagai peristiwa berlaku dalam percubaan Fadil untuk menakluk Kampung Berani. Jadi aku akan share kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam filem ini mengikut pendapat peribadi aku.

Kekuatan pada filem ini adalah pada CGi yang digunakan. Banyak jugak babak CGi yang nampak agak real pada mata aku, In fact kalau compare dengan CGi filem-filem tempatan aku rasa ini yg terbaik aku pernah saksikan walaupun ade few yang nampak kartun.


Dari segi jalan cerita pulak, still not bad bagi aku sebab ia lebih menekankan kepada konflik nilai kekeluargaan dan juga persahabatan. Filem ini sebenarnya adalah filem yang 80% lawak dari awal sampai habis, jadi jangan letakkan harapan untuk menonton secara serius.

Kelemahan filem ini pula adalah pada lawaknya, Aku tak paham kenapa orang cakap citer tu kelakar sangat. Adakah mereka tak tengok Maharajalawak Mega ataupun expectation aku terhadap lawak dah semakin tinggi. Ada satu scene tu secara tiba-tiba ada babak Bohsia, KL Drift, Gerak Khas dan babak-babak filem skop production. dan scene tu takde kena mengena dengan cerita.


Kelemahan lain dalam filem ini ialah  Zizan terlampau banyak sangat bercakap dengan penonton sampaikan kadang-kadang rasa annoying dan juga watak tambahan yang sangat kaku dan ntah apa-apa. Casting pun agak teruk kerana antara watak Zizan, Emaknya dan adik perempuanya tak nampak macam satu family. Aku rasa mereka patut gunakan muka awek yang muka melayu sebab zizan dan mak dia langsung tak nampak muka Pan Asian.

Secara keseluruhan cerita ini agak okay laa, Kalau aku diminta untuk menonton kali kedua pun, ia mungkin sebab pelawaan dari rakan ataupun sebab kebanyakkan shooting yang dilakukan di Kampung Berani itu ialah di Kampung Baru..

Tahniah diucapkan kepada Syafiq Yusuf kerana berjaya membawa sedikit perubahan dalam industri perfileman Malaysia. Jika kemunculannya filem pertamanya (SAM) dia cuba membawa sesuatu yang agak berat, tetapi pada kemunculan buat kali keduanya ini membawa sesuatu yang berunsur komedi dan mudah untuk difahami kepada penonton tempatan yang malas berfikir..hahaha

Regards,
-Strider-

Monday, May 12, 2014

1409 - Flora Cafe Ampwalk

Hye Readers,



Hari ini aku nak review satu tempat makan kat Kuala Lumpur yang pernah aku kunjungi baru baru ini. Tempat makan tersebut adalah Flora Cafe yang bertempat di Ampwalk Jalan Ampang. Last time aku makan kat sana adalah pada Mini Gathering yang dijalankan oleh few bloggers, kalau korang nak rasa kemeriahan gathering tersebut korang leh (klik sini)

Sebenarnya, waktu aku pergi sana haritu ada 3 elemen yang menarik perhatian aku sebenarnya dan aku akan cerita pasal 3 elemen yang menarik pasal Flora Cafe ini iaitu dari segi menu, decoration and practically for events.

1) Menu
Menu untuk Flora Cafe ini pula terdiri daripada pelbagai jenis dari masakan Melayu hinggalah kepada Western Food. Aku lupa plak nak snap gambar menu mereka hari itu time aku pergi sebab aku sendiri tak terpikir masa tu nak review pasal Flora Cafe.

Set Lunch Ayam Masak Merah

Nampak macam sikit tapi ayam dia 2 ketul hokay...


Pada masa itu aku order Set Lunch yang terdiri daripada masakan melayu kampung sebab itu memang favorite aku. Harga yang dikenakan adalah berpatutan dengan quality masakan dan juga portion untuk sesebuah menu.

2) Hiasan Dalaman
Memandangkan nama pun Flora Cafe, jadi susah tentu hiasan utama kedai tersebut terdiri daripada bunga-bunga yang cantik. Aku nak cerita pun tak reti jadi mari kita layan a few gambar decoration yang ada kat sana.. (Picture Credit:  AyueJean)






Suasana kat dalam kedai tu pulak memang cozy dan nyaman sekali. Dengan suasana aircond yang suhu dia ngam-ngam jangan tanya kenapa kalau lepas makan korang rasa malas nak bangun.hehehe..

3) Events Practicality 
Pada pendapat aku, bukan semua kedai sesuai untuk dijadikan tempat utk buat event . Ada gak kedai makanan yang sedap tapi suasana dia tak sesuai untuk event. Di Flora Cafe, ia ada kedua-duanya dan menjadi tempat yang sesuai kalau korang nak buat event atau hanya sekadar datang makan sahaja.


Tapi kalau korang nak buat event macam gathering, birthday, dinner anniversary, celebrate special occasion, korang digalakkan untuk membuat RSVP dulu melalui contact detail yang akan aku beri di penghujung entry ini. Ini bagi mengelakkan daripada korang kecewa apabila datang dan mendapati tiada space kerana tempat sudah fully booked.

Kalau tak silap aku, mereka juga boleh bantu korang decorate skit ruang makan tu jika korang ade special request seperti nak gantung belon etc.

Jadi setakat ini laa cerita aku pasal Flora Cafe ini. Kalau korang berminat nak try makan kat sini korang boleh hubungi Flora Cafe seperti alamat yang tertera di bawah.

FLORA CAFE (AMPWALK)
Ground Floor, The Ampwalk 218, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur
Phone : 03-2161 8010/ 03-2181 0986 (MEL)

p/:s: Cerita pasal trip aku ke sabah, nanti aku akan update yaa...

Regards,
-Strider-

Tuesday, January 7, 2014

1330 - Phone Review : Lenovo Vibe X

Hye Readers,

Sebagai salah seorang pengguna brand Lenovo so far aku rasa phone Lenovo nie berbaloi dibeli kalau dibandingkan dengan Samsung atau iPhone. Baru -baru ini aku ada baca mengenai spesifikasi baru telefon pintar keluaran Baru Lenovo iaitu Vibe X



Spesifikasi untuk Lenovo Vibe X ini boleh dikatakan menarik dan berpatutan dengan harganya. Vibe X ini datang dengan skrin berkeluasan 5 inci iaitu sama luas seperti Samsung Galaxy S4. Selain mempunyai kamera 13MP, ia juga mempunyai "secondary camera" 5MP yang boleh dikatakan agak tinggi berbanding dengan S4 yang hanya mempunyai 2MP 


Aku tak nak cerita panjang-panjang pasal spesifikasi untuk Vibe X ini tapi aku sertakan ringkasan spesifikasi untuk memudahkan korang baca dan mungkin membuat pembandingan dengan jenama lain.

Vibe X specifications
  • 5-inch (1920 x 1080 pixels) Full HD IPS display with Corning Gorilla Glass 3 protection
  • 1.5 GHz quad-core MediaTek MT6589T processor
  • Android 4.2 (Jelly Bean)
  • Single – Micro SIM
  • 13MP auto focus camera with LED Flash, 1080p Full HD video recording
  • 5MP fixed-focus front-facing camera with 88 degree wide angle lens
  • Dimensions - 74mm x 6.9mm x 144mm; Weight: 121g
  • 3G, Wi-Fi 802.11 b/g/n, Bluetooth with A2DP, aGPS
  • 3.5mm audio jack, FM Radio
  • 2GB RAM, 16GB internal memory
  • 2000 mAh battery

Setakat ini telefon ini belum dijual lagi di pasaran Malaysia tapi ia dijangka akan menembusi pasaran Malaysia tak lama lagi. Aku dengar harga yang dijual juga tidak terlalu mahal, Mungkin sekitar RM 1000 - Rm 1100 sahaja.

Aku bukan seorang gadjet freak jadi expectation aku terhadap sesuatu gadjet kebiasaanya tidak terlalu tinggi. Jadi kalau ada sesiapa yang rasa nak beli phone dalam masa terdekat ini, mungkin korang boleh jadikan ini sebagai salah satu option yang aku rasa "value for money"

Regards,
-Strider-

Tuesday, December 10, 2013

#1295 - Review Filem: Captain Philips

Hye Readers,



Alhamdulillah berakhir sudah training aku selama 2 hari bermula hari isnin yang lepas. Facilitator dia agak menarik kerana pernah bekerja dengan Sunway dan MAS, so banyak jugak laa aku belajar macam mana Sunway naik dan kenapa performance MAS semakin menurun.



Entry aku kali ini adalah untuk memenuhi hajat bro SM Botak kita yang mintak aku review filem Captain Philip yang aku tengok last weekend. So aku akan review sikit pasal filem ini berdasarkan pendapat aku.

Aku rasa tak perlu aku cerita pasal sinopsis dia sebab info tu berlambak dalam internet. Tapi secara ringkasnya filem ini mengisahkan tentang usaha menyelamat Captain Philip yang telah diculik oleh lanun Somalia ketika berada di tengah lautan.

Captain Philip ini merupakan sebuah cerita "true event" dimana kejadian itu benar-benar berlaku dan diceritakan semula.Basically 90% cerita ini dekat atas laut tetapi disebabkan citernya diolah dengan baik maka cerita ini tidak memboringkan.

Lakonan Tom Hanks dalam cerita ini amat baik sekali, dan aku rasa ini memang watak-watak yang sesuai denganya. Satu sebab kenapa korang kena tengok cerita ini adalah sebab korang kena tahu betapa susahnya nak menyelamatkan nyawa seseorang ditangan 4 orang lanun.

Kalau dalam cerita-cerita lain Navy Seal nie senang jer nak tembak orang, tapi disebabkan ia merupakan kisah benar jadi mereka kena cerita betapa payahnya sebenar usaha itu. Tidak senang seperti yang kita tengok dalam filem-filem Hollywood lain.

So far citer ini menarik untuk korang tengok. Kalau korang meminati lakonan Tom Hanks aku rasa korang mungkin tidak kecewa. Bagi aku filem ini best walaupun ade cerita lakonan Tom Hanks yang bagi aku tak best seperti Castaway. 


p/s: Aku ade sponsor hadiah giveaway untuk korang. kalau nak tau sila klik sini

Regards,
-Strider-

Saturday, November 23, 2013

#1260 - Review Filem: Kisah Paling Gangster

Hye Readers,


Minggu lepas aku sempat untuk menonton wayang bertajuk "Kisah Paling Gangster" lakonan Shaheizy Sam.. Kalau tengok dari poster cerita ini macam best jugak untuk ditonton.Jadi sebelum aku bagi personal personal review aku meh baca dulu sikit pasal sipnosis cerita ini.

Remy (Shaheizy Sam)seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster...lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar..

Sebenarnya bagi aku cerita ini kurang kemas walaupun idea untuk filem ini menarik. Filem ini tidak terlalu serius dan ade part kelakar. Aku rasa the best part bagi filem ini adalah pada part kelakar sahaja. Dari segi kesan bunyi memang tak masuk akal langsung,

Jalan penceritaan yang dipaparkan sedikit berterabur.Walaupun filem ini mengandungi unsur "twist" di penghujung cerita tapi aku tidak dapat menghayati sepenuhnya. Nasib baik para pelakon dalam cerita ini dapat menghayati watak yang diberi..

Overall kalau korang rasa tak ada movie nak tengok, cerita ini boleh laa dijadikan sebagai salah satu pilihan. Walaupun teruk tapi aku pernah tengok filem yang lebih teruk dari ini.

Rating: 2.7/5

Regards,
-Strider-

Sunday, November 3, 2013

#1221 - Nexus 5 Untuk Blogger.

Hye Readers,

Nexus 5, Andriod KitKat
Google Nexus 5
Bebererapa hari yang lepas Google telah secara rasminya melancarkan setefon pintar Nexus 5. Bagi peminat andriod kedatangan nexus 5 ini memang ditunggu-tunggu setelah banyak kali mendengar rumors mengenai kedatangan smartphone ini.

Seperti yang didengari sebelum ini, Nexus 5 akan hadir bersama Andriod 4.4 KitKat iaitu merupakan sistem operasi paling baru untuk Andriod. Android 4.4 KitKat juga akan membawakan beberapa perubahan dari segi interface sistem operasi berkenaan.

Nexus 5, Andriod KitKat
Andriod KitKat
Nexus 5 akan hadir dengan skrin bersaiz 4.95-inci yang menyokong paparan 1080p, dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 800 2.3GHz, memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan juga kamera hadapan 1.3-megapixel.

Kenapa aku kata Nexus 5 ialah smartphone untuk blogger? Ini kerana applikasi Google Now boleh mengetahui apakah laman blog yang sering dibaca oleh anda, dan ia akan memaparkan kandungan baru kepada pengguna apabila seseuatu artikel baru diterbitkan.

Nexus 5, Andriod KitKat
Nexus 5
Jadi itulah beberapa info aku boleh share ngan korang mengenai ketibaan Nexus 5 ini. Tarikh untuk smartphone ini tiba di Malaysia masih tidak diketahui tetapi  ade beberapa penjual telah mula mengambil pre-order untuk smartphone ini pada harga RM1499.

Jadi kepada mereka yang bercadang nak bertukar smartphone dalam waktu terdekat ini mungkin anda boleh consider untuk meletakkan Nexus 5 sebagai salah satu pilihan. Mungkin Nexus 5 ini tidak sepopular iPhone atau Samsung tapi untuk good value for money aku rasa ia merupakan antara yang terbaik.

Sumber Rujukan : Amanz.my

Regards,
-Strider-

Monday, October 28, 2013

#1200 - Filem Review : The Reluctant Fundamentalist

Hye Readers,

The Reluctant FundamentalistFilem The Reluctant Fundamentalist ini merupakan salah satu filem GSC International Film. Aku tak berapa sure nak describe ketegori yang macam mana tapi berdasarkan daripada website GSC, Filem International Screen ini merupakan filem-filem non mainstream yang memenangi beberapa anugerah.

Filem ini dibintangi oleh pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti Riz Ahmed (Changez) , Kate  Hudson (erica) , Liev Schreiber (Bobby)  dan Kiefer Sutherland (Jim Cross). I mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki muslim yang berubah selepas kejadian 9/11 yang melanda Amerika Syarikat.

Filem ini teknik frame iaitu berkisarkan suatu petang di sebuah kedai kopi di Lahore Pakistan antara Changez dan seorang wartawan bernama Bobby. 

Changez telah dituduh terlibat dalam satu kes penculikan seorang pensyarah sebuah Universiti di Lahore. 80% cerita ini berkisarkan flash back tentang kehidupan Changez dalam usaha wartawan itu mendapatkan maklumat mengenai pernculikan tersebut.

Overall cerita ini not bad dan agak menarik, bergantung kepada genre filem yang korang suka. Jalan ceritanya tidak terlalu berat dan tidak terlalu straight forward. Kepada mereka yang rasa nak tengok korang boleh ke pawagam GSC Mid Valley, 1 Utama, Gurney Plaza and Pavilion kerana International screen hanya ditayangkan di tempat tersebut.

Regards,,
-Strider-

Wednesday, September 11, 2013

#1143 - Movie Preview Lagenda Budak Hostel

Hye Readers,



Aku jarang pergi movie preview...apatah lagi nak buat review utk movie preview tapi semalam ketika aku habis kerja ada seorang  kawan aku ajak pergi tengok movie preview Lagenda Budak Hostel and i say why not memandangkan cerita tu nmpak macam best jer...



Sebenarnya aku seat atas Nora punya guest...itu saja-saja nak poyo jer..well, Aku smpai The Curve lebih kurang pukul 8 camtu tapi cerita di lambat skit start walaupun kat ticket kata start at 8.00pm. Mungkin ade beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.



So sebelum movie start ktorang dengar laa sepatah dua kata dari David Teoh...Dia ni memang kelakar orangnya..hehe..So aku akan bagi preview ini berdasar dari pendapat personal aku..Aku akan start dengan plot cerita dan kemudian the bad and the good

Plot Cerita:
Sesuai dengan genre cerita komedi, plot filem ini mudah di fahami, ia mengisahkan iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh dan mereka jatuh cinta pada seorang gadis bernama Seroja (Nora Danish)



Komen Negetif:
- Bagi aku cerita ini agak slow skit pada penghujungnya..Mungkin sebab dari awal dan pertengahan dia sangat best yang membuatkan ending dia rasa slow..

- Watak Nora danish sebagai heroin sedikit tenggelam sbb skrip dia tak banyak..tapi sebab Nora Danish kan..Dia senyum pun dah rasa okay...Congratulation pada mereka yang casting utk heroin ini..

Komen Positif,
- Cerita ini memang mampu membuat kita mengimbau kembali zaman persekolahan khusunya kepada mereka yang pernah duduk hostel..kalau korang pernah duduk hostel korang mesti tak nak lepaskanya.

- Kedua-dua watak utama iaitu Along Cham dan Along Eyzendy memang tidak mengecewakan. Watak supporting act juga not bad walau ade beberapa orang yang aku tak kenal.

- Scene lagu Seroja kat dalam filem tu confirm mampu buat korang menjerit dan tergelak..Aku rasa itu memang scene killer untuk cerita tu...Korang nak tau??kena pergi tengok sendiri.

Kesimpulan
Overall cerita nie memang best dan berbaloi korang nak tengok. Cerita dia walaupun bercorak komedi tapi ade moralnya tersendiri seperti persahabatan, kejujuran dan bla..bla..bla...So kepada mereka yang minat filem melayu terutama bercorak komedi cerita orang nie memang wajib tonton..Rating aku 4.6/5 bintang

Regards,
-Strider-

Sunday, April 1, 2012

Menjual Bakat Zizan Semata-Mata

Hye Readers,



Dah 2 hari aku tak update entry since isu pasal lagu Bawaku Pergi..Actually ade benda aku nak cerita tapi biar laa dulu..Benda aku nak cerita tu bukan ade kene mengena sangat pun..hehehe..This weekend jadual aku agak sibuk..Dengan ade kenduri khawin, kakak aku nak pindah so this weekend entry aku update tak banyak..

Tapi semalam aku sempat gak gi tengok wayang kat Midvalley..Cerita Jangan Pandang-Pandang..Seriously walaupun berulang kali thriller dia aku tengok ia tak menarik minat aku untuk tengok..Since dah tak ada cerita lain plus ade member yang aku yang minat zizan aku follow jer laa...Zizan pun not bad..mesti lawak cerita dia..

Jangkaan aku tak meleset..cerita dia memang lawak especially zizan yang memang dah terkenal dengan lawak tapi jalan cerita hancur berderai..Aku sikit pun tak paham motif misi dan visi cerita tu..Jalan cerita macam korang tengok drama kat Astro Ceria (611)...

Filem tu nampak sangat nak menjual bakat zizan semata-mata..Aku tak tau laa kot2 cerita tu memang saje nak test market Zizan atau nak tengok sejauh mana Zizan boleh berlakon filem sebagai watak utama..pendek kata out of 5 start aku leh bagi 1 1/2 jer..itu pun banyak kat lakonan Zizan...

Tapi itu ikut taste aku laa..taste orang lain mungkin berbeza..So, kalau korang tak tengok lagi cerita tu masih ade kat pawagam lagi..sampai bila tu aku tak sure..so that all for now..malam nanti kalau sempat aku update satu lagi entry.. :)

Regards,
-Strider-

Monday, June 6, 2011

Showdown 2011 Personal Review - Rokusteps

This is one of the strongest b’boy crew in this competition..from week after week they put their best in performance but still in the bottom 4 for several occasion..

For the fans there no need for me to tell them how good is the crew..but for the neutral, this crew is worth to watch..they performance is quite good from week after week and to be honest I hope they will not be eliminated for this weeks..

Their history is quite impressive since they have dance for Malaysian top artist and some of them are the biggest stage of Malaysia..now let see on what stage they have perform..

• Era Awards 2004 (V.E)
• Era Awards 2005 (Too phat)
• Era Awards 2006 (Samir)
• Sri Angkasa Awards (Too Phat)
• AIM Awards 2006 (Ahli Fiqir)

That’s  is part of their past performance in dancing on stage but actually there a lot more which I’m  not able to list it here..You can find it on their official Fan Pages (click here)

Frankly I think they can made it  at least at the top 5 but they will need all the help from the fans to vote them..For the fans beside voting there a things that u can still do to help them by spearding the word of the crew and win them vote from the neutral..

For the neutral just watch them perform and judge them urself..I know this crew is worth to watch and vote..

That all for now and I hope to see this crew go so much further in this competition and the vote from you is what they hope for..till my next review!!!


Regards,
-Strider-

Thursday, June 2, 2011

Showdown 2011 Personal Review – HMC PHLOW

Hye Readers,

This is my 2nd personal review on showdown 2011 for this week..For this entry I choose to review HMC PHLOW performance throughout the journey until now..let me remind my review is not on the technical stuff..I’m gonna leave that to professional judges

HMC is one of the strongest crew in this competition..they are really good and they never failed to impress me..Although they were beaten by elecoldxhot for best performance from week after week they never showed fear in fighting for that title..Their spirit to work as a unit and put up the good show has earn my vote although I been vote for my favourite crew..

Frankly I would be satisfied if they win this competiton because for me they deserved it..Based on professional judges ECX maybe the best crew based on the performance in past three week but HMC could challenge them if they keep on the pressure to ECX..

I can’t wait to watch them perform next week and I hope that they can brings us a good show..IF the judges have a wild card and able to save one crew from being eliminate I don’t surprised if they used it on HMC..But I don’t think that gonna happen because I believed that HMC is in a strong voting position based on the  active fans on showdown 2011 fan pages..

But as a Fans we shouldn’t carried away by their ranking coz we have to keep on voting if we want to see HMC wins this competition..I  believed they are working so hard to put the good show and if the fans want to see them again they should continue voting..Anything can happen in a blink of an eye..

For the Neutrals try and pay attention to their performance next week and you’ll see that they are worth to get vote from you..

So Malaysian..what are you waiting for..if you a fan of them keep on voting and spread the news..Lets others know about HMC..other than voting this is an alternative ways for them to get vote from others..

Note: HMC Official Fan Pages (Click Here)

P/S: This is review is written on 2nd June 2011..what happen after that is another story…

Regards,
-Strider-

Wednesday, June 1, 2011

Showdown 2011 Personal Review - Elecoldxhot

Hye Readers,

Its been a while since my last entry for Showdown 2011..actually I miss 2 weeks in a row the live show due to commitment to my work..but I get to watch the repeat show..haha..thanks 8tv 4 da repeat show..hahaha

Actually I got a request from showdown fan to write something 4 his 3 favorite crew..so I will take one at the time and 4 now its gonna be Elecoldxhot..since I don’t have a material yet 4 the crew..Im just gonna do my personal review 4 this week..pleased be informed that im not a professional jugde so my review in not gonna into technical but more on showmanship..hehe J

To be frank at first Elecoldxhot is not one of my favorite..but day after day..week after week..from the meltdown to the live show im starting to like this crew.. to win the best performance in 3 weeks in a row how can u denied such beautiful performance..they showed to Malaysia that they can put up a good show..



If they keep maintaining this kind of performance im not gonna surprised if they win this competition for this year..but as a fan we cannot take 4 granted their position coz in this kind of competition without your vote they can become in the bottom for in a blink of an eye..

So for the fans of Elecoldxhot do keep voting for them and for those who didn't watch them closely before you might wanna check them up coz in the end you gonna feel it's a worth to vote..



Note: this review is written on 1 June 2011..what happens after that is a different story..Thank you

Regards,
-Strider-

Monday, March 28, 2011

Personal Review - Hikayat Merong Mahawangsa (Filem)

Hikayat Merong Mahawangsa..Hari sabtu hari tu aku pergi tengok movie kat Mid Valley..orang kata citer dia best..ade yang kata xbest..yang mana satu nie??aku pun teringin nak pegi tengok sendiri...baru puas hati ni..Lagipun aku da lama x tengok movie nih..hehehe..


 Perghh..Memag best kalo tengok dari poster nie..aku dengar pun perbelanjaan dia besar gak filem nie..target dia kalau tak silap aku sampai luar negara..hehe..sebelum korang baca review aku secara personal meh kita tengok skit info filem nie..


PengarahYusry Abdul Halim
Pembantu Pengarah: Mohd Elmy Khalid
Seni: Ting Lam
Fotografi: Mohd Noor bin Kassim
Syarikat penerbitanKRU Studios
PenerbitNorman Abdul Halim(eksekutif)
Yusry Abdul Halim(eksekutif)
Edry Abdul Halim(eksekutif)
PengarangYusry Abdul Halim(Lakon layar)
PengisahYusry Abdul Halim(Cerita Asal)
LakonanStephen Rahman Hughes
Datuk Haji Rahim Razali
Khir Rahman
Ummi Nazeera
Umie Aida
MuzikEdry Abdul Halim
PengedarKRU Studios
Mula tayangan10 Mac 2011
NegaraBendera Malaysia Malaysia
BahasaInggeris, Melayu
PerbelanjaanRM 8.0 juta


Okay..da baca skit info dia skunk aku bgtau korang skit review aku secara personal..hehe..Bagi aku filem ini memuaskan kalau di compare dengan filem Hollywood..Tapi kalau compare ngan filem keluaran Malaysia dia jadi Superb..Kita tolak tepi soal perbelanjaan dia, kita tengok jalan citer..jalan citer dia agak menarik kerana cirita ini berkisarkan flash back dari seorang sultan..kira betul2 lama laa flashback dia ni..Dari segi casting dia pun memang ngam sebab dorang leh buat Stepehen Rahman Huges nampak macam betul2 zaman babarian..hehe..Watak Khir Rahman pun berjaya ditonjolkan..Bahasa yang digunakan pun agak logik d dalam filem ini sebab ade pencampuran bahasa Melayu ngan English..kalo orang rom cakap bahasa melayu macam x logik plak kan??So secara


So secara Overall aku berpuas hati tengok filem nie..memang xrugi laa kalao korang bayar RM 10-13 untuk satu ticket wayang..Tapi jangan laa compare cerita nie dengan cerita modal besar Hollywood macam Troy atau 300 sebab filem nie akan ade kekurangan kalo compare ngan citer tu..Kepada yang x tengok lagi tapi dengar desas desus citer nie x best ape kata korang pergi tengok dulu..aku rasa x rugi pun kalo korang gi tengok..


Akhir sekali kepada KRU Studio aku ucapkan tahniah sebab dapat buat filem macam nie..memang korang laa org yang pertama sanggup keluarkan modal yang besar untuk buat cerita pada zaman yang aku pun xterpikir cammana rupanya..hehehe..so till my next entry...


Regards,
-Strider-