Hye Readers,
Lama dah rasanya aku tak update blog ini. Lately aku busy skit dengan ada satu projek yang bakal dijalankan. Insyallah kalau jadi nanti aku update laa kat sini. 2 Hari lepas aku sempat pergi menonton cerita Abang Long Fadil iaitu filem terbaru Syafiq Yusuf yang juga merupakan adik kepada Syamsul Yusof.
Sebelum ini, aku mendapat mix review mengenai filem ini, ada yang kata its a good movie dan ada juga yang kata filem ini mengarut.So lepas menonton sendiri aku pun tak tahu nak tulis macam mana sebab ada kekuatan dan ada juga kekurangan dalam filem ini.
Filem ini merupakan kesinambungan dari filem cerita KL Gangster dan ia mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil ketika sahabat baiknya Malik berada di dalam penjara.. Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster-gangster di KL iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani .
Kampung Berani adalah satu kawasan di kampung di tengah tengah Kuala Lumpur yang itu dipegang oleh seorang gangster besar yang tidak diketahui identitinya . Pelbagai peristiwa berlaku dalam percubaan Fadil untuk menakluk Kampung Berani. Jadi aku akan share kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam filem ini mengikut pendapat peribadi aku.
Kekuatan pada filem ini adalah pada CGi yang digunakan. Banyak jugak babak CGi yang nampak agak real pada mata aku, In fact kalau compare dengan CGi filem-filem tempatan aku rasa ini yg terbaik aku pernah saksikan walaupun ade few yang nampak kartun.
Dari segi jalan cerita pulak, still not bad bagi aku sebab ia lebih menekankan kepada konflik nilai kekeluargaan dan juga persahabatan. Filem ini sebenarnya adalah filem yang 80% lawak dari awal sampai habis, jadi jangan letakkan harapan untuk menonton secara serius.
Kelemahan filem ini pula adalah pada lawaknya, Aku tak paham kenapa orang cakap citer tu kelakar sangat. Adakah mereka tak tengok Maharajalawak Mega ataupun expectation aku terhadap lawak dah semakin tinggi. Ada satu scene tu secara tiba-tiba ada babak Bohsia, KL Drift, Gerak Khas dan babak-babak filem skop production. dan scene tu takde kena mengena dengan cerita.
Kelemahan lain dalam filem ini ialah Zizan terlampau banyak sangat bercakap dengan penonton sampaikan kadang-kadang rasa annoying dan juga watak tambahan yang sangat kaku dan ntah apa-apa. Casting pun agak teruk kerana antara watak Zizan, Emaknya dan adik perempuanya tak nampak macam satu family. Aku rasa mereka patut gunakan muka awek yang muka melayu sebab zizan dan mak dia langsung tak nampak muka Pan Asian.
Secara keseluruhan cerita ini agak okay laa, Kalau aku diminta untuk menonton kali kedua pun, ia mungkin sebab pelawaan dari rakan ataupun sebab kebanyakkan shooting yang dilakukan di Kampung Berani itu ialah di Kampung Baru..
Tahniah diucapkan kepada Syafiq Yusuf kerana berjaya membawa sedikit perubahan dalam industri perfileman Malaysia. Jika kemunculannya filem pertamanya (SAM) dia cuba membawa sesuatu yang agak berat, tetapi pada kemunculan buat kali keduanya ini membawa sesuatu yang berunsur komedi dan mudah untuk difahami kepada penonton tempatan yang malas berfikir..hahaha
Regards,
-Strider-