![]() |
| Gambar Dari Metro |
Tadi aku ada baca kat Metro mengenai kisah seorang wanita yang berhutang dengan 11 Ah Long dengan nilai pinjaman bernilai RM 30,000...Sebenarnya ada part yang sedih sebab mengikut laporan dia tipu syarikat produksi pastu lumpun seluruh badan dan etc..
Tapi yang buat aku tak kesian ialah pinjaman pertama dia dekat along bernilai RM 5,000 ialah untuk buat PHD..Bagi seorang yang nak amik PHD level, dia sepatutnya tahu yang sebarang pinjaman Ah Long akan membawa bencana dan ia bukan pertama kali..
Aku tak tahu PHD apa yang dia nak amik sebenarnya, tapi setahu aku waktu aku tingkatan 4 atau 5 kita ada diajar tentang keperluan dan kehendak..dan bagi aku PHD itu adalah satu kehendak dan bukan keperluan dalam hidup..Banyak lagi orang surive kat Malaysia without PHD..
Aku tak tahu nak kesian ke tak bila dengar berita-berita camni..Normally orang pinjam Ah Long sebab ahli keluarga sakit, hantar anak belajar dan etc..Belum pernah aku dengar officially orang pinjam Ah Long sebab-sebab macam nie..
Aku pun tak paham kenapa dia perlu tunggu sampai dia berhutang dengan 11 Ah Long baru dia nak tampil ke hadapan..Sepatutnya since along pertama ugut dia, laporan polis harus dibuat..Tapi ntah laa, maybe she had her own reason..
Apa-apa pun aku mengingatkan diri aku dan korang semua supaya tak tejebak dengan Ah Long nie atas apa-apa sebab pun..Nanti kalau aku sempat aku akan update citer pasal kawan aku dengan Ah Long nie...till then be safe and say no to Ah Long.
Regards,
-Strider-
.jpg)



