Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

Friday, April 11, 2014

#1386 - Cara Menghadapi "Office Politics"

Hye Readers,

Office Politics, itu merupakan perkara yang kebanyakkanya tidak disukai oleh mereka yang bekerja. Office politik nie bukan sesuatu yang buruk sangat sebab bila dah nama politik, jadi ada some people gain, some people lose and some people who just dont care. Jadi yang manakah satu anda? Terus terang aku jenis suka mengelak office politics walaupun benda tu datang kepada aku.



Sebenarnya ada beberapa cara untuk kita mengelak daripada menjadi mangsa politik. So kepada mereka yang bekerja bolehlah jadikan ini sebagai panduan (jika relevan) dan kepada yang masih belajar, anda masih boleh mengambil tahu sebab satu hari nanti mesti korang akan bekerja kan?

Berikut merupakan bebearapa tips yang boleh korang jadi rujukan.antaranya ialah:-

1) Sekiranya anda baru berkhidmat dalam sesuatu company, beri sedikit masa untuk mengenali rakan-rakan sekerja yang senior. Ini adalah penting kerana anda perlu memahami jiwa mereka dan juga tahu apa yang akan mendorong mereka. 



2) Listen and Listen ada benda yang penting jika anda new employer, bukan nak suruh jadi budak suruhan tapi ia perlu supaya korang boleh pahami pekerja dan hala tuju company itu. Jika anda rasa perlu ada perubahan jangan lakukan secara serta merta tapi ia perlu dilakukan secara perlahan lahan kerana bagi pekerja senior, cara kerja itu sudah menjadi habit mereka.

3) Dont Choose Side - kalau dalam company korang ada berpuak-puak, jangan sesekali memihak kepada mana-mana puak, kerana one day kita tak tahu kalau kita dengan siapa kita akan bekerja. Walaupun kurang selesa dengan segelintir pihak, tapi cuba maintainkan cool dan lemparkan senyuman. Buat macam apa yang jadi antara puak A & B tidak menarik minat anda. kalau ada yang nk gosip2 cepat-cepat beredar atau tukar kepada topik lain. Ini kebiasaanya berlaku jika korang bekerja di sebuah syarikat yang besar.



4) Bagi mereka yang bekerja dalam kumpulan masalah akan sentiasa timbul dan pasti akan ada orang dipersalahkan. Jangan cepat untuk menyalahkan rakan anda walaupun ternyata itu merupakan kesalahan dia. Cuba back up sikit kesalahan dia itu supaya tak nampak teruk. Normally the whole team akan menghormati anda dan mungkin jika anda membuat kesalahan suatu hari nanti mereka pula akan back up anda.

5) Elakkan mempercayai gosip..Aku mengaku kat opis nie aku sendiri kadang2 bergosip tapi mempercayai dan menceritakan kepada yang lain is not my style..aku akan hanya dengar sebagai info jer, Its gossip jer pun, belum tentu benar jadi kenapa nak kena share. Elakkan diri daripada dicop penyebar gosip kerana walaupun ramai staff yang akan melepak ngan kita but in the end mereka just nak dengar gosip kita jer.

Itu bebeapa tips yang aku boleh bagi untuk korang menghadapi office politic nie..sebenarnya, lain tempat kerja, lain situasinya tapi basically ini perkara yang korang boleh adapt ketika berkerja. Kebanyakkan tips aku nie berdasarkan kalau korang bekerja dengan company yg mempunyai ramai staff..kalau setakat opis tu ade 4-5 staf, caranya berbeza tapi root things dia sama.

Oh, by the way, berkenaan dengan entry "Memiliki Domain Sendiri" yang lepas, ada sesapa boleh rekemen aku dengan siapa aku boleh tukar domain atau kat mana nak register??hehehe

Regards,
-Strider-

Thursday, April 4, 2013

#1114 - Kena Game Dengan Budak Insurance

Hye Readers,

Sorry laa, lama tak update, last entry aritu pun aku update sebab dah promise jer..Actually im working on something and i need ur help later, tapi nanti laa aku cerita ek, Untuk hari ini biar aku cerita apa yang jadi kat aku during lunch tadi.

Aku sedang menunggu kawan aku untuk lunch until this 2 girl approach aku and tanya sama ada if aku berminat buat survey atau tak??Mula mula aku memang malas sebab perut nie lapar kan tapi bila one of them kata dia student finance aku jadi kesian sebab ingatkan mereka kena buat survey as an assignment.

Dia kata ia survey mengenai "Tabiat Menyimpan Duit Di Bank" and akhirnya aku bersetuju sambil rakan dia step in dan bertanya 2-3 soalan bersifat general sebelum dia ade menyentuh bab simpanan untuk medical dan ade beberapa statement yang menyentuh perkataan Insurans.



Rupanya dia seorang ejen yang cuba dia menjual insuran kat aku, aku punya laa rasa bengang lepas kena tipu macam tu, bila aku sentuh bab student tadi dia kata kawan dia memang student tapi bukan dia, betul gak kata dia..rupanya mereka ini partner in crime.

End up apa yang dia dapat hari ini ialah beberapa janji manis beserta no telefon palsu yang aku berikan..Menjual insuran itu merupakan salah sau dari sumber rezeki dia tapi aku tak suka apabila dia tidak bersifat terus terang dan jujur dalam mencari pelanggan.ceh, kena game aku hari ini.

Regards,
-Strider-

Thursday, February 28, 2013

#1085 - Googleplex - Ibu Pejabat Google Yang Baru

Hye Readers,



Stylo tak gambar atas tu?Kalau korang nak tahu minggu lepas Google dan announce pasal pembinaan  Googleplex iaitu Ibu pejabat Google yang baru..Google dah merangkan satu massive expension terhadap Ibu pejabat mereka di California dan ia akan menjadi satu pejabat yang awesome...

Kompleks tersebut akan dibina di atas tanah seluas 1.1-million kaki persegi di  Mountain View, dan dijangka akan siap dalam tahun 2015...Konsep garden on the roof akan bina dekat kompleks baru dan google berkata jarak antara satu pekerja kepada satu lagi ialah kurang dari 2.5 minit..

Aku rasa dorang nie nak bersaing dengan Apple yang sedang membina di atas tanah berkeluasan 2.8 juta kaki persegi yang mampu memuatkan seramai 13,000 pekerja.Gambar kat bawah nie pulak merupakan gambar Google punya ibu pejabat sekarang...






Syok giler kan kalau dapat bekerja dalam suasana macam tu..Dah rupa macam university pun ade gak..hehehe..Kenapa aku kata kompeks baru dorang akan awesome??Sebab current office dorang pun dah stylo..yang baru mesti lagi stylo kan???

Regards,
-Strider-

Monday, October 31, 2011

Flickr

Hye Readers,

Pernah dengar pasal flickr tak??Ia adalah salah satu lawan web sharing photo yang agak terkenal dan ia juga merupakan salah satu anak syarikat Yahoo.Inc..tapi kali ini aku bukan nak citer pasal laman web nie tapi nak bawak korang pergi jenguk office mereka..enjoy the photos..












Sempoi jer kan office dia..sekali tengok macam opis-opis kat malaysia nie..sebenarnya itu jer yang aku nak tunjuk..hehe..by the way kalau korang rasa nak save photo online korang leh register kat www.flickr.com.

Sponsored Stories
Kindergarten Percuma untuk anak anda melalui program kerajaan

Enjoy 1000 Great Lunch Deals & More Nationwide.

Regards,
-Strider-