First sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua yang membaca posting ini. Sempena Hari Merdeka nie korang ade kibar Jalur Gemilang tak? Hari ini bukan aku nak cerita pasal Jalur Gemilang tapi cerita mengenai sebuah filem "Tanda Putera yang Mula ditayangkan semalam.
Aku ade terbaca kat Malaysian Insider yang filem Tanda Putera hanya merekod 12 orang penonton sahaja pada first screening mereka. Aku tatau laa benda nie normal atau filem kontroversi ini memang diboikot oleh ramai pihak.
Gambar dipetik dari Malaysian Insider |
Tapi aku rasa ade sebab kenapa ia hanya merekod 12 penonton. Salah satunya adalah disebabkan jumlah tersebut diambil sewaktu tayangan pada hari Khamis jam 11 pagi..Mungkin tidak ramai yang berpeluang untuk menonton filem itu pada waktu berkenaan.
Aku juga ade terjumpa kat FB tentang "epic fails" tanda putera seperti gambar yang korang tengok dibawah nie. Ade sesetengahnya agak kejam kalau kita kritik sebab smoke detector dan CCTV tu tak kan nak suh krew produksi tanggalkan semata-mata nak shoot filem nie kan??
Sumber dari FB |
Tapi ade beberapa memang boleh dielakkan seperti gambar yang dipertuan agong, kereta iswara yang diletakkan di tepi jalan..itu semua boleh diperbaiki untuk menjadikan filem ini lebih real.So kepada yang berkesempatan nak tengok kat wayang nanti pergi laa tengok filem ni..
Ini bukan review filem dan sejujurnya aku sendiri tak begitu teruja untuk menonton filem ini. Tapi disebabkan kontroversi filem ini aku rasa kalau ada masa terluang mungkin aku akan pergi menonton filem nie..Korang plak bagaimana??Minat filem sejarah macam ini???
Regards,
-Strider-