Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts

Tuesday, June 17, 2014

#1435 - Mana Pergi Kelindan Bas Sekolah?

Hye Readers,

Hari ini aku nak bukak komen sikit mengenai satu insiden yang dilaporkan dalam Harian Metro semalam. Berita mengenai Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dilanggar bas sekolah mini yang dinaikinya.

Bayangkan jika yang terbaring itu merupakan anak anda.

Menurut laporan berita, kejadian berlaku ketika pemandu bas itu berhenti di bahu jalan untuk menurunkan mangsa dan penumpang lain. Menurutnya, bas itu kemudiannya bergerak ke depan sebelum pemandunya terdengar jeritan mangsa dan mendapati Nor Balqis terbaring di sebelah kanan di belakang mini itu.

Persoalanya sekarang dimanakah kelindan Bas Sekolah yang sepatutnya memastikan kanak kanak semua turun dari bas sekolah dengan selamat. Aku masih ingat ketika aku menggunakan perkhidmatan bas sekolah dulu, terdapat seorang kelindan yang akan membantu pelajar melintas jalan (jika perlu).


Di California, setiap pemandu bas DIWAJIBKAN membantu kanak-kanak melintas

Tapi sekarang mungkin khidmat kelindan bas sekolah tak lagi diperlukan. Mungkin ini merupakan kes terpencil dan tak banyak kemalangan seperti ini berlaku. Tapi ia tak bermakna pengusaha bas sekolah boleh mengambil sambil lewa keselamatan murid-murid yang dibawanya. 

Aku rasa dah sampai masa kerajaan mengenakan syarat untuk mewajibkan semua pengusaha bas sekolah supaya menyediakan kelindan bagi menjamin keselamatan murid-murid terutamanya ketika melintas jalan. Peningkatan harga tambang bas sekolah juga harus diselaraskan dengan mutu perkhidmatan yang mereka sediakan.

Regards,
-Strider-

Tuesday, May 27, 2014

#1420 - Muhammad Izz Rizzqi

Hye Readers,

Semalam aku dapat berita mengenai seorang baby yang kini dalam kesusahan melalui Nurie, Sesungguhnya aku tidak mengenal adik Muhammad Izz Rizzqi seperti mana Nurie kenal ini tapi as a blogger aku rasa ia merupakan salah satu tanggungjawab untuk membantu apa yang termampu.

Oleh yang demikian kini aku kongsikan kisah mereka yang aku copy dari blog Nurie sendiri (dengan izin) Kalau ade seiapa yang ingin membantu, detailnya ada disertakan sekali.


Petikan dibawah ini diambil di status facebook Ika sendiri.

Salam Jumaat..

Ahad, 18 Mei 2014, 12.30am. 
Kami bawa izz ke hospital lagi. Batuk izz makin teruk sejak hari jumaat. Nafas kencang. Kahak pun banyak. Tidur pun sekejap2. Kesian abang.. Doc kata abang kena jangkitan paru paru. Kesian abang kena xray ambil darah lagi. Yang entah ke berapa kali nya ambil darah. Oksigen abang turun naik tak stabil. Masa tidur saja ok bila abang bangun batuk2 bacaan tak menentu. Kesian ibu tengok abang batuk2. Ibu tau perit kan sayang. Menyusu pun dah semakin kurang. 5-10 minit saja tiap 3 jam sekali. Abang lemah sebab abang batuk banyak kahak. Abang menangis je bila nurse datang kat abang nak bagi ubat. Ibu tau abang marahkan asyik kene kacau je tidur. 

Isnin, 19 Mei 2014
Batuk abang makin teruk. Abang kena pakai pum mcm orang asma tu. Kena pakai satu benda tu tekap kat muka abang untuk bagi gas tu. Kuat abang menangis. Nurse suruh ibu yang buat tapi ibu tak sanggup. Abang kena sedut kahak pun ibu tak sanggup nak tengok tube masuk dalam mulut abang. Ibu tau sakit kan..

Selasa,20 Mei 2014, 12.00pm
Abang kena pindah masuk ke wad PiCU. Jantung abang lemah. Bacaan semua turun naik. Menyusu pun dah semakin kurang. Abang kena menyusu melalui tube. ALLAH luluh hati ibu bila wayar berselirat satu badan abang. Ibu dah tak dapat nak dukung2 abang lagi lepas tu. Doc bagi oksigen yang lagi kuat untuk bantu abang.

Rabu, 21 Mei 2014
Abang terbaring je atas katil. Ibu tak boleh nak dukung2. Cuma boleh usap2 tepuk saja. Abang genggam jari ibu ayah. Kami rindu sangat nak dukung peluk abang.

Khamis, 22 Mei 2014, 4.00pm
Doc bagitahu ibu satu lagi berita buruk. Ada salur darah abang ke badan yang sempit. ALLAH.. ibu rasa nak ambil je abang peluk abang kuat2. Doc bagitahu lagi ada risiko untuk alami kegagalan jantung. Ibu rasa nak pitam waktu tu. Terkedu sorang2. Macam2 ubat doc bagi untuk bantu kawal jantung abang yang lemah. Jangan risau ye sayang. Ibu ayah pun akan bantu abang dengan doa kami. Ibu terpaksa bagi abang susu campur sekarang. Susu ibu semakin kurang. Mungkin ibu kurang rehat dan penat. Tapi ibu akan cuba juga bagi susu ibu supaya antibodi abang kuat untuk lawan sakit.

Jumaat, 23 Mei 2014, 10.00am
Pagi tadi ibu dapat dukung abang  ada nurse baik hati tengok abang nangis2 dia pun bagi ibu nak dukung abang. Rindunya ibu pada abang. Dah 2 hari ibu tak dapat dukung abang. Dah 3 malam juga kita tak dapat tidur sama. Ibu ayah rindu sangat. Tengahari tadi ibu tengok oksigen abang nurse buka sekejap untuk tengok sama ada dah stabil atau tak. Lega sikit ibu rasa bila oksigen buka sekejap. Batuk abang pun dah kurang. Isnin nanti kita akan jumpa doktor pakar jantung di ijn. Doctor akan cek abang dgn lagi teliti. Harapan ibu ayah kalau boleh tak nak abang dibedah. Tapi kalau dah itu yang terbaik untuk abang kami redha. Tentang kos perubatan dan pembedahan ibu ayah akan usaha minta bantuan mana yang mampu. Kita di uji bersebab sayang.. InsyaAllah ibu yakin Allah dah rancangkan sesuatu untuk kita. Kita minta orang doa kan abang ya. Bertahan ya..

Maaf tak bagitahu saudara2 yg sekarang izz ada di ward PICU. Kami cuma tak nak merisaukan kalian.. doakan izz ya semua.. 
_________________________________________________________________________________

Semalam , aku terbaca update mengenai Izz dekat facebook Ika. Difahamkan doktor berjaya mengesan lagi 3 masalah pada Izz dan ini menyebabkan Izz memerlukan pembedahan dengan kadar yang segera.


"I'm on my way back to Hospital Seremban with ambulans. Izz dikesan ada 3 masalah dan mmg perlu dibedah dgn segera. Masih tak dpt tarikh yg confirm lg utk operation tapi maybe by next week. Nanti eka akan share tentang penyakit Izz.Tentang kos pembedahan pun belum pasti lg berapa. Ayah Izz tgh berbincang lg dgn diorg..i'm speechless..........xtau nak kata apa. doa kan je la anak eka selamat, sihat.."
_________________________________________________________________________________

Latest news yang aku dengar adalah Izz memerlukan RM 50000 sebagai kos pembedahan pada minggu hadapan. Jumlah yang sangat sangat besar untuk sesiapa sahaja. Oleh itu , aku mohon jasa baik kalian yang terbaca akan entry ini sama sama dapat membantu meringankan beban keluarga adik Izz. Dan dibawah ini adalah status yang dipetik daripada Facebook Rina Ellisa. 

"Assalammualaikum wbt,


Sebulan selepas Izz di lahirkan, Doctor dapat kesan ada jantung berlubang pada Izz. Ya Allah.. Tuhan menduga anak kecil ini. Tuhan menduga keluarga kami. Kehadiran Izz dalam keluarga menjadi penguat kasih sayang antara kami. Izz terlalu kecik untuk tanggung sakit ni. Kalau ada kuasa, biarlah sakit Izz pindah kat maklong. Tak sanggup maklong tengok gambar-gambar Izz, video Izz yang ibu share dengan maklong. 

Izz menangis la selagi boleh nak. Bukan kuasa Izz nak bercakap mengadu pada Ibu Ayah yang Izz tengah sakit sekarang ni. Kuatkan semangat Izz.. Maklong tahu Izz kuat sekuat maksud nama Izz, KEKUATAN.

Beberapa hari yang lalu, Doctor kesan saluran darah Izz sempit dan perlukan pembedahan dengan segera. Hari ni Izz dan Ibu naik ambulans dari Hospital Tunku Jaafar ke IJN untuk temujanji dengan Doctor pakar. Doctor telah pon memberitahu kemungkinan minggu hadapan pembedahan akan di lakukan. Cuma tarikh je belum dapat lagi. 

Sy dan keluarga memohon jasa baik kawan kawan memberi sokongan moral kepada adik sy Nur Atika semoga dia kuat dan sabar dengan ujian ini serta bantuan kewangan untuk meringankan kos pembedahan anak buah sy minggu hadapan. Kos pembedahan di anggarkan RM50k.. 

NUR ATIKA RUSDAN - 562375401747 (MAYBANK)

Tiada apa harapan kami sekeluarga selain mempercepatkan pembedahan dan melihat Izz Rizzqi sihat seperti anak-anak kecil yang lain.

Semoga dengan sokongan dan bantuan semua dapat meringankan dan memberi semangat untuk adik sy dan suami dia terus kuat di samping Izz Rizzqi..

Semoga tuhan membalas jasa baik semua mendoakan anak kecil yang tidak mengerti apa itu erti sakit dan dia hanya tahu senyum dan terus tersenyum menggembirakan hati ibu ayah dan keluarga kami..

Mohon sebarkan status ni.. Terima kasih semua..#prayforIzzRizqi"



Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian semua. Sama samalah kita doakan supaya adik Izz kembali sihat dan doakan semoga mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM 50000 itu untuk melakukan pembedahan tersebut. Amiinn. Untuk maklumat lanjut boleh PM Ika & Rina sendiri. Facebook Nur Atika , Facebook Rina Ellisa.

Regards,
-Strider-

Wednesday, August 21, 2013

#1127 - Oh Anakku (10 Gambar)

Hye Readers,

Anak sememangnya satu anugerah tuhan yang tak ternilai sebab itu bagi sesetengah parent apa sahaja yang dilakukan oleh anak mereka itu dianggap sebagai satu memori..Jom layan perangai anak-anak mat saleh nie..













Regards,
-Strider-

Friday, January 4, 2013

#1018 - Menghukum Sebelum Didapati Bersalah

Hye Readers,

Gambar Tak Kena Mengena
Korang ade baca news pasal kes seorang budak berusia 13 yang didakwa cuba merogol seorang wanita baru-baru ini di sebuah stesen minyak.Kalau belumbaca korang leh baca news tu kat sini (Klik Sini). Apa yang aku nak tulis hari ini bukan citer balik apa yang terjadi tu tapi pasal respon pembaca dalam artikel tu.

Rata-rata ramai orang yang marah dengan perilaku budak tu..Bagus laa, ini menunjukkan rakyat malaysia perihatin. Tapi aku tengok ramai yang marah giler ngan budak nie tanpa memikirkan kronologi dan situasi cerita ini..Sebenarnya kes ini bukan straight away kes rogol.

Tanpa mendengar statement dari budak itu kita terus menghukumnya. Secara logik macam tak masuk akal budak 13 tahun nak merogol seorang wanita dewasa di tempat public tetapi bak kata seorang pembaca dalam artikel tu, "nafsu tak mengenal usia" dan aku setuju dengan statement tersebut.

Aku sebenarnya pun pelik gak bila wanita tesebut terus update kisah yang terjadi melalui status facebooknya kerana kebanyakkan wanita yang mengalami kes cubaan rogol nie biasanya akan trauma dan susah nak bercerita apatah lagi kepada public.

Apa yang aku cuba sampaikan ialah bukan niat aku nak membela budak lelaki tersebut tetapi kita tak seharusnya menghukumnya tanpa memberi peluang kepadanya untuk mempertahankan diri. Biar polis siasat dan mahkamah menentukanya. Andaikata dia didapati bersalah baru laa kita boleh menghukumnya.

Regards,
-Strider-

Wednesday, October 24, 2012

Masalah Time 11 Tahun

Hye Readers,


Dalam entry aku yang lepas ade juga yang bertanyakan tentang aku punya 1st plak damm i dont see it coming..haha..tapi takpe, nanti aku akan ceritakan pasal 1st date aku plak but now im drafting something about Illuminati and music industry...hehe..



But aku nak mencelah jap ngan entry pendek..Semalam aku ade terbaca satu twitter yang menyatakan seorang budak umur 11 tahun yang dah ade masalah cinta..pelik aku macam mana budak umur 11 setahun ade masalah cinta-cinta nie...

Seingat aku, time aku 11 tahun masalah yang paling besar aku ada ialah miss kartun sebab kena sekolah petang, masalah macam mana nak dapatkan trek Tamiya dan masalah yang serupa laa..klu nak kata aku tak player, budak paling hensem kat kelas aku pun punyai masalah yang sama ngan aku..hahaha

Korang ade masalah cinta time umur 11 tahun???hehe

Regards,
-Strider-

Offer best untuk Samsung GALAXY Note 2
* The Apartment Style Edition - TBiggest Home Makeover from Malaysia

Wednesday, November 2, 2011

Kanak-Kanak Malang

Hye Readers,

Comel tak kanak-kanak ini..nampak macam ceria jer mereka kan??korang suka kanak-kanak tak??Dorang nie merupakan 2 orang kanak-kanak yang malang di China..aku tak tau ade berapa ramai lagi yang macam mereka kat China nie...

Kenapa aku kata malang??sebab mereka antara pengemis muda yang berada di china..ketika rakan sebaya mereka yang lain di serata dunia sedang bergembira mereka pula dijadikan pengemis untuk mendapatkan wang..memang kejam orang yang mengambil kesempatan terhadap mereka..








Regards,
-Strider-

Monday, October 3, 2011

Dilarang Mengambil Peperiksaan

Hye Readers, 

Sekolah sepatutnya menjadi tempat untuk pelajar menimba ilmu.Namun ape yang aku baca melalui Utusan baru-baru nie agak mengejut kerana terdapat pelajar yang dilarang menduduki peperiksaan atas sebab sebab yang aku rak munasabah. 

Utusan juga memetik kenyataan salah seorang jari bapa pelajar itu yang mengatakan: 

“Ini bukan masalah anak kami tidak mahu ke sekolah tetapi soalnya mereka dilarang menduduki peperiksaan kononnya bodoh. Kami mahu siasatan lebih telus dan berharap kementerian memandang serius kes itu,” kata mereka. 

Pihak sekolah dikatakan datang ke rumah pelajar dan menasihati mereka supaya tidak menduduki peperiksaan dan apabila laporan dibuat ke sedangkan apabila pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) membuat siasatan, pihak guru pula menyalahkan murid kononnya mereka enggan datang mengambil peperiksaan. 

Aku rasa ape yang dilakukan oleh pihak sekolah ini juga adalah satu tindakan yang tidak bermoral kerana hanya mengejar reputasi yang baik tanpa memikirkan nasib pelajar yang lain. Pelajar yang lemah seharusnya diberi lebih tumpuan disekolah.Pelajar yang lemah diakui akan mencacatkan peratus lulus (pass-rate) di sesebuah sekolah tapi itu bukan alasan untuk menolak tepi hak seseorang pelajar. 

Aku pun tak tahu pihak sekolah ada penjelasan yang lain disebalik kejadian ini tetapi aku nak juga tahu apakah sebab utama pelajar itu dalarang dari mengambil peperiksaan. 

Regards, 
-Strider-

Monday, June 20, 2011

Mama we’re going to hell

Hye Readers,

Itu adalah sebahagian dari lirik lagu My Chemical Romance( MCR ) yang bertajuk Mama..Aku tak tahu laa ini lagu baru kea tau lama sebab aku bukan minat sangat dengan MCR nie..just dengar-dengar camtu jer..It’s start dari note kakak aku kat FB yang aku terbaca smalam..
tonight my husband corrected my youngest son... yang baru je nak enjoy dengar lagu 'mama' by my chemical rommance... (antara lyric lagu tu ..."mama.. we are going to hell"... ) so. my hsband ckp kat anak dia... "tak semua lagu sesuai utk didengar sayang..." kadang2 yg cipta lagu tu tengah mabuk atau khayal dadah, so dia pun merapu rapu tulis lyric lagu.... kadang2 diarang ni suruh kita buat yg jahat...kita pun melolong lolong ikut diarang punya kepala...lama2 nanti boleh ingat benda tu ok.... so, kalau nak nyanyi lagu lain kali..kena pilih yang elok2 aje..the bad ones.. dont sing at all... my son said..ok pa!

Itu laa notes yang kakak aku post kat FB dia..Ini membuatkan aku nak remind semua yang membaca bahawa kadang-kadang kita kena control gak music yang anak2,adik, kita dengar..especially yang masih muda..macam kes anak buah aku nie dia baru darjah 2..dia tak boleh memproses maklumat dengan tepat..

Aku takde laa terkejut sangat sebab bagi aku MCR nie memang ade pengaruh gothic skit and sebenarnya tak sesuai untuk kanak-kanak dengar..kalau yang dewasa tu tak payah aku nak ingatkan lagi..pandai2 laa pikir lagu yang mana sesuai untuk didengar..hehe

So itu je laa dulu setakat nie..nanti kalau ade pape citer lagi aku share ngan korang suma..till my next entry…

Regards,
-Strider-