Monday, September 30, 2013

#1159 - 10 Gambar Bersejarah di Dunia

Hye Readers,

10 gambar yang merupakan peristiwa sejarah dalam kehidupan manusia.

1. Pada tahun 1956 binatang mula digunakan sebagai satu kaedah terapi.



2. Seorang gadis bermain dengan anak patung setelah rumahnya hancur akibat letupan bom pada 1940 di London



3. Seorang askar berkongsi sebijik pisang bersama seekor gambang ketika perang Saipan 1944



4. Seekor chimpanzi bergambar apabila berjaya pulang selepas melaksanakan misi angkasa lepas pada tahun 1961



5. Ujian terhadap baju kalis peluru pertama dilakukan pada tahun 1923



6. Walter Yoe merupakan manusia pertama yang menjalankan pembedahan plastik.



7. Seorang ibu malu apabila gambarnya diambil, Dia cuba untuk menjual anaknya pada tahun 1948 di Chicago.


8. Inilah hasilnya apabila Sweeden menukarkan aliran trafik dari kiri ke kanan pada 3 September 1967.



9.  Seorang kanak-kanak menerima sepasang kasut baru ketika perang dunia kedua



10. Seorang gadis Evelyn McHale terjun dari tingkat 83 bangunan Empire State dan mendarat diatas sebuah kereta milik UN pada tahun 1947


Ingin mencipta sejarah untuk diri anda sendiri? Klik Sini

Regards,
-Strider-

#1158 - The Kitten is Still Alive

Hye Readers,

Did the cat that was put in a jar suffocate to death? Did the poor innocent animal’s heart beat faster, then hyperventilate, wheeze and die?

Two males posted a picture of them with a cat in the jar, which went viral yesterday. One Facebook user called Ai Knowl has admitted to his sick crime and has apologised for doing it. “It was meant as a joke,” he said. His post got 251 likes.

The other person has yet to admit to it. Ai Knowl, who lives in Johor Baru, assured netizens that the cat is alive. “Tomorrow I will post some pict and vid that cat are still alive.. Dun worry..(sic)”

Why tommorow? Netizens don’t believe it. One netizen Mohamad Azuan said Ai Knowl should be kept in a bottle. A Netizen called Lynn Valentine said, “I cannot accept your ‘sorry’. It’s a wonder if he doesn’t get death threats.”


Netizens have already reported their act to the Society For The Prevention Of Cruelty To Animals. Mark Soh, the founder of the Malaysian Crime Awareness Campaign Facebook page, said he had lodged a report with SPCA after seeing the two photographs.

“It is a form of animal cruelty and I hope the authorities will take action against the men,” he said. Soh had also reported the case to the Veterinary Services Department.

SPCA media and humane education officer Pyo Ng said they would investigate the report. “We will find the source of the pictures,” she said.

The two, she said, could be fined a maximum of RM200 for animal cruelty. This is pittence and is no deterrent. Ng wants harsher penalties to be set for charges against animal cruelty.

Back in February, a photo was published on Facebook where four men, believed to be of Tunisian origin, appeared with the severed head of a cat. One held the animal’s head while another was carrying a knife and the cat’s body.

Source: Click Here

Regards,
Strider

Friday, September 27, 2013

#1157 - Kenaikkan Minyak Kali Kedua Bermula Isnin Ini.

Hye Readers,

Sejak dari petang lagi aku asyik membaca tentang khabar angin kenaikkan minyak untuk kali kedua. Khabar angin ini bermula dari kenyatann PDAM Klik Sini. Aku sebenarnya tak percaya sangat dengan khabar angin pasal harga minyak ini..

Melalui facebook Friends of BN aku jumpa petikkan yang menafikan khabar angin tersebut.


Tapi menjelang malam aku menerima satu link dari berita bernama yang menyatakan minyak akan naik pada hari isnin. Kepada mereka yang subscribe berita bernama korang bleh baca kat Sini



Mungkin berita itu merupakan arkib dari berita bernama tetapi kenyataan minyak yang tak naik "hari ini" itu yang buat cerita nie jadi menarik. Adakah tidak naik hari ini bermakna ia akan naik pada hari isnin nanti??Apa apa pun dah ramai orang yang mula beratur dan membeli minyak malam ini.

So kita nantikan je laa betul tak minyak naik mulai tengah malam isnin ini. Kalau benda ini tidak benar Alhamdulillah tapi kalau betul-betul naik apa pandangan korang??

p/s: tak dapat nak BW sebab posting ikut email jer..

Sent from azlan.strider7@gmail.com

#1156 - Anak Saksi Ibu Maut Digilis Lori

Hye Readers,


Membaca tajuknya sahaja dah boleh membuatkan aku sedih, Semalam lebih kurang jam 2.10ptg telah berlaku satu kemalangan yang melibatkan sebuah lori simen dan motosikal. Mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah.

Mangsa dikatakan bergesel dengan lori terbabit dan selepas ini mangsa terjatuh di bahagian belakang tayar lori sebelum gilis. Kejadian makin kecoh apabila orang ramai membaling batu ke arah lori simen dan memukul pemandu lori warga Indonesia dengan kayu. Bagaimanapun, kehadiran anggota polis trafik menyuraikan keadaan dan menahan pemandu untuk siasatan.

Menurut laporan yang aku baca kat ondscene (Klik Sini) pemandu lori warga Indonesia terbabit telah mengumpul 21 saman dan 5 daripanya ialah saman mengibatkan kemalangan. kalau korang masih ingat kejadian kemalangan bas di genting bulan lepas juga melibatkan pemandu yang mempunyai jumlah saman terkumpul yang banyak iaitu sebanyak 16 saman.

Mengapa pemandu yang mempunyai saman terkumpul sebegitu banyak masih boleh ditawarkan pekerjaan sebagai pemandu? Syarikat akan sentiasa cuba mengaut untung yang maksima walaupun terpaksa menggaji pemandu yang cuai. Aku harap ade tindakan dari pihak berwajib dalam mengelakkan "reckless driver" ini berada di jalanraya..

Regards,
-Strider-

Thursday, September 26, 2013

#1155 - PDAM Jangka Kenaikkan Harga Minyak Lagi.

Hye Readers,



Aku tinggalkan korang ngan cerita pasal ketibaan dajjal untuk satu berita yang aku terima pagi tadi. Melalui akhbar Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman berkata kerajaan mungkin akan mengurangkan subsidi bahan api negara.

Ini disebabkan kes-kes penyeludupan bahan api yang semakin meningkat di negara ini. Kalau betul kerajaan mengambil tindakkan ini, bermakna minyak petrol dan diesel akn naik buat kali kedua selepas PRU yang lepas.

Aku sebenarnya kurang bersetuju dengan alasan yang diberi. Kalau nak mengelakkan penyeludupan minyak berlaku, kerajaan harus menaikkan harga minyak setanding dengan harga jiran dan barulah tiada kes penyeludupan munyak berlaku.

Seperti yang korang semua tahu apabila harga bahan api naik, harga kos sara hidup juga akan meningkat. Tapi benda ini masih belum diumumkan secara rasmi lagi...Apa pandangan korang??

Regards,
-Strider-

#1154 - Ketibaan Dajjal Episod 2

Hye Readers,

Kali ini aku sambung video pasal ketibaan dajjal ini. Dalam episod kedua ini, mereka akan merungkap teknik yang terbaik mengawal dunia iaitu menggunakan teknik "Mind Control". Bagaimanakah cara ini dilakukan keatas kita??teruskan menonton..


Untuk episod akan datang teknik anda akan dikejutkan apabila teknik ini sebenarnya telah digunakan keatas kanak-kanak..

Episod 1 : Klik Sini

Wednesday, September 25, 2013

#1153 - Wartawan Metro Setanding Blogger

Hye Readers,

Ini bukan pertama kali aku kutuk media kita, Aku kutuk bukan sebab nak kata aku bagus dari mereka tapi atas kesedaran sivik jer. Tadi aku ade baca tajuk berita kat Metro yang berbunyi  "Digomol" Tukang Urut. Menarik bukan tajuknya? 

Rupanya berita itu mengisahkan pegawai Imigresen yang terpaksa "bergomol" dengan tukang urut yang cuba melepaskan diri ketika serbuan dijalankan. Mungkin journalist kita tak mengetahui bahawa wujudnya perkataan bergelut yang lebih sesuai jika digunakan.

Kenapa ini aku jadikan isu? Ini kerana perkataan tersebut membawa makna yang lain (if you know what i mean). dan ia nampak tak sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak. Macam mana kita nak galakkan kanak-kanak membaca berita kalau kualitinya sangat teruk.



Ini bukan tatabahasa pertama yang Metro yang salah guna. Sebelum ini mereka pernah menggunakan perkataan "Tahap Gaban" sebagai headline mereka. Berita seharusnya menggunakan tatabahasa yang betul supaya orang boleh belajar something daripada membaca berita.

Pada pendapat aku, tahap penulisan wartawan metro nie lebih kurang jer dengan blogger. In fact aku pernah jumpa blogger yang menggunakan tatabahasa yang lebih bagus dari Metro.

p/s: terima kasih kepada mereka yang dah comment kat lasi entry aku..kepada yang belum korang leh Klik Sini

Regards,
-Strider-

#1152 - Ketibaan Dajjal

Hye Readers,

Semuanya bermula ketika aku sedang browse PC aku untuk tengok video apa yang ade. Rupanya -rupanya dalam PC aku masih tersimpan full episod of dokumentari "Thi Arrival" yang mengisahkan tentang kedatangan dajjal serta bukti-buktinya

Dokumentari ini dah lama sebenarnya, kalau tak silap aku release tahun 2010. Mungkin ade di antara korang yang pernah tengok dan mungkin belum. Filem 52 episod dan setiap episod berdurasi lebih kurang 8 minit ini akan menyingkap serba sedikit tentang ketibaan dajjal dan golongan yang telah membuat persiapan untuk menerima kedatangan dajjal.

Golongan yang mana??bagaimana persiapan mereka jalankan??dan yang penting bagaimana mereka mempersiapkan kita untuk menerima kedatangan dajjal. Aku pun tak yakin tentang benda nie 100% sebab ilmu didada pun masih tak mencukupi.

Persoalanya sekarang, korang nak tak kalau aku post video tu episod by episod??untuk tidak membosan korang, aku tak akan post hari-hari laa..mungkin aku akan selang seli dengan entry lain macam biasa..Tapi untuk epsisod pertama nie aku post laa video tu jugak dan tengok reaksi korang..Perlu ke aku post 2nd episod??



p/s: Pendapat korang bersetuju/tidak bersetuju tentang dokumentari ini dialu alukan..

Regards,
-Strider-

Tuesday, September 24, 2013

#1151 - Imam Pranks

Hye Readers,

Hari ini aku nak share lagi satu video ngan korang. Video kali ini tak melibatkan mana-mana selebriti di Malaysia tapi melibatkan seorang yang didakwa sebagai imam. Aku tak sure video ni dirakam di mana tapi aku salute laa imam nie...jom layan video nie..




Imam ini tidak sedikit pun gentar dengan apa yang bakal terjadi kerana dia hanya takut kepada Allah s.w.t dan aku respect imam nie kerana dia sedikit pun tidak marah kepada produksi  yang cuba memperbodohkan dia..

Sabar itu separuh dari iman, semoga kesabaran imam ini dapat membuka pintu hati krew-krew produksi yang didakwa bukan Islam..

Regards,
-Strider-

#1150 - Isteri Mat Yo Bertengkar Dengan Pengawal

Hye Readers,

Lewat malam semalam sebuah video telah mendaji viral di kebanyakkan laman media sosial. Video yang dimaksudkan ialah video yang mempamirkan seorang wanita yang bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan. Sumber mengatakanwanita tersebut merupaka ister kepada Penyerang kebangsaan dan Johor Darul Takzim iaitu Norshahrul Idhlan Talha atau dikenali sebagai Mat Yo.



Sejauh mana benar dakwaan itu aku tak tahu laa, tapi apa yang penting sikap wanita yang tidak menghormati pengawal keselamatan ini memang mengundang kemarahan orang ramai. Sejujurnya susah untuk kita pastikan siapa yang bersalah dalam video yang hanya berdurasi seminit ini.

Kata-kata "lelaki dayus" yang berulang kali dikeluarkan oleh wanita itu di penghujung video sebenarnya tidak wajar sama sekali. Aku rasa pengawal tu dah mula walk away dari situasi ini tapi ia bersikap agresif setelah dipanggil dayus berulang kali.

Kepada semua wanita diluar sana, jagalah tingkah laku dan perangai anda. Jangan jatuhkan martabat wanita sendiri. Sebarang perselisihan faham pasti ade jalan penyelesaianya. Setakat ini Mat Yo masih belum mengeluarkan statement yang menafikan itu bukan isteri beliau.

Regards,
-Strider-

Monday, September 23, 2013

#1149 - Wajarkah Beri Laluan Pada VIPs

Hye Readers,

Pagi tadi aku ade terbaca kat web Astro Awani mengenai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek menggesa pengguna jalan raya untuk memberi laluan kepada pengawal bermotosikal yang mengiringi keluarga DiRaja atau golongan VIP. (Klik Sini)

Well, bab golongan Di Raja tu aku tak sentuh tapi aku suka sentuh mengenai pasal VIPs nie..Datuk Hasan Malek juga berkata mereka yang diiringi itu mempunyai tugas rasmi untuk dilaksanakan dan perlu tiba ke destinasi dalam masa yang ditetapkan.

Aku tak nafikan mereka nie memang penting, tapi mereka harus ingat yang orang lain juga ade tugasan yang penting jugak dalam hidup mereka, sepatutnya VIPs kena pandai rancang perjalanan supaya mereka tiba tepat pada waktunya.

Untuk orang biasa maca aku nie, kalau lambat pergi kerja sudah tentu aku akan dimarahi oleh pihak atasan tapi kalau golongan VIPs nie lambat ke acara majlis perasmian aku rasa paling kuat pun mereka tunggu jer..Untuk info pengguna jalanraya wajib memberi laluan kepada pihak Bomba dan Ambulans sahaja.

So apa pendapat korang terhadap isu nie??Bagi aku kalau jalan lengang bola laa beri laluan tapi klau dah stuck kat Jalan Tun Razak pagi-pagi pukul 8 terima je laa nasibnya..hehe

Regards,
-Strider-

Friday, September 20, 2013

#1148 - Ular Guni Buruk Dijumpai

Hye Readers,



Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam. Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Itu merupakan apa yang aku baca kat forum CARI tadi..tapi lepas beberapa lama aku dipahamkan yang ia merupakan sejenis ular yang dikenali sebagai "Ular Guni Buruk". Sudah la nama buruk, rupa pun buruk kesian aku tengok dia.

Maaf laa yer, kalau image yang aku post nie menggangu korang, bukan apa binatang macam nie memang rare..sepanjang umur hidup aku 1st time aku dengar pasal binatang nie..Al maklum laaa, budak bandar laa katakan..hehehe

Regards,
-Strider-

Wednesday, September 18, 2013

#1147 - Cerita Seks for Andriod

Hye Readers,



Semakin kita maju, semakin mudah gejala social untuk berkembang. Baru baru ini aku ade terbaca yang zaman sekarang ini sudah ade application untuk cerita-cerita lucah di platform android.

Budak-budak  moden sekarang bukan lagi seperti kanak-kanak zaman dahulu, mereka kini masing-masing memiliki telefon bimbit sendiri malah ada di antaranya memiliki telefon dan tablet pintar yang mencecah ribuan ringgit

Jadi kepada mereka yang ada anak/anak buah/adik yang sedang membesar, anda sudah boleh cuba untuk mengawasi segala apps yang mereka download. Sebagai ibu/bapa atau pengjaga, aku rasa tak salah untuk kita buat spot check ke atas telefon mereka.

Aku tak tahu sejauh mana bidang kuasa pihak berwajib dalam kes-kes macam nie tetapi kita tak seharusnya mengharap pada mereka. Kita sebagai ibu/bapa atau penjaga harus mengawal benda ini dari merebak.

Regards,
-Strider-

#1146 - Ching Peng Dikebumi di Malaysia

Hye Readers,



Antara isu yang hot dalam akaun social media aku ialah isu pasal bekas setiauasah Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng yang meninggal dunia pada 16 Sept yang lepas.Isunya pasal Chin Peng yang nak dikebumikan di tempat lahirnya iaitu Sitiawan Perak,

Sebenarnya isu ini adalah isu yang dipolitikkan dan sebab itu dia jadi panas..Ade pihak yang menganggap Chin Peng ini Wira dan ade pihak yang masih menggangap Chin Peng nie sebagai sejarah hitam negara..well, that part aku tak nak sentuh.

Tapi pendapat aku, tak ade yang perlu kita risaukan kalau ia dikebumikan di Malaysia. Generasi akan datang still akan mengenang dia sebagai pengganas no 1 di Malaysia. Tapi memandang dari sudut kemanusiaan aku tak anggap permintaan dia untuk disemadikan di kg halaman sebagai isu yang besar.

Jangan salah faham, aku tak pernah menyokong tindakkanya atau PKM, cuma bagi aku dia dah menerima hukumannya ketika hidup (buang negara). Chin Peng sudah meninggal dunia, apa lagi keburukkan yang dia boleh bawa setelah dia tiada.

Aku rasa ramai yang tak setuju dengan aku tapi takpe, pendapat kita mungkin berbeza tapi pada akhirnya kita semua rakyat Malaysia. Sekali lagi aku jelaskan yang entry ini bukan entry menyokong Chin Peng atau PKM, jauh sekali entry menghalalkan darah yang tumpah kerana Chin Peng..Ini adalah entry yang terlintas di pikiran.

Regards,
-Strider-

Thursday, September 12, 2013

#1145 - [TERKINI] Kes Tembak Menembak Di Tesco Melaka

Hye Readers,

Aku ade membaca laporan mengenai kejadian tembak menembak telah berlaku di Tesco Cheng Melaka Sekitar jam 9-10 pagi tadi,  diantara pasukan polis dan 3 orang penjenayah yang menaiki sebuah perodua Myvi. 

Setengah jam kemudian kedengaran bunyi ambulan yang berbegas ke lokasi kejadian untuk mengesahkan 3 orang penjenayah yang mati akibat terkena das tembakan  punca kejadian masih belum dikenalpasti namun khabar angin menyatakan ia berkait dengan kes anggota kongsi gelap.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang aku dapat.







Sumber: Cari

Regards,
-Strider-

Wednesday, September 11, 2013

#1144 - iPhone 5S (Full Spec)

Hye Readers,

iPhone Grey
Hari ini Apple telah mengumumkan product terbaru keluaran mereka iaitu iPhone 5S. So apakah perbezaan iPhone 5S dan iPhone 5??Disebabkan aku bukan pengguna iPhone jadi aku tak berapa pasti tapi kat sini aku nak share sedikit spec iPhone5 untuk info khas untuk peminat iPhone dan yang bercadang nak beli.

iPhone 5s Specification


Finish
  • Space Gray
  • Gold
  • Silver
Capacity and Price
  • 16GB - $199
  • 32GB - $299
  • 64GB - $399

Weight and Dimensions
  • Height: 4.87 inches (123.8 mm)
  • Width: 2.31 inches (58.6 mm)
  • Depth: 0.30 inches (7.6 mm)
  • Weight: 3.95 ounces (112 grams)

Chips
  • A7 chip with 64-bit architecture
  • M7 motion coprocessor

Location
  • Assisted GPS and GLONASS
  • Digital Compass
  • Wi-Fi
  • Cellular

Touch ID
  • Fingerprint identity sensor built into the Home button

Display
  • Retina display
  • 4-inch (diagonal) widescreen Multi-Touch display
  • 1136-by-640-pixel resolution at 326 ppi
  • 800:1 contrast ratio (typical)
  • 500 cd/m2 max brightness (typical)
  • Fingerprint-resistant oleophobic coating on front
  • Support for display of multiple languages and characters simultaneously

iSight Camera
  • 8 megapixels with 1.5µ pixels
  • ƒ/2.2 aperture
  • Sapphire crystal lens cover
  • True Tone flash
  • Backside illumination sensor
  • Five-element lens
  • Hybrid IR filter
  • Autofocus
  • Tap to focus
  • Face detection
  • Panorama
  • Burst mode
  • Photo geotagging

Video Recording
  • 1080p HD video recording
  • 30 fps
  • True Tone flash
  • Slo-mo video
  • Improved video stabilization
  • Take still photo while recording video
  • Face detection
  • 3x zoom
  • Video geotagging

FaceTime Camera
  • 1.2MP photos (1280 by 960)
  • 720p HD video recording
  • Backside illumination sensor

Intelligent Assistant
  • Siri
  • Use your voice to send messages, set reminders, and more.

External Buttons and Connectors
  • External Buttons and Controls
  • On/Off/Sleep/Wake
  • Volume up/down
  • Ring/silent
  • Home/Touch ID sensor
  • Connectors and input/output
  • 3.5-mm stereo headphone jack
  • Microphone
  • Built-in speaker
  • Lightning connector

Power and Battery
  • Built-in rechargeable lithium-ion battery
  • Charging via USB to computer system or power adapter
  • Talk time: Up to 10 hours on 3G
  • Standby time: Up to 250 hours
  • Internet use: Up to 8 hours on 3G, up to 10 hours on LTE, up to 10 hours on Wi-Fi
  • Video playback: Up to 10 hours
  • Audio playback: Up to 40 hours

Sensors
  • Three-axis gyro
  • Accelerometer
  • Proximity sensor
  • Ambient light sensor
  • Fingerprint identity sensor

Built-in Apps
  • Maps
  • Messages
  • Passbook
  • Camera
  • Reminders
  • Notes
  • Phone
  • Videos
  • Weather
  • FaceTime
  • iTunes Store
  • Stocks
  • Music
  • Game Center
  • Calculator
  • Safari
  • Calendar
  • Voice Memos
  • App Store
  • Contacts
  • Mail
  • Newsstand

Free Apps from Apple
  • iPhoto
  • iMovie
  • Keynote
  • Pages
  • Numbers
  • iBooks
  • iTunes U
  • iTunes Festival
  • Podcasts
  • Trailers
  • Find My iPhone
  • Remote
  • Find My Friends


SIM Card
  • Nano-SIM
  • iPhone 5s not compatible with existing micro-SIM cards

System Requirements
  • Apple ID (required for some features)
  • Internet access
  • Syncing with iTunes on a Mac or PC requires:
  • Mac: OS X v10.6.8 or later
  • PC: Windows 8; Windows 7; Windows Vista; or Windows XP Home or Professional with Service Pack 3 or later
  • iTunes 11.1 or later (free download from www.itunes.com/download)

Since aku bukan pengguna IOS so aku tak tau laa nak komen spec diatas tapi peminat yang sedang menunggu product iPhone mungkin tak lama lagi ia akan dipasarkan di Malaysia.

Sumber: Klik Sini

Regards,
-Strider-

#1143 - Movie Preview Lagenda Budak Hostel

Hye Readers,



Aku jarang pergi movie preview...apatah lagi nak buat review utk movie preview tapi semalam ketika aku habis kerja ada seorang  kawan aku ajak pergi tengok movie preview Lagenda Budak Hostel and i say why not memandangkan cerita tu nmpak macam best jer...



Sebenarnya aku seat atas Nora punya guest...itu saja-saja nak poyo jer..well, Aku smpai The Curve lebih kurang pukul 8 camtu tapi cerita di lambat skit start walaupun kat ticket kata start at 8.00pm. Mungkin ade beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.



So sebelum movie start ktorang dengar laa sepatah dua kata dari David Teoh...Dia ni memang kelakar orangnya..hehe..So aku akan bagi preview ini berdasar dari pendapat personal aku..Aku akan start dengan plot cerita dan kemudian the bad and the good

Plot Cerita:
Sesuai dengan genre cerita komedi, plot filem ini mudah di fahami, ia mengisahkan iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh dan mereka jatuh cinta pada seorang gadis bernama Seroja (Nora Danish)



Komen Negetif:
- Bagi aku cerita ini agak slow skit pada penghujungnya..Mungkin sebab dari awal dan pertengahan dia sangat best yang membuatkan ending dia rasa slow..

- Watak Nora danish sebagai heroin sedikit tenggelam sbb skrip dia tak banyak..tapi sebab Nora Danish kan..Dia senyum pun dah rasa okay...Congratulation pada mereka yang casting utk heroin ini..

Komen Positif,
- Cerita ini memang mampu membuat kita mengimbau kembali zaman persekolahan khusunya kepada mereka yang pernah duduk hostel..kalau korang pernah duduk hostel korang mesti tak nak lepaskanya.

- Kedua-dua watak utama iaitu Along Cham dan Along Eyzendy memang tidak mengecewakan. Watak supporting act juga not bad walau ade beberapa orang yang aku tak kenal.

- Scene lagu Seroja kat dalam filem tu confirm mampu buat korang menjerit dan tergelak..Aku rasa itu memang scene killer untuk cerita tu...Korang nak tau??kena pergi tengok sendiri.

Kesimpulan
Overall cerita nie memang best dan berbaloi korang nak tengok. Cerita dia walaupun bercorak komedi tapi ade moralnya tersendiri seperti persahabatan, kejujuran dan bla..bla..bla...So kepada mereka yang minat filem melayu terutama bercorak komedi cerita orang nie memang wajib tonton..Rating aku 4.6/5 bintang

Regards,
-Strider-

Tuesday, September 10, 2013

#1142 - Ratusan vs Ribuan

Hye Readers,


Secara metamatiknya hanya seorang sahaja mampu merubah ratusan menjadi ribuan atau sebaliknya...tapi secara teorinya ratusan dan ribuan tu sebenarnya banyak perbezaanya. Pada pendapat korang dari mana mereka mendapat angka ini???

Regards,
-Strider-

#1141 - Ibu Bapa Jenis Apakah Anda?

Hye Readers,



Entry aku kali ini pendek jer..One day if korang semua ada anak-anak yang sudah bersekolah which type of parent yang korang akan jadi??yang seperti komen di atas atau dibawah???

p/s: Dah tgk thriller Paranoia yang akan keluar di pawagam khamis nie??Kalau belum sila Klik Sini

Regards,
-Strider-

Monday, September 9, 2013

#1140 - World War 3 [Alert]

Hye Readers,

World War 3...Adakah proses itu sedang berjalan??adakah ia telah dimulakan oleh pihak Amerika dan sekutunya??berapa lama lagi dunia boleh mengelak dari peperangan. kali ini aku menjemput korang untuk tengok short video mengenai World War 3 nie..



Adakah kita akan merasa tempias jika World War 3 bermula??Aku bukan pakar mengenai politik dunia. Aku juga tak mengajak korang untuk percaya 100% tapi video ini hanyalah untuk kesedaran dan info korang semua..

Regards,
-Strider-

Friday, September 6, 2013

#1139 - Escape Bersama Jackie Chan

Hye Reader,

Korang pernah tengok tak iklan kat tv yang menampil aksi Jackie Chan yang nak buat reservation hotel? Sebelum ini aku tak tahu apa maksud iklan itu sebab dalam iklan itu ia seorang receptionist sedang menonton aksi lawan Jackie Chan.


Rupa- rupanya Escape itu adalah sebuah website online streaming yang aku rasa mampu menyaingi  laman web TONTON oleh  yang disediakan oleh Media Prima? dengan Escape anda boleh tonton filem, rancangan TV, LiveTV dan acara-acara secara 'streaming' di smartphone, tablet, laptop & PC di mana jua dan bila-bila masa!

Ini sudah tentu memberi persaingan yang sihat antara Tonton dan Escape. Sejauh mana kemampuan Escape tu hanya masa yang akan menentukan. So kalau korang seorang yang minat untuk menonton rancancan secara onlike ko0rang boleh register bersama Escape (Klik Sini)

Regards,
-Strider-

Thursday, September 5, 2013

#1138 - Skandal Bini Orang Dengan Adi Putra

Hye Readers,

First skali skali terima kepada korang yang memberi feedback pasal entry Nuffang aku yang lepas (Klik Sini) dan juga aku telah reply beberapa komen. Aku amat menghargainya dan kepada yang rasa nak bagi feedback jugak sila laa klik pada link yang aku bg tadi.nanti aku akan explain more pasal entry tu.

Berbalik kepada isu yang nak diceritakan, hari ini aku ade terbaca dekat roti kaya tentang skandal seorang pelakon iaitu Adi Putra dengan seorang perempuan bergelar isteri orang(Klik Sini). Aku tak nak terus menuduh Adi Putra atau mana-mana pihak tapi aku lebih suka dengan ikhtibar  dalam kes ini.


Menurut laporan skandal itu terbongkar apabila ahli perniagaan berkenaan menyemak telefon bimbit milik isterinya pada 7 Ogos lalu apabila terdapat SMS, Instagram dan WhatsApp artis berkenaan yang antara lain mengandungi kata-kata dan gambar lucah termasuk gambar lucah pelakon berkenaan

Aku percaya yang wanita itu merupakan salah seorang dari peminatnya memandangkan mereka baru berkenalan selama seminggu. Apa ikhtibar yang kita dapat dari kes ini adalah jika nak berkawan dengan seorang perempuan pastikan kita tau statusnya supaya kita tau batasnya..

Dan kepada wanita kalau nak berkawan sesiapa pastikan suami anda tahu supaya tidak timbul syak wasangka dalam perhubungan lebih-lebih lagi suami isteri. Cuba kurang berkomunikasi ngan kawan lelaki pada waktu malam dan kalau boleh jika dah berkhawin kurangkan je terus.

Apa-apa pun kepada peminat Adi Putra korang follow je laa roti kaya or portal hiburan yang lain kerana isu ini aku rasa akan berlanjutan.Kes ini juga telah menjadi kes polis kerara terdapat unsur-unsur ugutan. Walau pape pun hopefully Adi Putra dan yang terlibat boleh selesaikan dengan cara yang baik.

Regards,
-Strider-

#1137 - Earning Nuffang Yang Lain Dari Yang Lain

Hye Readers,



Sebenarnya aku ade satu benda nak beritahu korang..Dari mula aku blogging iaitu pada first entry aku pada January 2011 sehingga sekarang ini jer laa earning dari Nuffang yang aku dapat. Tapi niat aku nak blogging pada awalnya memang sbb suka-suka dan lama-lama dah jadi minat.

Aku sendiri tak reti sangat nak tengok nuffang tapi ade yang aku paham pada 22nd March aku ditawarkan CPUV campaigns. Kena pulak start dari march smpai laa lepas raya ni aku memang sibuk smpai nak update entry pun payah.

So, CPUV campaign aku tu akhirnya terbiar sahaja tanpa dapat apa-apa earning. Tapi takpe laa, mungkin bukan rezeki aku kali ini. Blogging akan tetap diteruskan sebab aku dah rasa yang itu dah memang salah satu minat aku sekarang.

So hopefully next time aku dapat lagi CPUV campaign dari Nuffnang dan rasanya aku kena laa check website nie selalu untuk pastikan kejadian sama tak berulangkan??Korang ade tips2 lain nak senang dpt CPUV dari nuffnang selain hantar ticket??kalau hantar apa yang korang kata??hehe

Regards,
-Strider-

Wednesday, September 4, 2013

#1136 - Kerja-Kerja Terowong MRT [ 5 gambar ]

Hye Readers,

Mereka yang duduk di sekitar Lembah Kelang mesti familiar dengan Projek Mass Rapid Transit (MRT) yang menghubungkan Sungai Buluh dan Kajang. MRT juga mempunyai kalau tak silap aku ade 7 buah stesen di bawah tanah. Nak tau progress mereka dalam kerja -kerja terowong mereka sila lihat gambar dibawah







Regards,
-Strider-

Tuesday, September 3, 2013

#1135 - Kesan Kenaikkan Minyak

Hye Readers,



Semalam Perdana Menteri kita dah mengumumkan yang harga minyak akan naik sebanyak RM 0.20 seliter akibat daripada pemotongan subsidi kerajaan. Kat FB dan twitter aku penuh dengan komen dari orang orang ramai, ada yang bersetuju dan ade yang tak.

Sebenarnya jumlah RM 0.20/seliter tu takde laa banyak mana pun, tapi apa yang masyarakat bimbang adalah kesan daripada kenaikkan harga minyak, Kenaikkan harga minyak bukan saja dirasai oleh pengguna kenderaan tetapi kesannya dirasai setiap lapisan masyarakat.

Ini akan menyebabkan kos barangan lain akan naik akibat dari kos penghantaran yang semakin meningkat. Aku harap kerajaan akan mempunyai langkah-langkah yang tertentu bagi mengelakkan harga barangan naik. Tapi setakat nie aku tatau ade cara untuk kekang barang naik atau tidak.

Mungkin pemberian BR1M akan sedikit membantu kepada mereka yang susah tapi untuk berapa lama dan adakah ia mencukupi. Apa pendapat korang mengenai kenaikkan ini??

Regards,
-Strider-

Like FB Strider - Klik Sini
Nak Menang 50K - Klik Sini
Tonton KL Gangster2 Secara Sah - Klik Sini

Monday, September 2, 2013

#1134 - Tattoo Rambut [10 Gambar]

Hye Readers,

Pernah tengok tattoo rambut??Sebenarnya aku jarang tengok orang berambut macam nie tapi hari itu ketika aku tengah jalan kat Downtown Cheras memang aku ade perasan ade kedai yang offer buat tattoo rambut nie..Well, jom share tcontoh contoh tatto rambut kat bawah nie.













Secara jujurnya memang aku tak boleh cuba nak berfesyen macam nie..Silap haribulan kena buang kerja aku..So kepada sesiapa yang nak cuba silakan laa tapi kepada umat islam anda dinasihatkan supaya check dulu benda nie haram atau tak kalau dibuat.

Regards,
-Strider-