Friday, March 21, 2014

#1378 - Minggu Yang Sibuk

Hye Readers,

Lama rasanya aku tak update blog ini. Ada beberapa faktor sebenarnya yang membuatkan aku tak sempat update entry. Selain daripada PC kat umah yang meragam, faktor kesibukkan dengan kehidupan harian sebenarnya juga meyumbang kepada kekurangan masa.

Seperti yang kita tahu negara kita sedang giat mencari dimanakah hilangnya pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak daripada sabtu lalu. Sabtu lepas PM kita DS Najib Razak telah membuat satu disidang media yang mengejutkan apabila dia mengumumkan yang transponder dalam pesawat tersebut telah dimatikan secara sengaja.

Mengikut kepada trend siasatan, nampaknya hujung minggu ini mungkin akan ada lagi sekali sidang media yang akan memperjelaskan apa yang berlaku, dan hopefully pada ketika itu kita akan tahu apa yang berlaku kepada pesawat MH370 tersebut.


Secara ringkasnya itu jer yang aku nak cerita kat korang untuk minggu ini.  Aku masih lagi aktif di media-media social seperti facebook dan twitter. Untuk mereka yang yang tahu perkembangan tentang MH370 insyallah aku akan selaku update dekat Sini.


Okay laa, aku pun nak start balik balas kunjungan mereka yang datang dan memandangkan arini jumaat, mungkin separuh aku kan BW sebelum jumaat dan separuh lagi selepas jumaat..in a mean time dont forget to Pray For #MH370 and have a pleasent weekend.


Regards,
-Strider-

Tuesday, March 18, 2014

#1377 - [5 Gambar] Model Gerabak MRT Dipamerkan

Hye Readers,

Penduduk Lembah Kelang terutamanya yang berada di jajaran Sungai Buluh dan Kajang sudah tentu menantikan perkhidmatan MRT yang sedang giat dibina. Ia dijangkan akan menjadi antara sistem pengangkutan awam yang efisien kerana ia akan diintergrasikan dengan beberapa buah stesen LRT dan juga Bus Hub sekitar Lembah Kelang.

Orang ramai berpeluang melihat secara dekat tren sistem Transit Aliran Massa (MRT) yang dipamerkan di balai ketibaan Ekspres KLIA, KL Sentral bermula hari ini hingga 18 Mei dari pukul 9 pagi hingga 9 malam. Tetapi bagi mereka yang tak berkesempatan jom tengok gambar-gambat yang pihak MRT Corp sediakan.







Terdapat 31 stesen di sepanjang jajaran ini, di mana tujuh adalah stesen bawah tanah. Fasa pertama jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dari stesen Sungai Buloh hingga stesen Semantan, akan beroperasi pada akhir 2016. Fasa kedua dari stesen Semantan ke stesen Kajang akan beroperasi pada Julai 2017 dan ini akan membolehkan tren beroperasi di seluruh jajaran.

Update: Saya tak dapat menjalan aktiviti BW buat ketika ini. Sy akan kembali BW ke blog anda secepat mungkin.

Regards,
-Strider-

Friday, March 14, 2014

#1376 - What if Flight MH370 is.....

Hye Readers,



Dah 3 entry berterusan aku cerita pasal MH 370 Insyallah lepas ini aku update pasal benda lain pulak. In a meantime #PrayForMH370 and keep connecting the dots...



Regards.
-Strider-

Tuesday, March 11, 2014

#1375 - Mencari MH370 - Khidmat Bomoh Digunakan

Hye Readers,



Hanya 3 hari masa yang diperlukan sebelum kita mula percaya kepada perkara-perkara mistik mengenai isu kehilangan pesawat MAS MH370. Semalam bertempat di KLIA seorang lelaki yang mendakwa sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang kononnya mampu membuat ramalan lokasi pesawat MH370 yang dilaporkan hilang.

Aku bukan tidak percaya kepada alam ghaib tapi apa yang dilakukan oleh Raja Bomoh ini sebenarnya hanyalah sekadar mencari populariti kerana berdasarkanapa yang aku baca di Sinar Harian, ritual ini boleh dilakukan sendiri oleh Raja Bomoh itu dirumah.

Upacara ritual menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit. dan upacara yang dibuat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin.

Apa-apa pun akhirnya semua akan terletak kepada kuasa Allah SWT. Bagi aku penglibatan bomoh macam nie tak sepatutnya berlaku ketika satu dunia sedang memberi tumpuan kepada kes ini. 

Regards,
-Strider-

Monday, March 10, 2014

#1374: MH370 - Perbuatan Orang Tidak Bertanggungjawab

Hye Readers,

Last week entry aku banyak berkisar pasal Ultras Malaya dan Hanez Suraya tetapi pada hari sabtu lepas, negara dikejutkan dengan berita mengenai kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airline System (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing China.

Aku rasa hampir semua orang tahu mengenai kes ini jadi tak perlu la aku cerita kembali apa yang berlaku. Tapi apa yang menyedihkan, ada juga mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan benda-benda yang tidak sahih dan status-status yang langsung tidak menjaga sensitiviti dan perasaan keluarga/rakan penumpang MH370


Zed Zaidi merupakan antara orang yang pertama aku perasan memuatnaik status yang tidak bertanggungjawab ini. Susulan dari tweet ini, Zed Zaidi telah pun memohon maaf kepada rakyat Malaysia namun terlajak perahu boleh diundur, terlajak taip, kena printscreen laa nampaknya.


Aku tak tahu ini account milik siapa tapi nampak gayanya dia cuba untuk mendahului maklumat-maklumat yang diperoleh daripada wartawan.


Ini pun sama macam kes kat atas, baru tengok laporan yang belum disahihkan oleh CNN dah pandai-pandai buat kesimpulan sendiri.


Printscreen ini aku jumpa online jugak. tapi yang ini lebih kepada koleksi mereka yang tidak mempunyai hati dan perasaan dan juga taksub politik.


Naga Merah ini pulak tak pasal-pasal kena tipu ngan kawan dia. Ntah apa yang mereka nampak dalam laut tu terus kait dengan  MH370. Tapi ada sedikit tanggungjawab disitu apabila dia suruh tunggu pengumuman rasmi MAS.


Gadis ini menerima kecaman hebat daripada pengguna twitter sehingga khabarnya dia sudah menutup account twitternya. apa yang menarik adalah komen seorang rakanya yang meminta dia supaya tidak mengaitkan Allah s.w.t dalam tweet yang berunsur fitnah ini.


Ramai antara pengguna social yang marah lebih kepada Abby Abadi melalui printscreen di atas. Ketika family/friends MH370 sedang susah hati, comment mati dalam keadaan bermaksiat itu dianggap tidak sesuai kerana kita sendiri pun tak tahu apa yang terjadi pada MH370.


Kesimpulan
Sehingga kini nasib mengenai penumpang dan anak kapal MH370 masih belum diketahui. Pihak MAS dan juga pihak berkuasa sedang sibuk dalam usaha mencari pesawat terbabit. Apa yang diperlukan oleh kaum keluarga dan sahabat handai MH370 ialah semangat dan sokongan daripada kita.

Oleh yang demikian sebagai seorang pengguna media social adalah menjadi tanggungjawab kita untuk tidak mempersendakan/mempolitikan kejadian ini. Cuba bayangkan apa perasan kita jika salah seorang mereka yang berada didalam MH370 merupakan orang yang kita sayangi.

Regards,
-Strider-

Friday, March 7, 2014

#1373 - Strider Rembat Sampai Gol

Hye Readers,


Saya tidak mahu memberi apa-apa kenyataan mengenai hubungan saya dan Hanez Suraya, saya akan menjelaskan semuanya dalam satu sidang media selepas kes mahkamah antara Mr  Rozie dan Hanez Suraya selesai..hahaha..

Panjang bebenor captionya sampai boleh buat satu paragraph..hahaha..Bagi yang ada facebook/twitter atau insta aku mungkin perasan gambar ini yang aku upload pada hari yang sama dengan sidang media Hanez Suraya, sebenarnya ia tak ada kena mengena pun.

Interview ini dijalankan ketika perlawanan Yamen bertemu Malaysia tempoh hari dan aku telah diminta untuk memberi sedikit pandangan mengenai kes Ultras Malaya yang tengah hot sekarang ini. Interview ini adalah untuk rancangan Rembat Sampai Gol yang aku pernah update haritu.

Minggu ini mereka akan membicarakan tentang topik insiden Ultras Malaya di stadium Selayang tempoh hari dan juga kekalkan datuk Ong Kim Swee dalam skuad Harimau Malaya. Malam ini juga mereka akan menampilkan artis undangan seperti  Nazief nazri dan Azrul Raja Lawak.

So, kepada mereka yang nak tengok gaya poyo aku mengalahkan ahli -ahli parlimen Malaysia jangan lupakan saksikan racangan Rembat Sampai Gol pada hari Jumaat pukul 11.30 mlm di TV1.

p/s: Korang dah tengok iklan Magnum yang sangat stylo ini.. (klik sini)

Regards,
-Strider-

Thursday, March 6, 2014

#1372 - Dimana Logik Hanez Suraya?

Hye Readers,

Picture Credit: Rotikaya
Semalam telah berlangsung satu sidang media yang diadakan oleh pelakon kontroversi mengenai Hanez Suraya mengenai hubungan cintanya dengan suami orang.  Seperti yang aku jangka dalam entry sebelum ini, nampaknya sidang media itu telah memerangkap diri Hanez sendiri dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan olehnya sendiri. (klik sini)

Pertama sekali, mari kita saksikan sesi temuramah wartawan Melodi (klik sini) dan Hanez beberapa minggu yang lepas. sila dengar sendiri kenyataanya: pada minit berikut

2.30 : Kalau Hanez tau dia nie berstatus suami orang, Hanez pun tak nak dekat dia, Hanez tak nak cari risiko.

3.00: Kalau dia berstatus suami orang, kenapa dia sendiri yang membuka mulut untuk melamar Hanez

Berbalik kepada sidang media semalam, Hanez telah meminta isteri Mr R untuk memohon maaf secara terbuka kerana kerana Hanez telah mendakwa isteri Mr R telah membuat tomahan yang  tidak benar. Masih ramai orang yang mencari dimana logiknya permohohan maaf itu jika ketika sidang media itu dijalankan, memang Mr R berstatus suami orang cuma belum selesai lagi perbicaraan di mahkamah.

Mr R pula dalam sidang media yang sama mengesahkan yang memang dia belum bercerai dan Hanez bukan punca keretakan rumah tangganya kerana rumah tangga mereka telah ada masalah sejak lapan bulan lalu. Sedangkan saya mula mengenali Hanez pada 20 Disember 2013 lebih kurang 3 bulan yang lalu.

Sekarang aku nak tanya adakah penjelasan kontroversi Hanez Suraya berpelukkan dengan lelaki 5 bulan seperti yang dilaporkan oleh melodi (klik sini) 5 bulan yang lepas adalah sebenarnya Mr R?? Dan adakah dalam masa 3 bulan cukup untuk Hanez mengenal hati budi seseorang lelaki sehingga sanggup menerima lamaran Mr R.

Apa-apa pun siapa kita nak mempertikai jika Mr R memang ditakdirkan jodoh Hanez. Cuma hopefully ini bukan lagi satu kisah cinta lamaran jangka pendek seperti yang dilalui oleh Johan As'ari dan Lana Nordin baru baru ini.

Aku seorang yang berfikiran terbuka, walaupun ramai wanita tak suka kepada wanita yang bercinta dengan suami orang tapi sebenarnya tak kisah sangat pasal itu. Pada pendapat aku Hanez sepatutnya tunggu sehingga kes Mr R betul-betul selesai sebelum membuat apa-apa pengakuan atau kenyataan.

Anyway, good luck and all the best to Hanez dan Mr R dan hopefully sentiasa hidup dalam bahagia ;-)

Regards,
-Strider-
  

Wednesday, March 5, 2014

#1371 - Boikot Bolasepak Tempatan

Hye Readers,

Aku sambung balik kes pasal Ultras Malaya dekat Stadium tempoh hari. Berdasarkan last entry aku pelbagai komen yang aku dapat (klik sini), ada yang bersetuju, ada yang tidak dan ada juga yang tak tahu pun. Its okay, benda ini satu yang subjective dan tiada yang salah atau betul dalam kes ini.

Buat mereka yang tidak mengikuti bolasepak tempatan dan tidak tahu apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh UM ni korang boleh baca link ini. Apa yang terjadi sudah terjadi, sudah tiada guna kita menunding jadi terhadap apa yang berlaku tempoh hari. Apa yang penting mesej UM adalah jelas dan aku rasa ia sampai ke pengetahuan FAM.


Tapi adakah mesej yang disampaikan oleh UM itu akan mendapat maklum balas dari pihak FAM? Itu semua hanya FAM yang mampu menjawabnya. Kini sudah tiada cara lagi yang boleh UM lakukan untuk menarik perhatian FAM melainkan memboikot semua perlawanan liga tempatan dan juga perlawanan melibatkan Harimau Malaya.

Berbicara tentang boikot ianya bukan satu perkara yang boleh dilakukan dalam masa sehari/satu perlawanan kerana walau UM tidak lagi ke stadium pasti akan ada orang akan ke stadium tapi apabila mendapati stadium tidak meriah seperti dahulu, ,maka secara perlahan mereka akan berhenti pergi ke stadium.

Ultras dah membuktikan yang mereka menyokong dikala stadium kosong
Picture Credit: AzuanZahdi.com
Apabila orang berhenti pergi menonton bola di stadium maka ia akan memberi tamparan yang besar terhadap FAM tetapi adakah UM sudah bersedia untuk memboikot perlawanan. Sebenarnya ramai dah penonton yang memboikot perlawanan Liga Malaysia ini cuma tiada gerakan dan kempen rasmi yang dijalankan kerana ia merupakan gerakan secara individu atau kumpulan kecil.

Untuk merombak FAM sebenarnya adalah satu cabaran yang besar untuk peminat bolasepak. Aku sebenarnya tak yakin dengan cara pemberontakkan boleh mengubah FAM kerana ia memerlukan pihak FAM untuk menurunkan ego mereka bagi mendengar pandangan peminat bolasepak. Tapi pendapat aku ini tidak semestinya 100% tepat. Ini hanyalah pandangan peribadi aku yang tidak mewakili mana-mana pihak.

p/s: dapatkan tiket percuma konsert teaterikal "Suara Kita" anda di sini 

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 4, 2014

#1370 - Hanez Suraya Perangkap Diri Sendiri

Hye Readers,

Picture Credit: gua.com.my
Berita mengenai pelakon Hanez Suraya bercinta dengan suami orang bukan sesuatu yang baru. Aku rasa benda nie dah spread few week ago dan minggu lepas kes ini semakin panas apabila isteri kepada Mr R lelaki yang digosip dengan Hanez telah membuat kenyataan yang mereka masih lagi suami isteri yang sah.

Kenyataan itu dibuat oleh wanita terbabit setelah Hanez Suraya mengeluarkan statement yang Mr R adalah seorang duda dan juga mendakwa wanita tersebut telah memfitnahnya merosakkan rumah tangganya (klik sini) 

Kenyataan isteri Mr R itu juga telah menimbulkan kemarahan ramai orang especially golongan wanita, maklum laa isu rampas merampas nie sensitif sikit bagi golongan wanita. Maka berbakul-bakul laa makian serta cacian diterima oleh Hanez sama ada di twitter atau instagramnya.

Terbaru, hanez Suraya membuat kenyataan yang dia tidak mahu menjawab persoalan buat masa sekarang dan sidang media yang akan diadakan selewat-lewatnya Rabu ini. Mungkin dia perlukan sedikit masa untuk menjawab semua persoalan dan itu sebenarnya perkara biasa.

Memetik kenyataan Hanez dalam portal Gua, dia berkata orang di luar sana yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum. dia akan lakukan sidang media supaya orang boleh menilai mana satu betul, mana satu salah,

Pada pendapat aku sidang media ini bukan satu langkah yang bijak kerana ia hanya mampu memerangkap Hanez Suraya dengan soalan-soalan spontan yang mungkin tidak boleh dijawab dengan serta merta. Wawa Zainal dan Aeril Zafril pernah terperangkap dengan soalan-soalan spontan dari wartawan yang akhirnya membuatkan mereka terpaksa melarikan diri.

Sama-sama laa kita nantikan sama ada Hanez Suraya ditipu oleh Mr R ketika dia mengeluarkan statement yang Mr R itu duda ataupun dia hanya ingin menjelaskan yang ajal, maut dan jodoh itu ketentuan tuhan dan dia sebagai manusia hanya mampu merancang.

UPDATE: 10 March 2014
- Setelah usaha mengadakan sidang media tidak berjaya mendapat sokongan umum dan usaha untuk meminta Liyana Manan memohon maaf tidak berhasil, (klik sini) Kini Hanez Suraya memfail saman fitnah terhadap pembantunya (klik sini) 

Regards,
-Strider-

#1369 - Kualiti Filem Tempatan.

Hye Readers,

Kalau semalam aku tulis pasal bila, hari ini aku tulis pasal filem pulak. Aku bukan seorang yang dari industri perfileman atau hiburan. Aku juga bukan pengkritik filem tapi apa yang bakal aku taip ini adalah 100% daripada pendapat aku sendiri sebagai seorang pengguna yang membayar tiket untuk menonton filem tempatan.

Apakah kualiti filem tempatan sekarang bagus dan berbaloi dengan harga yang korang bayar? Adakah korang rasa puas menonton filem setelah mengeluarkan purata RM13-RM15 setiap kali menonton filem di wayang? Jawapan aku sebenarnya lebih berat kepada tidak.


Mengapa ini terjadi? Adakah ia berpunca daripada penerbit-penerbit yang mengeluarkan filem yang tidak berkualiti atau masyarakat sendiri mahukan filem yang kurang berkualiti. Apa yang aku tengok sekarang ada beberapa faktor yang menjadikan filem itu box office walaupun filem itu sebenarnya tidak mempunyai kualiti yang bagus.

Populariti Pelakon
- Populariti pelakon sentiasa menjadi senjata utama kepada penerbit. Sebagai contoh, Filem Kongsi (2011) lakonan Shaheizy Sam berjaya mencatat kutipan RM 8.09 juta walaupun filem itu mendapat review yang negetif dari pengkritik tempatan. Seriously aku sendiri rasa tak berbaloi menonton filem itu di wayang. Begitu juga dengan filem Hantu Bonceng (2011) yang berjaya mengutip RM 8.53 juta dengan hanya menjual populariti Zizan walaupun cerita itu mempunyai jalan cerita yang teruk.

Genre Cerita
- Ini merupakan salah satu eleman yang penting dalam menjual filem. Adakah korang tahu yang sehingga Mac 2013,  3 filem bercorak komedi berjaya menduduki carta top 5 kutipan filem tertinggi. Filem tersebut ialah Hantu Bonceng (2011) Ngangkung (2010) dan Kongsi (2011) manakala lagi 2 filem adalah filem bergenre aksi iaitu KL Gangster (2011) dan satu filem berunsur cinta iaitu Ombak Rindu (2011)

Itu merupakan antara 2 eleman yang membuatkan sesebuah filem itu mendapat kutipan tinggi di Malaysia. Elemen-elemen lain seperti jalan cerita, teknik penjanaan imej berkomputer (CGI), populariti pengarah dan lain-lain merupakan elemen tambahan sahaja kerana tanpa ada 2 elemen di atas tak mungkin sesebuah filem boleh mendapat kutipan yang tinggi.

Sebenarnya bila aku tengok kutipan filem daripada website FINAS aku pun pelik dengan carta yang ditunjukkan (klik sini). Bagi aku ada filem yang berkualiti tapi tak mampu mencapai kutipan yang tinggi. Tapi itu semua subjektif dan bergantung kepada majority penonton. Penerbit akan sentiasa menghasilkan filem mengikut kehendak penonton supaya mereka mendapat kutipan yang tinggi.

Regards,
-Strider-

Monday, March 3, 2014

#1368 - Smoke/Flare Show Ultras Malaya

Hye Readers,

Sabtu lepas telah berlangsung satu perlawanan persahabatan antara Malaysia bertemu Filipina yang berakhir dengan keputusan seri 0-0. Aku tak mahu bercerita pasal cerita ion the field tapi lebih kepada cerita off the field yang melibatkan penyokong yang digelar Ultras Malaya (UM).

Pic Cdt : Berita Harian
Pada hari perlawanan, mereka telah melakukan 30 minutes of silence sebagai satu simbolik 30 tahun kepimpinan FAM yang tiada kemajuan. Selepas 30 minit berlalu mereka bermula chant dan disusuli dengan persembahan smoke dan flare show yang akhirnya membuatkan perlawanan terpaksa dihentikan oleh pengadil selama 8 minit bagi tujuan keselamatan.

Dihadapan puluhan ribu penyokong di stadium dan jutaan peminat yang menonton di TV, pelbagai reaksi yang aku baca di media-media social seperti twitter, facebook etc. Ada yang menyokong penuh tindakan Ultras Malaya dan tak kurang juga mereka yang mengecam tindakan mereka.

Pic Cdt: NST
Sejujurnya aku sendiri kagum dengan semangat yang ada pad UM terhadap bolasepak Malaysia tetapi aku kurang bersetuju dengan tindakkan mereka membakar smoke ketika perlawanan sedang berlangsung kerana ia boleh mengganggu rentak perlawanan yang sedang berlangsung disamping faktor2 kesihatan penonton lain terutama mereka yang membawa anak kecil. 

Walaupun apa pun yang terjadi, tujuan mereka adalah jelas dan aku rasa majority penyokong bola sepak setuju dengan apa yang mereka perjuangkan walaupun ada segelintir yang tak bersetuju dengan cara mereka dan mesej ini harus dipandang serius oleh FAM.

Walaupun Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata penyokong UM ini adlah samseng, bagi aku itu adalah kenyataan yang kurang tepat kerana UM hanya mahu perubahan dalam FAM dan itu juga dituntut oleh semua penyokong bola sepak sama ada mereka terdiri daripada Ultras atau tidak.

Bagi mereka yang tak berapa faham apa yang UM ini perjuangkan nanti aku akan share dalam entry akan datang. Sementata itu UM dengan rendah hatinya telah memohon maaf andaikata ada tindakkan mereka yang memberi kesan kepada anda baik dari sudut kesihatan/fizikal ataupun emosi klik sini.

Kepada semua Ultras Malaya diluar sana, teruskan perjuangan anda dalam usaha untuk merombak kepimpinan FAM yang dianggap gagal bekerja selama ini.

Regards,
-Strider-