Tuesday, March 4, 2014

#1369 - Kualiti Filem Tempatan.

Hye Readers,

Kalau semalam aku tulis pasal bila, hari ini aku tulis pasal filem pulak. Aku bukan seorang yang dari industri perfileman atau hiburan. Aku juga bukan pengkritik filem tapi apa yang bakal aku taip ini adalah 100% daripada pendapat aku sendiri sebagai seorang pengguna yang membayar tiket untuk menonton filem tempatan.

Apakah kualiti filem tempatan sekarang bagus dan berbaloi dengan harga yang korang bayar? Adakah korang rasa puas menonton filem setelah mengeluarkan purata RM13-RM15 setiap kali menonton filem di wayang? Jawapan aku sebenarnya lebih berat kepada tidak.


Mengapa ini terjadi? Adakah ia berpunca daripada penerbit-penerbit yang mengeluarkan filem yang tidak berkualiti atau masyarakat sendiri mahukan filem yang kurang berkualiti. Apa yang aku tengok sekarang ada beberapa faktor yang menjadikan filem itu box office walaupun filem itu sebenarnya tidak mempunyai kualiti yang bagus.

Populariti Pelakon
- Populariti pelakon sentiasa menjadi senjata utama kepada penerbit. Sebagai contoh, Filem Kongsi (2011) lakonan Shaheizy Sam berjaya mencatat kutipan RM 8.09 juta walaupun filem itu mendapat review yang negetif dari pengkritik tempatan. Seriously aku sendiri rasa tak berbaloi menonton filem itu di wayang. Begitu juga dengan filem Hantu Bonceng (2011) yang berjaya mengutip RM 8.53 juta dengan hanya menjual populariti Zizan walaupun cerita itu mempunyai jalan cerita yang teruk.

Genre Cerita
- Ini merupakan salah satu eleman yang penting dalam menjual filem. Adakah korang tahu yang sehingga Mac 2013,  3 filem bercorak komedi berjaya menduduki carta top 5 kutipan filem tertinggi. Filem tersebut ialah Hantu Bonceng (2011) Ngangkung (2010) dan Kongsi (2011) manakala lagi 2 filem adalah filem bergenre aksi iaitu KL Gangster (2011) dan satu filem berunsur cinta iaitu Ombak Rindu (2011)

Itu merupakan antara 2 eleman yang membuatkan sesebuah filem itu mendapat kutipan tinggi di Malaysia. Elemen-elemen lain seperti jalan cerita, teknik penjanaan imej berkomputer (CGI), populariti pengarah dan lain-lain merupakan elemen tambahan sahaja kerana tanpa ada 2 elemen di atas tak mungkin sesebuah filem boleh mendapat kutipan yang tinggi.

Sebenarnya bila aku tengok kutipan filem daripada website FINAS aku pun pelik dengan carta yang ditunjukkan (klik sini). Bagi aku ada filem yang berkualiti tapi tak mampu mencapai kutipan yang tinggi. Tapi itu semua subjektif dan bergantung kepada majority penonton. Penerbit akan sentiasa menghasilkan filem mengikut kehendak penonton supaya mereka mendapat kutipan yang tinggi.

Regards,
-Strider-

23 comments :

  1. bukan nak cakap besar.. sy mmg kureng dgn cerita tempatan.. ditambah plak dgn family yg bajet "western" .. :P ... bila lah org kita nk wat citer mcm star wars, lord of the rings and mcm2 lagi.. hehe

    ReplyDelete
  2. selera penonton mmg ssh nak baca bro. walaupun kadang2 crite tu sangat bagus, tapi mungkin impaknya kurang disebabkan oleh jalan cerita yang mungkin terlalu serius atau berat. ape yang aku nampak, slera pembaca lebih suka kepada permainan emosi dan juga ditambah dengan komedi aksi. tp, tu just pendapat aku la.. huhu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum azlan.. hehe sheila jarang masuk panggung tengok cerita melayu. entah, terasa cam tak berbaloi tengok... hollywood punya memang gila gempak lah ;p

    ReplyDelete
  4. Filem2 skarang nie tak cukup kuat untuk menarik akak ke panggung...!

    ReplyDelete
  5. ada juga filem yang merosakkan golongan remaja dengan memberi contoh yang tidak baik.. sepatutnya penulisan skrip harus menitikberatkan soal moral yang hendak disampaikan melalui filem itu, bukan hanya aksi atau publisiti semata-mata..

    ReplyDelete
  6. aku setuju bro..kdang2 flem bkualiti pun xdpat kutipan yg memberangsangkan..
    pengarah pun knalah buat filem yg lain sikit dari biasa..ni asik flem yg sama je..erm..bkn mls nak support tapi dah blog agak mcm mana jlan penceritaandan ending mcm mana..

    aku suka flem arwah yasmin ahmad.. lg satu flem cina ther journey..menarik flem tu..patutlah kutipan dkat 12 juta lebih :P

    ReplyDelete
  7. masyarakat kita lebih suka kpd movie yang ringan.. komedi... baru blh release tension... lagipun kalau nak buat filem aksi.. nampak sangat mengarutnya.. contoh hantu terbang..tapi boleh nampak dengan jelas tali yang gantung pelakon tu..hehehe

    ReplyDelete
  8. tp filem kat malaysia ni mcm same je.. time hantu, semua buat filem hantu.. time rempit, semua buat rempit.. bila gengster, semua bat sal gengsterr

    ReplyDelete
  9. singgah menabung education uk..

    ReplyDelete
  10. sangat setuju.. selalu filem yg digembar-gemburkan sbg menarik tapi hakikatnya.... =='

    ReplyDelete
  11. satu je filem melayu yg saya betul2 suka.. hantu kak limah balik rumah..hihi

    ReplyDelete
  12. kalau filem tu keluarga M*G, tak payah tengok. memang membazir. setakat ni, filem keluaran Skop Production and Red Film Production, mungkin boleh dipertimbangkan lagi.

    ReplyDelete
  13. Ad yang ok ada yang tak ok..tapi honestly kita tak suka cerita lawak-lawak yang tak lawak..macam merendah-rendahkan Iq penonton pulak..Hmm,..

    ReplyDelete
  14. Filem tempatan ni bnyk yg kurang menyengatlah walau pun modal berjuta2.. ada yg tak menggambarkan kehidupan sebenar kita.. gaya & lawak nmpak beno dibuat2.. Aku bukan tak menyokong filem tempatan.. spt Strider juga, dah bnyk juga support menonton filem2 tempatan kat wayang tu, tp itulah hasil komen aku spt di atas... wallahualam...

    ReplyDelete
  15. X minat tgk... Asyik genre yg sama... Byk layan citer omputih je... Xpun layan tviq..

    ReplyDelete
  16. ada yang filemnya ok, ada yang kureng. biasalah tu.

    ReplyDelete
  17. niesa sekarang jarang nk menonton dah...tgk wayang pun rasanya dekat setahun kot xpenah g dah...yelah cerita sekarang..kurang kualiti..

    ReplyDelete
  18. Dah lama sangat tak ke pawagam.. takde ape yg menarik.. last sekali nengok upin-ipin the geng.. yg tu lagi best! haha..

    ReplyDelete
  19. yg berkualiti x semestinya popular..

    ReplyDelete
  20. dh lama rasanya tak film melayu lpas gangster celop. byk omputih. huhu

    ReplyDelete