Wednesday, July 30, 2014

#1459 - Selfie Di Kubur

Hye Readers,

Sekali lagi, Selamat Hari Raya kepada mereka yang masih lagi mood beraya atau tengah beraya. Nampaknya raya ini ada satu kontroversi apabila sekeping gambar #SelfieKubur yang menjadi viral di laman social media di Malaysia.


Aku tak berapa kenal pelakunya tapi dia dikatakan seorang artis. Mungkin dia tak cukup top kot sebab tu aku tak kenal..hahaha..Walau apapun gambar di atas merupakan gambar yang diperkatakan oleh orang ramai, Walaupun ada yang berpendapat ia hanya benda kecil yang tak seharusnya diperbesarkan tapi pendapat aku lain.

Aku tak kisah dia nak buat #SelfieKubur tu sebab mungkin dia ada sebab sendiri, sebagai kenangan-kenangan, ataupun ingin memberitahu ahli keluarga yang jauh bahawa mereka telah menziarahi kubur tersebut atau pun bebeapa lagi alasan logik yang boleh diterima pakai.


Cuma yang menaikkan kemarahan aku ialah apabila demi untuk mendapatkan shot selfie yang dia mahu, dia sanggup memijak kubur orang lain. Sengaja atau tidak ia adalahsatu perbuatan biadap kerana tak silap aku, sejak dari kecil aku diajar untuk berjalan dengan betul di kawasan kubur supaya aku tidak memijak kubur orang lain.

Walaupun kubur orang tu tidak mempunyai batu nisan yang besar sebagai penanda tapi ia tak bermakna kita boleh "disrespect" kubur tersebut. Tuhan jer laa yang tahu perasan aku andaikata kubur yang dipijak itu merupakan kubur kepada ibu/bapa aku. 

So pengajaran yang boleh kita ambil dari kejadian ini ialah, berhati-hati ketika berjalan di kawasan kubur. Ada sebab kenapa kubur itu disusun selari. Kepada mereka yang punyai anak kecik didiklah mereka tentang betapa pentingnya hormat kepada kubur lain walaupun kubur itu hanya mempunyai sebatang batu nisan sebagai penanda.

Regards,
-Strider-

Monday, July 28, 2014

{Special Entry} Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Hye Readers,




Kepada yang ada FB aku, mungkin korang akan mendapat similarity update status dan juga entry ini. Korang boleh anggap ini sebagai entry copy paste tapi masej yang aku sampaikan tetap sama. dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali diri diri seraca virtual ataupun online. 

Andaikata ada tersalah kata,terkasar bahasa, berbeza pandangan atau gurauan yang melebihi batas anda, dengan ini saya secara rendah diri ingin memohon maaf kepada semua. Harapan saya agar kita semua dapat bergembira di hari raya ini tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.Akhir kata Selamat Hari Raya dan jangan lupa "Selfie" di pagi raya...

Regards,
-Strider-

Sunday, July 27, 2014

#1458 - Merindui Ramadhan Dulu

Hye Readers,



Ini mungkin entry terakhir ramadhan aku untuk kali ini sebelum aku membuat entry bagi hari raya yang akan aku auto published pada malam raya nanti. Aku tak tahu sama ada entry aku kali ini revelen tak bagi korang tapi hopefuly ada pengajaran yang akan diperolehi.

Ramadhan yang dahulu bukan merujuk kepada yang tahun lepas atau tahun sebelum itu tapi lebih kepada ramadhan ketika kedua ibu bapa aku masih ada. Aku tak tahu bagaimana nak cerita kat korang tapi aku cuba buat point bagi memudahkan korang untuk paham.

Aku merindui Ramadhan yang dahulu seperti ;

  • Berbuka puasa bersama seluruh ahli keluarga di ramadhan yang pertama. Actually sampai sekarang tradisi itu masih diteruskan cuma ia kurang meriah.
  • Dikejutkan oleh mak untuk sahur...Aku memang jenis liat sikit nak bangun, kesian kat mak aku kena kejutkan aku beberapa kali.
  • Setiap kali pulang dari tarawikh, ayah aku pastikan akan  bertanya adakah aku pergi sembahyang tarawikh dan dimana lokasi aku bersembahyang.
  • Ayah akan pastikan suasana rumah aku diterangi lampu kelip-kelip. Kalau lambat beli, nanti mula laa dia membebel.
  • Membantu (menyibuk sebenarnya) mak membuat kuih raya. Normally mak akan buat kuih kepit/kapit dan ia sekadar untuk makanan kami seisi keluarga.
  • Setiap kali mak aku balik dari tadarus, ia akan membawa lebihan kuih dari masjid untuk aku makan. 
  • Mak/ayah aku cukup particular dengan baju melayu. Kalau tahun itu aku plan tak nak beli , dia nak pastikan yang baju melayu aku kelihatan cantik. kalau tak, dia akan suruh beli jugak. selalu dik beradik aku laa yang kena belikan sebab aku masih belajar.
  • Memandangkan kebanyakkan adik beradik aku yang lain dah berkhawin dan duduk di luar sebagai anak bungsu, jadi aku yang selalu menemani mak/ayah untuk berbuka. Aku rindukan masakkan simple mak aku kerana ayah/mak tak suka makan lauk yang banyak-banyak.
Ada beberapa lagi sebenarnya aku nak tulis tapi aku stop setakat ini dulu. Aku tahu walaupun macam mana aku cuba untuk memeriahkan ramadhan selepas ini, ia tidak akan sama dengan yang dahulu. Tujuan aku menulis ini pun hanyalah sekadar reminder bagi diri sendiri.

So, aku belum nak ucapkan selamat hari raya lagi tapi aku nak ucap selamat jalan kepada mereka yang akan pulang ke kampung nanti. Silalah pandu berhati-hati dan jangan lupa untuk ke balai polis berdekatan, isi borang supaya rondaan dikawasan tempat tinggal anda dapat ditingkatkan.

Regards,
-Strider-

Thursday, July 24, 2014

#1457 - Kisah Ramadhan " Mana Mak"

Hye Readers,

Terima kasih kepada mereka yang ada send address untuk menerima kad raya dari aku. Insyallah kad itu akan aku pos secepat mungkin. Kalau ade yang terlepas pandang atau baru rasa nak send address, sila baca entry ini. Insyallah aku akan cuba untuk hantar kepada semua orang.

Kali ini aku nak tulis entry pasal tajuk "Mana Mak". Sebenarnya ini cerita lama and aku pun tatau penulis dia siapa tapi memang berbaloi untuk dibaca...Kisahnya agak panjang dan kalau korang tak berkesempatan baca korang boleh ignore jer entry ini.... :D

Pic Credit: Klik Sini


"Mana Mak?'


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia


Sekian.

Itulah cerita mengenai Mana Mak yang aku nak share dengan korang. Alhamdulillah aku berjaya menjaga ayah dan mak aku sehingga ke akhir hayat mereka begitu juga dengan adik beradik aku yang lain. Masing-masing menpunyai kesempatan untuk menemani mak dan ayah aku hingga ke akhir hayatnya.

Aku merasa beruntung kerana dikelilingi oleh rakan-rakan yang sering mengutamakan keluarga daripada benda lain.Ia serba sedikit memberi aku kekuatan untuk mengetepikan perkara remeh temeh demi tanggungjawab kepada ibu bapa.

Hidup kita berbeza, ada yang masih mempunyai ibubapa, ada yang sudah tiada dan tak kurang juga yang memegang status sebagai ibu bapa. jadikan cerita ini sebagai pengajaran untuk kita lebih bertanggungjawab kepada kedua ibu bapa kita kerana satu hari nanti kita pasti akan merinduinya.

Regards,
-Strider-

Tuesday, July 22, 2014

#1456 - Kad Hari Raya

Hye Readers,

Hari Raya Aidilfitri semakin tiba dan aku akan buat short entry mengenai Kad Hari Raya. Aku ada menerima beberapa keping kad Hari Raya dari a few blogger dan ucapan terima kasih aku ucapkan. Insyallah akan aku balas semula kad raya tersebut.



Berbalik kepada cerita kad Hari Raya ini, di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk korang request kad Hari raya daripada aku. Kepada sesiapa yang berminat untuk menerima kad Hari Raya daripada aku, sila emailkan alamat dan nama penuh anda dengan tajuk "Kad Raya Striderbuzz" supaya aku tak terlepas pandang email korang semua ke azlan.strider7@gmail.com

Tidak perlu buat entry dan tiada limitation terhadap berapa ramai yang menerima Kad Raya aku ini. Jadi kepada mereka yang ingin mengumpul kad raya, jangan lepaskan peluang ini untuk menerima kad raya dari Azlan Strider. 

Setakat dulu entry aku buat kali ini, Maaf kepada mereka yang aku tak sempat BW sepanjang Ramadhan ini. Insyallah aku akan kembali aktif BW selepas raya nanti. Selamat Berpuasa semua...

Regards,
-Strider-

AUTOPUBLISHED ENTRY

Monday, July 21, 2014

#1455 - MH17 Alih Tumpuan Masyarakat Daripada Gaza

Hye Readers,

Aku rasa pasti ramai yang dah tahu berita tradik yang menimpa MAS apabila sebuah pesawatnya #MH17 yang dilaporkan hilang sebelum didapati terhempas berhampiran dengan sempadan Ukraine dan Rusia. Kejadian malang yang menimpa itu pasti menarik perhatian dunia apatah lagi ia bukan sekadar kemalangan biasa tetapi seperti satu tindakkan terrorism.

Coverage yang melibatkan kemalangan itu sudah tentu tinggi kerana ia melibatkan sebuah pesawat Malaysia juga rakyat Malaysia. Sebelum kejadian itu, tumpuan negara teralih kepada GAZA yang sedang diserang teruk oleh rejim Zionis. Kejadian ini juga menjadikan ada yang merasakan tumpuan rakyat kita teralih kepada MH17 dan coverage untuk Gaza semakin berkurangan.



Gambar diatas merupakan satu petikan yang kononnya dikatakan milik Tun Dr M yang sering berlegar di whatsapp, twitter dan facebook.. Sebenarnya aku tak percaya yang quote itu dikeluarkan oleh Tun Dr M kerana aku rasa quote itu milik orang lain yang menggunakan gambar Tun Dr M sebagai pelaris qoute itu.

Penulis quote itu jelas tidak mengambil tahu tentang isu antarabangsa jika ia mengatakan yang perhatian dunia telah beralih dari Gaza ke sempadan Ukraine - Rusia iaitu tempat terlibat kemalangan MH17. Semalam dalan IG aku, sempat aku share protest rakyat United Kingdom terhadap keganasan Israel.

Jangan dilupakan ini merupakan petikan akhbar antarabangsa.

Malah bukan sahaja di London, perkara yang sama juga berlaku di kebanyakkan bandar bandar besar lain seperti Paris, Chicago, San Francisco, Sydney, Vienna dan banyak lagi. Gambar gambar yang korang bakal lihat dibawah ialah koleksi demonstrasi di seluruh dunia terhadap kekejaman Israel kepada Palestin.








Setelah melihat gambar-gambar diatas, adakah anda merasakan yang Yahudi berjaya untuk mengalih perhatian masyarakat terhadap apa yang berlaku di Gaza kepada konflik Ukraine dan juga Russia? Jika anda rasa ya, ini bermakna anda dan hanya segelintir sahaja berfikiran begitu kerana bagi aku, aku masih boleh fokus kepada isu Ukraine-Rusia dan Israel - Palestin dalam masa yang sama.

Sebenarnya aku kurang mengambil perhatian tentang berita dunia tetapi jika korang kata konflik Ukraine Rusia merampas "headline" apa yang berlaku di Gaza, ingatlah bahawa sebelum ini Gaza juga telah mencuri "headline" konflik Ukraine dan Russia.

Regards,
-Strider-

Thursday, July 17, 2014

#1454 - Playlist Lagu Raya

Hye Readers,

Semakin dekat untuk kita berhari raya, schedule aku makin tak menentu. Memang menjadi trend setiap bulan Ramadhan, kadar aku blogging tidak menentu. Mungkin sebab kekenyangan selepas berbuka membuatkan aku menjadi malas untuk blogging. Sekarang pun aku BW ikut yang mana sempat jer. Insyallah selepas raya aku akan kembali seperti biasa insyallah.

Semakin nak dekat raya ini juga semakin kerap kita mendengar lagu raya. Tetapi bagi aku, lagu raya yang terbaik adalah lagu raya yang klasik. Aku tak tahu kenapa aku sukar untuk suka kepada lagu raya yang baru. Mungkin jugak kerana setiap lagu raya mempunyai kenangan tersendiri kot.



Apa yang korang lihat nie merupakan playlist lagu raya yang aku pasang kat opis. Sebenarnya aku baru saja pasang lagu ini hari ini sebab nak memberi mood raya walaupun budak KL macam aku nie, every year raya sama sahaja.

Korang pulak suka yang macam mana??Adakah lagu raya klasik menjadi pilihan atau pun lagu baru?Mungkin ada diantara korang yang suka dua-dua atau pun tak suka lagu raya langsung. Kepada sesiapa yang tak ada idea lagu apa nak download raya nie, mungkin boleh jadikan playlist ini sebagai rujukan. Dijamin 100% sedap untuk didengar..hahahaa

Regards,
-Strider-\

#1453 - Definasi Troll

Hye Readers,

Lately banyak betul troll yang muncul dilaman social media. Ada yang menggangap troll ini sebagai satu benda yang kelakar tapi apakah sebenarnya troll itu? Aku tak jumpa lagi kamus yang dapat memberi definasi tepat mengenai troll tapi aku cuba sampaikan mengikut apa yang aku paham.



Definasi Trolls
- Troll merupakan satu istilah internet yang merujuk kepada memberi pendapat yang berlawanan daripada orang lain, memberi statement menyerang, membuat provokasi, gurauan kasar dan sebagainya. Lambang yang paling popular digunakan untuk Troll ialah gambar hitam putih dengan senyuman yang nakal.

Tujuan Trolls

  • Untuk menjadi sumber hiburan untuk troller yang 
  • Menyinggung perasaan dan bertengkar  
  • Untuk mendapatkan perhatian 
  • Untuk merasa berkuasa 
  • Untuk mendapat pengiktirafan 
  • Untuk membuat mangsa tertekan

Benda yang perlu dilakukan jika terkena troll
- Jangan jadikan troll ini lebih hangat. Kekuatan troll adalah 100% kepada minat masyarakat terhadap isu itu. Jadi jika anda terkena troll, baik korang berdiam diri dan jangan bertindak balas kerana setiap tindak balas korang itu merupakan feed kepada troll.

So basically, itu laaa apa yang aku paham mengenai troll ini. Di Malaysia sendiri ada beberapa troll yang pernah menjadi popular namun akhirnya berakhir begitu sahaja apabila orang mulai bosan. Troll ini sebenarnya merupakan satu benda yang negetif, Tapi ada yang berpendapat troll ini baik kerana ia bertujuan untuk membuka minda dan menarik minat pembaca berfikir dengan lebih mendalam

Ini merupakan pendapat peribadi aku mengenai troll. Jika ada percanggahan maklumat harap korang jangan troll aku pulak..hahahaha

Regards,
-Strider-


Wednesday, July 16, 2014

#1452 - Sampah Dataran Malaysia Salah Siapa?

Hye Readers,

Cerita ini sebenarnya aku nak update semalam tapi aku tidak berkesempatan nak update, so hari ini la aku publish. Cerita mengenai sampah sarap yang ditinggalkan oleh penonton perlawanan akhir Piala Dunia yang diadakan di Dataran  Merdeka baru baru ini.



Gambar di atas merupakan suasana apabila berakhirnya acara live viewing tersebut. Jelas korang boleh lihat yang mentaliti rakyat Malaysia tentang kebersihan memang tidak pernah berubah especially kalau berkumpul secara ramai-ramai.

Aku tidak menonton perlawanan tersebut di Dataran Merdeka kerana sudah membayangkan suasana sesak dan disamping faktor keselesaaan.Tapi apabila benda macam nie terjadi siapa yang harus dipersalahkan? Adakah penganjur yang kurang peka dalam menyediakan tong sampah yang mencukupi atau ini memang budaya dan standard mentaliti rakyat Malaysia?


Mungkin jawapanya ada pada mereka yang ada disana semalam. Aku sarankan lepas ini, kalau ada acara yang menghimpunkan ribuan orang, satu kempen memelihara kebersihan dijalankan bagi memupuk kesedaran kepada mereka yang datang.

Ini sebenarnya membuktikan rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk berkumpul secara beramai-ramai. Memang khidmat pembersihan ada dijalankan tetapi bukankah ia menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kebersihan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain???

Regards,
-Strider-

Friday, July 11, 2014

#1451 - Pembunuhan Model Estonia Di Pulau Rawa

Hye Readers,



Lately ada beberapa isu yang menjadi perbualan topik rakyat Malaysia, dari topik mengenai kisah gelandangan, isu mengenai world cup dan juga terbaru, serangan Israel keatas Gaza. Hari ini aku nak tulis sikit pasal cerita yang orang kata "under spotlight".

Ia mengenai kematian seorang model sambilan Regina Soosalu iaitu seorang warga Estonia di Pulau Rawa baru-baru ini. Pada 1 Julai yang lalu mayat seorang wanita ditemui terapung berhampiran Pulau Rawa yang juga merupakan sebuah "private island".



Pulau Rawa ialah sebuah pulau milik persendirian, terletak 16km di luar pantai timur Semenanjung dan mengambil masa satu jam perjalanan dengan bot dari Mersing. Ia adalah menjadi tempat kepada dua pusat peranginan iaitu Le Club dan The Safari.

Regina Soosalu pada mulanya dianggap lemas apabila mayatnya ditemui di pantai di sepanjang pulau.Walau bagaimanapun, pihak polis kini menyiasat kematian sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mendapati luka "mencurigakan" di badannya.

Regina Bersama Teman Lelakinya...Credit Image: Klik Sini
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asst Comm Datuk Hasnan Hassan berkata enam suspek telah ditahan untuk membantu siasatan setakat ini. Regina juga merupakan teman wanita kepada Tengku Alang Reza.  Terbaru aku ada baca yang  Tengku Alang Reza juga telah ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut kenyataan rakan Regina yang dipetik melalui (Malay Mail Online) mereka merasa terkejut kenapa pihak berkuasa mengambil masa 6 hari untuk mengumumkan tentang kematianya. Sementara itu dalam artikel berasingan, Malay Mail juga ada melaporkan yang pihak keluarga Regina hanya mengetahui mengenai kematianya melalui posting dari facebook.

Kes ini masih dalam peringkat awal siasatan. Sebenarnya tak banyak maklumat yang diketahui. Tapi yang jelas Regina model (warga asing) yang pertama, kerana sebelum ini kita pernah dikejuitkan dengan kes pembunuhan  model sampingan warga mongolia iaitu Altantuya Shaaribuu.

Regards,
-Strider-

Thursday, July 10, 2014

#1450 - 5 Gambar Penceroboh Padang Sepanjang Piala Dunia 2014

Hye Readers,

Piala Dunia sememangnya menjadi perhatian dunia. Tak kira walau dimanapun ia diadakan pasti berjuta-juta mata akan tertumpu kepada kejohanan ini. Bagi sesetengah orang, ia juga merupakan satu masa tang terbaik untuk mendapat perhatian dunia, sama ada untuk diri sendiri mahupun tujuan lain.

Untuk kali ini sekali lagi aku akan share dengan korang semua gambar-gambar penceroboh padang (pitch invaders) sepanjang Piala Dunia 2014 yang bertempat di Brazil ini.


Pemain Ghana mengiringi seorang penonton keluar dari padang ketika perlawan menentang  Jerman di Caselao Arena Fortaleza pada 21 Jun 2014



Tidak diketahui apa yang diperkatakan oleh penonton itu tetapi pemain Perancis Olivier Giroud kelihatan ketawa apa seorang penonton ditangkap oleh Marshall ketika pertemuan dengan Switzerland 20 June 2014



Muller meminta seorang penonton meninggalkan padang ketika perlawanan bertemu Amerika Syarikat



Steward berjaya menangkap seorang peminat ketika perlawanan suku akhir diantara Brazil dan Colombia pada 4 Julai 2014


Seorang peminat diiring keluar dari padang ketika perlawanan antara pasukan Jerman bertemu Algeria

Itu adalah 5 gambar yang sempat dirakamkan sepanjang Piala Dunia ini. Untuk perlawanan final nanti masih tidak diketahui ada tak lagi peminat yang buat perangai nak masuk padang. Tapi apa yang penting mereka telah menjadi tumpuan buat sementara waktu ketika Piala Dunia.

Regards,
-Strider-

Wednesday, July 9, 2014

#1449 - 5 Gambar Reaksi Penyokong Apabila Brazil Kalah

Hye Readers,

Let the picture tell you the story.











Ini merupakan gambar yang paling menyentuh perasan aku. Mungkin ini World Cup terakhir bagi pakcik ini tapi sayangya ianya berakhir dengan kenangan pahit dbenam Germany 1-7 di laman sendiri.

Regards,
-Strider-

Tuesday, July 8, 2014

#1448 - 9 Tanda Anda Berjaya Tanpa Disedari

Hye Readers,



Adakah korang semua sudah berjaya? Kalau ya, Alhamdulillah tapi kalau korang rasa korang masih belum berjaya, mungkin korang kena check balik realiti itu. Sometimes tanpa kita sedar, kadang kadang kita sudah pun berjaya tanpa disedari.

Kejayaan seseorang bukan hanya diukur dengan kewangan yang kukuh ataupun kemewahan harta. ada banyak lagi tanda-tanda yang menunjukkan anda sudah berjaya. Kali ini aku nak share ngan korang 9 tanda orang yang telah berjaya tanpa disedari. 

1) Hubungan anda tidak menjadi dramatik seperti dahulu
- Dramatik sebenarnya bukan sesuatu yang matang. Semakin kita berjaya/matang konsep dramatik perlu dikurangkan. Jika perhubungan korang semakin kurang dramatik seperti dahulu, ia bermakna korang telah berjaya....

2) Jangan takut untuk meminta bantuan dan memberi bantuan.
- Meminta bantuan sebenarnya tidak sama dengan kelemahan, ia sebenarnya satu kekuatan. Tiada orang yang pernah berjaya tanpa mendapatkan bantuan. Meminta bantuan seseorang bermakna anda telah matang untuk menjadi seorang yang berjaya.

3) Tingkatkan tahap standard anda.
- Korang tidak lagi bertolak ansur terhadap kelakuan buruk, sama ada untuk diri sendiri ataupun orang lain, orang yang berjaya selalunya berpegang kepada prinsip "bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri"

4) Anda boleh meraikan kejayaan orang lain.
- Hanya kerana orang lain berjaya, itu tidak menjadikan korang seorang yang gagal. Raikan orang yang telah berjaya kerana ia akan memberikan impak positif  kepada korang.

5)Mempunyai perancangan untuk masa hadapan.
- Jika anda tiada lagi benda yang untuk dilakukan untuk masa hadapan, sebenarnya korang is "slowly dying" kerana orang yang berjaya akan sentiasa ada perancangan untuk masa hadapan

6) Tak peduli apa kata orang lain.
- Kita tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua pihak jadi jangan cuba.  Setiap orang yang berjaya akan dikritik dan apa yang penting ialah korang percaya dengan apa yang korang lakukan.

7) Sentiasa "Look on a bright side"
- Hidup ini akan ada kekecewaan - jika korang nak pandang dari sudut itu. Tapi kalau korang boleh jadikan kekecewaaan itu sebagai pengajaran untuk menjadikan diri korang lebih baik, ini bermakna korang sudah berjaya.

8) Boleh menerima kenyataan.
- Let's face it. Bukan semua benda dalam hidup ini boleh berubah, sesetengahnya memang tak boleh diubah. Jika anda boleh menerima kenyataan dan memandang sesuatu yang negetif menjadi postif, maka korang adalah orang yang berjaya.

9) Perasaan Gembira
- Ini yang paling penting dalam hidup. Tak kira berapa baki dalam akaun anda, tak kira berapa besar rumah korang ada, berapa banyak kereta yang ada. Sekiranya korang merasa gembira dengan apa yang korang ada, ini bermakna korang adalah seorang yang berjaya.

Itu adalah 9 tanda orang yang berjaya tanpa mereka sedari. Aku pasti salah satu daripada yang aku mention kat atas ada dalam diri korang. So kalau korang ada 2 ciri yang  seperti  yang diatas ini bermakna korang ada 7 lagi lagi benda untuk dibuat bagi menjadikan korang berjaya dengan cara korang sendiri.

Regards,
-Strider-

Monday, July 7, 2014

#1447 - Lambakan Bazar Ramadhan

Hye Readers,

Setiap kali bulan Ramadhan tiba, bazar ramadhan merupakan salah satu benda yang paling popular. Walau dimana saja anda berada, pasti akan ada bazar ramadhan yang berdekatan tersedia untuk anda membeli juadah berbuka puasa.



Semakin lama, bazar ramadhan menjadi semakin popular sehinggakan banyak lagi bazar ramadhan baru yang dibuka.sepatutnya ia menjadi satu kelebihan kepada sesetengah orang, especially orang bujang yang tak reti masak (macam aku) dan juga kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk masak di rumah tepat pada masanya.

Judging dari tempat aku (tempat korang mungkin berbeza) kawasan bazar ramadhan semakin lama semakin luas dan besar. Dari segi postifnya lebih banyak gerai untuk dikunjungi sekaligus akan memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli

Tapi dari segi negetifnya pula. aku rasa seperti lebih banyak orang menjual dari membeli. Ini memberi impak yang negetif kerana jika ada barang jualan yang tidak habis, maka ianya akan disimpan untuk dijual esok. Jika salah simpan, mungkin akan berlaku keracunan makanan seperti yang terjadi baru-baru ini (Klik Sini) 

Aku sebenarnya tak menentang bazar ramadhan nie sebab secara jujurnya aku sendiri suka pergi bazar ramadhan sebab during bazar ramadhan nie macam-mcam benda boleh jadi, kawan yang 10 tahun tak jumpa pun boleh balik cuma this year komitmen aku ditempat lain membuatkan aku kurang turun ke bazar ramadhan. 

Kawan-kawan aku pulak ada yang kata bazar ramadhan semakin ramai orang dan ada juga yang kata ramai orang yang datang tapi yang membeli semakin berkurangan. Bagaimana bazar ramadhan di tempat anda? adakah ia happening dan banyak pilihan juadah yang tersedia?

p/s: nukilan ini adalah hasil pendapat peribadi serta pandangan dari kawan-kawan di sekeliling. ianya tidak semestinya 100% tepat.

Regards,
-Strider-

Thursday, July 3, 2014

#1446 - Orang KL Poyo

Hye Readers,



Ini keyword yang kebetulan aku jumpa kat Nuffnang tadi. Ada jugak orang seacrh pasal "orang KL poyo" rupanya. Selaku wargakota yang lahir dan menetap berpuluh tahun kat KL ini, topik ini merupakan satu topik yang menarik. Adakah orang KL ini poyo sebenarnya??

Sepanjang aku duduk kat KL nie, aku tak rasa orang KL nie poyo tapi aku juga tak nafikan yang kat KL memang ada orang yang poyo. Persoalanya adakah orang yang poyo itu memang berasal dari KL atau dia berhijrah dari luar bandar dan menjadi culture shock sekaligus menjadikan dia seorang yang poyo?



Sebenarnya aorang KL tidak laa poyo seperti yang disangka. Yes, mungkin mereka ada sedikit proud mengenai tentang KL kerana bagi mereka this is their hometown. Kadang-kadang aku tak nafikan yang ada sesetengah orang sanggup melupakan kampung halaman hanya dan bertukar menjadi poyo semata-mata mahu bergelar orang KL.

Bagi orang KL macam aku yang tiada kampung halaman ini. tiada istimewanya menjadi orang KL kerana ada masa-masanya aku rindu suasana kampung. Mujurlah aku membesar di kawasan kampung walaupun kampung aku ini di tengah-tengah kotaraya.

Apa yang aku tulis ini bukan represent orang KL tapi lebih kepada diri sendiri. Kalau korang rasa aku poyo, itu bermaksud aku jer yang poyo, ada lagi budak KL yang tak poyo sebenarnya.

Regards,
-Strider-

Wednesday, July 2, 2014

#1445 - Kejadian Tanah Runtuh Di Jalan Imbi

Hye Readers,

Lebih kurang pukul 10.30 pagi tadi telah berlaku satu kejadian tanah mendap di Jalan Imbi berhampiran dengan Bukit Bintang. Pada mulanya ramai yang menganggap ia disebabkan oleh projek MRT tapi disini aku ingin menjelaskan yang ia TIADA kena mengena dengan projek MRT.


Sebenarnya projek ini adalah cadangan membina persimpangan bertingkat Jalan Imbi/Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah atau underpass bagi persimpangan tersebut. Kejadian itu juga telah menyebabkan keruntuhan tanah sepanjang 19 meter dan juga menyebabkan paip syabas pecah.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi untuk keselamatan orang ramai pihak Monorail telah memberhentikan operasi mereka buat sementara waktu bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dilakukan keatas struktur guideway mereka. 



RapidKL melalui akaun twitter mereka berkata perkhidmatan monorel tidak beroperasi di antara stesen Hang Tuah dan Imbi. Perkhidmatan Monorel hanya beroperasi dari KL Sentral-Hang Tuah dan Imbi-Titiwangsa sahaja. sila ikuti perkembangan lanjut tentang jadual perjalanan Moronel melalui twitter @MyRapidKL bagi memudahkan perjalanan anda.

Memandangkan tiada apa-apa laporan lagi mengenai mengapa ia terjadi, Aku rasa baik kita elakkan daripada membuat spekulasi dan teori dan tunggu offial report. Kalau korang nak tau teruk atau tak kejadian itu, sila lihat gambar-gambar yang aku dapat melalui orang ramai (whatapp) 









Okay laa, sampai sini dulu laporan tak rasmi aku mengenai kejadian tanah runtuh ini..Actually, its more like terowong yang runtuh la sebab project nie sedang buat underpass. Nanti kalau ada latest upadate yang menarik aku akan share dengan korang.

By the away, try laa avoid jalan ini untuk hari ini and a few days later sebab aku rasa jalan sekitar akan ditutup sementara bagi memolehkan kerja-kerja pembaikkan dijalankan.

Regards,
-Strider-

#1444 - Gambar Ketibaan Tren MRT di Malaysia

Hye Readers,

Aku pasti ramai yang mengetahui projek mega untuk pengangukatan awam yang sedang dijalankan sekarang ini iaitu Mass Rapid Transit (MRT) bagi jajaran Sungai Buluh - Kajang. Kepada mereka yang tinggal di Lembah Kelang, terutama di jajaran yang disebutkan. gangguan trafik pasti terasa tetapi itulah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan kemudahan untuk anak cucu kita kemudian hari.

Tapi kali ini bukan aku nak cerita pasal pahit maung projek MRT ini tapi lebih kepada membawa berita gembira tentang ketibaan gerabak pertama MRT di Malaysia. Aku share dengan korang 3 keping gambar ketibaan gerabak pertama MRT ini.




Masih tak banyak maklumat aku terima mengenai ketibaan gerabak baru MRT ini. Untuk makluman, MRT akan dijangka beroperasi secara penuh pada 2017. Mungkin gerabak ini tiba awal untuk system test atau juga signalling test.

Apa-apa pun tahniah kepada MRT Malaysia atas ketibaan gerabak pertama mereka. Semoga projek ini akan berjalan lancar demi keselesaan rakyat. Kalau korang nak tahu bagaimana rupa dalam gerabak MRT tersebut korang boleh klik sini.

Regards,
-Strider-

Tuesday, July 1, 2014

#1443 - Spice Up Ramadhan With Fish & Co.

Hye Readers,



Last week Kak Hanim dan Kak Suria Amanda menjemput aku untuk menghadiri perlancaran Menu Spice Up Your Ramadhan Fish & Co. iaitu sebahagaian dari promosi bulan ramadhan. Perlancaran bersama media dan VIP itu telah berlangsung di tingkat 4 Pavillion Kuala Lumpur.


Setibanya aku di sana ternyata Fish  & Co. sememangnya mempunyai ruang makan yang sangat selesa walaupun dari luar ia nampak seperti kedai biasa jer. Ruang makan di Fish & Co. ini sangat besar dan mampu menampung 30-40 di sudut khas tanpa menggangu customer biasa mereka. Ini bermakna kalau korang nak buat majlis Iftar sekali dengan gathering, ini memang tempat yang sesuai

Majlis bermula dengan pendaftaran yang dijalankan pada lebih kurang 6.30ptg. Setiap peserta yang dijemput akan dibekalkan dengan goodie bag dan setelah itu kami diberikan tempat duduk serta refreshment. Sementara menunggu majlis bermula, sesi cabutan bertuah telah dijalankan dan hasilnya 2 orang pemenang telah membawa pulang Monopod sebagai tanda-tanda kenangan.

.
Let go straight to the story, Apa yang Fish & Co. offer untuk bulan ramadhan ini? Sepanjang bulan ramadhan ini Fish & Co. menyediakan salah satu set berbuka puasa untuk dua orang dengan harga RM64.95. Jangan mudah keliru dengan harga itu kerana ia bukan harga untuk seorang tapi dua orang tau.

Apa yang anda dapat apabila memilih set berbuka puasa ini? Berikut merupakan hidangan yang akan disertakan kepada mereka yan memilih set ini 


Untuk item yang pertama, Grilled Peri-Peri Chicken with Arctic Fish merupakan salah satu daripada personal fav dish saya. Ia gabungan ikan + ayam yang datang bersama french fries. Kalau ada sesiapa yang tak makan ikah itu jangan risau kerana menu ini mempunyai ayam




Item yang kedua pula ialah Seasonal Catch with Choice of Sambal or Spicy Teriyaki Sauce. Hidangan ikan ini disertakan sekali dengan fragrant rice dan sekali lagi, jika anda seorang yang tak boleh kalau tak makan nasi, maka ini adalah hidangan yang paling sesuai untuk anda Tambahan pula dengan sauce dia yang memang mantap.

Berbuka tak sah tanpa ada minuman, jadi Fish & Co. juga menyediakan 2 gelas minuman yang dipanggil Mocktails Summer Coolers. Korang jangan terkejut sepanjang event tu ini adalah minuman feveret aku. Seriously korang tak akan dapat rasa air ini kat mana-mana kedai yang korang pergi.


Tak cukup dengan itu, untuk puncuci mulut pulak korang akan dihidangkan dengan Triple Chocolate Cake  iaitu 3 lapisan kek coklat yang akan membuatkan korang kenyang walaupun makan sesuap dua.


Kalau tak cukup dengan itu, korang juga boleh order extra side order special mereka iaitu Prawn Fritters yang rangup ini. Prawn Fritters ini pula dijual berasingan dengan harga RM8.95 untuk 5 pcs.


So, selesai sudah dengan special promo untuk bulan puasa ini jadi mari kita layan beberapa keping menarik ketika majlis berkenaan.



Mamat hensem merangkap tuan punya blog sedang malu-malu tapi lapar


Tuan pengacara majlis untuk malam itu. Sangat sempoi dan kelakar brader ini.


Mocchi dan SA sedang sibuk update tentang promosi terbaru  Fish & Co. sampai tak perasan kek dah sampai.


Ini merupakan dua orang pemenang yang berjaya membawa pulang monopod sebagai hadiah cabutan bertuah pada malam itu.


Dr Fazley (Juara Celebrity Masterchef) juga turut berada disana bagi mencuba menu terbaru Fish & Co. dan review dia.. Thumbs Up!!!

Selepas membaca entry ini dan anda terasa macam nak pergi cuba untuk nilai sendiri, promosi ini bukan hanya dijalankan di pavillion sahaja. Fish & Co masih mempunyai 3 lagi cawangan selain pavilion iaitu di One Utama, Paradigm Mall dan juga The Mines. Kalau tak sure location kedai dia belah mana di dalam mall yang disebutkan tadi, mungkin gambar dibawah ini boleh membantu.

Credit Pictures: Google Images

Hasil perbualan dengan dengan Sales Manager dia hari itu, khabarnya Fish & Co. sedang dalam proses untuk membuka satu lagi cawangan di sebuah kompleks membeli belah yang baru namun butiranya masih belum diumumkan. Nampaknya makin lama makin banyak cawangan Fish & Co. ini.

Jadi itu laa, serba sedikit mengenai pelancaran menu ramadhan Fish & Co.dan serba sedikit mengenai tempat ini.Secara keseluruhan bagi peminat ikan atau makanan laut, Restoran ini mungkin akan menjadi restoran kegemaran anda.  Untuk maklumat lanjut mngenai Fish and Co. anda boleh menghubungi mereka seperti butiran di bawah :

Akhir sekali terima kasih kepada mereka semua yang  terlibat dalam menguruskan majlis pelancaran SpiceUp Ramadhan Fish & Co. ini. Jadi, Bila nak berbuka kat Fish & Co.???  Ada sesiapa yang pernah makan kat sini?

                                                        #FishNCoMY #MYSeafoodInAPan

Regards,
-Strider-