Thursday, July 17, 2014

#1454 - Playlist Lagu Raya

Hye Readers,

Semakin dekat untuk kita berhari raya, schedule aku makin tak menentu. Memang menjadi trend setiap bulan Ramadhan, kadar aku blogging tidak menentu. Mungkin sebab kekenyangan selepas berbuka membuatkan aku menjadi malas untuk blogging. Sekarang pun aku BW ikut yang mana sempat jer. Insyallah selepas raya aku akan kembali seperti biasa insyallah.

Semakin nak dekat raya ini juga semakin kerap kita mendengar lagu raya. Tetapi bagi aku, lagu raya yang terbaik adalah lagu raya yang klasik. Aku tak tahu kenapa aku sukar untuk suka kepada lagu raya yang baru. Mungkin jugak kerana setiap lagu raya mempunyai kenangan tersendiri kot.



Apa yang korang lihat nie merupakan playlist lagu raya yang aku pasang kat opis. Sebenarnya aku baru saja pasang lagu ini hari ini sebab nak memberi mood raya walaupun budak KL macam aku nie, every year raya sama sahaja.

Korang pulak suka yang macam mana??Adakah lagu raya klasik menjadi pilihan atau pun lagu baru?Mungkin ada diantara korang yang suka dua-dua atau pun tak suka lagu raya langsung. Kepada sesiapa yang tak ada idea lagu apa nak download raya nie, mungkin boleh jadikan playlist ini sebagai rujukan. Dijamin 100% sedap untuk didengar..hahahaa

Regards,
-Strider-\

28 comments :

  1. amboi lan... baru separuh ramadhan dah sakan nak beraya... :D
    kalau idah... ermmm suka lagu anuar dan elena tu... :D

    ReplyDelete
  2. takde feel raya lagi nih... tapi lagu lama juga pilihan hati...

    ReplyDelete
  3. Aku pun nak cari lagu raya balik ni kat harddisk lama2...mana ntah aku simpan... skrg dah boleh main lagu raya dah...takde ler org nak ckp poyo kan...ahahahah... :D

    ReplyDelete
  4. lagu fazidah joned best.... hamboihhh banyak koleksi bro....

    ReplyDelete
  5. Akak Jm suka lagu klasik syahdu je bila dgr

    ReplyDelete
  6. aku klasikla.. lagu baru dah mcm de feeling..melodi dan irama tah apa2.. :P
    dendang perantau is the best song hari raya :P

    ReplyDelete
  7. owh ...byk playlist lgu raya dia :)

    ReplyDelete
  8. ika sama macam lan, lebih prefer lagu raya yang lama2 rather than yang baru...lagu raya yang lama ni macam lebih menyentuh hati hehehehe..kira ada sentimental touch laa..tp ada juga laa lagu baru yang not bad ;)

    p.s promoted content n dove 2x :)

    ReplyDelete
  9. nak dekat raya ni makin bertambah kuatlah nak dengar lagu raya. Semestinya lagu klasik menjadi pilihan. Lagu moden tengok lagunya, ada yang sedap ada yang buruk bila dengar. :)

    ReplyDelete
  10. AMboih..siap playlists.. saya jarang la pulak buat gini..

    ReplyDelete
  11. salam aidilfitri dari kumpulan hujan pun sedap gak.

    ReplyDelete
  12. salam. sy suka dengar lagu lama+..entah kenapa tapi lagu raya sekarang ni macam kurang best didengar..satu satunya lagu raya baru sy suka Lagu Raya dari Najwa Latiff, Deanna Hussin & Mimie Haris heheee

    p.s sy sejak first day puasa da dengar da lagu raya hahhaha sometime la :D:D

    ReplyDelete
  13. mesti la lagu klasik yg jadi pilihan bro. lagu baru kurang feel. tp ada gak lagu raya baru yg best.

    ReplyDelete
  14. byknyerrr.. lagu raya byk yg sedih2 la..
    bila dgr jadi sayu je...huhuhu

    ReplyDelete
  15. dah tak lama dah kan nk raya, cpt betul msa brlalu, klau dpt dngar lagu raya smbil drive blik kg kan best, tp syg kg pun xda, T_T

    salam jumaat..

    ReplyDelete
  16. Bestnye... nanti nak download.. Timekasi Strider :) sekarang ni belum meriah sangat dengan lagu raya.. minggu depan.urmm.. memang lagu raya sesaje.. nak dapatkan feel raya la katakan..hehe... selamat menjalani ibadah puasa :)

    ReplyDelete
  17. Lagu raya yg lama masih lagi menjadi pilihan hati. Lagu baru ni ada sesetengah je suka.

    ReplyDelete
  18. Wahh layan eh... minggu ni dah mula dengar bnyk lagu raya...mood raya mmg dah mula dirasai... :) :)

    ReplyDelete
  19. lama x jln2 sini.. happy fasting lan.. walaupun da nak habis bln puasa.hehe.. bln2 puasa ni mmg mls nak sgt nk berblog, kdg2 duk dpn laptop tp kosong tak taip apa-apa.hehehe :p kdg2 bila dngr lagu raya yg sedih2 rasa mcm nk mengalir air mata.. ishh..

    ReplyDelete
  20. Ni semua senarai lagu yg best2 utk musim raya...

    ReplyDelete
  21. Akak dh xde mood nak kerja dh...kawan sebelah asyik pasang lagu raya je....ntah pape dh...

    ReplyDelete
  22. SETUJU 100% sama ko!! Lagu2 raya klasik memang terbaiklah, tiada pengganti ;3

    ReplyDelete
  23. suka dengar lagu lama2.. lagu baru ni kureng lah. sebab byk tak best. huhu.
    tapi buat masa skrg ni kalau boleh taknak dgr lagu raya. buat tak sabar nak balik je ada lah. haha

    ReplyDelete
  24. sy suka lagu raya yg Dayangku Intan nyanyi..tajuk senandung hari raya untukmu ..terbaik! :P

    ReplyDelete
  25. Lagu lenggang mak limah tak tersenarai ke,

    ReplyDelete
  26. suka semua lagu raya diatas.. dendang perantau memang menusuk. sebelum raya sampai la sekarang opismate buka lagu raya. ahaha

    ReplyDelete