Sunday, July 27, 2014

#1458 - Merindui Ramadhan Dulu

Hye Readers,



Ini mungkin entry terakhir ramadhan aku untuk kali ini sebelum aku membuat entry bagi hari raya yang akan aku auto published pada malam raya nanti. Aku tak tahu sama ada entry aku kali ini revelen tak bagi korang tapi hopefuly ada pengajaran yang akan diperolehi.

Ramadhan yang dahulu bukan merujuk kepada yang tahun lepas atau tahun sebelum itu tapi lebih kepada ramadhan ketika kedua ibu bapa aku masih ada. Aku tak tahu bagaimana nak cerita kat korang tapi aku cuba buat point bagi memudahkan korang untuk paham.

Aku merindui Ramadhan yang dahulu seperti ;

  • Berbuka puasa bersama seluruh ahli keluarga di ramadhan yang pertama. Actually sampai sekarang tradisi itu masih diteruskan cuma ia kurang meriah.
  • Dikejutkan oleh mak untuk sahur...Aku memang jenis liat sikit nak bangun, kesian kat mak aku kena kejutkan aku beberapa kali.
  • Setiap kali pulang dari tarawikh, ayah aku pastikan akan  bertanya adakah aku pergi sembahyang tarawikh dan dimana lokasi aku bersembahyang.
  • Ayah akan pastikan suasana rumah aku diterangi lampu kelip-kelip. Kalau lambat beli, nanti mula laa dia membebel.
  • Membantu (menyibuk sebenarnya) mak membuat kuih raya. Normally mak akan buat kuih kepit/kapit dan ia sekadar untuk makanan kami seisi keluarga.
  • Setiap kali mak aku balik dari tadarus, ia akan membawa lebihan kuih dari masjid untuk aku makan. 
  • Mak/ayah aku cukup particular dengan baju melayu. Kalau tahun itu aku plan tak nak beli , dia nak pastikan yang baju melayu aku kelihatan cantik. kalau tak, dia akan suruh beli jugak. selalu dik beradik aku laa yang kena belikan sebab aku masih belajar.
  • Memandangkan kebanyakkan adik beradik aku yang lain dah berkhawin dan duduk di luar sebagai anak bungsu, jadi aku yang selalu menemani mak/ayah untuk berbuka. Aku rindukan masakkan simple mak aku kerana ayah/mak tak suka makan lauk yang banyak-banyak.
Ada beberapa lagi sebenarnya aku nak tulis tapi aku stop setakat ini dulu. Aku tahu walaupun macam mana aku cuba untuk memeriahkan ramadhan selepas ini, ia tidak akan sama dengan yang dahulu. Tujuan aku menulis ini pun hanyalah sekadar reminder bagi diri sendiri.

So, aku belum nak ucapkan selamat hari raya lagi tapi aku nak ucap selamat jalan kepada mereka yang akan pulang ke kampung nanti. Silalah pandu berhati-hati dan jangan lupa untuk ke balai polis berdekatan, isi borang supaya rondaan dikawasan tempat tinggal anda dapat ditingkatkan.

Regards,
-Strider-

14 comments :

  1. bila dah kahwin nnt, insyaAllah ramadhan dan syawal hang akan jd lebih meriah.

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut hari raya aidilfitri bro Strider. Maaf zahir & batin... :)

    ReplyDelete
  3. Ko berjaya buat akak nangis la Lan..meh jd adik akak meh..akak pun xde adik lelaki...boleh kongsi mak abah akak jugak....

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut hari raya aidilfitri bro. Maaf zahir & batin... ^_^

    ReplyDelete
  5. Samalah dengan aku, rindu dengan ramadhan yang dulu. Dulu dan sekarang sangat berbeza.

    ReplyDelete
  6. ekekekekeke.... walau apa pun.. aku dan wife nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada bro strider sekeluarga..... maaf zahir dan batin... :D

    ReplyDelete
  7. Ufuk Ramadhan mulai memudar, Cahaya Syawal kian memancar, Dosa dan Khilaf saatnya dibakar, Marah dan Dendam saatnya dikubur. Kadang hati berburuk sangka, Langkah membekas lara, Tutur kata tidak terjaga, Tingkah laku membawa luka. Andai tangan tak dapat berjabat, Setidaknya kata masih terucap : "Selamat IDUL FITRI 1435H, Minal Aydin Walfaidzin, Mohon Maaf Lahir dan Batin ya :)

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya maaf zahir batin ; pcl singgah blog beraya di hari ke2 Syawal...
    Azlan..anak bongsu memang macam kau ni kan..haha gurau2 jer..salam kosong kosong ea..

    ReplyDelete
  9. :') nostalgia.. memang payah nk dilupakan bro..

    ReplyDelete
  10. berbuka dengan family pada first ramadhan tu tradisi wajib..kat pahang kami panggil "memegang"..

    Tips Atasi Kolesterol

    ReplyDelete
  11. nostalgia yg indahkan lan.. jgn sedih2. cuba kekalkan suasana seperti makayah masih hidup. org ckp dh berkeluarga jd lain nanti. hehe

    ReplyDelete
  12. saat berkumpul bersama adik beradik mmg paling dirindui . adik beradik sis 9 org ... krg satu jer ... selamat hari raya .

    ReplyDelete
  13. salam. alamak..entri ni buat sy sedihhh sob sob...tabahkan hati eh.. :):)
    sy pun rindu ramadhan ketika arwah ayah masih ada.. :(

    p.s sy cadangkan tuan punya blog kawin cecepat so takda la sunyi sangat at least ada peneman hehhehe gurau :P salam kosong kosong :D

    ReplyDelete