Thursday, June 16, 2016

#1489 - 5 Sebab Anda Perlu Melawat Melaka

Hye Readers,

Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia merupakan salah satu daripada negeri yang tertua di Malaysia. Daya tarikan pelancung ke Melaka kebiasaanya disebabkan oleh faktor sejarah negeri itu sendiri sehingga diberi nama jolokan Melaka Bandaraya Bersejarah.

Diisytiharkan sebagai ‘Melaka Maju’ pada 20.10.2010 tumpuan pelancong ke Melaka bukan hanya kerana faktor sejarah tetapi terdapat beberapa sebab lagi mengapa Melaka harus dijadikan sebagai salah satu destinasi pelancongan. Jika anda tidak minat pada sejarah, berikut merupakan beberapa sebab mengapa anda harus melancong ke Melaka. 

1)  THE SHORE SKY TOWER




The Shore Sky Tower merupakan salah satu daripada tarikan pelancong di Melaka. Walaupun ia bukan concept Sky Tower yang pertama di Malaysia, tapi apa yang menarik ialah anda akan dapat menikmati permandangan laut serta Bandaraya Melaka dari ketinggian 163meter. Terletak pada tingkat 42 The Shore Shopping Gallery, tempat ini semestinya tempat yang berbaloi untuk dikunjungi.

*Picture Kredit : Facebook The Shore Sky Tower


2) BUSTEL MELAKA



Bustel, merupakan salah satu konsep penginapan yang lain dari yang lain. Berasal dari perkataan Bus + Hotel, Bustel merupakan tempat penginapan yang agak pelik kerana mereka telah mengubahsuai Bus untuk dijadikan tempat penginapan. Setiap bas juga mempunyai kemudahan asas seperti hotel lain, ini termasuk penghawa dingin, tandas berserta shower dan juga flat screen TV, Bagi mereka yang ingin menginap di sini, anda boleh singgah di Bustel yang terletak di Klebang, Melaka.

Credit Picture: Bustel Klebang


3) SG MELAKA RIVER CRUISE





Melaka River Cruise juga merupakan antara destinasi menarik yang menjadi tumpuan para pelancong. Menyusuri Sungai Melaka menggunakan bot merupakan antara tarikan tempat ini. Dengan bayaran serendah RM15 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak, Melaka River Cruise sedia beroperasi untuk anda dari 9.00 pagi hingga 12 tengah malam.

4) DATARAN 1 MALAYSIA KLEBANG


Pic Credit : http://alamcahaya-hr.blogspot.my/
Dataran 1 Malaysia Klebang ini merupakan pantai awam yang terletak di Klebang. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini aialah aktviti pandai dan juga menaiki kereta kuda. Untuk pengetahuan anda, Klebang juga terkenal dengan Coconut Shake dan jika anda tidak tahu nak menginap dimana, Bustel juga terletak berdekatan dengan tempat ini.

5) FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA.

Melaka, Sungai, Festival, Vacation


Festival Antarabangsa Sungai Melaka merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Sungai Melaka. Untuk edisi 2016 ini festival ini akan berlangsung pada 1 September 2016 hingga 18 September 2016. Ini merupakan waktu yang terbaik untuk melawat Melaka kerana sepanjang tempoh berkenaan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Pada  tahun 2015 sebanyak 42 aktiviti termasuk 10 yang melibatkan penyertaan antarabangsa telah diadakan. 

Acara lain yang dijangka turut menjadi tumpuan ialah perlumbaan perahu naga, bot kawalan jauh, maraton antarabangsa Sungai Melaka, beca berhias, persembahan kesenian dan kebudayaan etnik Cina, safety bike ride, persembahan dondang sayang belia dan pertan­dingan memancing. Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai festival ini anda boleh mengikuti facebook rasmi festival ini iaitu Festival Antarabangsa Sungai Melaka

Itulah antara beberapa sebab mengapa anda perlu menjadikan Melaka sebagai salah satu destinasi pelancongan anda. Aku mungkin akan turun ke Melaka bagi menyaksikan sendiri kemeriahan Festival Antarabangsa Sungai Melaka yang merupakan penganjuran yang ke 10.

Regards,
-Strider-

15 comments :

  1. Dataran 1Malaysia Kelebang tu kakak tak sampai lagi
    Yg lain dah sampailah juga..

    ReplyDelete
  2. Tapi Melaka selalu jem kalau cuti sekolah tu yang tak tahan huhuhu

    ReplyDelete
  3. Tapi Melaka selalu jem kalau cuti sekolah tu yang tak tahan huhuhu

    ReplyDelete
  4. Lama jugak teman tak ke Melaka... Bukan apa bro, kalau time cuti sekolah, sesak betul jalan di Bandar Melaka tu... Dah la hari-hari mengadap jem... Nak pegi bercuti pun nak kena mengadap jem...😆😆😆😏😏😏😔😔😔

    ReplyDelete
  5. Menarik ni... klu ke melaka mmg sebaiknya 2 - 3 hari... jalan puas2... mmg berbaloi... :)

    ReplyDelete
  6. lama dah tak p melaka.. hahaha
    sibuk ke luar je

    ReplyDelete
  7. Izin nyimak artikelnya gan? Salam kenal, semoga sukses AMIIIN!

    ReplyDelete
  8. melaka memang best.. tapi 1 je, kalau boleh kna melancong hari weekdays.. kalau weekend, masa habis kat beratur je... dengan jem tok sah dok cakap la.. hahaha

    ReplyDelete
  9. Sky tower je belum pernah aku pergi lagi.

    ReplyDelete
  10. hampir semua tempat tu dah pergi.. tapi better pergi time weekdasy.. kalau weekend or cuti umum, masa banyak habis atas jalan jemm dan beratur beli tiket je.. hahaha

    ReplyDelete
  11. uih.. entri bulan 6.. skrg dah bulan 9.. lama menyepi nih.. hehehe

    ReplyDelete
  12. last update jun 2016.. lama menyepi nampaknya.. heheheh

    ReplyDelete