Hanya 3 hari masa yang diperlukan sebelum kita mula percaya kepada perkara-perkara mistik mengenai isu kehilangan pesawat MAS MH370. Semalam bertempat di KLIA seorang lelaki yang mendakwa sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang kononnya mampu membuat ramalan lokasi pesawat MH370 yang dilaporkan hilang.
Aku bukan tidak percaya kepada alam ghaib tapi apa yang dilakukan oleh Raja Bomoh ini sebenarnya hanyalah sekadar mencari populariti kerana berdasarkanapa yang aku baca di Sinar Harian, ritual ini boleh dilakukan sendiri oleh Raja Bomoh itu dirumah.
Upacara ritual menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit. dan upacara yang dibuat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin.
Apa-apa pun akhirnya semua akan terletak kepada kuasa Allah SWT. Bagi aku penglibatan bomoh macam nie tak sepatutnya berlaku ketika satu dunia sedang memberi tumpuan kepada kes ini.
Regards,
-Strider-
Tak taulah mengambil kesempatan untuk lebih glamour atau pun tak.yang penting teruskan usaha untuk terus mencari MH370..Subhanallah...terasa kesedihan meragut setiap insan di dunia ini..
ReplyDelete#prayformh370
Bomoh?? Emmm bukan tak percaya tapi dah mcm pelik sgt..Teropong buluh bagai.. Huhu maaf la tapi sy lbh senang mendengar kalau cara perubatan Islam diguna pakai.
ReplyDeleteTak sama mksd kan bomoh dgn perubatan Islam. *Pd pndgn sy je;)
kurang jelas samada ini adalah atas arahan kerajaan ataupun bomoh ini melakukannya secara sukarela.
ReplyDeleteaku rasa pun tak perlu nak menunjuk kpd umum lbh2 kpd mereka yg bersangka buruk terhadap agam Islam itu sendiri.., nak buat secara sembunyi tapi tak tahulah apa keperluannya.. ; lain agenda kot??
ReplyDeletesetuju..perkataan 'bomoh' je dah menunjukkan sesuatu y tidak elok..kalau ustaz,pengamal perubatan islam,ok la jgak..bukan tak percaya perkara ghaib..tapi lebih elok kite berdoa,solat hajat mntak diberikan petunjuk,dari buat perkara2 yg boleh memesongkan akidah kita.. =)
ReplyDeletex percaya boleh nak percaya pun boleh...depend on cara la Lan...semua sedang berikhtiar sekarang kan...walau ada jer yang cakap kalau boleh guna cara islam yang x melibatkan jin or whatever....kita tgok jer hasilnya macam mana...allah sedang menguji kita ni....
ReplyDeleteSelagi ikhtiar itu tidak menyalahi agama kita, selagi itu segala usaha boleh dilakukan...
ReplyDeletesaja nak cari publisiti murahanlah tu..huhu
ReplyDeletemacam merapu ja bomoh ni..
ReplyDeletememang tak sepatutnya agama dicampuradukkan dengan bomoh macam ni.. apa-apa pun, aiza masih berharap dan berdoa agar semuanya masih selamat.. churp2..
ReplyDeleteAmboi siap berbomoh bagai.
ReplyDeleteSokong.....doa yang terbaik untuk Malaysia...misteri sungguh...semoga dirahmati Allah.
ReplyDeleteYa Allah... berilah petunjuk Mu... Semoga dipermudahkan segala urusan menyelamat & diberi ketabahan kpd ahli keluarga mangsa dlm menghadapi situasi sukar ini... aamiin.
ReplyDeleteApa juga usaha yang dilakukan kita sokong aje Strider..as long as tak syirikkan..tadi kita baca somehere Bomoh ni kata MH370 "tergantung"..wah kat mana tu ya.....
ReplyDeleteKembali kepada pencipta... mudah-mudahan dipermudahkan urusan
ReplyDeleteniat nak membantu itu betul , cara nak mencari petunjuk tu yg kurang betul ...
ReplyDeleteklik uni of london n colgate kat sini .
ReplyDeleteAssalamualaikum azlan, masyallah. ada pula guna khidmat bomoh. syirik weh.. hmm. semoga dipermudahkan urusan pencarian pesawat MAS mh370 dengan izin Allah Taala. sheila singgah dan menabung nuff sini ~~~
ReplyDeletethe whole world is watching us and this is how we show our effort as an Islamic country?sgt memalukan...byk2lah memohon petunjuk drpd Allah instead of guna bomoh2 bagai ni..vip ke vvip ke vvvvip sekali pun.. Allah Maha Kuasa..geram la..grrrr...
ReplyDeleteclick uni. of london kt sini.. :D
Lucu pun ada... tapi yg teman tak setuju ialah penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran. Nampak seolah-olah mereka nie mempermainkan ayat-ayat Al-Quran.
ReplyDeleteaiisshh...msh banyak kepercayaan karut dan khurafat dlm masyarakat kita.. tp boleh plk guna ayat al-quran bagai..
ReplyDeletememang kena usaha tapi usaha camne macam tak masuk akal pulak..
ReplyDeletedia ingt ne cerita p.ramlee ke nak guna teropong..haishhh
ok..hiburan hari ini..maharajal awak mega :P
ReplyDeletemnabung inti bro :P
haish.. macam2.. mereapu sungguh..
ReplyDeleteMasyaAllah...
ReplyDeleteNurul ade tengok video yang dinamakan "laksamana Doremi" honestly, agak lawak tapi urmm... salah satu usaha untuk mencari MH370.. Harap ada pihak yang memantau, jangan sampai jatuh pada khurafat.
ReplyDeletemelawat sini..mnbung line & inti
ReplyDeleteorang gilo ni -_-'
ReplyDeleteMemalukan agama, bangsa dan negara..!
ReplyDeletememang memalukan...
ReplyDeletememang memalukan...
ReplyDeleteserius tak suka org2 mcm ni.. memalukan negara dan agama je. org asing tgk tak ke pelik.. hadoiii
ReplyDeletesebab benda2 gini laa kadang2 orang tak respect islam T_T sigh!
ReplyDeleteYang peliknya dorang ni saling tuduh menuduh siapa yang bawa bomoh ni... akhirnya semua terbongkor...semua pernah menggunakan perkhidmatan bomoh ni.... nauzubillah....
ReplyDelete