Aku terbaca artikel ini tadi melalui akaun tweet rasmi PDRM. Ceritanya sangat straight forward iaitu mengenai perasaan pilu yang dihadapi oleh seorang wanita yang kehilangan suami yang mempertaruhkan nyawa bagi melindungi kita semua. Untuk makluman suaminya terkorban ketika bertugas di Lahad Datu.
Penceroboh yang terlibat telah pun ditahan oleh pihak berkuasa ketika mereka menawan semula Lahad Datu setelah beberapa hari bertempur dengan pengganas tetapi setahu aku, dalang disebalik kejadian hitam ini masih dibawa ke muka pengadilan.
Menurut akhbar Utusan bertarikh 20 Mei 2013, Dalang di sebalik kejadian hitam ini sudah pun dikenalpasti. dalam artikel tersebut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga orang pemimpin (pembangkang) itu didakwa mahkamah nanti.
Selepas setahun apakah yang telah terjadi kepada dokumen dan maklumat tersebut?Bukankah satu pendakwaan sepatutnya dilakukan bagi mengheret mereka yang bersalah ke muka pengadilan. Adakah benar khabar angin yang kes Lahad Datu itu merupakan satu mainan politik?
Sebagai rakyat Malaysia aku rasa kita patut tahu siapa sebenarnya yang menjadi dalang sehingga pihak pengganas berani menceroboh perairan kita. Aku juga tidak mahu ada lagi rakyat Malaysia yang menjadi korban semata-mata kerana agenda politik. Cukup laa, politik memecah belahkan rakyat Malaysia.
Ini bukan bicara politik atau kempen politik. Aku hanya mahu mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan tanpa mengira mereka berada di pihak yang mana.
Regards,
-Strider-
Mmg betul.. peristiwa Lahat Datu jangan dilupakan begitu shj.. pesalah perlu dibawa kemuka pengadilan utk dijatuhkan hukuman yg setimpal & menjadi iktibar kpd semua.. ini bukan isu politik.. ini isu maruah negara...
ReplyDeleteIa mungkin berkaitan dgn keselamatan negara . dah tentu penyokong fanatik pemimpin itu takkan mendiamkannya . Aman itu lbh baik drp huru hara ...
ReplyDeleteHonestly kita masih skeptical about the whole thing..macam ada yang tak kena..Allah huaAlam...Alfatihah kepada semua mangsa ..semoga roh mereka tenang di sana...
ReplyDeletenanti kalau ada masa singgah baca entry ni ya:
http://myblogsantai.blogspot.com/2014/02/penyumbang-trafik-ke-blog-santai-12-feb.html
So sad to read this. Hope their soul rest in peace.
ReplyDeleteaku pun sebenarnya tak faham apa yang berlaku di lahad datu tu....sebab kes mcm dah tak expose sgt..seumpama kes tu kes terpencil.
ReplyDeleteOhh...chêguzαm memang terasa sedih dan simpat kepada yang pergi... alfatihah
ReplyDeleteCepatkan masa berlalu... rasanya macam semalam jer peristiwa tu berlaku...
ReplyDeleteSiapa pun mereka.. yang menjadi dalang disebalik kejadian yang mengorbankan nyawa, harta benda dan ketenteraman di LD.. sudah sepatut diheret ke Mahkamah, bertanggungjawab pada apa yang dilakukan dan seterus menjadi pengajaran pada semua, dengan harapan, tiada lagi kejadian seumpamanya terjadi.
ReplyDeleteSudah berlalu kisah lahad datu. Sejarah hitam yang perlu diingati agar tidak berulang kali. Siapa pun dalangnya harap dikenakan hukuman yang setimpal.
ReplyDeletesimpati ke atas keluarga mangsa.. harap2 kejadian tersebut tidak berulang lg..
ReplyDeletebtl tu bro..rakyat perlu tahu siapa dalang sebenarnya..
ReplyDeleteAssalamualaikum azlan, Allahurabbi.. sedih baca.. pasti meninggalkan satu perasaan buat keluarga si mangsa kan T___________T
ReplyDeletesalam. erm..pasal kes ni..no komen. segelintir rakyat percaya ianya mainan politik
ReplyDeletepd sy mainan politik ke apa, barang naik semua or apa-apa saja la, tak kisah la..janji Malaysia masih aman hukhuk
x sangka dah setahun pun berlalu peristiwa tu.. Al-faihah buat mangsa yg terkorban..
ReplyDeleteperistiwa yang terjadi di lahad datu itu tentunya memberikan kesan yang mendalam terhadap negara kita dan juga keluarga pejuang yang tekorban.. semoga pihak yang bersalah diadili dengan seadilnya dan diberi hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.. doakan semoga malaysia sentiasa aman.. sedekahkan al-fatihah kepada pejuang yang telah bekorban demi mempertahankan maruah negara malaysia tercinta..
ReplyDeletecpat masa berlalu :) al fatihah utk smua mngsa..
ReplyDeleteal-fatihah :)
ReplyDeleteMmg patt kita tahu siapa dlangnya.. X.kisah la siapa pun patt dihukum seadilnya...
ReplyDeletekes ini pun senyap.
ReplyDeleteakhirnya, nyawa orang yg tidak berdosa menjadi korban.
dh lama mcm ni still xbicara, mcm ada yg nk tutup kes je.. mainan politik pun smpai kena korbankan nyawa rakyat. apa kesnya.. huh
ReplyDeletesedih ...alfatihah.
ReplyDeletesekejap je setahun
ReplyDeletebila dalangnya nak kena tangkap
hmm
yela kan...senyap je kes lahad datu tu..bukan nk tunding jari pada sesiapa..tapi bairlah sekurang-kurangnya pengorbanan mereka yang terkorban terbela...anak hilang ayah..isteri hilang suami..tempat mereka bergantung hidup..
ReplyDeleteAlfaatihah buat yang terkorban...simpati di atas nasib yang menimpa..marah bila ada pihak2 tertentu kaitkan kematian sebagai bahan senda politik..macam2 la...bab mati kot bukan boleh buat main2..
ReplyDeleteBaru setahun peristiwa lahad datu mcm dh senyap...kalau la semua ni cuma mainan politik smpai sanggup gadaikan nyawa rakyat..semoga Allah je yg balas balik dgn hukuman yg setimpal...harap pihak kerajaan dedahkan siapa dalang disebalik kekacauan ni...kita sebagai rakyat berhak utk tahu...
ReplyDeleteha ah.. last2 senyap macam tu je..
ReplyDelete