Saturday, May 17, 2014

#1412 - Monsopiad Cultural Village

Hye Readers,

Aku sambung balik cerita pasal trip aku ke sabah aritu. Memandangkan kebanyakkan yang pergi atas faktor Borneo Marathon jadi pada pagi ahad tersebut, aku dibuai mimpi indah sementara tunggu dorang abis marathon yang bermula pada pukul seawal 4.00 pagi.

Setelah berehat, pada waktu tengah hari kami melawat sebuah tempat yang diberi nama Monsopiad Cultural Village. Ini merupakan salah satu tempat yang korang kena datang kalau korang berada di Kota Kinabalu sebab apa yang ada di sini memang tiada di semenanjung.


Sebab aku cakap tempat ini perlu dilawati ialah kerana ia merupakan  tempat perkampung asal dimana terletaknya seorang pahlawan pemburu kepala (head hunter) yang diberi nama Monsopiad. Tempat ini terdiri daripada pelbagai jenis pakej yang disediakan. Sama ada korang nak tengok performance, nak tour guide dan lain lain ada disediakan.



Kami mengambil full pakej yang terdiri daripada persembahan tarian, tour guide dan juga sedikit refreshment yang disediakan. Harga untuk full pakej ini ialah  RM55 seorang. Memandangkan kami agak ramai dan selepas buat muka sedih dan sedikit kenyit-kenyit mata kat awek kaunter tu, kami diberi diskaun sebanyak RM 40 seorang.

Kami mulakan sesi tour dengan sedikit refreshment sementara menanti persembahan tarian yang dimulakan pada pukul 2.00 ptg.  Sebanyak 3 tarian dipersembahkan pada hari tersebut dan kami dibenarkan untuk mencuba 2 daripada 3 tarian tersebut. Tapi yang paling best adalah Tarian Magunatip  walaupun kami hanya diajar basic. Kalau nak tengok macam mana rupa aku menari sila tengok video dibawah

Dah macam petani Vietnam pun ada aku ini.

1 daripada 3 persembahan tarian untuk hari itu.

Selfie Jangan dilupakan dan ia idea staff MCV sendiri



Ini kira tarian Level 1 jer. Kalau korang tengok dorang punya level 5, kalah bebudak shuffle zaman sekarang. Its was entertaining dan bukan senang nak cuba. Selepas menari, tour guide kami membawa kami menyusuri sejarah suku kaum head hunter ini dan especially Monsopiad dan apa jasanya kepada perkampungan tersebut.



Batu ini sebenarnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Aku pun tak berani nak cerita sebab takut menyimpang nanti jalan ceritanya. Tapi basically, batu ini merupakan tempat kediaman semangat yang dahulu pernah menjaga kesihatan para penduduk kampung yang dilanda penyakit misteri.

Batu yang seberat 7 tan ini merupakan batu yang asal dan kedudukannya tidak pernah dialihkan. Menurut tour guide kitaorang, semangat yang ada di dalam batu ini masih wujud sehingga sekarang, dan batu ini pernah sekali tumbang pada tahun 2010. Mereka percaya yang batu itu tumbang kerana masyarakat di sana tidak lagi melakukan ritual yang diamalkan sejak dari turun temurun.

Seterusnya kami dibawa ke rumah di seberang Cultural Village tersebut. Rumah yang diberi nama "House of Skulls"  itu juga merupakan rumah asal dimana kaum head hunters ini menyimpan tengkorak dan juga barang-barang lain. Untuk masuk kedalam kami diminta untuk membuka selipar dan kasut kerana dia dianggap sebagai satu tempat yang suci. Di dalam ini juga kami diberi pendekatan mengenai Bobohizan.



Bobohizan merupakan gelaran bagi bomoh wanita utama dalam tradisi kebudayaan Kadazan-Dusun. Kebanyakan bobohizan ini terdiri daripada kaum perempuan tapi ada sebilangan kaum lelaki di pilih bagi menguatkan lagi persembahan atau upacara yang diadakan. 

Menurut tour guide kat sini, Bobohizan ini merupakan lebih kepada minat dan tak silap aku dia ada mention bobohizan yang paling muda mereka ada ialah berusia 21 tahun . Aku ade sempat amik a few gambar kat dalam ini setelah meminta izin daripada tour guide kami.





Setelah melawat "House Of Skull" kami dibawa berjalan jalan sikit di kawasan sekitar sambil tour guide menerangkan cara hidup suku kaum Kadazan Dusun ini.  Untuk kali ini aku rasa baik korang layan jer gambar-gambar yang ada sebab kalau aku cerita nanti takut jadi lain pulak.

Rumah dimana tempat mereka menyimpan bekalan beras

Ini merupakan salah satu daripada banyak alat yang digunakan untuk menghasilkan beras

Rumah ini aku dah lupa untuk apa..Maaf yaa..hahaha
Pada penhujung tour, seperti biasa kami dibawa kedalam kedai cenderahati. Pelbagai jenis cenderahati yang korang boleh beli kat sini daripada Baju T-Shirt sampai laa ke aksesori.


Kedai cenderahati tersebut merupakan penghujung kepada tour kami. Secara keseluruhanya tour ini mengambil masa lebih kurang sejam setengah kalau tak silap aku. At the end of the day, pengalaman kami berada di sini memang beharga kerana ia tak boleh diperolehi di tempat lain, apatah lagi orang KL macam aku ini.

Kepada mereka yang bercadang untuk ke sabah, korang boleh masukkan tempat ini dalam jadual lawatan korang dan aku sertakan sedikit panduan umum mengenai Monsopiad Cultural Village ini
Dibuka setiap hari :  8:30am to 5:00pm.
Persembahan kebudayaan: 10am, 11am, 2pm & 4pm.
Guided tour: Sebelum persembahan atau mengikut keadaan semasa
Bayaran dikenakan: RM50 (dewasa) & RM10 (kanak-kanak 6 – 12 yrs) termasuk guided tour, welcome drink & persembahan kebudayaan.
Facebook : Monsopiad Cultural Village

Sebelum balik kita Selfie dulu
Jadi itulah kisah aku mengenai lawatan ke Monsopiad Cultural Village ini. Sebenarnya kalau aku nak cerita satu-satu apa yang aku buat kat sana memang rosak mouse korang scroll down. Ini merupakan salah satu tempat dimana korang kena pergi untuk mengalami dan mendengar sendiri cerita mengenai kaum Kadazan Dusun ini. 

Bagi aku kalau kenakan bayaran RM50 pun ia masih lagi berbaloi dengan apa yang mereka beri. Untuk makluman semua benda yang ada disini adalah merupakan harta milik peribadi keluarga Monsopiad yang sekarang dah masuk generasi yang ketujuh. 

p/s: ada 2 lagi Liebster yang nak kena jawab nih...hmm...

Regards,
-Strider-

24 comments :

  1. Wah.. perjalanan yg menarik.. bnyk pengetahuan baru bagi saya klu ke sana tu. Tp bab selfie tu mmg terbaiklah bro Strider... susah nak dpt tu.. brg rare!!.. :D :D

    ReplyDelete
  2. Ramai kwn blogger ke sana tp dorang x pernah citer pegi sini kiranya mesti ramai yg x tahu kan tempat ni, baru nk kenal2 dgn head hunter tu :-)
    Alaaa Azlan boleh lah kenyit mata dpt discount klau Jm yg buat macam tu bukan discount yg dpt x pasal kena tampar buaya

    ReplyDelete
  3. terbaik la pic2 selfiee tuu... lepas ni kalau nk p sabah kena set place ni. untung la kenyit2 mata dpt diskaun. hehehe

    ReplyDelete
  4. Not bad jugak tempat ni ya...tapi kalau kita sure tak sampai house of skull tu..boleh mimpi ngeri...

    ReplyDelete
  5. hehe.. selfie dgn tengkorak... best nye berjalan2 sambil mengenali adat dan budaya negeri orang...

    ReplyDelete
  6. Hepp..jgn mengeluh....liebster aeard tu tanda persahabatan tu..hihi...ok akak masukkan dlm wish list la Lan....akak suka tempat 2 mcm ni

    ReplyDelete
  7. tarian buluh tu kan? lagi cepat lagi best kot!
    hehehe

    ReplyDelete
  8. seronoknya.. kt sana masih kuat kan kepercayaan animisme kan.. jauh perjalanan luas pengalaman...

    ReplyDelete
  9. Waah Monsopiad, House of sculls, dan itu "Siou do mohoing", kata2 untuk minta izin sebelum masuk ke dalam tu, heheee ingat lagi walaupun sudah 16 tahun berlalu... first time pi Sabah dengan family masa form 3 dulu ;3

    ReplyDelete
  10. topi tu tak leh mintak bawa balik ker ... heheheee .

    ReplyDelete
  11. Selfie dengan tengkorak?? skali dia nak ikut balik baru tau... kuang3x... :D

    ReplyDelete
  12. salam. huhuhuu gambar 3rd tuu betul betul da macam petani :D :D gurau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. girl, there's no shame at all in being a farmer..negara kita boleh maju sekarang hasil daripada pertanian dan perlombongan dulu, sebelum industri perkilangan diperkenalkan..para petani wajar diberi penghormatan dan penghargaan yang tinggi, sepertimana orang Jepun menghargai para petani dan nelayan mereka..

      Delete
  13. eeerkk... tengkorak??? takutnyerrr... x tau la bleh tido malam ke tak lepas tgk tengkorak in real life~!!!

    ehemm.. takde ke video awk try menari level 1 tu :P

    ReplyDelete
  14. dgn tengkorak pun boleh selfie....senyum je tengkorak tu kan..hehe

    ReplyDelete
  15. wah syok nye suasana kampung gitu..

    ReplyDelete
  16. Macam best je try tarian Magunatip tu... Level 1 pun dah kelam kelibut, kalau level 5 mesti terkepit kaki... hehe :)

    ReplyDelete
  17. wah kena pergi melawat kawasan nie..
    best nampaknya..thanks sharing

    ReplyDelete
  18. oh god..aku yang sabahan pun xpegi lagi cultural village (hide my face)

    anyway kalau datang sabah lagi let me know...

    ReplyDelete
  19. menarik tp xtau la nk masuk dlm list ke x tempat ni..huhu...mesti seronok blaja tarian2 dorg tu...

    ReplyDelete
  20. make sure to come again, next time! hehehe. that magunatip dance really requires you to be super fast (kalau tak, say bye to your feet.haha) saya pun tak pass smpai level 5 nih XD

    ReplyDelete