Thursday, May 22, 2014

#1416 - Selfie Dan Kehidupan

Hye Readers,

Seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas, untuk kali ini aku akan membawa satu topik mengenai lifetyle zaman sekarang iaitu selfie. Sebenarnya selfie ini bukan laa satu isu yang baru tapi kadang-kadang aku rasa ia menarik perhatian aku.

Self potrait photograph atau lebih kenali sebagai selfie ini adalah satu perbuatan mengambil gambar diri sendiri menggunakan sama ada camera atau smartphone. Sebenarnya kalau ikut sejarah, selfie bermula sejak tahun 1839 lagi (klik sini) tetapi ia mula popular dan menjadi mainstream sejak tahun 2012 sehinggalah pada tahun lepas selfie direkodkan sebagai word of the year (klik sini)

South Korean President Lee Myung-Bak and footballer Ji So Yun
Namun semenjak selfie menjadi popular, aku perasan society seperti berpecah kepada 2 pandangan mereka terhadap selfie. Ada sesetengah orang menganggap selfie itu adalah satu perbuatan yang menyeronokkan dan mereka mempunyai alasan mereka sendiri.

Tetapi wujud juga segolongan orang yang berpendapat selfie ini sebagai satu perkara satu perbuatan yang poyo atau tergedik-gedik dan tak kurang juga ada yang menganggap dia sebagai satu penyakit berdasarkan kajian-kajian bebas yang tidak diketahui sejauh mana tepatnya.

Brader ini pun nak merakam kenangan manis
bersama kami yang melawat Sabah Baru baru ini
Tapi pendapat aku bila bab selfie ini adalah apa tujuan anda sebenarnya, Adakah kita selfie untuk merekod kenanagan manis bersama semua yang ada pada ketika itu. Adakah kita selfie hanya kerana ingin menunjukkan sesuatu di sekeliling kita? ataupun adakah kita selfie kerana kita teruja dengan perbuatan kita menangkap gambar?

Aku ingin quote seorang kata-kata seorang blogger yang juga merupakan photographer iaitu Eshamz Halim yang berbunyi lebih kurang begini "Photographer pun ada nak bergambar sekali gak". lebih kurang gitu laa ayat dia yang aku paham..hehe

Apa yang aku cuba sampaikan ini adalah bukan mengenai siapa betul atau siapa salah tapi lebih kepada pendapat umum aku mengenai selfie ini. Secara jujurnya aku selalu jugak selfie tapi Alhamdulillah aku masih tahu batas dimana tempat yang sesuai dan tidak untuk selfie ini.

Fyi, Tengkorak ini bukan real, Ini dekat giftshop
Bagi mereka yang minat atau #kakiselfie ini teruskan jer apa yang korang lakukan asalkan ia masih berlandaskan etika-etika bergambar kerana  setiap benda yang kita lakukan pasti akan ade mereka yang tidak menyukainya. You can't pleased everybody.

Ada juga yang menganggap selfie ini is a girl's things. Sebenarnya selfie bukan sahaja untuk perempuan tapi lelaki pun okay what kalau selfie.Tapi ingin aku tekankan kat sini yang selfie dan duckface adalah 2 benda berbeza. Kalau duck face itu memang nampak gedik sikit okay..hahaha

Jadi itulah cerita aku mengenai Selfie kali ini. Sebenarnya impact dia dalam kehidupan kita tak besar pun. Tajuk tu saje nak bagi nampak sedap..haha..Jadi apa anda tunggu lagi? Lets take a selfie and jangan lupa hashtag #Selfie #kakiselfie di dalam account media social anda..hehehe

p/s: disebabkan aku busy few weeks ini, jadi aktiviti BW hanya dapat dilakukan pada waktu malam..see you tonight..

Regards,
-Strider-

23 comments :

  1. Memang betul tu, x salah nak berselfie, cuma kita perlu tengok balik tujuan asal kita berselfie... :)

    ReplyDelete
  2. yang selfie sebab nak menunjuk ni aku tak boleh nak kata apa. tapi kalau dah ramai sangat, banyak sangat, jadi macam tak ada apa dah. tu yang sesekali tengok gambar selfie yang super lain dari lain tu, jadi kagum. memang genius! contoh gambar angkasawan selfie nampak bumi...

    ReplyDelete
  3. masing masing ada pendapat masing masing dan harapnya masing masing boleh terus menghormati perbbezaan pendapat masing masing.

    ReplyDelete
  4. kdg2 kalau difikirkan balik semua ni mcm trend je..sbb dh wujud dulu2 sekarang timbul balik dgn cara yg berbeza..kot..hahaha.. #selfie bia kena pada tempat dan gayanya..ehe

    ReplyDelete
  5. hahah, selfie... yeah haters will hate, we can't please everybody ^^

    ReplyDelete
  6. Fenomena hot kn.. Kt london juara selfie ni...

    ReplyDelete
  7. dulu sebelum kawen suka la selfie. konon nk market sikit la.. bila dah laku, bz selfie kan anak pula.. hehehe.. ape pun tentang selfie, selfie elok2 sudah..

    ReplyDelete
  8. salam. hah! da jadi trend orang sekarang da selfie+ ni :)

    p/s menabung libresse :)

    ReplyDelete
  9. bagi husna selfie ni dihalalkan selagi owner gmbar tu tak buat perkara yg pelik2..:p

    ReplyDelete
  10. jarang amek selfie. hehehe...

    ReplyDelete
  11. selfie...
    aku kurang skit ni klau selfie muka sendiri..
    tapi klau ramai2 scara berjmaah memng akan aku joit..
    seronok apa berselfie ni..slagi x mlanggar etika yg spatutnya...
    tapi lelki wat muka duck face..memng nampak poyo..

    klik x2

    ReplyDelete
  12. ko ni Lan..dah lama akak tunggu no tipon kawan sebelah tu..kata nak bagi...hahahahahaha

    ReplyDelete
  13. Selfie? Jarang nk berselfie sbb perasan muka x cantik lepas d paksa baru nk berselfie. Klau time travel sensorang boleh je nk berselfie ni tp lelebih sgt bosan jgk kan

    ReplyDelete
  14. Jm ni jarang berselfie sbb sedar diri x comei heeee

    ReplyDelete
  15. Selfie...tapi tgk la keadaan sekeliling sebelum upload kat internet

    ReplyDelete
  16. salam...
    malu ank suruh org tangkap gambar sebab tu tangkap gambar sendiri....
    maka jadilah selfie...
    tapi kalau ramai2 lagi seronok kan...tu dah jd groupie....

    ReplyDelete
  17. Selfie ni pada aku ok je.. mcm benda2 lain jugak. Klu digunakan hingga merapu, maka jadi merapulah. Klu utk happy2 tak de salah pun. Org yg kata selfie tu penyakit sebenarnya yg sakit huhu..
    Ok je asal jngn lebih2 dan bersalahan dah lah.. :)

    ReplyDelete
  18. Selfie ni activity yang menyeronokkan...cuma tak best bila selfie ni boleh menimbulkan riak..tu bahaya sikit...

    ReplyDelete
  19. Selfie adalah cara terbaik bagi seorang photographer untuk rakamkan diri sendiri dalam kenangan...ekekekekekeke.... biasa aku selfie untuk gambar ramai2 atau berdua dgn bini aku...tak suka selfie sorang2...ekekekeke #akutaksukaselfieamikmukasorangsorang

    ReplyDelete
  20. fuhh.. ingat real.. hehehe sy x brp kenan selfie.. tapi kadang2 selfie gak.. ikut keadaan

    ReplyDelete
  21. Tak berapa suka selfie.. tapi suka sgt amik gambar makanan sebab walau makanan tu tak sedap, kalau pandai amik pic.. nampak sedap nar.. haha.. pastuh post kasi kawan bengang.. ahaha :p

    ReplyDelete
  22. Hahaha teringat ada orang post. actually mr. bean dah buat ni lama XD

    ReplyDelete