Cerita ini mula aku jumpa kat cari.my semalam. Aku sebenarnya pun tak tahu nak percaya dengan apa yang wartawan bernama Zubir ke tak.Disebabkan aku tak baca bipop semalam jadi aku buat beberapa rujukan kat online portal dan melaui Beautiful Nara aku jumpa artikel berkaitan.
Rupanya Zubir ada mendapat maklumat mengenai khabar angin yang Ummi Nazeera telah berkahwin dengan Aeril Zafrel.Menurut Zubir, khabar angin yang telah didengarnya ialah Aeril mula berkenalan dengan Ummi di set penggambaran filem Penanggal yang diarahkan oleh Ellie Suriaty
Namun melalui apa yang aku baca kat Beautiful Nara, Ummi Nazeera telah tampil untuk menafikan tentang semua khabar angin tersebut melalui akaun twitternya
Kenyataan itu sekaligus telah menepis semua dakwaan yang dilontarkan oleh Zubir ini. Sebenarnya Zubir ini memang suka buat cerita sensasi tetapi kadangkala ade cerita sensasi dia ade yang benar. Untuk kes ini pulak masih samar-samar lagi. Hopefully ia kekal hanya sebagai khabar angin, kalau tak haru beb...
Regards,
-Strider-






