Adakah Justin Bieber akn menjadi pengganti Paul Walker dalam filem Fast and Furious 7 yang akan datang? Itu antara apa yang aku baca di beberapa media Hollywood (klik sini). Universal Studio sedang meneliti shot yang pernah dilakukan oleh Paul Walker dan masih mencari di scene yang mana mereka harus mematikan character Brian O'Connor
Justin Bieber juga dilaporkan mendapat sokongan dari rakanya Ludacris yang merupakan salah satu daripada pelakon FF7. Walaupun aku rasa Justin Bieber sudah nampak lebih matang sekarang tetapi aku tidak yakin tentang isu ini.
Sebuah thriller palsu mengenai FF7 juga telah tersebar dimana ia menampilkan Justin Bieber didalam itu. Mengikut laporan Hollywood Life video tersebut telah dibuat sebelum kematian Paul Walker yang menguatkan lagi khabar angin ini. Video ini juga telah dimuatnaik pada 2 Julai 2013 iaitu 4 bulan sebelum Paul Walker menemui ajal.
Secara jujurnya aku tak tahu sejauh mana kemampuan Justin Bieber dalam bidang lakonan ini. Setakat ini masih tidak ketahui adakah Justin Bieber akan membawa watak Brian O'Connor atau dia akan melakonkan watak baru. Aku rasa kalau dapat pun dia elok jadi watak adik Brian O'Connor.
Sebenarnya aku sendiri tak tahu siapa yang layak untuk gantikan watak Brian O'Connor ini. Hopefullt Universal Studio akan mematikan watak terbabit dan menggantikan dengan watak yang lain. Watak Brian O'Connor itu memang susah diganti.
So bagi mereka yang minat filem nie, adakan pemilihan Justin Bieber itu sesuai??kalau tak siapa agaknya yang sesuai untuk membawa watak sebagai seorang pelumba haram ini?
Regards,
-Strider-
.jpg)




