Friday, April 11, 2014

#1386 - Cara Menghadapi "Office Politics"

Hye Readers,

Office Politics, itu merupakan perkara yang kebanyakkanya tidak disukai oleh mereka yang bekerja. Office politik nie bukan sesuatu yang buruk sangat sebab bila dah nama politik, jadi ada some people gain, some people lose and some people who just dont care. Jadi yang manakah satu anda? Terus terang aku jenis suka mengelak office politics walaupun benda tu datang kepada aku.



Sebenarnya ada beberapa cara untuk kita mengelak daripada menjadi mangsa politik. So kepada mereka yang bekerja bolehlah jadikan ini sebagai panduan (jika relevan) dan kepada yang masih belajar, anda masih boleh mengambil tahu sebab satu hari nanti mesti korang akan bekerja kan?

Berikut merupakan bebearapa tips yang boleh korang jadi rujukan.antaranya ialah:-

1) Sekiranya anda baru berkhidmat dalam sesuatu company, beri sedikit masa untuk mengenali rakan-rakan sekerja yang senior. Ini adalah penting kerana anda perlu memahami jiwa mereka dan juga tahu apa yang akan mendorong mereka. 



2) Listen and Listen ada benda yang penting jika anda new employer, bukan nak suruh jadi budak suruhan tapi ia perlu supaya korang boleh pahami pekerja dan hala tuju company itu. Jika anda rasa perlu ada perubahan jangan lakukan secara serta merta tapi ia perlu dilakukan secara perlahan lahan kerana bagi pekerja senior, cara kerja itu sudah menjadi habit mereka.

3) Dont Choose Side - kalau dalam company korang ada berpuak-puak, jangan sesekali memihak kepada mana-mana puak, kerana one day kita tak tahu kalau kita dengan siapa kita akan bekerja. Walaupun kurang selesa dengan segelintir pihak, tapi cuba maintainkan cool dan lemparkan senyuman. Buat macam apa yang jadi antara puak A & B tidak menarik minat anda. kalau ada yang nk gosip2 cepat-cepat beredar atau tukar kepada topik lain. Ini kebiasaanya berlaku jika korang bekerja di sebuah syarikat yang besar.



4) Bagi mereka yang bekerja dalam kumpulan masalah akan sentiasa timbul dan pasti akan ada orang dipersalahkan. Jangan cepat untuk menyalahkan rakan anda walaupun ternyata itu merupakan kesalahan dia. Cuba back up sikit kesalahan dia itu supaya tak nampak teruk. Normally the whole team akan menghormati anda dan mungkin jika anda membuat kesalahan suatu hari nanti mereka pula akan back up anda.

5) Elakkan mempercayai gosip..Aku mengaku kat opis nie aku sendiri kadang2 bergosip tapi mempercayai dan menceritakan kepada yang lain is not my style..aku akan hanya dengar sebagai info jer, Its gossip jer pun, belum tentu benar jadi kenapa nak kena share. Elakkan diri daripada dicop penyebar gosip kerana walaupun ramai staff yang akan melepak ngan kita but in the end mereka just nak dengar gosip kita jer.

Itu bebeapa tips yang aku boleh bagi untuk korang menghadapi office politic nie..sebenarnya, lain tempat kerja, lain situasinya tapi basically ini perkara yang korang boleh adapt ketika berkerja. Kebanyakkan tips aku nie berdasarkan kalau korang bekerja dengan company yg mempunyai ramai staff..kalau setakat opis tu ade 4-5 staf, caranya berbeza tapi root things dia sama.

Oh, by the way, berkenaan dengan entry "Memiliki Domain Sendiri" yang lepas, ada sesapa boleh rekemen aku dengan siapa aku boleh tukar domain atau kat mana nak register??hehehe

Regards,
-Strider-

13 comments :

  1. nice tips..nasib baik dekat ofis niesa xbyk sgt staff...niesa sll jd pendengar je..haha..

    click libress,inti dan spore airlines.. ^^,

    ReplyDelete
  2. one of the reasons licha suka kerja dekat compny yg mix races sebb ni lah.. :) sebab licha memang tak minat pantry talk. gipun tak pandai nak bodek2 orang ni..
    klik nuff utk lan

    ReplyDelete
  3. rasanya kat mana2 opis pun ada politik opis, kdg sampai buat ada yg terpaksa undur diri sbb rasa terus2 teraniaya.

    wah, nak ber domain sendiri.

    ReplyDelete
  4. Nice tips Azlan :) Seram pulak nak kerja hehehe

    ReplyDelete
  5. salam singgah. dunia pekerjaan....mesti ada yang kaki kipas mengipas bossss. sungguh tak suka :(

    ReplyDelete
  6. aku cuba elak kan politik kat tempat keje seboleh2 nyer. tp kadang2 kita memang tak boleh lari daripada terbabit tak sama.

    ReplyDelete
  7. tenson bro..dgn politik office ni..aduh..

    tekanan dlm bkerja :P

    ReplyDelete
  8. kat ofis naniey ramai bangsa lain..so mereka tak kacau kita yang melayu neh ... kita pun buat tak tau je dengan mereka..tapi tak tau lah office politic sesama bangsa mereka ada ke tak..hehe

    ReplyDelete
  9. pernah terkena dulu.. mintak2 la jauhkan..pening kepala kalu apa puak2 dalam opis nie..

    ReplyDelete
  10. Nurul malas nk campur gossip-mossip ni.. kalau tau pun, Nurul buat2 tak tau je.. "oo ye ke?" .. "macam tak dengar plak eaaa".. "ehh.. macam mana I bole tak tau plak ni.. ketinggalan ketapi tol I ni..?" gitu la antara ayat2 yg selalu Nurul guna pakai.. Nurul memilih untuk tidak menyebelahi mana2 pihak sebab biasanye masing2 ade kepentingan sendiri.. Neutral je, kalau perlu bersuara, pasti akan bersuara.

    ReplyDelete
  11. Office politics ni klu boleh baik dielakkan tetapi tak boleh dipandang sebelah mata shj. Kena sentiasa alert & berjaga2 takut2 tak pasal2 kita dijadikan kambing hitam..
    Aku relax je tinjau2 office politics sambil makan 3x kfc kat sini hehee.. :D

    ReplyDelete
  12. x kerja lagi.. dah keje nnti x tau la macam mana..

    ReplyDelete