Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Friday, April 11, 2014

#1386 - Cara Menghadapi "Office Politics"

Hye Readers,

Office Politics, itu merupakan perkara yang kebanyakkanya tidak disukai oleh mereka yang bekerja. Office politik nie bukan sesuatu yang buruk sangat sebab bila dah nama politik, jadi ada some people gain, some people lose and some people who just dont care. Jadi yang manakah satu anda? Terus terang aku jenis suka mengelak office politics walaupun benda tu datang kepada aku.



Sebenarnya ada beberapa cara untuk kita mengelak daripada menjadi mangsa politik. So kepada mereka yang bekerja bolehlah jadikan ini sebagai panduan (jika relevan) dan kepada yang masih belajar, anda masih boleh mengambil tahu sebab satu hari nanti mesti korang akan bekerja kan?

Berikut merupakan bebearapa tips yang boleh korang jadi rujukan.antaranya ialah:-

1) Sekiranya anda baru berkhidmat dalam sesuatu company, beri sedikit masa untuk mengenali rakan-rakan sekerja yang senior. Ini adalah penting kerana anda perlu memahami jiwa mereka dan juga tahu apa yang akan mendorong mereka. 



2) Listen and Listen ada benda yang penting jika anda new employer, bukan nak suruh jadi budak suruhan tapi ia perlu supaya korang boleh pahami pekerja dan hala tuju company itu. Jika anda rasa perlu ada perubahan jangan lakukan secara serta merta tapi ia perlu dilakukan secara perlahan lahan kerana bagi pekerja senior, cara kerja itu sudah menjadi habit mereka.

3) Dont Choose Side - kalau dalam company korang ada berpuak-puak, jangan sesekali memihak kepada mana-mana puak, kerana one day kita tak tahu kalau kita dengan siapa kita akan bekerja. Walaupun kurang selesa dengan segelintir pihak, tapi cuba maintainkan cool dan lemparkan senyuman. Buat macam apa yang jadi antara puak A & B tidak menarik minat anda. kalau ada yang nk gosip2 cepat-cepat beredar atau tukar kepada topik lain. Ini kebiasaanya berlaku jika korang bekerja di sebuah syarikat yang besar.



4) Bagi mereka yang bekerja dalam kumpulan masalah akan sentiasa timbul dan pasti akan ada orang dipersalahkan. Jangan cepat untuk menyalahkan rakan anda walaupun ternyata itu merupakan kesalahan dia. Cuba back up sikit kesalahan dia itu supaya tak nampak teruk. Normally the whole team akan menghormati anda dan mungkin jika anda membuat kesalahan suatu hari nanti mereka pula akan back up anda.

5) Elakkan mempercayai gosip..Aku mengaku kat opis nie aku sendiri kadang2 bergosip tapi mempercayai dan menceritakan kepada yang lain is not my style..aku akan hanya dengar sebagai info jer, Its gossip jer pun, belum tentu benar jadi kenapa nak kena share. Elakkan diri daripada dicop penyebar gosip kerana walaupun ramai staff yang akan melepak ngan kita but in the end mereka just nak dengar gosip kita jer.

Itu bebeapa tips yang aku boleh bagi untuk korang menghadapi office politic nie..sebenarnya, lain tempat kerja, lain situasinya tapi basically ini perkara yang korang boleh adapt ketika berkerja. Kebanyakkan tips aku nie berdasarkan kalau korang bekerja dengan company yg mempunyai ramai staff..kalau setakat opis tu ade 4-5 staf, caranya berbeza tapi root things dia sama.

Oh, by the way, berkenaan dengan entry "Memiliki Domain Sendiri" yang lepas, ada sesapa boleh rekemen aku dengan siapa aku boleh tukar domain atau kat mana nak register??hehehe

Regards,
-Strider-

Monday, October 28, 2013

#1203 - 5 Perkara Asas Sebelum Temuduga

Hye Readers,

temuduga, interview


Dekat-dekat hujung tahun nie ada yang pergi temuduga cari keje lain tak? Ada ke student-student yang baru lepas konvo dan ingat nak cari kerja sebelum sambung belajar lagi? Pendek kata kalau ade orang yang nak pergi temuduga kali ini aku nak bagi tips-tips utk menghadiri temuduga.

Sebenarnya temuduga nie berbeza mengikut jawatan atau kerja apa yang nak dipohon. jadi tidak ada tips yang khas untuk temuduga nie. Walaubagaimanapun sebelum menghadiri temuduga ade beberapa perkara asas yang boleh dijadikan panduan. Berikut merupakan 5 perkara asas sebelum sesi temuduga:-

Sediakan Dokumen Sebelum Tidur.
- Aku nasihatkan sebelum korang tido malam tu, pastikan semua dokumen seperti sijil, photostat IC, gambar etc telah disediakan supaya tiada barang yang tertinggal. 

Pakaian Yang Sesuai.
 - Ini satu temuduga dan bukannya aktiviti sosial jadi pastikan korang memakai pakaian yang sesuai. Ini akan memberi tanggapan pertama tentang personaliti korang.

Datang Awal
- Pastikan korang datang awal sekurang-kurangnya 15 sebelum waktu temuduga. Adalah dinasihatkan supaya korang survey dimana pejabat tempat anda temuduga itu supaya esok tak terlambat hanya sebab nak mencari bangunan yang mana.

Bersedia Dengan Soalan Popular
- Ceritakan tentang pekerjaan awak sekarang, Apa kelebihan anda, Apa kelemahan anda, Bagaimana anda boleh menyumbang lebih kepada syarikat. Apa yang anda tahu mengenai syarikat kami.. Itu merupakan beberapa soalan yang popular jadi bersedialah untuk menjawab.

Jawab Dengan Tenang.
- Ini bukan kuiz jadi tiada masa diperuntukkan untuk korang jawab soalan. Jadi tak perlu nak cakap laju-laju sebab belum tahu penemuduga itu boleh tangkap apa yang korang cakap. Jawab soalan perlahan-lahan tapi pastikan mesej itu jelas.

Jadi, itulah antara 5 perkara asas yang korang kena buat sebelum menghadiri temuduga. Anyway jika yang membaca entry ade temuduga dalam waktu yang terdekat ini "Good Luck" aku ucapkan kepada korang. Keep Calm & Just Be Yourself. 

Regards,
-Strider-


Monday, January 7, 2013

#1020 - SPRM Dah Takde Kerja Ke???

Hye Readers,



Tadi aku ade baca berita kat Yahoo Malaysia yang boleh membuatkan aku tergelak pagi-pagi nie...Ia berkenaan article "Pekerja guna Facebook ketika waktu pejabat adalah pecah amanah, kata SPRM"..Dalam artikel tu menyatakan SPRM akan mengkategorikan pekerja dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menggunakan media sosial bagi tujuan peribadi sebagai pecah amanah.

Aku bersetuju dengan separuh daripada apa yang diperkatakan..Menggunakan media social bagi tujuan peribadi memang tidak patut dilakukan oleh mana-mana pekerja termasuk sektor awam dan swasta. Tapi ia lebih kepada etika seseorang pekerja dan SPRM tak perlu risau pasal gejala ini.

SPRM patut tumpukan lebh usaha mereka untuk membendung kegiatan seperti rasuah yang dilakukan oleh orang-orang yang berjawatan di sektor perkhidmatan awam. Bagi aku gejala main facebook ketika waktu kerja nie biarlah diuruskan oleh pihak dalaman sesebuah agensi atau jabatan tersebut.

Serius laa, macam mana dorang nak sekat orang main facebook during office hour??Sekat laman web tersebut dari komputer staff??Dengan rebet yang kerajaan bagi senang-senang jer dorang layari facebook/twitter melalui phone.

Macam mana pulak kalau ade penjawat awam yang minum pagi smpai kul 11 pagi pastu baru nak start buat kerja??Bukan kah itu terdiri daripada kegiatan pecah amanah??Yang browse online shopping pulak macam mana sebab online shopping bukan salah satu daripada media social..

Akhir kata bukan niat aku nak membela golongan yang main Facebook time office hour nie tapi bagi aku SPRM tak perlu masuk campur..Banyak lagi kes-kes yang perlu mereka siasat dan biarkan hal ini diurus oleh pihak dalaman majikan.

Regards,
-Strider-

Wednesday, December 14, 2011

Cara Bebaik Dengan Bos (Part 2)

Hye Readers,


Okay..sekarang kita sambung tips kita dari no 6 hingga 10..bagi yang terlepas part 1 korang leh klik sini..hehehe..

Keenam
Belajar sesuatu dari boss korang..Baik atau buruk bos korang mesti ade sesuatu yang korang leh pelajari dari mereka..try amik kesempatan ini nak blajar dari dia..tentu dia suka dan boleh terima korang..hehehe..jadi kalau korang banyak bertanya dan mendengar ape yang dicakap sudah tentu dapat membina hubungan yang baik dengan boss korang..hehehe


Ketujuh
Sentiasa laa tanya dengan bos korang pasal feedback setiap apa yang korang dah buat..biarkan dia memainkan peranan sebagai mentor dan coach korang..Make sure dia tau apa yang korang dah sumbangkan dan berikan dia sedikit ruang untuk memberi ucapan tahniah atau well done atas usaha yang korang lakukan..


Kelapan
Masa kita emas kan???begitu juga masa bos kita..Kita kena belajar menghargai masa mereka..kalau perlu jadualkan meeting try cari gap seminggu sebelum jika ia tak urgent..ini boleh membuatkan bos untuk berpikir dan bersedia tentang ape yang bakal dihadapi..Ape yang aku perasan meeting yang dijadualkan dengan baik akan membawa input yang lebih banyak dari meeting tergempar(at hock)


Kesembilan
Cuba buat kerja anda mengikut hala tuju syarikat..Kalau ade pandangan yang baru cuba korang sampaikan dengan pandangan jangka masa panjang..Kadang-kadang terdapat banyak sebab mengapa cadangan korang tidak boleh diguna pakai..tapi tak semestiya benda itu tak betul..mungkin ia disebabkan oleh sumber-sumber, yang terhad, masa, matlamat, dan visi syarikat...


Kesepuluh
Kadang-Kadang dalam perbuhungan dengan bos mesti ade salah paham atau soething yang tak sehaluan..Kalau jadi macam tu jangan berdendam dengan bos..Jangan cuba mengugut untuk meninggalkan syarikat..Salah faham tu tak pe tapi jangan sampai membawa perpecahan..Akhirnya kita sena sedar yang kuasa terletak di tangan bos kita..

So itu laa 10 tips untuk korang develop good relationship dengan bos korang..tips yang aku bagi nie bukan atas unsur bodek sebab membodek tu lebih kepada meng'iyakan semua benda walaupun benda tu salah..

Akhir kata bos tetap bos..walaupun kadang-kadang bos tu kawan kita tapi kalau time opis hour mereka tetap bos kita..kalau korang nak baca artikel asal nie korang boleh Klik Sini..

Regards,
-Strider-

Tuesday, December 13, 2011

Cara Untuk Berbaik Dengan Bos (Part 1)

Hye Readers,


Kali ini aku nak share skit tentang tips yang agak berguna bagi mereka yang bekerja..yang tengah blajar pun boleh baca gak..sebagai preparation untuk masa hadapan..kalau nak baca full article korang leh klik sini..

Well, bila bercakap tentang boss nie bukan senang sebab macam mana dia baik pun mereka tetap bos kita..kepada yang dapat boss baik senang laa..tapi kalau dapa bos yang suam-suam kuku plak macam mana??kat sini aku nak share cara untuk get along dengan boss korang..

Pertama
Langkah pertama untuk korang "get along" dengan dia adalah membina satu benda yang positif atas dasar kepercayaan..Jangan cuba buat kejutan kat atas dia..korang tak tau sama ada dia suka atau tak..just update atau inform jer tentang semua benda/project yang sedang berjalan..

Kalau ade kesilapan yang korang lakukan terus jer mengaku sambil berjanji yang kesilapan bersama tak berulang..cover up sebenarnya adalah satu benda yang tak bagus kalau korang nak develop good relationship dengan boss..heheh

Kedua
Kejayaan kat tempat kerja bukan hanya untuk kita..Bos kena ade ditengah-tengah kejayaan jugak..Kenal pasti kelemahan dia dan cara untuk korang boleh menutup kelemahan dia..bukan semua bos terrer dalam semua benda..tapi benda nie memerlukan PR yang bagus..jangan sampai korang buat dia tu tak competent  atau korang lebih terrer dari dia...

Ketiga
Cari dan fokus kepada bos korang punya best part..setiap bos ade kelemahan dan kekuatan sendiri..try untuk pandang yang positif tentang dia..sekali sekala puji laa dekat area yang boss korang terrer..biar dia rasa dia berharga dan lepas tu mesti dia akan hargai korang plak..tapi ini bukan bodek..kalau bodek benda teruk pun korang puji kata bagus..

Keempat
Bos susah nak berubah atau terima perubahan..ini mungkin sebab dorang dah buat benda yang sama selama berpuluh tahun..jangan cuba untuk ubah boss anda sebaliknya cuba paham cara kerja dia dan try ikut..selagi benda tu tak merugikan korang atau salah di sisi undang-undang..

Kenal pasti area mana yang dia menghargai pekerjanya..lain bos lain cara..ade sesetengah suka berkomunikasi dengan email atau notes..ade jugak yang suka secara lisan..Bila dah kenal pasti try untuk ikut cara dia..korang akan lebih senang bekerja kalau bos rasa selesa dengan situasi tu..

Kelima
Benda ini pun agak penting gak..Belajar untuk baca pemikiran bos korang..good mood  atau bad mood dia macam mana..Kadang-kadang walaupun korang ade idea yang bernas bos mungkin tak boleh terima kalau mood dia tengah tak baik..

Okay..itu je laa dulu setakat ini..ade 10 sebenarnya tapi aku bagi 5 dulu..baca panjang-panjang nanti korang bosan pulak...lepas nie aku release lagi 5..entry nie berdasarkan daripada pemahaman aku terhadap artikel asal..untuk artikel asal korang leh klik sini

Regards,
-Strider-

Monday, October 31, 2011

Buat Apa Kerja Keras??

Hye Readers,

Ade yang suka buat kerja sampai lewat malam tak???orang lain abis kerja pul 6.00 tapi dia balik pukul 12.00 tgh malam???walau macammana busy pun kerja jangan lupa balik rumah yer..kat sini aku nak share sebab menyebab kenapa kadang kala kita perlu balik awal..

1) Kerja tu benda yang tak habis - Kerja memang sampai bila-bile pun ade..so jangan cuba nak habiskan semua sekaligus..

2) Kepentingan keluarga adalah melebihi dari kepentingan pelanggan(client)

3)Kalau kita gagal dalam hidup bos atau pelanggan tak akan ambil kisah..akhirnya yang menolong kita adalah keluarga dan kawan-kawan

4) Kitaran hidup bukan hanya untuk pergi kerja,balik kerja dan tido..ade banyak lagi benda dlm kehidupan ini seperti kehidupan social, hiburan, beriadah dan lain-lain..(jangan lupa beribadat)

5) Orang yang selalu stayback(balik lewat) bukan lah seorang yang bekerja keras tetapi adalah orang yang jenis tidak tahu membahagi waktu kerja..kebiasaanya orang nie tak mempunyai social life.

6)Tujuan utama untuk kita belajar dengan kuat dahulu bukan laa untuk dijadikan mesin bekerja dan bukan juga untuk melalui hidup tanpa arah tujuan


7) Kalau bos suruh keje gak bagi dia baca nie..mungkin dia pun nak jadikan hidup dia lebih bermakna lepas ini..hehehe

Jangan salah anggap plak ek statment nie..bukan tak bagi kita kerja keras tapi kita kena pandai bahagikan masa..jangan abiskan usia kita hanya kerana kerja sahaja..bahagikan masa untuk keluarga, kawan-kawan adn kekasih hati jugak..bukan apa mereka pun berhak untuk berada dalam hidup kita..

Bagi yang ada keluarga sendiri kemewahan bukan laa faktor utama dalam membahagiakan keluarga..walaupun banyak mana duit yang kita dapat ia belum tentu dapat membeli kasih sayang anak-anak..

Setup your video download library with Maxis Home

Enjoy 1000 Great Lunch Deals & More Nationwide.


Regards,
-Strider-

Thursday, June 16, 2011

Penjara Lagi Best Dari Kerja

Hye Readers,

Pernah terpikir yang penjara lagi best dari kerja tak??cuba korang usha email nie..jenuh gak aku nak ngedit benda bagi sesuai utk post kat blog..haha

IN PRISON

you spend the majority of your time in an 8'X10' cell .





AT WORK
you spend the majority of your time in an 8'X10' cell .







IN PRISON
you get three meals a day (free)




AT WORK
you only get a break for one meal and probably have to pay for it yourself


.



IN PRISON

you get time off for good behavior








AT WORK
you get rewarded for good behavior with more WORK





IN PRISON
a guard locks and
 unlocks the doors for you ..     
 


   
                             


AT WORK
you must carry around a security card and unlock open all the doors yourself




IN PRISON
you can watch TV
 and play games.







AT WORK
you get fired for watching TV and playing games.




IN PRISON 
they allow your family and    
friends to visit.


AT WORK
you can not even speak to your family and friends.


IN PRISON

all expenses are paid by taxpayers with no work at all. 









AT WORK


You get to pay all the expenses to go to work and then they deduct taxes from your salary to pay for the prisoners.








Humm? 

Which Sounds Better?

So what are you waiting for.........


cid:_1_0DDD93C40DDD9118002F5E42652572DBKill your    B_O_S_cid:_1_0DDD960C0DDD9118002F5E42652572DB

cid:16.571182810@web95412.mail.in2.yahoo.com

AND GO TO PRISON!


P/S ini memain jer..haha..jangan plak korang gi bunuh boss korang..hahaha

Regards,
-Strider-


Friday, April 8, 2011

korang Rasa Kerja Korang Teruk???Tunggu Sehingga Korang Tengok Ini

Hi guys!!!Pernah rasa teruk dengan kerja korang??rasa malu??rasa demotivated..Ingatlah kalo korang rasa kerja korang teruk tengok plak kerja dorang nie...








Moral: Hargai la pekerjaan kita yang ada..

Regards,
-Strider-