Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Hye Readers,


Walaupun bulan Januari ini aku agak busy tapi akhirnya sempat juga aku siapkan entry untuk penyertaan Ilmu Blogspot Blogger Malaysia yang dianjurkan oleh +HASRUL HASSAN . Untuk kontes ini aku perlu memberi apa-apa ilmu mengenai blog yang aku tahu. 

Pengenalan
Apa yang aku cuba sampaikan ini sesuai untuk blogger baru atau pun yang lama, anda tidak perlu mempunyai kepakaran teknikal kerana ia lebih kepada ilmu umum.Antara 3 ilmu yang aku ingin sampaikan disini ialah mengenai Etika Blogger, Bentuk Penulisan dan juga Jaringan Social (Networking) 

1. Etika blogger
Aku pernah publish mengenai kepentingan etika ketika berblogging. Etika sebenarnya sangat penting kerana ia akan menentukan identiti sesebuah blog/blogger. Antara etika yang harus dipatuhi ialah tidak menerbitkan entry plagiat (copy paste). Tidak menerbitkan kandungan yang masih diragui atau khabar angin dan bertanggungjawab terhadap artikel yang diterbitkan. Ini termasuk menukar semula artikel asal jika terdapat sebarang perubahan fakta.

2. Bentuk Penulisan.
Cara anda menulis sebenarnya antara merupakan kunci utama kepada kejayaan sesebuah blog. Penulisan blog juga salah satu daripada bentuk komunikasi. Oleh yang demikian setiap entry yang diterbitkan harus juga mengutamakan pembaca dan bukan saja mengenai penulisnya.

3. Jaringan Sosial (Networking)
Jika anda mempunyai etika dan bentuk penulisan yang baik, networking akan menjadi sesuatu benda yang mudah. Selain daripada mengguna ping aggregator, facebook, twitter, G+ dan lain-lain, blogwalking merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk membina network yang baik. Anda juga harus pandai menghargai blogger yang datang untuk singgah dan komen entry yang anda terbitkan.

Kesimpulan
Itu adalah antara 3 ilmu asas yang aku boleh kongsikan bersama anda semua. Ramai blogger yang mengambil remeh mengenai 3 perkara ini tanpa mengetahui bahawa kejayaan sesebuah blog bergantung kepada elemen-elemen ini.

Jika anda tidak percaya, cuba cari seorang blogger yang anda anggap berjaya dan cuba lihat adakah blogger tersebut mempunyai 3 elemen yang saya terangkan tadi. Apa yang saya tulis ini adalah merupakan elemen yang ada kepada blogger yang saya anggap berjaya.

Regards,
-Strider-

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.


Friday, December 6, 2013

#1290 - ADRIANNA SYAZ FIRST GIVEAWAY

Hye Readers,

Malam ini aku nak join satu Giveaway yang dianjurkan oleh Adrianna SyazRamai gak kawan-kawan yang dah join GA nie dan aku nak juga turut serta merasai kemeriahanya. Kepada yang ingin join sila klik banner dibawah.



Syaratnya cukup mudah. Anda hanya perlu tepek banner disamping follow tuan punya blog dan juga para-para sponsornya. Hadiahnya pun menarik jugak aku tengok. Dan tidak lupa aku kena tepek satu gambar ketika hujan dan gambar pilihan aku ialah.........


Aku suka gambar nie sebab aku dapat rasakan betapa freshnya orang yang berada di bawah hujan itu...hehehe..So itu jer apa yang aku kena buat untuk GA ini..apa tunggu lagi??cepat join sebelum GA nie habis..

p/s: Siapa yang bertuah untuk ruangan Blogger Buzz aku esok?

Regards,
-Strider-

Wednesday, December 4, 2013

#1283 - Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

Hye Readers,



Adakah anda yang bertuah? Cepat join Give Away yang dianjurkan oleh Bro Hasrul Hassan ini..Tarikh tutup ialah pada 15 Disember 2012. Untuk maklumat lanjut sila click pada banner tersebut.

Regards,
-Strider-

Tuesday, November 26, 2013

Giveaway Peserta Bertuah

Hye Readers,



KLIK BANNER UNTUK JOIN

Malam ini aku nak join satu giveway bagi menyokong rakan-rakan yang menganjurkan giveway. Untuk makluman korang giveway kali ini dianjurkan oleh Yumida. tarikh tutup giveaway ini adalah pada 31 Disember 2013 dan nampaknya aku kena tunggu tahun depan untuk mengetahui aku bertuah atau tidak. Kepada yang berminat nak join sekali jangan lupa untuk klik banner tersebut.

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Regards,
-Strider-

Tuesday, October 1, 2013

Giveaway Butik Comel Collection

Hye Readers,


Lama dah aku tak join memana giveaway nie. Jadi memandangkan hari ini aku agak free skit jadi aku nak join satu giveway yang dianjurkan oleh Yumida.

Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

HADIAH:
1) Baucar RM200
2) Baucar RM150
3) Baucar RM100
Saguhati: 2 pemenang x Baucar RM50

So kepada meraka yang berminat nak join giveway ini anda dipersikan untuk klik banner kat atas. Syaratnya sangatlah senang. Rugi woo kalau korang tak join.

Regards,
-Strider-

Thursday, March 14, 2013

#1102 - Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Hye Readers,

Kali ini aku nak cuba nasib dalam contest yang dianjurkan oleh Papa Mifz (PM) yang akan berakhir 15 Mac 2013 nie..so jika korang baca entry aku ini bermaksud korang ade less than 24 hours untuk join..So cepat-cepat laa join...



Contest dia amat senang sebab kena cerita pasal cermin mata sahaja dan since aku seorang yang memakai cermin mata dah tentu aku aku ade kisah yang tersendiri..Sekarang aku menggunakan cermin mata seperti gambar di atas..Tak tahu laa PM leh terima ke tak gambar nie sebab camera aku bercalar so aku tak nak snap gambar cermin mata sahaja..So aku kena guna gambar lama yang aku rasa sesuai..

Cermin mata nie sebenarnya ade kisahnya...Sebelum nie aku memakai cermin Swatch yang kakak aku bagi present...Tapi sayangnya cermin mata tu patah ketika waktu tengah hujung bulan..Since dia patah kat opis aku pun salotape laa bingkai dia sebab kalau tak ada cermin mata, nak buat keje tak syok...

Aku pun berniat laa nak biarkan dia macam tu sambil kumpul duit tuk beli yang mahal sikit..Konon-konon nak beli yang bingkai titanium supaya susah patah..So, nak dijadikan cerita one day ketika tengah jalan kat shopping AEON Wangsa Maju kita orang lalu laa depan kedai cermin mata brand A Look...

Kakak aku pun dengan murah hati membelikan satu cermin mata harganya tak mahal sangat untuk aku, klu tak silap aku lebih kurang RM200 kot..Dia kata tak sanggup nak tengok aku pakai cermin mata berbalut macam tu (kakak mana tak sayang adik) walaupun aku dah bagi alasan kumpul duit nak beli yang mahal sikit..

At the end cermin mata yang murah nie tahan lebih lama daripada cermin mata Swatch tu..Dan aku tak menyesal pun beli yang murah kerana aku dapat satu pengajaran yang penting..Benda yang murah kalau dijaga dengan elok ia akan tahan lama...Mungkin teknik penjagaan aku sebelum nie tak betul..

Sekarang ini cermin mata swatch yang berbalut tu masih aku guna kalau kat dalam rumah..Bila nak keluar baru aku pakai cermin mata yang murah tu..hehe..Entry nie selain digunakan untuk contest PM, aku juga dapat share pengalaman aku pasal cermin mata nie yang mungkin aku tak share kalau takde contest nie..hehe 

p/s: Kalau nak tahu tips pasal cermin mata rajin-rajin laa baca blog PM nie :D

Regards,
-Strider-

Sunday, November 20, 2011

Contest Blogger Idol by Achie & Eyda



Hye Readers,

Nampak pakcik kat atas tu??nama dia pakcik achie..hahaha..gambar makcik eida xde plak walaupun nie contest mereka berdua..hehehe..

Dalam contest nie dia mintak aku explain 2 pekara dan aku try explain satu persatu..

1: Blogger Idol Pilihan Aku.
Setakat nie takhta tu masih lagi milik kak diana..hehe..aku pun tatau nape aku asyik pilih dia jer..dah kena mandram kot..hahaha..tapi sebenarnya mostly aku banyak belajar blog nie dari blog kak diana..Entry dia sama ada secara langsung atau tak telah membentuk aku dalam membina blog aku..banyak gak tutorial yang aku dapat dari kak diana nie..kalau korang tak kenal aku rasa baik korang kenal sebab tak rugi pun kenal orang baru..sape nak kenal leh (Klik Sini)

2: Matlamat masa pendek dan panjang dalam blog
Buat masa sekarang aku masih lagi bekerja dan aku berblog nie just part time jer..blog untuk suka-suka..at least ade benda yang aku boleh simpan buat kenangan..nak buat dairy malas nak tulis..hehehe..sebusy mana pun aku cuba untuk tak abaikan blog aku nie..biar lagi 10 tahun walaupun blog aku ade seorang pembaca aku masih rasa puas hati..hehehe

Dan seperti biasa aku kena tag 2 orang so untuk contest nie aku nak tag Mr Azat dan Papa Mifz sebab aku teringin gak nak tau sape idol mereka...hehehe...

So, that all for now dan sebab aku pun dah 2 hari tak bukak blog nie aku igt nak gi tgk blog2 lain jap..tengok ape perkembangan dorang..ntah kembang kembang ke ntah tak..till my next entry...hehehe :)

Regards,
-Strider-