Kali ini aku nak cuba nasib dalam contest yang dianjurkan oleh Papa Mifz (PM) yang akan berakhir 15 Mac 2013 nie..so jika korang baca entry aku ini bermaksud korang ade less than 24 hours untuk join..So cepat-cepat laa join...
Contest dia amat senang sebab kena cerita pasal cermin mata sahaja dan since aku seorang yang memakai cermin mata dah tentu aku aku ade kisah yang tersendiri..Sekarang aku menggunakan cermin mata seperti gambar di atas..Tak tahu laa PM leh terima ke tak gambar nie sebab camera aku bercalar so aku tak nak snap gambar cermin mata sahaja..So aku kena guna gambar lama yang aku rasa sesuai..
Cermin mata nie sebenarnya ade kisahnya...Sebelum nie aku memakai cermin Swatch yang kakak aku bagi present...Tapi sayangnya cermin mata tu patah ketika waktu tengah hujung bulan..Since dia patah kat opis aku pun salotape laa bingkai dia sebab kalau tak ada cermin mata, nak buat keje tak syok...
Aku pun berniat laa nak biarkan dia macam tu sambil kumpul duit tuk beli yang mahal sikit..Konon-konon nak beli yang bingkai titanium supaya susah patah..So, nak dijadikan cerita one day ketika tengah jalan kat shopping AEON Wangsa Maju kita orang lalu laa depan kedai cermin mata brand A Look...
Kakak aku pun dengan murah hati membelikan satu cermin mata harganya tak mahal sangat untuk aku, klu tak silap aku lebih kurang RM200 kot..Dia kata tak sanggup nak tengok aku pakai cermin mata berbalut macam tu (kakak mana tak sayang adik) walaupun aku dah bagi alasan kumpul duit nak beli yang mahal sikit..
At the end cermin mata yang murah nie tahan lebih lama daripada cermin mata Swatch tu..Dan aku tak menyesal pun beli yang murah kerana aku dapat satu pengajaran yang penting..Benda yang murah kalau dijaga dengan elok ia akan tahan lama...Mungkin teknik penjagaan aku sebelum nie tak betul..
Sekarang ini cermin mata swatch yang berbalut tu masih aku guna kalau kat dalam rumah..Bila nak keluar baru aku pakai cermin mata yang murah tu..hehe..Entry nie selain digunakan untuk contest PM, aku juga dapat share pengalaman aku pasal cermin mata nie yang mungkin aku tak share kalau takde contest nie..hehe
p/s: Kalau nak tahu tips pasal cermin mata rajin-rajin laa baca blog PM nie :D
Regards,
-Strider-
Kenapa tak tukar bingkainya sahaja... kan senang...
ReplyDeleteKenapa tak tukar bingkainya... kan senang...
ReplyDeleteGudluck... =D
ReplyDeletesalam
ReplyDeletehee sabarlah duahi hati.. asala da mmg gembira punya.
good luck
terima kasih sebab sudi join contest den bro, semoga berjaya yer...;)
ReplyDeletewah.. abam macho bersama cermin matanya.. aku tatau nak kongsi pengalaman ape kat sini dah.. semua aku dh cerita kat komen2 blog member yg join contest ni.. kekeke
ReplyDeletesemoga berjayaaa :)
ReplyDeletetragisnya cerita. Btw, kadang kadang harga tu mahai tp kualiti tak berapa sangat. Yang murah tu la yang tahan lama..