Friday, November 1, 2013

#1214 - Patuhi Etika Seorang Blogger

Hye Readers,



Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menyarankan penulis-penulis blog di negara ini supaya menjadikan ‘Kod Etika Blogger’ sebagai garis panduan penulisan mereka di Internet (Klik Sini). Tapi artikel tersebut lebih kepada menyampaikan isu isu politik. Entry aku kali ini lebih bersifat general.

Bukan semua blogger adalah wartawan, jadi mereka tidak terikat dengan etika kewartawanan tetapi seorang blogger yang bertanggungjawab, mereka perlu mempunyai etika. Berikut merupakan beberapa etika yang aku rasa boleh dicontohi.

  • Tidak menerbitkan entry plagiat
  • Kenalpasti sumber rujukan korang. Pembaca korang berhak untuk mengetahui dari mana sumber yang anda dapat dan kesahihanya.
  • Memastikan semua entry yang diterbitkan tidak lari daripada cerita yang cuba disampaikan.
  • Jangan sekali-kali memutarbelitkan kandungan gambar tanpa mendedahkan apa yang telah berubah
  • Jangan terbitkan kandungan yang masih boleh diragui. Jika ingin menyampaikan berita yang diragui, pastikan pembaca korang tahu yang berita itu masih belum disahkan.
  • Menjadi lebih sensitif kepada mangsa/keluarga mangsa apabila menerbitkan mangsa yang terbabit dengan tragedi.
  • Bertanggungjawab terhadap artikel yang diterbitkan. Ini termasuk menukar semula artikel asal jika terdapat sebarang perubahan fakta.

Jika korang menerbitkan entry bersifat peribadi, aku rasa benda-benda diatas tidak mendatangkan masalah tetapi jika entry tersebut melibatkan penyebaran maklumat jadi aku rasa etika diatas patut dipatuhi supaya pembaca korang mendapat info yang tepat.

Ini bukan satu bentuk undang-undang blogger tetapi ia akan membentuk personaliti penulis. Adakah mahu dikenali sebagai blogger yang bertanggungjawab atau hanya sekadar blogger yang menyampaikan cerita panas tanpa fakta yang tepat. Pilihan di tangan anda.

Regards,
-Strider-

10 comments :

  1. Thanks untuk info nie..kekadang terlepas pandang jugak etika blogger nie..

    ReplyDelete
  2. Agak kesal bila blogger up entri sebaran yg palsu. Pantang ada sebaran jenama A tak halal, kod E haram...terus jadikan entri tanpa buat semakan kesahihannya. Akibatnya, masyarakat tambah keliru. Jika tak pasti atau takde masa buat semakan, jangan tulis.

    ReplyDelete
  3. betul tu . bukan senang nak jadi blogger . tak semua benda kita boleh tulis . dan semestinya apa yg kita tulis, kita yang harus bertanggungjawab :)

    ReplyDelete
  4. betul tu, cerita perlu bersandarkan fakta dan sumber yang boleh dipercayai.. macam blog akak banyak cerita kisah peribadi saja..

    ReplyDelete
  5. Betul tu, susah gak nk jd blogger ingat tulis seronok seronok je. Tak tau sampai boleh jadi macam ni..

    ReplyDelete
  6. yess.. etika tu yang paling penting. dan selain tu, integriti dan kesahihan sesuatu maklumat juga memerlukan pencerahan. bukan main tulis dan lepas tangan

    ReplyDelete
  7. Kena bookmark entri ni, sebagai ingatan dikala terlupa.
    Thanks Strider sudi ingat mengingat antara blogger.

    ReplyDelete
  8. tq peringatan ni.. bg aefa blogging lebih kepada hobi. jadi aefa jarang update fakta-fakta. :)

    ReplyDelete
  9. Mmg betul tu.. t kasih diatas perkongsian peringatan ye.. :)

    ReplyDelete