Friday, February 21, 2014

#1365 - Publisiti Murahan Akhbar

Hye Readers,

Tajuk yang sensasi tak dinafikan boleh meningkatkan jualan sesetengah akhbar. Tetapi dah banyak kali akhbar menggunakan publisti murahan untuk melariskan berita mereka walaupun sebenarnya mereka tak perlu berbuat demikian.

Aku tergerak nak menulis kerana laporan akhbar tentang dua kes berbeza melibatkan wanita berstatus Janda. Ia dipetik dari 2 akhbar berbeza.


Tajuk "Janda kena tipu RM200,000". diterbitkan oleh Sinar Harian mengisahkan seorang wanita yang ditipu oleh seorang lelaki yang baru dikenali. Lelaki tersebut telah menipu wanita tersebut dengan alasan mahu membantu menyelesaikan pembahagian harta pusaka milik arwah suaminya.


"Geram lihat janda muda" pula diterbitkan oleh pesaing akhbar Sinar Harian iaitu akhbar Harian Metro. Ia mengisahkan seorang lelaki bertindak cuba merogol wanita apabila menyelinap masuk ke dalam bilik sebelum perbuatannya disedari mangsa.

Aku tak nampak status mangsa sebagai seorang "Janda" adalah relevan dalam berita ini dan ia mampu terjadi kepada mana-mana wanita tanpa mengira status. Apakah yang  sebenarnya yang cuba disampaikan oleh akhbar ini. 

Kenapa aku timbulkan isu ini? Kerana bagi aku status mereka sebagai seorang "Janda" telah dieksploitasi oleh pihak akhbar bagi melariskan jualan dan ia sebenarnya tidak perlu kerana mereka mempunyai pembaca sendiri dan tak perlukan tajuk-tajuk panas untuk melariskan jualan akhbar mereka.

Regards,
-Strider-

39 comments :

  1. ..biasalah, sesetengah orang yg sifatnya memang tak pernah puas hati dengan tindak tanduk selagi ada persaingan ; persaingan memang nampak sihat dari pandangan antara mereka tapi tidak bg orang lain..itukah yg dikatakan strategi ?

    ReplyDelete
  2. harian metro tajuk mesti power.... itu macam dah jadi trademark rasanya...

    ReplyDelete
  3. kasihan pula cerita janda yang diekploitasi.. masing-masing inginkan publisiti murahan.. churp2..

    ReplyDelete
  4. biasa la tu bro.. taktik... padahal tajuk tak releven pun dengan isi..

    ReplyDelete
  5. 'janda' mmg mempunyai daya tarikan tersendiri.

    ReplyDelete
  6. kesian..title janda dipermainkan..mungkin kerana itu ramai isteri takut diceraikan even berlakunya penderaan dlm rumah tangga..title janda itu digeruni
    tajuk lain isi lain...hmmm...semata2 nak tarik org beli

    ReplyDelete
  7. Biasalah akhbar sekarang kadang-kadang tajuk nak hot tapi baca isi biasa-biasa je, kisah yang dah berulang kali.

    ReplyDelete
  8. Setuju Strider..Itu strategy dia orang tu..macam bloggers-bloggers selalu buat. Tajuk gempak..contentnya bila baca kelaut..he..he..Salam hujung minggu ya!!!

    ReplyDelete
  9. Biasa la. Nak laku suratkhabar. Mcm kes era janda, cerita berhari-hari d tempat kerja

    ReplyDelete
  10. errr...kalau sebut janda je mst cerita nak hot..bkn dia mintak nk pegang status janda tu..mentaliti org kita..

    ReplyDelete
  11. Betul juga spt apa yg diperkatakan tu Strider.. tajuk janda je buat cerita tu jadi hot.. mmg tak baik utk minda msykt kita...

    ReplyDelete
  12. tak baik ah guna publisiti murahan T_T
    orang yang tak baca takkan tahu kot cerita sebenar haihhh

    ReplyDelete
  13. Mungkin nak bagi clearer picture... Mungkin la... Kalau sebut wanita, kita tak tahu sama ada wanita tu pelajar ke, ibu tunggal ke and so on.... Kalau sebut janda, of course semua orang akan tahu that the person is "she" and she had been married and divorce/etc... Just opinion... Tapi memang betul pun, tajuk2 akhbar ni, selalunya nak gempak jer... Haaha...

    ReplyDelete
  14. ini 2 akhbar yg xpernah dibeli atau dibaca.. penuh dgn tajuk mcm ni. kesian org berstatus janda. ish2.

    p/s: cafe ofis mcm kntin skolah. herher

    ReplyDelete
  15. selalunya ini la plaris akhabar..kata kunci bagi jualan panas mcm goreng pisang :P

    ReplyDelete
  16. Agree with you. Sy pun kadang2 rasa annoyed dgn tajuk2 headline newspaper yg melebih2, especially Harian Metro..padahal isu tu x la teruk sgt..and thats why sy x suka beli Harian Metro..hehe

    ReplyDelete
  17. janda? duda? sepatutnya takde masalah. tapi jadi masalah bila masyarakat pandang serong pada mereka (janda) ni. sudahnya, title J ni terus jadi bahan pemanas tajuk berita. kemon la!

    ReplyDelete
  18. sis lbh suka klu janda itu di gantikan dgn ibu tunggal . lbh manis rasanya kan . pulun IKEA dan INTI .

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum lan, kesiannya. janda2 semua jadi publisiti murahan.. semoga Allah sentiasa melindungi kita daripada anasir-anasir jahat ni.. in shaa Allah ~~~

    ReplyDelete
  20. arghh.. so sickening.. ada yg lebih teruk.. paper2 yg x berapa nk femes... tajuk asyik nak "adult" punya type je.. menci

    ReplyDelete
  21. sy pun setuju dgn pendpt awk.. tajuk mcm tu pulak jadi tajuk utama gitu kan... femes trs janda2 semalaya.. hmmm

    ReplyDelete
  22. Itu la strategi berniaga mereka... menggunakan kata kunci yang tak relevan lgsg dengan isinya

    ReplyDelete
  23. metro mmg paper sampah
    suka fitnah
    buat cerita karut/merepek
    never read em

    ReplyDelete
  24. surat khabar kan.. kadang2 apa yg dikhabarkan tak betol pun.. mesti ada fakta yg bercanggah2..

    ReplyDelete
  25. Hurmmm.. betultu.. demi melebihkan pembaca .. mereka sanggup buat suatu yang membuat orang baca tanpa mengira harga sesebuah tajuk artikel berkenaan ..

    ReplyDelete
  26. Mmg akhbar gitu.. Tajuk je gempak, isi biasa je..

    ReplyDelete
  27. Perkataan Janda ni memang mampu menarik perhatian kebanyakan lelaki Melayu. Dengar Janda je, terus otak nak fikir benda lucah.

    ReplyDelete
  28. 'pucuk muda', 'janda muda'.. hehe.. biasa la tu nak lariskan jualan je tu.

    ReplyDelete
  29. perkataan janda dieksploitasi? hmm

    ReplyDelete
  30. asal sebut status ni orang suka pandang serong. tak semua mereka kurnag adab maish ada juga mereka baik dan alim. cuma ada setengah dari kita tak beri mereka ruang untuk bina hidup baru.tapi dalam masa sama ada juga jenis pelik.

    ReplyDelete
  31. singgah sini lan. klik2 nuff. ehehhe

    ReplyDelete
  32. Oii...oi.. status j tu asyik disensasikan je ..mentang2 erra dh join club akak kan...

    ReplyDelete
  33. Xde modal nak cari berita yg lebih bermanfaat kot dorg ni...

    Niesa click inti kat sini... :)

    ReplyDelete
  34. Kebanyakan akhbar fikirkan pasaran aje.. tajuk nak yang gempaq.. isi biasa2 je

    ReplyDelete
  35. Haha Tajuk itu penting untuk menarik minat orang membaca

    ReplyDelete
  36. Mungkin akhbar terlupa peranan mereka. Ada yang kata selagi ada permintaan, maka bahan beritanya pun macam tu. Tapi pada pendapat saya, akhbar ini lebih kepada berperanan utk membentuk fikiran masyarakat.

    ReplyDelete
  37. Nak kasi hot sikit, biar orang beli akhbar tu...

    ReplyDelete