Thursday, January 3, 2013

#1017 - Semua Lelaki Sama

Hye Readers,

Pernah dengar ungkapan " Semua Lelaki Sama" tak???biasa kalau ade kengkawan yang lepas kena tinggal kecewa mesti ade laa segelintir yang cakap camtu..sebenarnya apa yang aku nak tulis nie apply to both side cuma aku suka gunakan ungkapan Semua Lelaki Sama tu sebab itu yang banyak aku dengar..



Well, back to the topic bila korang terjumpa species yang suka anggap semua lelaki sama what do you tell them???Sesetengah suka melayan dan ia'kan je ape yang orang tu cakap...tapi ada beberapa benda yang korang boleh point kat dia.

Benda pertama yang korang bleh question kat dia adakah semua lelaki sama atau dia yang cari lelaki yang sama??contohnya, kalau dia seorang yang suka dengan lelaki yang type of bad boy dia kena laa live with it. Dia tak boleh laa suka bad boy tapi nak orang tu jadi baik at the same time..ade cara nak handle bad boy sebenarnya.

Benda kedua plak adakah dia yang buat semua lelaki berperangai serupa??Lelaki akan tend untuk amik mudah sesebuah bila dia dalam comfort zone..apa dia comfort zone???ia adalah satu zone dimana lelaki tau yang perempuan tu akan mengalah dan memaafkanya andai kata dia screw up..

Itu antara 2 contohnya secara general yang aku boleh bagi...basically perempuan atau lelaki memang mempunyai sikap yang lebih kurang tapi ia bergantung kepada pasangan dia jugak...So, dari kita blame each other baik kita tengok balik from past relationship apa yang kita boleh buat untuk mengubah supaya benda yang sama tak jadi lagi..hehe..

Regards,
-Strider-

#1016 - Siapa Nak Jamin Zarina Anjoulie?

Hye Readers,

Semalam aku ade baca paper yang sorang artis bersama kekasihnya telah ditahan oleh pihak berkuasa dalam satu serbuan yang dijalankan dekat sebuah apartment di Damasara Damai. Artis tu ditahan kerana memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6gram.

Credit : Harian Metro
Arini dalam akhabr Metro ada menyiarkan yang artis tersebut merupakan seorang Pelakon dan model yang dikenali sebagai , Zarina Anjoulie..Ini bukan kes kontroversi yang pertama untuk beliau kerana sebelum nie dia pernah terbabit dengan kontroversi seperti gambar lucah, kes dadah dan juga pergaduhan dengan beberapa artis.

Sehingga hari ini Zarina masih lagi berada dilokap belum ade ahli keluarga yang datang untuk menjamin dirinya..Daripada apa yang aku baca tuan rumah ade datang dan cuba menjamin beliau namun ditolak oleh pihak mahkamah kerana mereka tiada pertalian keluarga..

So siapa yang mahu jamin si Zarina nie??Aku nak jamin pun tak boleh sebab takde pertalian kekeluargaan..Mungkin keluarga belum tahu pasal penahanan nie..tunggu jer laa, nanti ade laa orang jamin tu., hopefully lepas kena jamin nie dia dah boleh fokus kepada kariernya jika dia masih berminat.

Regards,
-Strider-

#1015 - Low Class Mentality Malam New Year.

Hye Readers,

Setelah 3 hari di tahun baru bagaimana korang semua??everything okay??well sepanjang tahun baru ini aku macam-macam cerita berita aku baca kat akhbar...Pelbagai cara orang guna untuk menyambut kedatangan tahun baru kali ini..



Video kat atas nie menunjukkan betapa low class betul sambutan dan mentality orang yang sambut kat New Year kat Bukit Bintang...Sorry laa, kalau korang salah sorang dari mereka..bukan niat aku nak menghina or kata aku nie bagus sangat tapi event macam memang aku tak suka..

Benda nie tak merbahaya pun sebenarnya tapi seronok kalau dapat spray kat kengkawan..Tapi bila dorang spray ke arah orang yang tak dikenali bagi aku itu amat merbahaya sebab kita tak tahu sama ada orang tu ada alahan terhadap kandungan snow spray tu..



Worst case scenario ialah bila terjadi gang fight akibat tak puas hati bila dah kena spray..Benda bukan tak penah jadi..Dulu pernah jadi satu kes dimana ade orang kena tikam akibat pergaduhan yang berpunca dari snow spray nie..Akibatnya penggunaanya diharamkan buat sempena malam sambutan tahun baru/merdeka.

Tapi sekarang aku rasa dah boleh guna balik benda nie..Mungkin pihak berwajib nak tunggu satu lagi kes tikam baru dorang nak buat larangan penggunaan snow spray nie.Bagi aku dari spray tak tentu hala nie baik laa borang pergi tengok konsert Tahun Baru yang dianjurkan kat Putrajaya tu.

p/s: Low Mentality tu bila sampai tahap panjat kereta orang macam kereta dia sendiri..

Regards,
-Strider-