Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

Monday, April 28, 2014

#1401 - Eksploitasi Terhadap Janda

Hye Readers,

Ini bukan kali pertama aku menulis artikel pasal Janda nie. Sebelum ini aku pernah juga menulis pasal cerita "Janda Yang Dahaga" dan juga cerita mengenai "Usin dan Janda 18thn" Setelah beberapa hari aku menghilangkan diri aku kini kembali membawa cerita pasal janda. Kepada yang bertanya mengenai feedback pasal  kes aku dan Malindo Air tu, malam nanti aku akan update cerita terbaru.

Tapi apa yang aku belajar, ialah perkataan Janda itu sendiri sering dieksploitasi oleh masyarakat. Lebih malang apabila media massa juga sering menggunakan perkataan "Janda" itu dalam usaha untuk menjual akhbar-akhbar mereka.



Contoh terbaru ialah artikel yang ditulis oleh wartawan Harian Metro Mohd Hilmie Hussin yang bertajuk Janda Tak Tahan. Apa yang cuba disampaikan olehnya ialah kisah seorang janda yang tergamak membawa anak sendiri yang berusia 5 tahun ketika berkhalwat dengan teman lelakinya.

Kegiatan mereka terbongkar dalam satu serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Apa yang cuba disampaikan dengan tajuk "tak tahan" itu aku pun tak tahu. Sebenarnya mereka boleh mengubah tajuk kepada "Wanita Membawa Anak Berkhalwat" tapi tajuk itu mungkin tak sepanas seperti tajuk "Janda Tak Tahan".

Inilah yang aku katakan eksploitasi terhadap perkataan janda itu. Sebenarnya bukan semua janda terlibat dengan kegiatan tidak bermoral ini. Hanya segelintir daripada mereka jer yang macam ini, itu pun mungkin sebab mereka hilang arah tujuan selepas ditinggalkan oleh suami.

Oleh itu aku tak rasa media massa harus mengeksploitasi Janda2 ini dalam usaha untuk melariskan akhbar mereka kerana jika ia dibiarkan berterusan persepsi masyarakat terhadap janda mungkin berlainan. Secara jujur dalam masa 10 saat apa jawapan anda kalau orang suruh describe secara umum pasal janda? ada tak korang terpikir yang negetif?

Regards,
-Strider-

Sunday, April 13, 2014

#1388 - Harga Sebuah Tudung

Hye Readers,



Hari ini tetiba timeline twitter penuh cerita pasal tudung Fareeda ini. Few days ago memang aku ade terbaca screen caption kat FB pasal tudung Fareeda ini..Katanya tudung ini dijual dengan mahal and ade a few isu pasal copyright.

Tapi hari ini melalui laman web Beautiful Nara, aku baca yang statement itu bukan dikeluarkan oleh Mawar Fareeda tapi merupakan slah seorang daripada 5 admin yang bertugas mengendalikan Fanpage tersebut. kenyataan itu dibuat sendiri melalui laman  Mawar Fareeda Fanpage


Sebenarnya kalau aku jadi Mawar Fareeda aku pect admin yang keluarkan statement bodoh tu sebab statement itu membuatkan company rugi dan repurtasi Tudung Fareeda tercalar.Tapi itu kalau aku laa, keputusanya terletak pada big boss sendiri.

Sebenarnya aku tak paham ngan isu harga-harga tudung nie. Kalau kat Masjid India (KL) tudung dijual dengan harga semurah RM 10 - 15 sehelai. Tapi mengapa bila letak nama wanita seperti Fareeda, Ariani etc semua harganya mencecah ratusan ringgit?

Adakah meterial yang digunakan RM80 lebih mahal daripada yang dijual ditepi jalan? Memang selaku pemilik mereka berhak untuk meletakkan harga yang mereka rasa berpatutan kan? Justification aku sebagai lelaki senang jer..

Kenapa orang boleh jual tudung mahal2??? kerana ia telah menjadi lumrah "segelintir" wanita, lagi mahal lagi laa dorang suka beli..baru ada kherlass katanya..hehe..Aku bold segelintir bukan sebab semua perempuan macam tu..hanya segelintir sahaja..hehe :D

Regards,
-Strider-

Wednesday, April 9, 2014

#1283 - Cara Mendapatkan Gadis Idaman Anda

Hye Readers,

Flirting atau bahasa melayunya mengurat merupakan satu eleman yang penting dalam sesebuah perhubungan. Untuk entry kali ini aku akan gunakan perkataan "Flirting" dari pada mengurat sebab bunyinya nampak lebih sedap..hehe

Flirting merupakan satu langkah pertama bagi membuka peluang kepada hubungan yang lebih romantik, Walaupun flirting selalu dikaitkan dengan lelaki tapi sebenarnya ia juga merupakan satu elemen yang penting bagi seorang perempuan sebab kadang kala dengan cara yang betul perempuan kena flirt balik sesuatu hubungan memerlukan dua orang.



Salah satu aspek penting untuk flirting ini ialah sikap relax dan tenang sesorang itu. Jika seseorang tertarik kepada kita, sudah tentu kita nak dia tertarik pada sikap kita yang sebenar dan bukannya sebab kita berpura-pura menjadi orang lain.

Kalau takde kawan-kawan yang nak introduce korang dengan gadis tu, pertama kali korang kena dapatkan green light dulu. Mungkin korang boleh usha-usha sekejap just to let her know that she caught your eyes. Orang kata bermain dengan rambut, staring back at you merupakan antara green light dari perempuan. but kalau after 3 attempt dan still no respon, masa untuk flirt dengan gadis lain.

Antara trick yang bagus ialah kita cakap jer dengan dia seperti kita sedang bercakap dengan kawan lama. Ini penting supaya dia merasa selesa bercakap dengan kita and at the same time it's break the ice. Making eye contact ketika bercakap sebenarnya menunjukkan keikhlasan kita walaupun ada sesetengah orang akan segan dengan cara itu.

Ini aku rasa perempuan yang setuju, lelaki need to pay attention on what they say, Ini sebenarnya antara eleman yang boleh membuat perempuan jatuh hati. Walaupun kita tak paham mengenai topik yang dibacarakan, just listen to what they have to say. Sekali sekala tanya mereka kalau dah betul-betul lost..Remember!!its about them, and its not you.



Sentiasa keep your expectations low at first, bukan semua perempuan senang nak bergaul dan kita tak nak nampak terlalu aggressive dan desperate dalam usaha mendapatkan perhatian mereka. Jangan terpengaruh dengan cheeky pickup lines. Sebenarnya the best ever pickup line invented is "Hi".

Tapi pada masa yang sama watch out for the progress, kalau dia semakin lama semakin rapat atau makin lama makin berminat untuk berborak dengan korang, then you'll might get the chance.Tapi kalau dia makin jauh dengan korang or concentate ngan berborak ngan orang lain maybe korang kena back off kejap sambil memikirkan plan B..hahahaha

Regards,
-Strider-

Tuesday, February 18, 2014

#1641 - Cara Menghadapi PMS Blues

Hye Readers,

Image: Photl

Entry kali ini khusus untuk female readers kat sini, tapi kepada mereka yang lelaki pun boleh baca gak kalau rasa nak tambah general knowledge. Sebenarnya aku sendiri tak tahu yang wanita pun ada sindrom PMS blues ni sehingga aku terbaca artikel ini.

Kepada perempuan kat luar sana pernah tak korang menonton filem Disney, dan tetiba rasa seperti nak menangis. Bila mintak sos tomato untuk burger anda tetapi mendapati so takde dan korng mula sedih. Well, hello sindrom pra-haid (PMS)! beremosi sensitif adalah salah satu perkaran biasa ketika PMS. Sindrom ini meliputi pelbagai gejala-gejala yang berkaitan dengan kitaran haid, dan berbeza bagi setiap individu

Ini disebabkan oleh perubahan hormon badan semasa haid. Ketidakseimbangan antara estrogen dan progesteron boleh menyebabkan apa yang dikenali sebagai PMS. Gejala biasanya muncul sehingga satu minggu sebelum permulaan kitaran haid dan dalam tempoh tersebut. PMS memberi kesan kepada kedua-dua negeri fizikal dan mental.

Sebenarnya ada beberapa benda yang boleh membantu korang ketika mengalami gejala PMS nie. Berikut aku kongsikan beberapa tips untuk korang ketika mengalami PMS ;

1) Teh Kamomil ( Camomile Tea)
Teh kamomil adalah bebas kafein dan ia mempunyai kesan untuk membuatkan bdan anda rasa tenang. Ia juga disyorkan untuk seseorang yang mengalami PMS. Teh kamomil boleh membantu kekejangan haid yang kerana ia mempunyai keupayaan untuk mengurangkan ketegangan otot. 

2) Pengambilan Magnesium
Makan makanan yang mempunyai tahap magnesium yang tinggi, seperti kacang, ikan, dan gandum untuk melegakan PMS. Magnesium berfungsi dengan baik dalam menangani perubahan emosi dan pengekalan air. Mulakan hari dengan sebahagian daripada beras perang mendahului dengan ikan kembung dimasak dengan bijan untuk membantu mengusir mereka perubahan mood.

3) Berenang
Tiadk dinafikan letika sedang dalam haid, mood dan energy korang berada di tahap yang rendah. Semua benda malas nak buat, tapi sebenarnya sedikit senaman boleh membantu melegakan korang ketika menghadapi PMS. Antara salah satu aktiviti yang digalakkan ialah pergi berenang. Tak perlu lama-lama pun, cukup sekadar untuk menyegarkan diri.

4) Pengambilan Kalsium
Meningkatkan pengambilan kalsium sebenarnya sangat bermanfaat kerana kalsium boleh memerangi gejala PMS, termasuk kekejangan, kemurungan dan mood swings. Susu adalah salah satu sumber terbaik kalsium, jadi shake your PMS with milkshake, ladies!!!

5) Minum Air
Tidak dinafikan meminum air putih memang banyak kebaikkanya, dan sebenarnya pengambilan air masak adalah juga cara yang baik untuk melegakan PMS. Minum air yang cukup akan membantu penghidratan badan anda dan melegakan gejala, seperti kekejangan perut dan kembung perut.

6) Membeli Belah
Ini antara benda yang paling perempuan suka kan?? Bagi sesetengah orang, membeli belah itu merupakan satu cara yang baik untuk melegakan tekanan. Membeli-belah juga memerlukan banyak berjalan yang merupakan bentuk yang baik latihan dan, dengan itu, ubat PMS yang baik.

Itu merupakan beberapa tips untuk menghdapi PMS blues, aku rasa perempuan lagi arif kot bab-bab ini. Apa yang aku tahu tak semua perempuan mengalami sindrom PMS yang sama. Biasa kalau perempuan marah-marah mesti orang ingat mereka ni PMS...hahaha

Regards,
-Strider-

Tuesday, October 22, 2013

#1190 - 5 Perkataan Yang Perempuan Selalu Sebut

Hye Readers,



Perempuan nie memang satu species yang unik. Bahasa mereka pun sebenarnya lain daripada lelaki dan usually mempunyai makna yang tersirat. Entry kali ini aku nak berkongsi dengan korang 5 perkataan yang perempuan selalu sebut tapi lelaki selalu salah anggap.

1. Sudah
- Sudah atau "dah-dah" sering kali digunakan oleh perempuan apabila mereka rasa pendapat mereka betul dan lelaki kena senyap. 

2. Lima Minit
- Kalau perempuan tengah bersiap 5 minit tu bermakna setengah jam. Tapi jika lelaki tengah tengok bola dan perempuan bagi 5 minit ia bermaksud betul-betul 5 minit.

3. Pergi lah.
- Ini bukan satu bentuk persetujuan atau kelulusan. Ia adalah satu cabaran.

4. Mengeluh Panjang
- ini sebenarnya bukan satu perkataan tetapi banyak lelaki keliru, bila perempuan mengeluh panjang bermakna ia rasa lelaki tu tidak paham dengan apa yang cuba disampaikan.

5  Tak ada apa-apa
- Perempuan akan biasa gunakan ayat macam nie untuk dia kumpulkan fakta sebelum dia meletup. Situasi nie yang paling bahaya untuk lelaki sebab bila dia dah abis luahkan segala fakta yang ada, maka perempuan akan menutup argument to dengan perkataan No 1

Jadi kepada lelaki yang baca entry sila lah take note dengan bahasa-bahasa perempuan ini. Entry nie sebenarnya entry santai jer. Mohon perempuan jangan ambil serious sangat.hehe

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 26, 2013

#1110 - Perempuan Merajuk

Hye Readers,



Perempuan nie kebiasaannya memang suka merajuk..Sejuah mana dia cool pun tapi kekadang rasa nak merajuk tu mesti ade kan??lebih-lebih lagi dengan orang tersayang...Perempuan merajuk sebenarnya boleh nampak cute tapi hati-hati sebab di awal perhubungan ia boleh menjadikan satu benda yang turn off untuk lelaki..

Aku tak bercakap bagi pihak lelaki tapi lebih bercakap pada diri sendiri..Secara jujurnya aku bukan laa seorang yang jenis pandai memujuk..Pendek kata kalau perempuan merajuk aku reti pujuk secara traditional jer aiitu 3 kali attempt, kalau tak berjaya pujuk aku akan buat tak tahu jer..hahaha

Kekadang aku risau gak one day macam mana kalau aku dapat perempuan yang kuat merajuk??nak pujuk dah laa tak pandai, end up relationship leh end up macam tu pasal merajuk punya hal..Kepada yang perempuan kalau merajuk macam mana cara nak pujuk korang???Lelaki plak ade tips berguna???

Regards,
-Strider-

Saturday, March 9, 2013

#1097 - Kenapa Lelaki Tak Suka Dengar Cakap Perempuan

Hye Readers,



Lama gak aku tak tulis something pasal relationship nie..hehe..Baru-baru ni aku terlintas kat fikiran aku untuk tulis tentang kenapa seorang lelaki tak suka dengar cakap gf/isteri mereka..Sebenarnya banyak alasan kenapa mereka tak nak dengar tapi ade beberapa alasan selalu aku dengar...antaranya:- 

Perempuan Suka Bercakap
- Ini terjadi selalu bila pasangan tu terdiri dari perempuan yang suka bercerita dan lelaki yang tak suka dengar..Secara jujurnya, aku suka perempuan yang suka bercakap..takda laa sunyi sangat..hahahaha

Lelaki Selalu Anggap Mereka Dah Dengar
- Sesetengah perempuan suka cakap satu benda berulang kali..ini realiti walaupun lelaki tu dah take note apa yang dia cakap..Bila perempuan suka ulangi sikap macam nie satu hari lelaki tu akan malas nak dengar sebab dia assume yang dia dah dengar..hehehe

Jerit dan Bingit
- Mana mana lelaki pun tak suka dijerit dan sebagai perempuan kita harus jaga intonasi ketika bercakap supaya partner kita tak anggap yang kita nie bising dan merimaskan...

Topik Tak Menarik (Ouchh)
-Hehehe..Benda macam nie pun sebenarnya berlaku gak..Kalau lelaki tu jenis yang suka control macho pastu korang citer plak pasal foundation, eye liner, eye lashes etc memang kebarangkalian dia nak dengar rendah melainkan baru-baru nak start ayat..hahahaha

Ade Benda Yang Lebih Penting
- Bukan nak back up lelaki tetapi kebanyakkan lelaki tak dengar apa wanita itu nak cakap sebab mereka rasa benda tu tak penting walhal mereka ade urusan yang lebih penting untuk diselesaikan..Ini selalu berkait rapat dengan timing perempuan bercerita.

Itu antara 5 alasan yang aku selalu dengar dan nampak sama ada berlaku di sekeliling atau di alam maya..Ini bukan entry nak pointing fingers tapi mungkin ade sedikit isi yang boleh dipakai untuk diri kita dan juga nak nasihat kawan-kawan yang ada masalah macam nie...

Thats all for now..Nanti ada masa aku update entry lain..Sekarang nak update pasal berita pun boring sebab mostly banyak cerita pasal Sulu dan politik jer...hehehe

Regards,
-Strider-

Wednesday, February 27, 2013

#1084 - Perlu Ke Perempuan Get Right To The Point

Hye Readers,


Ini merupakan salah satu tweet dari curator @twt_malaysia untuk minggu nie...Curator twee_malaysia minggu ini ialah seorang artis perempuan yang popular yang dikenali sebagai Sofea Jane...Sebenarnya its a good question..Perlu ker seorang perempuan get right to the point???

Pada pendapat aku perlu sebab bukan semua lelaki mampu bersikap sensitif..Aku pun tweet laa something like "girls slalu kata that when she said okay means that shes not okay...then macam mana nak tau bila dia okay?" haha..tanya salah, tak tanya lagi laa salah..hahaha..

Sebenarnya itu satu contoh jer...banyak gak feed back aku dapat macam kena check tone perempuan tu..kalau okay dia pendek jer means she's not okay..and ade jugak yang bagi tau perempuan yang perempuan bila okay dia sendiri akan beritahu tanpa ditanya...

Apa-apa pun bergantung kepada situasi dan keadaan, perempuan kadang-kadang kena get right to the point sebab macam aku kata tadi bukan semua lelaki boleh bersikap sensitive..Dan kalau ade satu isu yang serius jangan biarkan BF/Suami tertanya-tanya sebab lelaki nie kebanyakkan malas nak meneka.hahaha

So aku panjangkan laa pertanyaan di ruang komen aku..Sebagai seorang lelaki atau perempuan korang rasa perlu ke perempuan get right to the point dan apa sebabnya???care to share something with me??hehe :D

Regards,
-Strider-

Tuesday, February 5, 2013

#1052 - Jejaka Bawak Handbag

Hye Readers,

Pernah tengok lelaki bawak hangbag GF dia ketika pergi shopping??Situasi nie sebenarnya memang berlaku cuma tak ramai jer..Tapi adakah scenario macam nie boleh diterima pakai??Ade juga yang berpendapat scenario nie melambangkan sifat gentlemen dan protective seorang lelaki...



Pada pendapat aku semua itu bergantung kepada keadaan..Tapi kalau jalan ngan awek kat dalam shopping complex pun nak kena pegang handbag itu dah salah...ade sesetengah situasi dimana lelaki dibenarkan membawa hangbag wanita contohnya time lintas jalan atas sebab takut diragut.

So haritu aku ade post question yang sama dekat facebook dan dapat beberapa feedback..jom baca apa kata orang lain...



Sorry laa kalau gambar tu tak nampak..hehehe..Tapi majoriti tak bersetuju jika seorang lelaki membawa handbag GF dia tanpa sebab..hehehe..So apa pulak pendapat korang??pernah suruh BF bawak handbag atau pernah disuruh membawa handbag??

Regards,
-Strider-

#1051- Gadis Bunga atau Chocolate


Hye Readers,

Chocolate dan Bunga
Adoyai, Bolek plak salah buat numbering kat entry sebelum nie..sib baik tak banyak..kalau tak jenuh nak edit satu satu..So, back to our topik aku nak tanya perempuan-perempuan luar sana..Kepada yang bukan perempuan boleh refer ngan GF/Isteri/kakak atau sewaktu denganya.

Betul ke de sesetengah orang kata perempuan ini boleh diketegorikan sebagai gadis bunga dan gadis chocolate, gadis bunga adalah jenis perempuan yang suka pada bunga dan gadis chocolate pula adalah jenis perempuan yang suka chocolate berbanding bunga.

Perempuan jenis bunga ini kebiasaanya dikatakan romantik dan sebenarnya aku pun tak tahu apa yang membuatkan bunga ini disukai oleh sesetengah wanita..Mungkin sebab rupanya yang cantik dan bau yang harum kot..

Perempuan jenis chocolate pulak biasanya tak suka pada bunga kerana mereka anggap pemberian bunga itu satu pembaziran..Mereka lebih suka jika diberikan chocolate kerana chocolate sedap untuk dimakan..hahaha

Tapi aku rasa ade jugak perempuan yang suka dua-dua sekali atau jenis tak kisah pasangan dia nak bagi apa…So ladies, anda type yang mana???adakah jenis flower atau chocolate??untuk lelaki plak yang mana korang prefer nak beli??Secara jujurnya aku suka beli chocolate sebab nanti bleh pau sikit..hahaha

Regards,
-Strider-

Tuesday, January 29, 2013

#1042 - 5 Sebab Kenapa Lelaki Curang?

Hye Readers,

Gambar Popular Kalau Bab Cheating Nie
Banyak kali dah kita dengar cerita pasal lelaki curang atau ade perempuan lain...Kebanyakkan perempuan suka cakap lelaki semua sama walaupun sebenarnya apabila lelaki tu curang ia merupakan atas beberapa sebab yang berikut:-

1) Perempuan itu curang - Kekadang lelaki pasang sparepart nie sebab dia merasakan yang gf dia turut curang dibelakangnya..Ada jugak yang curang sebab nak balas dendam sebab ex GF dia dulu curang...aku tak tau laa berapa banyak kes-kes macam nie terjadi but believe me, its happen.

2) Mencabar dan Seronok - Sebenarnya untuk having 2 relationship at one time memang sesuatu yang mencabar..bukan senang nak coverline dan semua perancangan harus dilakukan supaya tak kantoi..dan bagi sesetengah lelaki aktiviti mencabar nie laa yang dianggap seronok walaupun hakikatnya dia sayang kat GF dia sorang jer..

3) Senang Terlepas - Untuk reason no 3 nie dia ada dua jenis orang..Satu jenis senang terlepas sebab awek dia daif atau mudah percaya dan lagi satu ialah jenis yang selalu dimaafkan walaupun dah kantoi beberapa kali..

4) Relationship Membosankan - Lumrah orang bercinta mesti buat benda yang sama berulang kali, sama ada tiap2 malam makan skali, setiap sabtu nak tengok wayang, Baju lelaki nak kena warna yang sama macam awek dia pakai dan etc, Benda tu nampak sweet pada mulanya tapi kena jaga-jaga skit, kalau dilakukan secara berterusan ia mampu mengundang kebosanan dalam relationship tu lepas beberapa tahun..

5) Cinta Dah Takde - Setelah bertahun-tahun bercinta tanpa apa-apa progress, bermula dari bosan lama-kelamaan cinta tersebut dah takde dekat lelaki tu..Tapi dia still tak nak lepaskan sebab masih ade memori ketika bercinta tu yang dia sayang nak lepaskan..Kebiasaan lelaki macam nie akan melepaskan GF dia bila dah jumpa replacement yang sesuai...

So itu laa antara 5 sebab kenapa lelaki curang yang aku selalu dengar..sebenarnya perempuan pun boleh membantu mengurangkan aktiviti curang lelaki nie..Selain lima sebab diatas nie pernah tak kawan korang cerita kenapa dia curang???

Regards,
-Strider-

Thursday, January 3, 2013

#1017 - Semua Lelaki Sama

Hye Readers,

Pernah dengar ungkapan " Semua Lelaki Sama" tak???biasa kalau ade kengkawan yang lepas kena tinggal kecewa mesti ade laa segelintir yang cakap camtu..sebenarnya apa yang aku nak tulis nie apply to both side cuma aku suka gunakan ungkapan Semua Lelaki Sama tu sebab itu yang banyak aku dengar..



Well, back to the topic bila korang terjumpa species yang suka anggap semua lelaki sama what do you tell them???Sesetengah suka melayan dan ia'kan je ape yang orang tu cakap...tapi ada beberapa benda yang korang boleh point kat dia.

Benda pertama yang korang bleh question kat dia adakah semua lelaki sama atau dia yang cari lelaki yang sama??contohnya, kalau dia seorang yang suka dengan lelaki yang type of bad boy dia kena laa live with it. Dia tak boleh laa suka bad boy tapi nak orang tu jadi baik at the same time..ade cara nak handle bad boy sebenarnya.

Benda kedua plak adakah dia yang buat semua lelaki berperangai serupa??Lelaki akan tend untuk amik mudah sesebuah bila dia dalam comfort zone..apa dia comfort zone???ia adalah satu zone dimana lelaki tau yang perempuan tu akan mengalah dan memaafkanya andai kata dia screw up..

Itu antara 2 contohnya secara general yang aku boleh bagi...basically perempuan atau lelaki memang mempunyai sikap yang lebih kurang tapi ia bergantung kepada pasangan dia jugak...So, dari kita blame each other baik kita tengok balik from past relationship apa yang kita boleh buat untuk mengubah supaya benda yang sama tak jadi lagi..hehe..

Regards,
-Strider-

Monday, December 24, 2012

#1008 - Dia Tak Sesuai Untuk Korang

Hye Readers,

Kebiasaanya orang akan mencari signs yang menyatakan pasangan mereka itu adalah yang tepat atau in english they used it "The One"..Tapi kali ini aku nak bagi tips sama ada pasangan korang tu sesuai atau tak dengan korang...



Seperti biasa, let me remind yang bile something involved relationship dan feeling nie tak ada yang hitam putih..semua bergantung kepada diri korang..Apa yang aku katakan ini semua adalah guideline sahaja..

Dia memang tak sesuai untuk korang jika:-

Tak boleh jadi diri sendiri di hadapan mereka.
- Menjadi diri sendiri depan pasangan kita adalah penting sebab kalau korang terpikir nak settledown dengan mereka apa yang korang ada tu laa dia perlu accept sama ada dari segi fizikal, kewangan, mental dan apa saja..Bila dorang bleh terima korang as what you are, chances ia nak berkekalan lama tinggi.

Tiada Kepercayaan Terhadap Kamu
- Ini satu benda yang debatable, sebab kepercayaan tu bergantung kepada rekod2 yang korang ada..tapi kalau korang ada clean record dan pasangan korang still tak percaya dengan korang agak susah sikit perhubungan itu nak berkekalan sebab kepercayaan tu antara elemen yang penting.

Bawa Jumpa Keluarga.
- Sampai pada masa yang sesuai kalau pasangan korang still nak refuse untuk berjumpa dengan family korang sama ada secara formal atau tak formal itu dah kita satu sign yang menunjukkan "Orrait, I just wanna couple with u but not having a life"

Signal Tak Menentu
- Signal yang aku perkatakan ini bukan seperti signal kereta, tapi lebih kepada signal sama ada dia mahu meneruskan hubungan yang ada to the next level atau tak. Kalau melebihi satu-satu tempoh masa dan pasangan anda masih lagi tak sure, baik laa korang start cari another option.

So itu jer laa yang aku sempat terpikir, hopefully berguna untuk korang atau pun kalau ade yang nak nasihat kawan-kawan yang ada masalah..ada lagi ker tanda-tanda yang menunjukkan he/she is not the one???

Regards,
-Strider-


Wednesday, December 19, 2012

#1005 - Boleh Ke Lelaki dan Perempuan Berkawan Baik?

Hye Readers,


Few day ago aku ade tweeting dengan seorang kawan dan antara topik yang kitaorang borakkan ialah boleh ke perempuan dan lelaki berkawan??So kat sini aku nak bagi sedikit pendapat aku tentang isu nie??Isu nie sebenarnya satu isu yang grey area dan takda kata muktamad.

Sebelum seseorang lelaki dan perempuan nak berkawan baik kedua-dua harus faham apa itu term "kawan baik" sambil mengambil kira beberapa aspek seperti berikut :-

Perasaaan
- Benda nie yang paling susah nak kawal sebab perasaan nie kadang-kadang diluar kawalan kita.Perasan itu mungkin boleh datang kemudian tanpa kita sedari.Try cari kawan yang memang bukan taste untuk dijadikan kekasih...Aku rasa dia membantu dalam hal ni.

Tatacara Berkawan.
- Sebagai kawan korang kena tahu limit yang seorang kawan boleh buat..Kawan bukan sekadar support segala decision yang kita lakukan tapi kawan juga kena ada sikap tak bersetuju dengan kita..kalau apa kita cakap semua dai "Yes" jer meaning orang tu susah nak buat kawan baik..at some point dia akan fall in love ngan kita or make us fall in love with them

Sentiasa No 2.
- Bagi yang ada kekasih pulak rajin-rajin lah utamakan kekasih dari kawan baik(yang berlainan jantina) supaya tiada sifat curiga dari kekasih..Seorang kawan yang baik tentu memahami apabila kawan dia mendahulukan kekasih daripada dirinya...

Jadilah seorang Wngman/Wingwoman Yang Baik
- Kalau tadi mereka yang dah ade kekasih yang bujang pulak lain perananya..Sentiasa laa menjadi Wingman atau Wingwoman yang baik apabila bab2 nak mengorat nie..Seorang kawan yang baik akan cuba mencari pasangan yang terbaik untuk kawanya.

Benda yang aku nyatakan pun berdasarkan pengalaman aku..Aku akui ia bukan satu tugas yang mudah..Selalunya pihak perempuan yang susah nak menerima disebabkan mereka takut mereka akan jatuh cinta.tapi aku tak salahkan mereka sebab lumrah alam, hati perempuan memang lembut.

So far aku ade 2 orang kawan baik yang terdiri daripada wanita dan so far semuanya okay...Ini merupakan kali kedua aku mencuba setelah percubaan pertama dulu gagal apabila one of us telah melangkaui batas yang sepatutnya..We still be friends tapi dah tak rapat macam dulu..

So its up to you sama ada nak berkawan secara rapat atau tak..Aku sendiri pun belajar dari kesilapan yang lepas..But thats just an opinion..Apa yang aku cakap nie pun bukan 100% betul..Bagi aku dalam friendship tak kira baik atau tak yang penting adalah niat.. :D

p/s: Ini untuk rujukkan mereka yang belum berkhawin.

Regards,
-Strider-

Tuesday, December 18, 2012

#1004 - Cara Mengetahui Pasangan Anda Ada Double Life Online

Hye Readers,

Tadi aku ada baca satu article yang menarik dan aku nak share kat sini..Tajuk dia "How to Know  Your Guy is Leading Double Life Online"...Meaning cammana nak tau sama ada kekasih anda ada double life di alam maya nie..


Of course laa article tu bias terhadap perempuan dan apa yang aku tulis nie more on general tapi meaning dia tetap sama..Bukan lelaki jer yang boleh ada "Double Life Online" nie..perempuan pun ada jugak..So, ade few cara yang kita boleh identify klu nak tahu..antaranya:-

Komputer Off Limits,
- Kalau secara tiba-tiba dia macam merahsiakan apa yang berlaku terhadap kuomputernya, Hidup berpasangan kena ade transperency, Normally orang yang dah berpasangan nie tak de nak sorok Porn yang ada dalam komputer daripada kekasih..

Sejarah Laman Web
- Ini basic yang biasa buat iaitu check history pada browser komputer...Melainkan sejak anda kenal dia memang dia jenis suka padam history, bila something macam nie berlaku uolls should pay attention.

Tiada Facebook atau Twitter
- Pada zaman moden nie memang susah nak jumpa orang yang tak mempunyai akaun tersebut...Kalau ade pun tak bermakna dia tak ada 2nd akaun..Kalau ada rasa was-was tentang akaun lain yang mungkin korang tak tahu, gunakan search features yang ada untuk mencari posting yang mungkin dilakukan olehnya..

Selalu Masuk Chatroom.
- Alasan classic untuk orang masuk chatroom adalah untuk mencari kawan..1001 cara lagi untuk mencari kawan sebenarnya tapi jika dia asyik masuk ke chatroom yang sama mungkin dia sudah berjumpa dengan seseorang secara online..Btw abaikan tips nie jika bf/gf anda adalah seorang operator/admin untuk sesebuah chatroom kerana itu sudah menjadi tanggungjawab mereka.

So itu serba sedikit apa yang aku dapat cedok dari article tu..aku tak boleh nak traslate bulat2 kerana ada few others issue yang tak releven dengan gaya hidup ketimuran kita ini..Apa-apa pun, yang aku tulis tu hanyalah guideline...Ia tak semestinya tepat 100%

Regards,
-Strider-

Tuesday, October 23, 2012

Benda yang JANGAN Ketika 1st Date

Hye Readers,


Korang Pernah keluar date??Kepada yang single after 1st date mesti korang rasa nak date untuk kali kedua kan??unless korang sendiri yang nak call off the 2nd date..oh ya, kepada yang dah berkhawin entry nie maybe tak relevan dah but feel free to share experience date korang dulu yaa...hehe..

JANGAN bermegah dengan diri anda..baik lelaki atau perempuan majoritinya tak suka dengan orang yang suka bermegah..Tak perlu cerita betapa hot lelaki/wanita yang pernah date korang..Berapa yang pendapatan bulanan korang dan sebagainya..Itu adalah satu major Turn Off, termasuk laa untuk diri aku..hehehe

JANGAN lupa tataterbib korang..Benda ini antara benda yang pertama orang perhatikan on their 1st date..Baik lelaki atau wanita semua orang pasangan dia mempunyai manners..Kalau  nak tunjukkan yang korang tu "slumber jer" tunggu laa on the 2nd date or afterwards..yg 1st time nie bagi dorang selesa dulu..

JANGAN terlalu agresif..Kalau korang tanya 10 soalan mesti ada beberapa yang soalan yang pasangan anda berat hati untuk jawab..Relax and give him/her time..Tak semua orang open untuk bercerita on the 1st date..Kalau boleh soalan tu jangan laa terlalu personal..

JANGAN cerita pasal Ex..aku rasa benda nie ramai yang setuju kot..Ade sesetengah orang mungkin suka cerita pengalaman buruk mengenai Ex mereka on the 1st date..Macam mana teruk Ex mereka buat kat diri dorang dulu but for me i called it "bad mouthing"..So jangan bagi bad impression on the 1st date.

JANGAN bermain ngan phone..Its a date okay..orang tu dah ade kat depan mata..so appreciate skit apa yang ada depan mata..Response kat phone kalau ade important matters jer..Twitter ngan Facebook status update tu boleh tunggu sampai korang balik nanti..hehehe..

Sebenarnya aku takde laa terrer bab-bab dating nie..Tips yang aku dapat nie mostly hasil dari gabungan beberapa email yang aku dapat..Tapi content dia terpaksa aku ubah sikit laa sebab gaya western nie ade yang tak sesuai dengan gaya hidup kita tapi basically ia benda yang sama..

So, korang pernah encounter 1st date yang tak best??hehehe

Regards,
-Strider-


Wednesday, February 15, 2012

Macam Mana Nak Jadi "Bad Boy"

Hye Readers,

Hari ini aku nak ajar pembaca lelaki untuk jadi jahat...hehehe..Dalam English term bad boys nie biasa digunakan kat budak lelaki yang perangai nakal atau gila-gila skit..Dorang tak guna term Naughty boy sebab itu nanti dah bermaksud lain..hehehe..

Cerita Bad Boys nie Best...
Definasi untuk Bad boy tak semestinya korang kena minum arak, pergi disco atau buat benda2 yang tak berfaedah..Sesetengah perempuan memang tertarik dengan perwatakan bad boy nie..Lelaki kalau skema sangat pun bosan gak kan???..Okay..nak jadi bad boy kat sini aku bagi korang beberapa guideline..

Jadi Diri Sendiri.
Ko ade plan, time dan mesti ade sumthing yang korang nak kejar kan dalam hidup..so pergi je buat walaupun awek tu tak bape setuju..Korang tak perlu jadi orang lain hanya kerana awek tu tak suka..Kebanyakan lelaki terlampau memikirkan cara untuk impress seorang gadis sampaikan lupa pasal diri sendiri..Perempuan sukakan seorang lelaki yang ade identiti tersendiri...hehe :)

Berhenti Mengambil Berat
Stop caring bak kata omputih...Caring tu satu benda yang bagus tapi kalau terlebih caring sesetengah awek akan cepat bosan(kecuali yg manja)..Ade perempuan yang menganggap bila korang terlampau caring ia sama seperti korang menganggap mereka nie tak reti berdikari..

Jangan Mintak Kebenaran
Nie pun penting gak..Bad boys takde nak mintak-mintak izin nie..kalau nak keluar dia keluar jer..kalau kena marah nanti pandai-pandai laa settle..sama gak kalau nak ajak awek keluar..cuba elakan guna ayat "Kalau saya nak ajak awak tengok wayang boleh tak" dan gunakan "Jom kita keluar tgk wayang esok"...

Jadi Pemimpin
Kalau korang in group cuba untuk jadi pemimpin atau sekali sekala lead group tu..tapi kena hati-hati skit..jangan sampai orang kata korang mementingkan diri..Perempuan suka lelaki yang ade power untuk buat keputusan dari yang asyik ikut orang jer...

Tegas
Jadi seorang yang tegas. Selalu tahu apa yang korang mahu , dan bagaimana untuk mendapatkannya. walaupun tegas jangan lupa untuk bertolak ansur sekali sekala..Relationship perlukan give and take...

Itu antara 5 benda yang korang perlu untuk jadi seorang yang bad boy..yang lain tu semua bergantung kepada situasi dan personaliti awek tu sendiri..5 sikap kat atas nie xda laa nampak Bad Boy sgt tapi sebenarnya nie antara sikap teras sorang bad boy...

Aku tak tahu sejauh mana kebersanan tips kat atas nie..Mungkin ade yang aku terlepas pandang sebab aku pn xde gf kan tapi benda-benda nie adalah hasil dari observation terhadap orang yang ade di sekeliling aku..hehehe..tapi bukan semua perempuan tertarik kepada sifat nakal sorang lelaki..hehehe :)

Regards,
-Strider-

Monday, February 13, 2012

10 Fakta Mengenai Perempuan

Hye Readers,

Untuk entry  kali ini aku nak share tentang fakta mengenai perempuan...Aku tak kata ape yang aku tulis nie 100% betul sebab bila bab-bab macam nie biasanya melibat personaliti seseorang dan seperti yang kita tahu personaliti memang berbeza antara satu sama lain..

Selena Gomez
Pinjam Gambar Awek Bieber Jap..
Tapi kita tengok dari sudut general je laa..tapi untuk entry kali ini kita tengok 10 fakta mengenai perempuan dulu..Ade lagi sebenarnya yang bermain kat pikiran tapi nanti je laa aku sambung..Nak pikir 10 nie pun bukan sekejap..hahaha

1. Kebiasaannya bila seorang perempuan kata yang dia sedih tapi tak menangis korang jangan cepat percaya dengan ape yang korang nampak..Biasanya orang kata bila situasi macam tu terjadi perempuan nie sebenarnya tengah menangis dalam hati..

2. Bila perempuan buat tak tahu lepas marah elok laa kalau kita biarkan saje dia sorang2 untuk dia cool off..Bila dia dah cool baru laa kita mintak maafkan mengikut ayat text book iaitu "Im sorry..pasni dah tak buat dah"

3. Perempuan sebenarnya susah nak jumpa benda yang dia tak suka tentang lelaki time bercinta..Bf kentut pun wangi time tu..Dan sebab tu laa ramai perempuan susah nak lupakan lelaki lepas dia break up..

4. Kalau perempuan tu da in love with a guy..Memang xde benda lain bermain kat pikiran perempuan tu walaupun dia tengah flirt skit2 dengan lelaki lain..(nie konteks flirting bukan cheating ek..)

5. Bila seseorang lelaki yang diminati oleh perempuan tu senyum sambil merenung tepat ke arah mata memang comfirm perempuan tu akan cair..

6. Pujian..Perempuan memang suka kalau di puji oleh lelaki tetapi malangnya ramai diantara dorang yang tatau cam man nak react lepas kena puji..ayat text book mereka lepas kena puji ialah "eh..mana ada" atau "eh..xde laaa"

7. Bila seseorang lelaki selalu flirt dengan perempuan yang sama mesti perempuan tu ingatkan yang lelaki tu suka kat dia..dah time tu taktik renung mata dan senyum tak jalan..Tapi kalau korang anggap dia sebagai kawan biasa taktik renung dan senyum tu mungkin lebih mujarab...hahaha...

8. Kalau korang dah tak suka dengan seseorang perempuan tu..Tolak laa cinta dia selembut yang boleh..hehehe..

9. Bila perempuan elak lepas korang tolak cinta dia biarkan dia bersendirian jap..Kalau dia anggap korang nie kawan dia, dia akan becakap lagi ngan korang..

10. Perempuan suka cakap pasal ape yang dorang rasa atau buat..sebab tu perempuan lebih banyak yang menulis di blog, facebook atau twitter...hehehehe...

Aku bagi 10 tu je dulu..nanti aku pikirkan lagi apa fakta-fakta yang lain..cukup lagi 10 nanti aku buat lagi entry..hahaha..Tapi aku tak bertanggungjwab kalau korang apply any step kat atas nie tapi tak menjadi ek...hahaha..

Regards,
-Strider-

Wednesday, January 18, 2012

Bila Anak Dara Bawa Balik Lelaki

Hye Readers,

Walaupun Kampung Moden Adat Melayu Tetap Dikekalkan
Malam nie aku nak cerita bila anak dara bawak balik lelaki...Sebenarnya semalam time lepak dengan kak izan aku ada dinner dengan kakak aku kat umah dia..Tapi sebab kakak aku dok bising yang jiran dia (umah anak dara) ada bawak balik lelaki aku pun cabut lari laa...hehehe..

Sebenarnya aku tatau cam mana nak cakap yang lelaki tu supaya masuk umah awek dia..nanti dia kata aku jeles plak..Aku tak kisah ape dorang nak buat sebenarnya cuma aku nak dorang respect skit kawasan kejiranan yang majoritinya melayu...

Aku kekadang tak paham ngan manusia macam nie..Dah laa benda yang korang buat tu salah..at least cari laa tempat yang komuniti dia jenis tak kisah..Sedangkan Mat Saleh nak datang Kampung Baru pun kekadang cuak kalau tak pakai tudung sebab tau yang ini kawasan melayu...

End up lelaki tu kena tegur dengan kakak aku time dia nak amik delivery McD..Katanya dia teman awek dia makan..sayang betul dia ngan awek dia..agaknya kalau dia takde awek dia tak nak makan kot..tapi dia tak sedar malam sebelum tu dia lepak gak kat umah awek dia sampai pukul 12.30 malam teman makan gak ker?

Mereka nie berdua nie sebenarnya student lagi..Kakak aku nasihat supaya jangan masuk rumah jer laa lagi sebab kat depan rumah mereka tu adalah rumah imam masjid..kang sia-sia jer kena tangkap basah..hehee..so nasihat aku kepada yang bercinta pepandai laa ye.kalau korang dah besar untuk bercinta mesti korang pun dah cukup besar untuk menggunakan civic minded korang..hehehe

Regards,
-Strider-

Monday, January 16, 2012

Norz Beauty House (NBH)

Hye Readers,

Tadi aku sedang melihat resume aku dan tetiba aku terpandang previous employee aku yang sangat popular time aku interview dulu iaitu Norz Beauty House (NBH).Setiap kali aku pergi interview mesti interviewer nie tanya pasal NBH walaupun aku kerja kat sana hanya setahun..

Sebenarnya ramai yang tak percaya bila aku cakap aku pernah kerja kat NBH nie..tapi nak wat cammana..da memang itu tempat kerja aku..Sebenarnya ia bermula bila seorang kawan baik aku mintak tolong aku keje ngan company mak dia sebab dia nak berangkat ke UK untuk sambung blajar..

Kasih Anana nie antara Produk NBH
So bila dia balik dari UK dan dah help his mom running the business for few month aku pun resign laa dari position aku dan kerja kat tempat lain..Sebenarnya kat NBH nie aku lebih buat keje administration works dan uruskan hal-hal berkenaan usahawan dibawahnya..

NBH nie sebenarnya adalah sebuah syarikat yang menyediakan khidmat latihan bagi mereka yang berminat nak jadi beautician..Zaman aku kerja dulu company nie ade link dengan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan(MLVK)..

Tapi sekarang nie aku dengar link mereka dah banyak..dorang ade program dengan Giatmara dan UniKL sekali..So itu serba sedikit tentang bekas majikan aku yang sentiasa mendapat perhatian ketika aku ade sesi interview..hehehe..

p/s: Lepas nie kalau ade kursus NBH nie yang best aku update ngan korang..kursus dorang nie kebanyakan ditaja oleh kerajaan..hehe

Regards,
-Strider-