Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Wednesday, April 9, 2014

#1283 - Cara Mendapatkan Gadis Idaman Anda

Hye Readers,

Flirting atau bahasa melayunya mengurat merupakan satu eleman yang penting dalam sesebuah perhubungan. Untuk entry kali ini aku akan gunakan perkataan "Flirting" dari pada mengurat sebab bunyinya nampak lebih sedap..hehe

Flirting merupakan satu langkah pertama bagi membuka peluang kepada hubungan yang lebih romantik, Walaupun flirting selalu dikaitkan dengan lelaki tapi sebenarnya ia juga merupakan satu elemen yang penting bagi seorang perempuan sebab kadang kala dengan cara yang betul perempuan kena flirt balik sesuatu hubungan memerlukan dua orang.



Salah satu aspek penting untuk flirting ini ialah sikap relax dan tenang sesorang itu. Jika seseorang tertarik kepada kita, sudah tentu kita nak dia tertarik pada sikap kita yang sebenar dan bukannya sebab kita berpura-pura menjadi orang lain.

Kalau takde kawan-kawan yang nak introduce korang dengan gadis tu, pertama kali korang kena dapatkan green light dulu. Mungkin korang boleh usha-usha sekejap just to let her know that she caught your eyes. Orang kata bermain dengan rambut, staring back at you merupakan antara green light dari perempuan. but kalau after 3 attempt dan still no respon, masa untuk flirt dengan gadis lain.

Antara trick yang bagus ialah kita cakap jer dengan dia seperti kita sedang bercakap dengan kawan lama. Ini penting supaya dia merasa selesa bercakap dengan kita and at the same time it's break the ice. Making eye contact ketika bercakap sebenarnya menunjukkan keikhlasan kita walaupun ada sesetengah orang akan segan dengan cara itu.

Ini aku rasa perempuan yang setuju, lelaki need to pay attention on what they say, Ini sebenarnya antara eleman yang boleh membuat perempuan jatuh hati. Walaupun kita tak paham mengenai topik yang dibacarakan, just listen to what they have to say. Sekali sekala tanya mereka kalau dah betul-betul lost..Remember!!its about them, and its not you.



Sentiasa keep your expectations low at first, bukan semua perempuan senang nak bergaul dan kita tak nak nampak terlalu aggressive dan desperate dalam usaha mendapatkan perhatian mereka. Jangan terpengaruh dengan cheeky pickup lines. Sebenarnya the best ever pickup line invented is "Hi".

Tapi pada masa yang sama watch out for the progress, kalau dia semakin lama semakin rapat atau makin lama makin berminat untuk berborak dengan korang, then you'll might get the chance.Tapi kalau dia makin jauh dengan korang or concentate ngan berborak ngan orang lain maybe korang kena back off kejap sambil memikirkan plan B..hahahaha

Regards,
-Strider-

Friday, February 28, 2014

#1367 - Sharnazz/Fauzi Nawawi Malukan Lelaki

Hye Readers,

Gambar Ihsan Google
Aku rasa korang semua dah tahu yang antara perbalahan tentang Sharnazz Ahmad dan Fauzi Nawawi yang semakin luas diperkatakan. Ia semuanya bermula apabila Sharnazz didakwa memarahi dan memaki Lisdawati yang juga merupakan isteri kepada Fauzi (Klik Sini)

Maka bermula laa episod drama 2 jejaka ini, episod-episod yang disampaikan melalui statement mereka di dalam portal hiburan termasuk juga media-media social.  Antara episod kisah mereka adalah seperti di bawah ;-

Episod 1 :
Sharnaaz Ahmad Dakwa Digelar “Anjing Kurap” Oleh Nisdawati Dan Fauzi Nawawi
Episod 2: 
Episod 3:
Episod 4: 
Sharnaaz Buat Pemeriksaan Otak, Lulus Dengan Hensemnya!!!

Itu merupakan 4 cerita yang aku jumpa kat dalam internet. Apa yang memalukan ialah perbalahan mereka ini tidak ubah seperti sikap budak-budak dan langsung tak mencerminkan watak sebagai lelaki seperti yang selalu mereka lakonkan.

Apa masalahnya dorang nak pergi jumpa face to face and settle this like a gentleman. Mungkin mereka tidak se-gentleman seperti watak-watak yang mereka lakonkan ini. Sorry to say this tapi mereka berdua nie tak ubah seperti budak-budak perempuan bergaduh.hahahha

Regards,
-Strider-

Thursday, November 14, 2013

#1246 - Mengapa Lelaki Curang

Hye Readers,

curang, kecewa, masalah rumahtangga


Entry aku kali ini bukan nak back up kenapa ade sesetengah lelaki curang dalam perhubungan tapi lebih kepada untuk menyampaikan fakta berdasarkan kajian yang dilakukan oleh seorang kaunselor iaitu  M. Gary Neumann yang telah membuat kajian terhadap 200 suami untuk mendapatkan maklumbalas tentang kecurangan seorang lelaki.

Hasil kajian mendapati 48% lelaki curang terhadap pasangan kerana rasa tidak puas hati  dari segi emosi dan menjadikan alasan ditipu sebagai sebab utama. Apa yang mereka mahu ialah supaya dihargai oleh isteri-isteri dan mereka mahu wanita untuk memahami bagaimana susah mereka cuba untuk mendapatkan perkara yang terbaik untuk isteri mereka.

68% daripada lelaki tidak pernah terfikir untuk menjadi setia, dan hampir semua daripada mereka berharap agar mereka tidak pernah curang. Neumann berkata rasa bersalah sebenarnya tidak cukup untuk menghentikan seorang lelaki dari curang. "Lelaki mempunyai kawalan yang baik terhadap perasaan serba salah ini," Neuman menerangkan. "Mereka boleh simpan kepada perasaan itu dulu dan berhadapan denganya kemudian."

77% peratus lelaki yang curang akan mempunyai kawan yang curang juga. Melepak bersama  kawan yang begitu akan membuatkan curang itu kelihatan biasa dan nampak tak salah. Lelaki itu juga akan menerima mesej dia separa sedar memberitahu dirinya sendiri: "Kawan saya adalah seorang lelaki yang baik yang kebetulan menjadi curang pada isterinya". dan itu dianggap tidak salah.

Itu merupakan 3 sebab tertinggi kenapa seorang lelaki boleh curang dengan pasangannya. Sebenarnya curang itu sendiri merupakan satu aktiviti yang tidak sihat. Aku menulis ini pun berdasarkan dari apa yang aku baca plus pengalaman orang-orang yang dekat dengan aku. Namun aku rasa mungkin ada beberapa benda elok yang boleh kita ambil dari kajian ini.

Regards,
-Strider-

Sumber: WebMD

Tuesday, October 22, 2013

#1190 - 5 Perkataan Yang Perempuan Selalu Sebut

Hye Readers,



Perempuan nie memang satu species yang unik. Bahasa mereka pun sebenarnya lain daripada lelaki dan usually mempunyai makna yang tersirat. Entry kali ini aku nak berkongsi dengan korang 5 perkataan yang perempuan selalu sebut tapi lelaki selalu salah anggap.

1. Sudah
- Sudah atau "dah-dah" sering kali digunakan oleh perempuan apabila mereka rasa pendapat mereka betul dan lelaki kena senyap. 

2. Lima Minit
- Kalau perempuan tengah bersiap 5 minit tu bermakna setengah jam. Tapi jika lelaki tengah tengok bola dan perempuan bagi 5 minit ia bermaksud betul-betul 5 minit.

3. Pergi lah.
- Ini bukan satu bentuk persetujuan atau kelulusan. Ia adalah satu cabaran.

4. Mengeluh Panjang
- ini sebenarnya bukan satu perkataan tetapi banyak lelaki keliru, bila perempuan mengeluh panjang bermakna ia rasa lelaki tu tidak paham dengan apa yang cuba disampaikan.

5  Tak ada apa-apa
- Perempuan akan biasa gunakan ayat macam nie untuk dia kumpulkan fakta sebelum dia meletup. Situasi nie yang paling bahaya untuk lelaki sebab bila dia dah abis luahkan segala fakta yang ada, maka perempuan akan menutup argument to dengan perkataan No 1

Jadi kepada lelaki yang baca entry sila lah take note dengan bahasa-bahasa perempuan ini. Entry nie sebenarnya entry santai jer. Mohon perempuan jangan ambil serious sangat.hehe

Regards,
-Strider-

Saturday, March 9, 2013

#1097 - Kenapa Lelaki Tak Suka Dengar Cakap Perempuan

Hye Readers,



Lama gak aku tak tulis something pasal relationship nie..hehe..Baru-baru ni aku terlintas kat fikiran aku untuk tulis tentang kenapa seorang lelaki tak suka dengar cakap gf/isteri mereka..Sebenarnya banyak alasan kenapa mereka tak nak dengar tapi ade beberapa alasan selalu aku dengar...antaranya:- 

Perempuan Suka Bercakap
- Ini terjadi selalu bila pasangan tu terdiri dari perempuan yang suka bercerita dan lelaki yang tak suka dengar..Secara jujurnya, aku suka perempuan yang suka bercakap..takda laa sunyi sangat..hahahaha

Lelaki Selalu Anggap Mereka Dah Dengar
- Sesetengah perempuan suka cakap satu benda berulang kali..ini realiti walaupun lelaki tu dah take note apa yang dia cakap..Bila perempuan suka ulangi sikap macam nie satu hari lelaki tu akan malas nak dengar sebab dia assume yang dia dah dengar..hehehe

Jerit dan Bingit
- Mana mana lelaki pun tak suka dijerit dan sebagai perempuan kita harus jaga intonasi ketika bercakap supaya partner kita tak anggap yang kita nie bising dan merimaskan...

Topik Tak Menarik (Ouchh)
-Hehehe..Benda macam nie pun sebenarnya berlaku gak..Kalau lelaki tu jenis yang suka control macho pastu korang citer plak pasal foundation, eye liner, eye lashes etc memang kebarangkalian dia nak dengar rendah melainkan baru-baru nak start ayat..hahahaha

Ade Benda Yang Lebih Penting
- Bukan nak back up lelaki tetapi kebanyakkan lelaki tak dengar apa wanita itu nak cakap sebab mereka rasa benda tu tak penting walhal mereka ade urusan yang lebih penting untuk diselesaikan..Ini selalu berkait rapat dengan timing perempuan bercerita.

Itu antara 5 alasan yang aku selalu dengar dan nampak sama ada berlaku di sekeliling atau di alam maya..Ini bukan entry nak pointing fingers tapi mungkin ade sedikit isi yang boleh dipakai untuk diri kita dan juga nak nasihat kawan-kawan yang ada masalah macam nie...

Thats all for now..Nanti ada masa aku update entry lain..Sekarang nak update pasal berita pun boring sebab mostly banyak cerita pasal Sulu dan politik jer...hehehe

Regards,
-Strider-

Tuesday, February 5, 2013

#1052 - Jejaka Bawak Handbag

Hye Readers,

Pernah tengok lelaki bawak hangbag GF dia ketika pergi shopping??Situasi nie sebenarnya memang berlaku cuma tak ramai jer..Tapi adakah scenario macam nie boleh diterima pakai??Ade juga yang berpendapat scenario nie melambangkan sifat gentlemen dan protective seorang lelaki...



Pada pendapat aku semua itu bergantung kepada keadaan..Tapi kalau jalan ngan awek kat dalam shopping complex pun nak kena pegang handbag itu dah salah...ade sesetengah situasi dimana lelaki dibenarkan membawa hangbag wanita contohnya time lintas jalan atas sebab takut diragut.

So haritu aku ade post question yang sama dekat facebook dan dapat beberapa feedback..jom baca apa kata orang lain...



Sorry laa kalau gambar tu tak nampak..hehehe..Tapi majoriti tak bersetuju jika seorang lelaki membawa handbag GF dia tanpa sebab..hehehe..So apa pulak pendapat korang??pernah suruh BF bawak handbag atau pernah disuruh membawa handbag??

Regards,
-Strider-

Tuesday, January 29, 2013

#1042 - 5 Sebab Kenapa Lelaki Curang?

Hye Readers,

Gambar Popular Kalau Bab Cheating Nie
Banyak kali dah kita dengar cerita pasal lelaki curang atau ade perempuan lain...Kebanyakkan perempuan suka cakap lelaki semua sama walaupun sebenarnya apabila lelaki tu curang ia merupakan atas beberapa sebab yang berikut:-

1) Perempuan itu curang - Kekadang lelaki pasang sparepart nie sebab dia merasakan yang gf dia turut curang dibelakangnya..Ada jugak yang curang sebab nak balas dendam sebab ex GF dia dulu curang...aku tak tau laa berapa banyak kes-kes macam nie terjadi but believe me, its happen.

2) Mencabar dan Seronok - Sebenarnya untuk having 2 relationship at one time memang sesuatu yang mencabar..bukan senang nak coverline dan semua perancangan harus dilakukan supaya tak kantoi..dan bagi sesetengah lelaki aktiviti mencabar nie laa yang dianggap seronok walaupun hakikatnya dia sayang kat GF dia sorang jer..

3) Senang Terlepas - Untuk reason no 3 nie dia ada dua jenis orang..Satu jenis senang terlepas sebab awek dia daif atau mudah percaya dan lagi satu ialah jenis yang selalu dimaafkan walaupun dah kantoi beberapa kali..

4) Relationship Membosankan - Lumrah orang bercinta mesti buat benda yang sama berulang kali, sama ada tiap2 malam makan skali, setiap sabtu nak tengok wayang, Baju lelaki nak kena warna yang sama macam awek dia pakai dan etc, Benda tu nampak sweet pada mulanya tapi kena jaga-jaga skit, kalau dilakukan secara berterusan ia mampu mengundang kebosanan dalam relationship tu lepas beberapa tahun..

5) Cinta Dah Takde - Setelah bertahun-tahun bercinta tanpa apa-apa progress, bermula dari bosan lama-kelamaan cinta tersebut dah takde dekat lelaki tu..Tapi dia still tak nak lepaskan sebab masih ade memori ketika bercinta tu yang dia sayang nak lepaskan..Kebiasaan lelaki macam nie akan melepaskan GF dia bila dah jumpa replacement yang sesuai...

So itu laa antara 5 sebab kenapa lelaki curang yang aku selalu dengar..sebenarnya perempuan pun boleh membantu mengurangkan aktiviti curang lelaki nie..Selain lima sebab diatas nie pernah tak kawan korang cerita kenapa dia curang???

Regards,
-Strider-

Monday, January 21, 2013

#1035 - Rokok Elektronik Dan Kenyataan Media

Hye Readers,


Lately banyak sangat article yang tentang Rokok Elektronik (RE) atau lebih dikenali sebagai E-cig nie...Selaku sebagai salah seorang pengguna aku rasa dah sampai masanya aku tampil dengan pendapat aku..Ini disebabkan apa yang dilapor media itu macam berat sebelah.

Firstly aku bukan seorang pengamal perubatan atau doktor tapi aku seorang manusia yang suka mencari maklumat dari pelbagai sumber..Buat pengetahuan korang abang aku juga merupakan salah seorang pengguna RE ini..dia dah menggunakan RE semenjak 4 tahun lepas.

Kalau korang baca Kosmo atau Berita Harian hari ini ade satu artikel yang mengatakan penggunaan RE mampu mengundang penyakit kronik yang tak dinyatakan..Sebenarnya sebelum aku menggunakan RE aku dah beberapa kali buat research kat internet dan pelbagai input aku dapati melalui kajian pelbagai doktor.

Adakah RE benar-benar selamat??Well, sebarang benda berkaitan dengan nikotin memang tidak elok tapi sebenarnya ia merupakan altenatif yang lebih selamat berbanding rokok tembakau..Contohnya jika pengguna RE mempunyai kebarangkalian 70% mendapat penyakit ia merupakan lebih baik daripada 100% hasil dari rokok tembakau.

Perbandingan RE memang tak pernah disiarkan di dada akhbar kerana either way RE mempunyai peratus yang tinggi untuk menang berbanding dengan rokok tembakau...Malah ade sesetengah kajian dilakukan ke atas bukan perokok atau normal smoker dan bukanya heavy smoker..
Motif  Nikotin dan tar Dikurangkan??

Nak berhenti merokok bukan senang..Bukan guna RE untuk berenti rokok tapi sebab dia suka merokok dan cuba untuk mencari healty way..Sesetengah kawan aku yang yang tak merokok selamber jer kata "baik tak payah hisap dua-dua" dan mereka betul, kalau korang bukan smoker don't start langsung...

Banyak lagi boleh diperkatakan dengan pasal RE ini..tapi aku stop kat sini dulu buat sementara waktu..nanti aku akan sambung balik..Aku berharap agar media kita lebih telus dalam melaporkan maklumat..so far aku tak kata mereka menipu cuma rasa berat sebelah..adakah mereka menggalakan rakyat menghisap rokok tembakau???(Gambar)

p/s: Rokok Elektronik atau Tembakau?Biar laa Perokok yang Decide...

Regards,
-Strider-

Thursday, January 3, 2013

#1017 - Semua Lelaki Sama

Hye Readers,

Pernah dengar ungkapan " Semua Lelaki Sama" tak???biasa kalau ade kengkawan yang lepas kena tinggal kecewa mesti ade laa segelintir yang cakap camtu..sebenarnya apa yang aku nak tulis nie apply to both side cuma aku suka gunakan ungkapan Semua Lelaki Sama tu sebab itu yang banyak aku dengar..



Well, back to the topic bila korang terjumpa species yang suka anggap semua lelaki sama what do you tell them???Sesetengah suka melayan dan ia'kan je ape yang orang tu cakap...tapi ada beberapa benda yang korang boleh point kat dia.

Benda pertama yang korang bleh question kat dia adakah semua lelaki sama atau dia yang cari lelaki yang sama??contohnya, kalau dia seorang yang suka dengan lelaki yang type of bad boy dia kena laa live with it. Dia tak boleh laa suka bad boy tapi nak orang tu jadi baik at the same time..ade cara nak handle bad boy sebenarnya.

Benda kedua plak adakah dia yang buat semua lelaki berperangai serupa??Lelaki akan tend untuk amik mudah sesebuah bila dia dalam comfort zone..apa dia comfort zone???ia adalah satu zone dimana lelaki tau yang perempuan tu akan mengalah dan memaafkanya andai kata dia screw up..

Itu antara 2 contohnya secara general yang aku boleh bagi...basically perempuan atau lelaki memang mempunyai sikap yang lebih kurang tapi ia bergantung kepada pasangan dia jugak...So, dari kita blame each other baik kita tengok balik from past relationship apa yang kita boleh buat untuk mengubah supaya benda yang sama tak jadi lagi..hehe..

Regards,
-Strider-

Monday, December 24, 2012

#1008 - Dia Tak Sesuai Untuk Korang

Hye Readers,

Kebiasaanya orang akan mencari signs yang menyatakan pasangan mereka itu adalah yang tepat atau in english they used it "The One"..Tapi kali ini aku nak bagi tips sama ada pasangan korang tu sesuai atau tak dengan korang...



Seperti biasa, let me remind yang bile something involved relationship dan feeling nie tak ada yang hitam putih..semua bergantung kepada diri korang..Apa yang aku katakan ini semua adalah guideline sahaja..

Dia memang tak sesuai untuk korang jika:-

Tak boleh jadi diri sendiri di hadapan mereka.
- Menjadi diri sendiri depan pasangan kita adalah penting sebab kalau korang terpikir nak settledown dengan mereka apa yang korang ada tu laa dia perlu accept sama ada dari segi fizikal, kewangan, mental dan apa saja..Bila dorang bleh terima korang as what you are, chances ia nak berkekalan lama tinggi.

Tiada Kepercayaan Terhadap Kamu
- Ini satu benda yang debatable, sebab kepercayaan tu bergantung kepada rekod2 yang korang ada..tapi kalau korang ada clean record dan pasangan korang still tak percaya dengan korang agak susah sikit perhubungan itu nak berkekalan sebab kepercayaan tu antara elemen yang penting.

Bawa Jumpa Keluarga.
- Sampai pada masa yang sesuai kalau pasangan korang still nak refuse untuk berjumpa dengan family korang sama ada secara formal atau tak formal itu dah kita satu sign yang menunjukkan "Orrait, I just wanna couple with u but not having a life"

Signal Tak Menentu
- Signal yang aku perkatakan ini bukan seperti signal kereta, tapi lebih kepada signal sama ada dia mahu meneruskan hubungan yang ada to the next level atau tak. Kalau melebihi satu-satu tempoh masa dan pasangan anda masih lagi tak sure, baik laa korang start cari another option.

So itu jer laa yang aku sempat terpikir, hopefully berguna untuk korang atau pun kalau ade yang nak nasihat kawan-kawan yang ada masalah..ada lagi ker tanda-tanda yang menunjukkan he/she is not the one???

Regards,
-Strider-


Wednesday, December 19, 2012

#1005 - Boleh Ke Lelaki dan Perempuan Berkawan Baik?

Hye Readers,


Few day ago aku ade tweeting dengan seorang kawan dan antara topik yang kitaorang borakkan ialah boleh ke perempuan dan lelaki berkawan??So kat sini aku nak bagi sedikit pendapat aku tentang isu nie??Isu nie sebenarnya satu isu yang grey area dan takda kata muktamad.

Sebelum seseorang lelaki dan perempuan nak berkawan baik kedua-dua harus faham apa itu term "kawan baik" sambil mengambil kira beberapa aspek seperti berikut :-

Perasaaan
- Benda nie yang paling susah nak kawal sebab perasaan nie kadang-kadang diluar kawalan kita.Perasan itu mungkin boleh datang kemudian tanpa kita sedari.Try cari kawan yang memang bukan taste untuk dijadikan kekasih...Aku rasa dia membantu dalam hal ni.

Tatacara Berkawan.
- Sebagai kawan korang kena tahu limit yang seorang kawan boleh buat..Kawan bukan sekadar support segala decision yang kita lakukan tapi kawan juga kena ada sikap tak bersetuju dengan kita..kalau apa kita cakap semua dai "Yes" jer meaning orang tu susah nak buat kawan baik..at some point dia akan fall in love ngan kita or make us fall in love with them

Sentiasa No 2.
- Bagi yang ada kekasih pulak rajin-rajin lah utamakan kekasih dari kawan baik(yang berlainan jantina) supaya tiada sifat curiga dari kekasih..Seorang kawan yang baik tentu memahami apabila kawan dia mendahulukan kekasih daripada dirinya...

Jadilah seorang Wngman/Wingwoman Yang Baik
- Kalau tadi mereka yang dah ade kekasih yang bujang pulak lain perananya..Sentiasa laa menjadi Wingman atau Wingwoman yang baik apabila bab2 nak mengorat nie..Seorang kawan yang baik akan cuba mencari pasangan yang terbaik untuk kawanya.

Benda yang aku nyatakan pun berdasarkan pengalaman aku..Aku akui ia bukan satu tugas yang mudah..Selalunya pihak perempuan yang susah nak menerima disebabkan mereka takut mereka akan jatuh cinta.tapi aku tak salahkan mereka sebab lumrah alam, hati perempuan memang lembut.

So far aku ade 2 orang kawan baik yang terdiri daripada wanita dan so far semuanya okay...Ini merupakan kali kedua aku mencuba setelah percubaan pertama dulu gagal apabila one of us telah melangkaui batas yang sepatutnya..We still be friends tapi dah tak rapat macam dulu..

So its up to you sama ada nak berkawan secara rapat atau tak..Aku sendiri pun belajar dari kesilapan yang lepas..But thats just an opinion..Apa yang aku cakap nie pun bukan 100% betul..Bagi aku dalam friendship tak kira baik atau tak yang penting adalah niat.. :D

p/s: Ini untuk rujukkan mereka yang belum berkhawin.

Regards,
-Strider-

Tuesday, December 18, 2012

#1004 - Cara Mengetahui Pasangan Anda Ada Double Life Online

Hye Readers,

Tadi aku ada baca satu article yang menarik dan aku nak share kat sini..Tajuk dia "How to Know  Your Guy is Leading Double Life Online"...Meaning cammana nak tau sama ada kekasih anda ada double life di alam maya nie..


Of course laa article tu bias terhadap perempuan dan apa yang aku tulis nie more on general tapi meaning dia tetap sama..Bukan lelaki jer yang boleh ada "Double Life Online" nie..perempuan pun ada jugak..So, ade few cara yang kita boleh identify klu nak tahu..antaranya:-

Komputer Off Limits,
- Kalau secara tiba-tiba dia macam merahsiakan apa yang berlaku terhadap kuomputernya, Hidup berpasangan kena ade transperency, Normally orang yang dah berpasangan nie tak de nak sorok Porn yang ada dalam komputer daripada kekasih..

Sejarah Laman Web
- Ini basic yang biasa buat iaitu check history pada browser komputer...Melainkan sejak anda kenal dia memang dia jenis suka padam history, bila something macam nie berlaku uolls should pay attention.

Tiada Facebook atau Twitter
- Pada zaman moden nie memang susah nak jumpa orang yang tak mempunyai akaun tersebut...Kalau ade pun tak bermakna dia tak ada 2nd akaun..Kalau ada rasa was-was tentang akaun lain yang mungkin korang tak tahu, gunakan search features yang ada untuk mencari posting yang mungkin dilakukan olehnya..

Selalu Masuk Chatroom.
- Alasan classic untuk orang masuk chatroom adalah untuk mencari kawan..1001 cara lagi untuk mencari kawan sebenarnya tapi jika dia asyik masuk ke chatroom yang sama mungkin dia sudah berjumpa dengan seseorang secara online..Btw abaikan tips nie jika bf/gf anda adalah seorang operator/admin untuk sesebuah chatroom kerana itu sudah menjadi tanggungjawab mereka.

So itu serba sedikit apa yang aku dapat cedok dari article tu..aku tak boleh nak traslate bulat2 kerana ada few others issue yang tak releven dengan gaya hidup ketimuran kita ini..Apa-apa pun, yang aku tulis tu hanyalah guideline...Ia tak semestinya tepat 100%

Regards,
-Strider-

Tuesday, October 23, 2012

Benda yang JANGAN Ketika 1st Date

Hye Readers,


Korang Pernah keluar date??Kepada yang single after 1st date mesti korang rasa nak date untuk kali kedua kan??unless korang sendiri yang nak call off the 2nd date..oh ya, kepada yang dah berkhawin entry nie maybe tak relevan dah but feel free to share experience date korang dulu yaa...hehe..

JANGAN bermegah dengan diri anda..baik lelaki atau perempuan majoritinya tak suka dengan orang yang suka bermegah..Tak perlu cerita betapa hot lelaki/wanita yang pernah date korang..Berapa yang pendapatan bulanan korang dan sebagainya..Itu adalah satu major Turn Off, termasuk laa untuk diri aku..hehehe

JANGAN lupa tataterbib korang..Benda ini antara benda yang pertama orang perhatikan on their 1st date..Baik lelaki atau wanita semua orang pasangan dia mempunyai manners..Kalau  nak tunjukkan yang korang tu "slumber jer" tunggu laa on the 2nd date or afterwards..yg 1st time nie bagi dorang selesa dulu..

JANGAN terlalu agresif..Kalau korang tanya 10 soalan mesti ada beberapa yang soalan yang pasangan anda berat hati untuk jawab..Relax and give him/her time..Tak semua orang open untuk bercerita on the 1st date..Kalau boleh soalan tu jangan laa terlalu personal..

JANGAN cerita pasal Ex..aku rasa benda nie ramai yang setuju kot..Ade sesetengah orang mungkin suka cerita pengalaman buruk mengenai Ex mereka on the 1st date..Macam mana teruk Ex mereka buat kat diri dorang dulu but for me i called it "bad mouthing"..So jangan bagi bad impression on the 1st date.

JANGAN bermain ngan phone..Its a date okay..orang tu dah ade kat depan mata..so appreciate skit apa yang ada depan mata..Response kat phone kalau ade important matters jer..Twitter ngan Facebook status update tu boleh tunggu sampai korang balik nanti..hehehe..

Sebenarnya aku takde laa terrer bab-bab dating nie..Tips yang aku dapat nie mostly hasil dari gabungan beberapa email yang aku dapat..Tapi content dia terpaksa aku ubah sikit laa sebab gaya western nie ade yang tak sesuai dengan gaya hidup kita tapi basically ia benda yang sama..

So, korang pernah encounter 1st date yang tak best??hehehe

Regards,
-Strider-


Monday, September 10, 2012

Etika Seorang Lelaki Budiman (Gentlemen)

Hye Readers,

Gambar Hiasan
Menjadi seorang "Gentlemen" atau Lelaki Budiman memang amat disenangi oleh ramai pihak..Tak kisah lah sama lelaki atau perempuan..Staff anda mahu pun boss anda, Tapi bagaimana seseorang tu boleh dipanggil sebagai seorang Gentleman???

Baru-baru nie aku ade terbaca kat satu website mengenai General Etiquette mengenai seorang gentlemen..Jom kita tengok apa yang ada dalam seorang yang dipanggil Gentlemen.

Sentiasa Bersopan Santun
- Walaupun kita jumpa seseorang yang kita tak suka kita tak seharusnya menjatuhkan martabat kita dengan cuba untuk cari pasal ngan mereka, Tunjukkan sikap sopan santun kita dan jadilah lelaki yang lebih baik dari mereka.

Jangan Menyumpah
- Menyumpah adalah benda yang harus dielakkan jika anda ingin menjadi seorang gentlemen..Korang tak patut tunjukkan sikap yang tak elok itu di khalayak ramai walaupun berdepan dengan situasi yang membuatkan korang nak menyumpah..chill beb.. :D

Bercakap Dengan Nada Yang Rendah
- Ade beza antara bercakap menggunakan nada yang rendah dan bercakap dengan perlahan..susah aku nak terangkan melalui tulisan tapi cuba laa elakkan bercakap menggunakan nada yang tinggi sebab ia boleh menambahkan stress terhadap orang yang berada disekeliling.

Kawal Kemarahan.
- Bila kita tak dapat kawal kemarahan yang ada dalam diri itu menunjukkan kita tak mampu mengawal emosi dan diri sendiri..Jika korang tak mampu nak kawal diri sendiri cammana korang nak kawal benda lain yang berada disekeliling..Benda nie memang susah skit nak diaplikasikan tapi selepas beberapa ketika orang akan mula notice sikap baik korang tu..

Jangan Menyampuk
- Biarkan orang lain habis bercakap sebelum korang utarakan komen-komen korang yang bernas tu..Menyampuk cakap orang merupakan satu etika yang teruk dan ini menunjukkan kurangnya "social skill" dalam diri korang..

Jangan Meludah
- Sebenarnya ramai lelaki yang tak sedar yang mereka selalu meludah merata-rata..Tapi seseorang lelaki yang gentlemen tak akan meludah merata-rata kerana mereka tau ia merupakan satu perbuatan yang kurang sopan..

Hormati Orang Tua
-Ini juga merupakan satu benda asas yang penting bagi seorang yang ingin bergelar gentlemen..Kalau korang berdepan dengan situasi dimana korang harus bergaul dengan orang yang lebih tua cuba la untuk menghormati mereka..Tak rugi kalau kita hormati orang tua nie sebab satu hari mereka juga akan menghormati kita..


So, itu laa antara beberapa perkara asas yang ada pada Gentlemen nie..Sebenarnya perkara yang aku cakaptadi ada basic yang ada pada Gentlemen terhadap semua orang baik lelaki atau wanita..Tapi kalau nak citer etika gentlemen terhadap wanita lain plak..tapi nanti laa aku citer pulak..

Sebenarnya aku sendiri bukan seorang 100% gentlemen..Ade orang kata susah nak jadi lelaki yang betul-betul gentlemen nie tapi aku sendiri pernah jumpa lelaki yang mempunyai semua ciri di atas..Sebenarnya seronok jika melihat perwatakan seorang gentlemen nie sebab mereka kelihatan sungguh sopan ang tenang jer memanjang..

Regards
-Strider-

Monday, May 21, 2012

Kementerian Lelaki Dan Masyarakat

Hye Readers,

Inline image 1


Sudah tiba masanya untuk kerajaan menubuhkan "Kementerian Lelaki dan Masyarakat" bagi melindungi lelaki dan suami yang di dera oleh isteri..hehehe...For info ini kes kat Sarawak dimana seorang suami telah dihempuk munggunakan botol kerana isu wang perbelanjaan harian...

Tak dinyatakan pulak jenis botol yang digunakan tetapi aku rada wanita itu mesti dipengaruhi oleh cerita Young and Dangerous..hahaha..untuk berita penuh Klik Sini 

Regards,
-Strider-

Wednesday, February 15, 2012

Macam Mana Nak Jadi "Bad Boy"

Hye Readers,

Hari ini aku nak ajar pembaca lelaki untuk jadi jahat...hehehe..Dalam English term bad boys nie biasa digunakan kat budak lelaki yang perangai nakal atau gila-gila skit..Dorang tak guna term Naughty boy sebab itu nanti dah bermaksud lain..hehehe..

Cerita Bad Boys nie Best...
Definasi untuk Bad boy tak semestinya korang kena minum arak, pergi disco atau buat benda2 yang tak berfaedah..Sesetengah perempuan memang tertarik dengan perwatakan bad boy nie..Lelaki kalau skema sangat pun bosan gak kan???..Okay..nak jadi bad boy kat sini aku bagi korang beberapa guideline..

Jadi Diri Sendiri.
Ko ade plan, time dan mesti ade sumthing yang korang nak kejar kan dalam hidup..so pergi je buat walaupun awek tu tak bape setuju..Korang tak perlu jadi orang lain hanya kerana awek tu tak suka..Kebanyakan lelaki terlampau memikirkan cara untuk impress seorang gadis sampaikan lupa pasal diri sendiri..Perempuan sukakan seorang lelaki yang ade identiti tersendiri...hehe :)

Berhenti Mengambil Berat
Stop caring bak kata omputih...Caring tu satu benda yang bagus tapi kalau terlebih caring sesetengah awek akan cepat bosan(kecuali yg manja)..Ade perempuan yang menganggap bila korang terlampau caring ia sama seperti korang menganggap mereka nie tak reti berdikari..

Jangan Mintak Kebenaran
Nie pun penting gak..Bad boys takde nak mintak-mintak izin nie..kalau nak keluar dia keluar jer..kalau kena marah nanti pandai-pandai laa settle..sama gak kalau nak ajak awek keluar..cuba elakan guna ayat "Kalau saya nak ajak awak tengok wayang boleh tak" dan gunakan "Jom kita keluar tgk wayang esok"...

Jadi Pemimpin
Kalau korang in group cuba untuk jadi pemimpin atau sekali sekala lead group tu..tapi kena hati-hati skit..jangan sampai orang kata korang mementingkan diri..Perempuan suka lelaki yang ade power untuk buat keputusan dari yang asyik ikut orang jer...

Tegas
Jadi seorang yang tegas. Selalu tahu apa yang korang mahu , dan bagaimana untuk mendapatkannya. walaupun tegas jangan lupa untuk bertolak ansur sekali sekala..Relationship perlukan give and take...

Itu antara 5 benda yang korang perlu untuk jadi seorang yang bad boy..yang lain tu semua bergantung kepada situasi dan personaliti awek tu sendiri..5 sikap kat atas nie xda laa nampak Bad Boy sgt tapi sebenarnya nie antara sikap teras sorang bad boy...

Aku tak tahu sejauh mana kebersanan tips kat atas nie..Mungkin ade yang aku terlepas pandang sebab aku pn xde gf kan tapi benda-benda nie adalah hasil dari observation terhadap orang yang ade di sekeliling aku..hehehe..tapi bukan semua perempuan tertarik kepada sifat nakal sorang lelaki..hehehe :)

Regards,
-Strider-

Thursday, February 9, 2012

5 fakta Tentang Lelaki

Hye Readers,

Aku rasa yang perempuan mesti nak tau ape rahsia besar lelaki nie??Lebih-lebih lagi kalau datang dari seorang lelaki..hehehe...Sebelum korang terus membaca biar aku ingatkan bila berkaitan dengan sikap ia kadang kala terletak pada individu..tak semua orang sama...


Benda yang aku dapat nie pun sebenarnya hasil daripada internet..cuma aku summarize supaya senang korang baca dan tak de laa bosan sangat bila baca ayat-ayat formal nie..hehehe..

1: Pornography
- Lelaki dan pornography memang tak dapat dipisahkan..Tak kisah laa dalam ape jua bentuk sama ada tulisan, komik, video atau imiginasi dunia lelaki dan porno boleh dikatakan normal..Sebenarnya kalau mengikut dari sudut saintifik ia berkaitan dengan sikap ingin tahu lelaki....

2: Pengintip
- Lelaki memang stalker...hehe..tapi korang jangan salah anggap plak..Lelaki bukan jenis stalker yang nak bunuh2 orang tu..Okay, memang ade yang macam tu tapi bukan semua..Lelaki biasa akan suka stalk bila dia dah minat kat sorang awek tu..tak kisah la kat timeline twitter ker, wall facebook ker, kat blog ker, pendek kata dia bleh stalk selagi dia boleh..

3: Sekali sukar tolak peluang
- Banyak orng kata lelaki gatal..tapi sebenarnya lelaki nie ade masaalah skit untuk menolak peluang-peluang yang ade..Sebab tu kalau perempuan ajak dating lelaki On jer..sebab dorang susah untuk say no lebih-lebih lagi kalau peluang terhidang..

4: Lelaki Cepat Bosan
-benda nie kalau nak hurai memang panjang lebar tapi perempuan kena ingat..Nature lelaki adalah cepat bosan..Kalau hari-hari call bergayut sampai 2-3 jam jangan terkejut lepas setahun nak call cakap hai pun malas..Bukan tak setia tapi bosan dengan rutin yang sama..

5: Menggoda
- lelaki sebenarnya suka menggoda daripada perempuan..sebab tu sejak dari dulu lagi memang dah jadi nature lelaki mengorat perempuan..zaman sekarang je dah berubah bila perempuan pun da ade yang suka mengorat lelaki..hehehe..

Itulah antara 5 fakta mengenai lelaki..aku rasa ramai yang dah tau..tapi aku jer yang ngada-ngada nak bgtau lagi..hahaha...So kalau ade lelaki berdekatan dengan korang yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas tak payah laa nak pelik-pelik ek..itu sebahagian dari diri mereka..hehehe

Regards,
-Strider-

Thursday, November 10, 2011

Definasi Lelaki Metro sexual

Hye Readers,

Hari ini aku nak cerita pasal Metro sexual..apa itu Metro Sexual???dan definasi yang betul untuk Metro Sexual nie...

Sebenarnya perkataan ini wujud semenjak tahun 1994..dan pada masa itu perkataan Metro Sexual ini diambil dari perkataan Metropolitan + Heterosexual*..Ia mula digunakan oleh Mark Simpson dalam artice beliau yang bertajuk The Independent..

Biar Baju Kotor Janji Rambut Stylo
Kalau tak silap aku Mark Simpson nie merujuk yang Metro sexual ini adalah lelaki bujang yang tinggal di bandar dan banyak menghabiskan masa untuk bershopping dan menjaga keterampilan diri..Seperti Heterosexual, Metro guys tertarik kepada perempuan dan bukannya gay..tetapi ade yang melebel Metro guys nie gay..bab tu aku tak sure...

Selain tu metro guys juga mengikuti perkembangan dunia fesyen(lelaki yang terkini)..Pendek kata kalau Armani Exchange(AX) keluar jaket baru..dorang nie antara orang-orang yang akan tahu dahulu..Jangan terkejut kalau dorang juga orang-orang yang pertama untuk memakai design-design yang mulanya nampak pelik tapi bila dah lama-lama nampak lawa...

Antara contoh-contoh Metro guys yang korang kenal adalah David Beckham,Brad Pitt, Ryan Seacrest dan mungkin beberapa artis hollywood lain..(Artis Malaysia pun ade) Dorang ini antara nama-nama yang mula-mula dikaitkan dengan Metro Sexual..

Metro Sexual ni adalah seorang yang amat menjaga keterampilan mereka..Dorang leh rasa tak selesa kalau ade yang tak kena dengan penampilan..kalau nak cerita fesyen atau designer label dorang laa tempat yang sesuai untuk lelaki..

Pendek kata Metrosexual nie stylo laa...tapi bukan semua perempuan minat dengan Metro Sexual ini, ade yang sesetengah suka yang nampak naughty, ade yang suka nampak selekeh dan akhirnya bergantung pada citarasa masing-masing..

Bagi aku Metro Sexual nie is not a gay at all walaupun ade yang kata mereka nie gay..sebab way back in 1994 perkataan ini diambil dari heterosexual..Jadi kalau ade yang label korang atau bf korang Metro Sexual just take it as compliment..maksudnya korang atau bf korang da saing-saing Beckham..hahaha

*Heterosexual = Seorang lelaki yang tertarik pada wanita sebagai pasangan.

Resource: Wikipedia 

p/s: Aku definitely bukan Metro sexual...haha

Regards,
-Strider-


Friday, September 30, 2011

Get a Life!!!

Hye Readers,

Hari ini aku nak citer pasal pengalaman aku naik pengangkutan awam..Actually aku pergi balik keja naik LRT jer sbb kawasan rumah aku dekat ngan LRT dan tempat keje aku plak betul-betul dekat dengan Stesen LRT..So sepanjang aku kerja nie banyak laa ragam orang yang aku tengok..

Kali ini aku nak citer pasal lelaki..lelaki yang aku sendiri pun tatau nak kata cammana..nak kata dia nie sex maniac rasa macam normal jer..so aku dengan sendiri mengketegorikan mereka nie sebagai orang yang xde life atau hidup mereka nie membosankan.. So ape yang dorang buat sampai aku cakap camtu??ceritanya camnie..

one day time aku on the way pergi kerja aku berdiri sebelah ade satu group lelaki nie…takde laa ramai Cuma dlm 2-3 orang jer..samai satu stesen ade sorang awek naik LRT..awek tu nak kawa lawa yang WOW tu de laa sangat tapi cute jugak laaa..dari raut muka, cara dressing dan belahan rambut dia menunjukan dia nie seorang student lagi dan maybe on the way nak gi class..

So..what happen is budak-budak lelaki nie bleh whispering to each other citer pasal budak pompuan nie..kalau citer pasal awek tu cun ke stylo ke, comel etc xpe laa..its acceptable..tapi kalau da smpai guna dirty words(Lucah) yang aku pun tak sampai hati nak tulis itu da kira melampau..sampai boleh plak membayangkan situasi kalau ade hubungan sex dengan awek tu…

Awek tu de laa seksi sangat..pakai baby-t ngan jeans jer..Cuma ketat skit laa kot sampai nampak susuk tubuh tapi itu bulah alasan untuk mamat tu nak baik berahi..Aku rasa kalau awek tu pakai short dress mau meleleh air liur dorang dalam tren tu..da macam monyet tak pernah tengok pisang da gelagat dorang tu..

So nak salahkan perempuan gak ker??Kalau itu memang salah dia pun sebab pakaian dia tu tak menutup aurat tapi itu antara pompuan tu ngah Allah S.W.T laaa..Aku tak nak salahkan sangat pompuan sebab lelaki camni bile pompuan pakai dressing yang dorang suka mula la imiginasi tu bermain di kepala..pakai baju kurung pun belum boleh tentu stop this type of guy..

So end up lepas kena jelling and dorang pun perasan yang dorang punya whisper(bisik) tu tak berapa nak whisper dorang closed the topic..dalam hati nak je aku tanya dengan semua pompuan ke korang imagine camtu tapi itu kang da cari gaduh namanya..awk tu pun bukan aku kenal..hehe..

So that all for now..aku pun nak kena buat keje lain so next time ade masa aku write about sumthing..satu sebab aku suka naik public transport ialah pelbagai ragam manusia kita leh tengok..yang kelakar pun ade yang pelik pun ade..tapi next time laa aku citer..”Hasta Luego”

Regards,
-Strider-

Thursday, September 29, 2011

Curang (Part 2)

Hye Readers,


Dulu aku pernah buat entry pasal curang kan, so ini adalah sambungan dari part 1..kepada yang nak baca part 1 boleh klik sini..Kali ini aku nak share ngan korang cara untuk mengelak diri daripada terlibat dengan situasi macam nie..

1. Elakkan berurusan dengan berlainan jantina - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada kaum sejenis..Seperti contoh klu aku tak tahu nak edit sumthing its better aku mintak pertolongan dari seorang lelaki daripada seorang perempuan..takut nanti bleh tangkap feeling..hehehe

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang yang berlainan jantina, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil.Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

3 Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara juga antara salah satu benda yang boleh membuatkan seseorang tertarik terhadap kita..

4. . Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team campuran. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

dan satu lagi jika perlu untuk buat discussion buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional..Itu antara beberapa tip yang aku dapat olah dari internet..

Pendek kata benda nie semua datang dari diri sendiri..Kalau baru bercinta itu boleh laa lagi nak kata “keep option open” tapi yang dah kawin tu ingat laa..tanggungjawab anda berat..baik lelaki atau wanita..so until my next entry!!!

Regards,
-Strider-