Hye Readers,
Setelah weekend yang busy minggu lepas tadi aku ada bw kat blog
Jna...dia masih belum update entry baru lagi melainkan pengalaman dia dan orang bunuh diri..Kalau rasa nak baca (
Klik Sini). Sebenarnya dari hari tu aku rasa nak update entry nie tapi tak sempat nak tulis..
Kita track back kes bunuh diri yang terbaru iaitu kat Times Square hari itu(
Klik Sini) ...Rata-rata orang komen mesti kenapa harus bunuh diri hanya kerana cinta??Well, since mangsa dah meninggal dunia jadi kita tak akan tahu kenapa sebab sebenar dia terjun..
Tapi tahukah anda sebenarnya kes bunuh diri tak terjadi atas satu faktor tunggal..Dalam kebanyakkan kes bunuh diri, mangsa mempunyai pelbagai jenis masalah terkumpul yang berlaku serentak seperti putus cinta, masalah ekonomi, masalah berkaitan penyakit, masalah jenayah, mengelakkan rasa malu dan pelbagai lagi..
Apabila semua masalah diatas datang secara serentak dan mangsa sudah tidak mampu lagi berfikir, maka mangsa akan berfikir yang bunuh diri mampu menyelesaikan masalah mereka..apa yang diperlukan mangsa perlu ialah satu sebab sebagai pencetus untuk mereka membunuh diri..
Aku berpendapat putus cinta mampu menjadi pencetus sebab apabila timbul pelbagai masalah orang yang terakhir yang kita akan pergi adalah keluarga dan orang yang kita sayangi..Jika keluarga tidak mengendahkan tambahan orang yang kita sayang pun tinggalkan kita kepada siapa lagi nak mengadu nasib?
Oleh sebab itu jangan laa kita beranggapan kita tak akan membunuh diri akibat cinta kerana kita tak dapat meramal masa depan..Mungkin sesetengah orang boleh survive akibat ditinggalkan kekasih tapi kalau masalah yang bertimpa melanda diri, lepas tu kena tinggal plak dengan kekasih mungkin anda akan berfikir untuk menamatkan riyawat korang..
Dari segi agama yang islam sudah tentu tahu hukum hakamnya tetapi if im not mistaken, kristian dan yahudi juga melarang perbuatan membunuh diri ini..Moral of the story, selesaikan masalah anda satu persatu supaya korang tak tertekan suatu hari nanti dan mengambil tindakan tidak bermoral ini...
Regards,
-Strider-