Showing posts with label International. Show all posts
Showing posts with label International. Show all posts

Monday, May 23, 2016

#1481 - Bahaya Tolak Cinta Seseorang

Hye Readers,

Pembunuhan Kejam, Gadis, Cangkul
Gambar credit: Siakapkeli

Adakah bahaya untuk menolak cinta dari seseorang? Mana datangya bahaya jika kita menolak cinta dari seseorang? Sebenarnya benda ini sangat subjective mengikut penilaian psikologi seseorang itu. Ada yang dapat menerimanya dengan hati terbuka dan ada juga yang tidak dapat menerimanya dengan baik sekaligus mampu bertindak diluar batasan.

Aku ingin mengambil contoh kes crime on passion yang terjadi di indonesi baru baru ini dimana seorang gadis 19thn dirogol dan kemudian mati dibunuh dengan kejam menggunakan cangkul oleh 3 orang suspek masing masih dinamakan Imam Alias, 24, Arif Alias, 24, dan Rai, 16 tahun yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah

Aku ingin tekankan yang entry ini bukan untuk menyalahkan mangsa dan jauh skali untuk membela tertuduh. Bagi aku tindakan kejam macam itu tak seharusnya berlaku walaupun apa skali alasan yang diberi. 

Berbalik kepada fakta kes berkenaan, kejadian jenayah kejam itu berlaku bermotifkan dendam dan sakit hati, menurut laporan berita (klik sini) ketiga-tiga suspek sakit hati dengan mangsa atas alasan mereka sendiri iaitu Arif adalah kerana sering diejek hodoh, Rai pula kerana menolak ajakannya untuk bersetubuh manakala Imam kerana cintanya ditolak.

Ketiga-tiga pelaku berpakat memperkosa mangsa dan menurut polis, ketiga-tiga mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya mengenali mangsa. Jadi dimana datangnya bahaya menolak cinta sesorang tu?

Bahayanya datang apabila kita menolak cinta mereka dan pada masa yang sama mengguriskan hati mereka sama ada dengan sengaja atau tidak. Ini kerana dalam keadaan yang teramat kecewa seorang yang mempunyai tahap psikologi yang lemah mampu melakukan sesuatu diluar batas normal.

Walaupun ada yang berkata ayat "kamu terlalu baik untuk saya" merupakan ayat rejection yang lapuk namun bagi aku ayat rejection yang berbentuk begitu masih relevan kerana ia masih berunsurkan positif.

Jika kita lihat kembali kepada sejarah pembunuhan yang pertama di muka bumi ini juga merupakan pembunuhan crime of passion apabila Qabil membunuh Habil yang merupakan saudaranya sendiri kerana hasratnya untuk memperisterikan saudara kembarnya Iqlima tidak tercapai.


Regards,
-Strider-

Friday, May 20, 2016

#1480 - 4 Teori Eygpt Air MS 804

Hye Readers

Semalam dunia dikejutkan dengan berita kehilangan sebuah pesawat Eygpt Air yang berlepas dari Paris ke Cairo. Setakat ini masih belum ada apa apa berita rasmi tentang nasib sebenar pesawat tersebut tetapi teori pengganas terus sahaja menjadi teori yang popular di kalangan media barat.




Ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Kebangsaan (FSB) Russia, Alexander Bortnikov berkata semalam, pesawat EgyptAir yang mungkin terhempas di Laut Meditteranean berkemungkinan besar berpunca daripada tindakan pengganas. Dia bagaimanapun tidak menjelaskan bukti bagi menyokong teorinya. 

Walaubagaimanapu terdapat 4 teori lain yang mungkin menimpa pesawat terbabit antaranya ialah:-

1) Penyeludupan Bom
- Mengikut statement Egyptian Aviation Minister Sherif Fathy kebarangkalian teori serangan pengganas adalah besar jika dibandingkan dengan kerosakan teknikal. Pengganas mungkin telah berjaya menyeludup masuk bahan letupan ke dalam pesawat sebelum berjaya diletupkan. 

2) Ancaman Orang  Dalam
- Antara berita yang aku baca dari CNN, ancaman dari orang dalam (krew airport dan airlines) juga antara teori yang diambil kira. CNN juga melaporkan yang siasatan akan dijalankan terhadap pekerja lapangan terbang, krew pesawat dan juga mereka yang mempunyai akses kepada pesawat terbabit.

3) Kerosakan Teknikal
- Setakat apa yang aku baca, teori ini merupakan teori yang paling jarang disiarkan oleh media barat. Ini disebabkan tiada panggilan kecemasan yang dilaporkan oleh juruterbang sepanjang perjalanan persawat tersebut sebelum ia terhempas. Juruterbang juga telah melaporkan mereka dalam keadaan yang baik dan ceria lebih kurang setengah jam sebelum pesawat itu hilang dari radar,

4) Faktor Juruterbang.
- Seperti yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines MH370, faktor juruterbang juga akan disiasat. Menurut Egypt Air Kapten pesawat terbabit dikatakan mempunyi 6725 flying hours termasuk 2101 untuk pesawat Airbus 320. Pembantu juruterbang pula dikatakan mempunyai 2766 flying hours. Mereka berdua mempunyai banyak pengalaman mengendalikan pesawat dan kebarangkalian untuk mereka melakukan pilot error adalah tipis. Setakat ini ada 2 insiden kapal terbang terhempas yang berpunca dari tindakan sengaja juruterbang iaitu pesawat German Wings pada Mac tahun lepas dan juga pesawat Egypt Air sendiri iaitu pesawat Boeing 767 pada 1999.

MS804


Setakat apa yang aku baca dari berita-berita yang ada, masih belum ada apa apa kenyataan rasmi tentang nasib pesawat tersebut. Walaupun terdapat dakwaan bahawa pesawat terbabit terhempas di Laut Mediterranean namun belum ada bukti yang sahih tentangnya.  

Pesawat yang terbang pada ketinggian 37000 kaki dikatakan membuat pusingan 360 darjah sebelum turun kepada ketinggian 15000 kaki dan hilang dari radar pada ketinggian 10000 kaki. 

Itulah antara laporan yang aku baca melalui media barat. walaupun banyak yang menjerumus kepada tindakan pengganas namun ianya hanya sekadar teori sehingga bangkai pesawat tersebut dijumpai dan siasatan dapat dijalankan.

Regards,
-Strider-

Artikel Berkaitan

#1479 - Pesawat Eygpt Air Hilang Dari Radar

Thursday, May 19, 2016

#1479 - Pesawat Eygpt Air Hilang Dari Radar

Hye Readers,



Sebuah pesawat Egypt Air MS804 yang berlepas dari Paris ke Kaherah dilaporkan hilang dari radar, Perkara ini telah disahkan oleh syarikat penerbangan itu menerusi Twitter sebentar tadi. Penerbangan itu berlepas dari Paris pada jam 11.09 malam waktu tempatan dan dijangka tiba 3 jam dan 45 kemudian.
Pesawat Airbus 320 itu dikatakan membawa 59 penumpang dan 10 crew terbang pada ketinggian 37,000 kaki (11,280 meter), hilang dari radar 80 batu (130 km) sebelum ia memasuki ruang udara Eygpt.



Mengikut Ahmed Adbel Naib Pengerusi Egypt Air, tiada "distress call" diterima dari pesawat terbabit dan pasuan mencari dan menyelamat telah dikerahkan untuk mencari pesawat yang hilang terbabit. Kapten pesawat terbabit dikatakan mempunyi lebih 6000 flying hours termasuk 2000 untuk pesawat Airbus 320.

Regards,
-Strider-

Wednesday, August 6, 2014

#1461 - Yahudi Itu Bijak, Jangan Kita Terperangkap.

Hye Readers,

Pertama sekali aku nak mintak maaf kalau ada yang tersinggung dengan entry aku kali ini. Mungkin pendapat korang berbeza dan mungkin pendapat aku berbeza. Semalam ada seseorang cuba ecudate aku pasal kenapa kita perlu boycott Mcd. Mungkin sebab dia nampak aku macam lebih kepada pro Mcd kot.


Susulan dari itu, dia bagi aku screenshot ini sambil berkata adakah aku tak tercabar dengan kenyataan Israel Defence Force (IDF) ini. Sebenarnya sedikit pun aku tak tercabar kerana aku tahu Israel nie bijak dan pandai memperdayakan orang.Mungkin  budak tu cepat terpengaruh kot.

Aku ambil contoh Mcd laa paling senang. Walaupun tiada bukti conclusive yang mengatakan Mcd memberi bantuan kewangan terhadap tentera zionis, Kita tetap ingin memboikot Mcd kerana atas pelbagai alasan. Aku bagi satu contoh yang senang dah mudah difahami. Siapakah pemilik Mcdonalds dekat Malaysia ini? Ia dimiliki oleh orang Malaysia sendiri.

Jadi kalau kita berjaya memboikot sehingga Mcdonalds (M) tiada lagi cawangan di dalam Malaysia siapa yang rugi?Kita sendiri yang rugi dan bukan kerana tak dapat makan burger tetapi orang Malaysia yang berkait rapat dengan Mcdonalds akan rugi seperti:-

  1. Pemilik Franchice dari Malaysia
  2. Pembekal Ayam Halal 
  3. Pembekal daging Halal 
  4. Pembekal sayur-sayuran.
  5. Pekerja restoran yang kehilangan pekerjaan
  6. Pekerja Corporate Mcdonalds (M)
  7. Penerima bantuan Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC)


Itu antara 7 golongan yang rugi andaikata kita boikot Mcdonalds sampai lingkup. Jadi apa kaitan dengan cerita ini dengan kenyataan IDF tadi? Cuba baca dah pahamkan corporate info Mcdonalds yang korang boleh baca kat sini

  • McDonald’s is the world’s leading quick service restaurant chain with more than 34,000 restaurants worldwide, serving more than 69 million customers daily in over 100 countries. In Malaysia, McDonald’s serves over 13 million customers a month in more than 250 restaurants nationwide
Kalau tengok jumlah restaurant Mcdonalds seluruh  dunia, dan dibandingkan dengan jumlah restaurant di malaysia, kita hanya memegang 7.3% jer restaurant mcdonalds. Jadi secara logiknya, adakah 7.3% itu mampu memberi perubahan besar kepada perniagaan Mcdonals (assuming dorang beri bantuan kewangan kepada zionis)

Jadi betul laa kata IDF tu, setakat 7.3% yang mereka hilang tu tak mendatangkan kerugian kepada mereka sebaliknya kita sendiri yang rugi. Walaupun Mcdonalds (M) tidak memberi bantuan kepada Zionis, mereka masih mempunyai ramai lagi negara bersekutu yang akan menghulurkan bantuan.

Oleh itu, boikot lah dengan bijak dan jangan terlampau mengikut nafsu. Ada pelbagai lagi cara untuk kita membantu rakyat palestin yang benar-benar memerlukan bantuan seperti bekalan ubat-ubatan, pakaian, dan  lain-lain. Jadilah seorang yang realistik dalam menghulurkan bantuan.

Akhir sekali aku minta maaf kalau ada yang terasa dengan entry ini, bukan niat nak mempertahan Mcdonalds apatah lagi Israel tapi aku sebenarnya seorang yang realistik dalam menghulurkan bantuan. kepada yang ingin membantu rakyat palestin korang boleh lawat facebook Aman Palestin dan lihat bagaimana anda boleh membantu.

Regards,
-Strider-

Monday, July 21, 2014

#1455 - MH17 Alih Tumpuan Masyarakat Daripada Gaza

Hye Readers,

Aku rasa pasti ramai yang dah tahu berita tradik yang menimpa MAS apabila sebuah pesawatnya #MH17 yang dilaporkan hilang sebelum didapati terhempas berhampiran dengan sempadan Ukraine dan Rusia. Kejadian malang yang menimpa itu pasti menarik perhatian dunia apatah lagi ia bukan sekadar kemalangan biasa tetapi seperti satu tindakkan terrorism.

Coverage yang melibatkan kemalangan itu sudah tentu tinggi kerana ia melibatkan sebuah pesawat Malaysia juga rakyat Malaysia. Sebelum kejadian itu, tumpuan negara teralih kepada GAZA yang sedang diserang teruk oleh rejim Zionis. Kejadian ini juga menjadikan ada yang merasakan tumpuan rakyat kita teralih kepada MH17 dan coverage untuk Gaza semakin berkurangan.



Gambar diatas merupakan satu petikan yang kononnya dikatakan milik Tun Dr M yang sering berlegar di whatsapp, twitter dan facebook.. Sebenarnya aku tak percaya yang quote itu dikeluarkan oleh Tun Dr M kerana aku rasa quote itu milik orang lain yang menggunakan gambar Tun Dr M sebagai pelaris qoute itu.

Penulis quote itu jelas tidak mengambil tahu tentang isu antarabangsa jika ia mengatakan yang perhatian dunia telah beralih dari Gaza ke sempadan Ukraine - Rusia iaitu tempat terlibat kemalangan MH17. Semalam dalan IG aku, sempat aku share protest rakyat United Kingdom terhadap keganasan Israel.

Jangan dilupakan ini merupakan petikan akhbar antarabangsa.

Malah bukan sahaja di London, perkara yang sama juga berlaku di kebanyakkan bandar bandar besar lain seperti Paris, Chicago, San Francisco, Sydney, Vienna dan banyak lagi. Gambar gambar yang korang bakal lihat dibawah ialah koleksi demonstrasi di seluruh dunia terhadap kekejaman Israel kepada Palestin.








Setelah melihat gambar-gambar diatas, adakah anda merasakan yang Yahudi berjaya untuk mengalih perhatian masyarakat terhadap apa yang berlaku di Gaza kepada konflik Ukraine dan juga Russia? Jika anda rasa ya, ini bermakna anda dan hanya segelintir sahaja berfikiran begitu kerana bagi aku, aku masih boleh fokus kepada isu Ukraine-Rusia dan Israel - Palestin dalam masa yang sama.

Sebenarnya aku kurang mengambil perhatian tentang berita dunia tetapi jika korang kata konflik Ukraine Rusia merampas "headline" apa yang berlaku di Gaza, ingatlah bahawa sebelum ini Gaza juga telah mencuri "headline" konflik Ukraine dan Russia.

Regards,
-Strider-

Thursday, July 10, 2014

#1450 - 5 Gambar Penceroboh Padang Sepanjang Piala Dunia 2014

Hye Readers,

Piala Dunia sememangnya menjadi perhatian dunia. Tak kira walau dimanapun ia diadakan pasti berjuta-juta mata akan tertumpu kepada kejohanan ini. Bagi sesetengah orang, ia juga merupakan satu masa tang terbaik untuk mendapat perhatian dunia, sama ada untuk diri sendiri mahupun tujuan lain.

Untuk kali ini sekali lagi aku akan share dengan korang semua gambar-gambar penceroboh padang (pitch invaders) sepanjang Piala Dunia 2014 yang bertempat di Brazil ini.


Pemain Ghana mengiringi seorang penonton keluar dari padang ketika perlawan menentang  Jerman di Caselao Arena Fortaleza pada 21 Jun 2014



Tidak diketahui apa yang diperkatakan oleh penonton itu tetapi pemain Perancis Olivier Giroud kelihatan ketawa apa seorang penonton ditangkap oleh Marshall ketika pertemuan dengan Switzerland 20 June 2014



Muller meminta seorang penonton meninggalkan padang ketika perlawanan bertemu Amerika Syarikat



Steward berjaya menangkap seorang peminat ketika perlawanan suku akhir diantara Brazil dan Colombia pada 4 Julai 2014


Seorang peminat diiring keluar dari padang ketika perlawanan antara pasukan Jerman bertemu Algeria

Itu adalah 5 gambar yang sempat dirakamkan sepanjang Piala Dunia ini. Untuk perlawanan final nanti masih tidak diketahui ada tak lagi peminat yang buat perangai nak masuk padang. Tapi apa yang penting mereka telah menjadi tumpuan buat sementara waktu ketika Piala Dunia.

Regards,
-Strider-

Thursday, June 26, 2014

#1440 - Ireland Negara Paling Taat Kepada Ajaran Islam

Hye Readers,

Hampir seminggu rasanya aku tak update apa-apa kat sini, bukan sebab tiada apa nak update tapi kesibukan dengan komitmen lain kadang kala membataskan diri. hari ini aku nak story pasal negara Ireland, iaitu negara yang baru dinobat sebagai negara yang paling taat mengamalkan ajaran Islam (klik sini)

Bukan setakat  Ireland jer tapi negara-negara seperti  United Kingdom Dan Amerika Syarikat Juga Berada di kedudukan yang lebih baik jika dibandingkan dengan kesemua negara Islam di bawah Persatuan Kerjasama Islam (OIC) seperti gambarajah dibawah. Malah ahli tertinggi OIC dalam senarai tersebut merupakan Malaysia pada 33, manakala Arab Saudi dan Qatar masing-masing menduduki tangga 93 dan 111

Menurut Hossein Askari, seorang Profesor dari Universiti George Washington di Amerika Syarikat merupakan salah satu daripada dua penulis indeks Islamicity bersama-sama dengan Scheherazade S. Rehman, memberitahu bahawa kesemua negara dinilai melalui bagaimana mereka menggunakan pengajaran dari Al-Quran ke dalam kehidupan masyarakat.

Mungkin satu hari nanti kita akan dapat memberbaiki ranking kita dan seterusnya menjadi negara Islam yang menduduki tangga teraatas. Pada pendapat korang laa kan, apakah sebab negara yang bukan Islam mendapat ranking yang lebih tinggi? Adakah kerana mereka minoriti jadi mereka lebih menghargai ajaran islam?

Regards,
-Strider-

Thursday, June 19, 2014

#1437 - Berakhirnya Lagenda Bolasepak Spain

Hye Readers,

Juara Dunia, Spain (Sepanyol) mencatat satu keputusan mengejut apabila tewas buat kali kedua berturut-turut kali ini di tangan Chile 0-2 awal pagi semalam. Keputusan itu juga bermakna mereka gagal untuk melangkah ke pusingan kedua.

Sepanyol pula menjadi juara bertahan ketiga gagal layak ke pusingan seterusnya selepas Perancis pada 2002 dan Itali (2010).  Aku sendiri tidak meletak harapan yang tinggi bagi pasukan Spain pada  Piala Dunia ini tapi tak menyangka mereka akan keluar lebih awal.

Selaku peminat Spain aku memang kecewa dengan apa yang berlaku tapi terpaksa menerima hakikat bahawa Spain gagal mempertahankan kejuaraan mereka. Kekalahan itu juga bermakna, berakhir sudah legasi hebat La Roja yang mendominasi pentas bola sepak dunia bermula dengan menjuarai Kejohanan Eropah 2008, Piala Dunia 2010, sebelum mempertahankan gelaran Eropah pada 2012.

Kegagalan ini juga merupakan pintu keluar bagi beberapa pemain lagenda yang mungkin tidak akan bermain bersama Spain di dalam major tournament selepas ini seperti Xabi Alonso (32) Xavi (34) Casillas (33) David Villa (32).

Memandangkan Spain dah beli ticket balik semalam,, jadi aku belanja korang  beberapa keping gambar selepas kekalahan mereka kepada Chile.








Selamat jalan sepanyol dan semoga mereka boleh tampil dengan skuad pelapis yang lebih mantap untuk kejohanan EURO 2016 nanti. 

Regards,
-Strider-

Monday, March 10, 2014

#1374: MH370 - Perbuatan Orang Tidak Bertanggungjawab

Hye Readers,

Last week entry aku banyak berkisar pasal Ultras Malaya dan Hanez Suraya tetapi pada hari sabtu lepas, negara dikejutkan dengan berita mengenai kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airline System (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing China.

Aku rasa hampir semua orang tahu mengenai kes ini jadi tak perlu la aku cerita kembali apa yang berlaku. Tapi apa yang menyedihkan, ada juga mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan benda-benda yang tidak sahih dan status-status yang langsung tidak menjaga sensitiviti dan perasaan keluarga/rakan penumpang MH370


Zed Zaidi merupakan antara orang yang pertama aku perasan memuatnaik status yang tidak bertanggungjawab ini. Susulan dari tweet ini, Zed Zaidi telah pun memohon maaf kepada rakyat Malaysia namun terlajak perahu boleh diundur, terlajak taip, kena printscreen laa nampaknya.


Aku tak tahu ini account milik siapa tapi nampak gayanya dia cuba untuk mendahului maklumat-maklumat yang diperoleh daripada wartawan.


Ini pun sama macam kes kat atas, baru tengok laporan yang belum disahihkan oleh CNN dah pandai-pandai buat kesimpulan sendiri.


Printscreen ini aku jumpa online jugak. tapi yang ini lebih kepada koleksi mereka yang tidak mempunyai hati dan perasaan dan juga taksub politik.


Naga Merah ini pulak tak pasal-pasal kena tipu ngan kawan dia. Ntah apa yang mereka nampak dalam laut tu terus kait dengan  MH370. Tapi ada sedikit tanggungjawab disitu apabila dia suruh tunggu pengumuman rasmi MAS.


Gadis ini menerima kecaman hebat daripada pengguna twitter sehingga khabarnya dia sudah menutup account twitternya. apa yang menarik adalah komen seorang rakanya yang meminta dia supaya tidak mengaitkan Allah s.w.t dalam tweet yang berunsur fitnah ini.


Ramai antara pengguna social yang marah lebih kepada Abby Abadi melalui printscreen di atas. Ketika family/friends MH370 sedang susah hati, comment mati dalam keadaan bermaksiat itu dianggap tidak sesuai kerana kita sendiri pun tak tahu apa yang terjadi pada MH370.


Kesimpulan
Sehingga kini nasib mengenai penumpang dan anak kapal MH370 masih belum diketahui. Pihak MAS dan juga pihak berkuasa sedang sibuk dalam usaha mencari pesawat terbabit. Apa yang diperlukan oleh kaum keluarga dan sahabat handai MH370 ialah semangat dan sokongan daripada kita.

Oleh yang demikian sebagai seorang pengguna media social adalah menjadi tanggungjawab kita untuk tidak mempersendakan/mempolitikan kejadian ini. Cuba bayangkan apa perasan kita jika salah seorang mereka yang berada didalam MH370 merupakan orang yang kita sayangi.

Regards,
-Strider-

Monday, December 9, 2013

#1294 - Rusuhan Di Little India

Hye Readers,

Aku baru balik daripada menonton filem Captain Philips dan ingat nak buat review pasal movie tu. Tapi niat itu aku tangguhkan sebentar untuk memberitahu tentang satu kejadian rusuhan yang berlaku di Little India Singapura pada ahad malam lebih kurang pukul 9.25 tadi.

Mengikut laporan The Straits Times lebih kurang 200 orang telah merusuh dalam kejadian tersebut. Mengikut sumber tidak rasmi kejadian tersebut berlaku apabila seorang warga Bangladesh telah dilanggar oleh sebuah bas yang menimbulkan kemarahan penduduk sekitar.

Keadaan  disana dikatakan kecoh sehingga ada kereta polis itu digulingkan dan dibakar. Polis mengesahkan bahawa "insiden" yang berlaku di persimpangan Jalan Race Course dan Hempshire Road. Jom tengok beberapa keping gambar yang dihantar melalui twitter oleh orang ramai.







Pihak polis anti rusuhan telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengawal situasi daripada menjadi lebih buruk. Pihak polis Singapura juga menasihati orang ramai supaya tidak mendekati kawasan yang telibat dengan rusuhan. Kalau korang nak tengok video bus yang dirosakkan oleh perusuh (klik sini)

Setakat ini dulu berita yang aku boleh sampaikan untuk korang semua. Esok dan lusa mungkin aku tiada di hadapan PC kerana menghadiri training tapi aku ade menyediakan auto published entry and aku akan kembali menjeguk korang pada waktu malam.

Regards,
-Strider-

Wednesday, November 13, 2013

#1242 - (10 Gambar) Taufan Haiyan Melanda Filipina

Hye Readers,



Malaysia boleh dikatakan bernasib baik kerana tidak berada di dalam laluan Taufan Haiyan ini. Walaubagaimana pun negara jiran seperti Filipina mengalami kemusnahan teruk akibat dari keganasan taufan Haiyan yang melanda negara itu beberapa hari yang lepas.

Taufan Haiyan merupakan taufan ketegori lima dan bergerak dalam kelajuan 245 batu/sejam. Pihak berkuasa berkata, di bandar Tacloban, Leyte, sahaja, 10,000 kematian direkodkan dan 2/5 daripada mangsa merupakan kanak-kanak

Tiada kata-kata yang boleh aku gambarkan dekat sini jadi aku biarkan gambar gambar Reuters ini berkata-kata.


Kapal kargo terdampar empat hari selepas taufan super Haiyan melanda bandar Anibong.


Terdesak: Bayi menangis ketika dia dipegang oleh ibunya seorang penduduk Filipina yang beratur untuk menaiki pesawat C-130 iaitu pesawat tentera di lapangan terbang selepas taufan memusnahkan bandar Tacloban


Pembersihan: Polis dan tentera kakitangan mengalihkan mayat dari jalan-jalan di Tacloban ketika mereka cuba untuk memulihkan keadaan di sana


Mangsa: Anggota badan adalah hanya sebahagian kecil daripada jumlah mayat yang ditemui akibat taufan dan laporan mengatakan kubur besar (mass grave) telah dipenuhi dengan beratus-ratus mayat.


Kanak-Kanak ini masih mampu tersenyum sambil meminta bantuan tanpa daripada mereka yang sudi.


Gadis muda ini menyeberangi kawasan sekolah yang merupakan tempat perlindungan sementara untuk berpuluh-puluh keluarga selepas kemusnahan yang ditinggalkan oleh Taufan Haiyan


Usaha Menyelamat: Unit Reaksi Khas Filipina menyertai tentera dalam usaha mencari mayat mangsa yang masih selamat akibat Taufan Haiyan


Kematian: Polis Filipina mengasingkan berpuluh-puluh beg mayat mangsa korban akibat  ribut dahsyat di Tacloban


Cuba Korang bayangkan apa perasan melalui kawasan yang dipenuhi dengan mayat yang ditinggalkan selama 2-3 hari? Itulah yang dialami oleh mereka yang terselamat.


Kanak-kanak menunggu bantuan perubatan di  Guinan iaitu salah satu bandar yang musnah di wilayah timur Samar. Kebanyakkan kanak-kanak telah dihanyutkan oleh banjir, dihempap di bawah timbunan bangunan yang runtuh dan cedera akibat serpihan berterbangan.

Itu merupakan beberapa gambar yang mampu aku kongsikan dekat sini. Setakat ini Kerajaan Malaysia akan menyalurkan bantuan tunai AS$1 juta (kira-kira RM3 juta) kepada Filpina dalam tempoh terdekat bagi membantu mangsa taufan Haiyan di negara itu. 

Regards,
-Strider-