Thursday, August 18, 2011

Pak Pandir Makan Mc'Donalds

Hye Readers,

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper... maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung... sedang dia berfikir datang seorang lelaki
lingkungan 30'an ditepinya... Ahmad namanya... Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..

Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: bagi Big Mac satu...

Ahmad: Air...Bagi air coke yer...
Pak Pandir: Air...Bagi air coke yer...

Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir... namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer... ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)
Pak Pandir : ooo yer cik...bagi ash-tray satu yer...

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...
Ahmad : hoi...yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah...takder otak ker?

Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:
Pak Pandir: Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?

Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ...

Regards,
-Strider-

Wednesday, August 17, 2011

Mana Mak????

Hye Readers,

Lama daa since last aku on9 and update blog..bulan puasa nie FB pun aku update ala kadar jer sebab sibuk nak cari duit raya..hahaha..Kali ini aju ade satu citer yang aku nak share ngan korang..citer dia agak menarik laa tapi sape penulis dia aku tatau laa plak sbb aku dapat nie pun dari e-mail..jom kit baca..hehe

Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak….semuga ianya tidak berlaku kepada kita ya………..

"Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

 Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.


Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.


Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,


"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.


Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

So pada anak2 yang memang duduk jauh dari mak tu rajin-rajin laa bertanya khabar ek..moga cerita ini dapat mendidik kita utk menjadi anak yang lebih perihatin..pada yang rasa nak share citer nie dipersilakan....hehe..

Regards,
-Strider-

Friday, August 12, 2011

Siapa Mary

Hye Readers,

Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar.....tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yg
terpinga2.....bertanya.....

"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....si isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Mary'....si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary....dgn tenang si suami menjawab.... ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam.....namanya Mary.....si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur.....

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba..si isteri menjawap...."kuda awak
telefon!!".....

P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat atau lebih baik jangan menipu.. :)

Regards,
-Strider-

Thursday, August 11, 2011

Tuesday, August 9, 2011

All Women Should Read This


WHEN THEY SAY THEY WANT A "GOOD MAN".......

HE'S NOT PERFECT...U AREN'T EITHER...
AND THE2 OF U WILL NEVER B PERFECT.
BUT IF HE CAN MAKE U LAUGH AT LEAST ONCE,
AND IF HE ADMITS TO BE HUMAN AND MAKING MISTAKES,
HOLD ON TO HIM AND GIVE HIM THE MOST U CAN.
HE ISN'T GONNA QUOTE POETRY,
HE'S NOT THINKING BOUT U EVERY MOMENT,
BUT HE'LL GIVE U A PART OF HIM,
THAT HE KNOWS U CAN BREAK.

DON'T HURT HIM,
DON'T CHANGE HIM,
AND DON'T EXPECT MORE THAN,
HE CAN GIVE.


SMILE WEN HE MAKES U HAPPY,
YELL WEN HE MAKES U MAD,
AND MISS HIM WEN HE IS NOT THERE.

LOVE HARD WEN THERE IS LOVE TO BE HAD.
BECAUSE PERFECT GUYS DON'T EXIST,
BUT THERE'S ALWAYS 1 GUY
TAT IS PERFECT FOR U

.............................................. BOB MARLEY ........................................


Ape Reaksi Anda??




APABILA BOSS ANDA DATANG DAN BERJUMPA DENGAN ANDA!

DAN BERKATA........

TAHUN INI TAK ADA KENAIKAN GAJI UNTUK STAFF!

TAHUN INI TAK ADA TRIP KE MANA-MANA UNTUK STAFF!

TAHUN INI TAK ADA BONUS UNTUK STAFF

TAHUN INI ADA STAFF YANG AKAN DIBERHENTIKAN KERJA KERANA 

TAK ADA  PERMINTAAN BARANGAN SYARIKAT KITA!

ANDA ADALAH DIANTARA STAFF YANG AKAN DIBERHENTIKAN!

Apakah reaksi  anda?

V
V
V
V
V
 .. nak tengok reaksi anda!
scroll ke bawah
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V



Regards,
-Strider-

Monday, August 8, 2011

Jendela Hospital

Hye Readers,

Di dalam bilik sebuah hospital terdapat 2 orang pesakit yang masing-masing mengalami penyakit yang serius. Salah seorang dari mereka yang katilnya terletak bersebelahan dengan jendela bilik tersebut perlu duduk pada setiap petang. Manakala pesakit yang seorang lagi terpaksa berbaring sepanjang masa. Mereka sering bersembang tentang pelbagai cerita.

Setiap petang pesakit di sebelah jendela akan sentiasa menceritakan kepada rakannya keindahan yang dilihatnya di luar melalui jendela itu.Rakannya sentiasa merasa bertenaga dan ceria apabila membayangkan keindahan yang diceritakan sambil memejamkan mata dan membayangkan suasana dan pemandangan yang indah permai itu. Jendela ini mengadap sebuah taman tasik yang sungguh indah yang dikelilingi pepohon dan bunga-bunga yang berwarna-warni. Pemandangan di sana saujana mata memandang.Masa terus berlalu.

Pada satu pagi, jururawat bertugas telah mendapati bahawa pesakit yang bersebelahan jendela itu telah meninggal dunia dalam tidurnya. Dengan rasa sayu jururawat itu telah memindahkan mayat pesakit itu ke bilik lain. Beberapa hari selepas itu, pesakit yang kini keseorangan meminta izin jururawat agar beliau dipindahkan ke katil yang di sebelah jendela itu. Jururawat itu memenuhi permintaannya.


Setelah itu, pesakit tadi dengan perlahan-lahan mengangkat badannya untuk melihat pemandangan di luar jendela yang pernah diceritakan oleh rakan sebiliknya dahulu. Setelah melihat keluar jendela itu beliau bingung kerana jendela itu sebenarnya mengadap sebuah dinding batu yang kosong. Beliau hairan dan bertanya kepada jururawat bertugas. Apakah yang telah mendesak rakan saya untuk menceritakan semua keindahan dan keajaiban yang berlaku di luar jendela ini sedangkan jendela ini hanya mengadap sebuah dinding kosong? Jururawat itu menjawab, sebenarnya rakan awak itu buta dan tidak dapat melihat apa-apa walaupun dinding itu. Mungkin dia hanya ingin memberi awak kekuatan dan kata-kata perangsang! Kegembiraan yang kita rasakan akan berlipat ganda, apabila kita menggembirakan orang lain.

Cerita aku aku dapat dari e-mail baru-baru nie..agak best jugak la cerita ini bagi aku..moralnya  walaupun orang tu dalam ketegori kurang upaya(buta) tapi dia masih mampu memberi semangat kepada orang lain..bagaimana pula kita??bila last kita beri semangat kepada orang lain??hehe..till my next entry!!!

Regards,
-Strider-

Thursday, August 4, 2011

Wednesday, August 3, 2011

15 Rahsia Wanita Yang Anda Perlu Tahu


Hye Readers,

Aku ade dapat email nie..da lama jugak laa tapi aku lupa da share ke blum ngan korang..bile baca balik aku tersenyum sendiri sambil terpikir betul ke suma nie??ape pendapat korang??

     1.     Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda.

Regards,
-Strider-

Wordless Wednesday: Waterfalls Are Made Entirely of Ice

Hye Readers,


Info:

Capture By   : Sisse Brimberg and Cotton Coulson
Status         : Married for 28 Years
Location       : Artic Ocean

Regards,
-Strider-

Pernah Naik Harley`s

Hye Readers,

Dua orang pemuda sedang asyik naik kereta,tiba2 sebuah motor harley davidson
memintas kereta mereka dan penunggangnya berteriak,"aloo..bro!korang pernah
naik harley ke belum?"dan kemudian meluncur laju.

"hampeh mamat tu!baru naik harley dah sombong!kita kejar!"kata pemuda yang
memandu."jom!"balas temannya.

mereka memecut dan berhasil memintas harley.tak lama kemudian,harley
tersebut berhasil memintas lagi,dan penunggangnya berteriak,"bro!korang
penah naik harley tak?"dan harley itu meluncur laju meninggalkan kereta
kedua pemuda itu.

"ampeh!berlagak....eksiden baru padan muka!"jerit pemuda yang memandu kereta
tersebut.

rupanya di suatu selekoh tajam,harley tersebut memang kemalangan dan
penunggangnya dihempap motor.setelah tahu yang terlibat itu ialah harley
yang berlagak tadi kedua orang pemuda itu berhenti dan menghampiri
penunggang tersebut.

"bro..korang pernah naik harley tak ehh...?"kata penunggang harley sambil
menahan sakit.

"hoh!kau ni dah eksiden macam nipun masih nak berlagak lagi ya?apa yang kau
nak haa?"kata salah seorang pemuda itu.

lalu penunggang harley itu pun menjawab,"maksud aku,aku nak tanya kalau
korang pernah naik harley...boleh la bagitau ku kat mana BREK moto nih!"

Regards,
-Strider-

Tuesday, August 2, 2011

1st Tragedi di Bulan Ramadhan

Hye Readers,

Petang tadi ketika aku meronda di sekitar Kampung baru berlaku satu tragedi atau kemalangan di salah satu Bazar Ramadhan di Kampung Baru..Kemalangan nie telah menimpa salah satu peniaga kat situ dan ia bukan kemalangan jalanraya..

Kemalangan berlaku apabila tangan salah seorang peniaga telah termasuk ke dalam mesin tebu..korang suma penah tengok macam mana rupa mesin tebu??bayangkan kalau tangan korang yang masuk kat dalam tu..

Kemalangan tu tak jadi kat depan mata aku sebab time aku datang mangsa da di bawa ke hospital dan yang lain da mula membersihkan kawasan berkenaan..walaupun tak jadi depan mata tapi terbayang-bayang gak laa setiap kali aku tengok mesin tebu..aku harap benda-benda camni tak menimpa kat sesiapa yang berniaga di Bazar Ramadhan..

So, itu je laa dulu aku nak cerita kat korang buat masa nie..aku pun ade tugas lain yang perlu dilaksanakan..hehe..(cam bagus2 plak strider nie)..till my next entry…

Regards,
-Strider-

Menakjubkan!!!!

Hye Readers

Ini adalah  Diga del Cingino iaitu sebuah empangan di Itali 



Cuba korang tengok betul-betul . . . . Nampak tak bintik-bintik hitam kat dinding empangan?


Okay..sekarang kita tengok dengan lebih dekat bintik hitam tu.. . . .


Dan kalau tak caya jugak sebelum nie tengok pada jarak dekat plak..


yep. . . itu laa satu makhluk yang aku pun tatau ape nama sedang memanjat dinding empangan tu..hehehe..

Regards,
-Strider-
 

Monday, August 1, 2011

Oh...Ina~

"abg...tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus call balik phone Ina.
Tak berjawab.. Hakim cemas.

Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina.

Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapakkerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu.

Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.Bila masuk sekolah pun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga...

Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Inayang terjumpa surat itu waktu menyemak buku se callah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya diaterpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam.

Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak.. Dia berdoa jika rumah Ina dimasukiperompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan.

Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.
Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina.

Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina.. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis.

Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.
Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina.

 Ina masih dalam sendu. "hu...hu..." Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"Hu..hu"Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina.Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini.Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi.

Hahahahaha…

Regards,
-Strider-