Hye Readers,
Apa khabar semua???Aku rasa ini akan menjadi post aku yang terakhir untuk 2012 kerana berdasarkan apa yang telah dirancang aku mungkin tak sempat untuk buat lagi satu entry sehinggalah tahun 2013..Kali ini aku nak cerita pasal tahun baru.
Ini bukan cerita pasal sambutan tahun baru ataupun pengalaman menyabut tahun baru tapi lebih kepada pendapat aku tentangnya..Tahun Baru sebenarnya hari biasa jer cuma angka tu yang berubah. Ia merupakan pertukaran hari yang biasa.
Kita selalu menggunakan Tahun Baru sebagai kayu pengukur pencapaian kita dalam masa setahun. Ade juga yang menjadikan Tahun Baru sebagai permulaan untuk mencuba sesuatu yang baru which is a good thing sebenarnya. Sekali sekala kita kena cuba benda yang baru.
Tapi tahun baru bukan lah butang untuk reset semua yang terjadi sebelum nie. Masalah yang korang hadapi pada tahun ini belum tentu akan hilang pada tahun depan. Tapi semua masalah boleh diselesaikan kalau kena dengan cara. tak perlu tunggu tahun baru untuk selesaikan.
Anyway Selamat Menyambut Tahun baru kepada korang semua tanpa mengira berapa lama dah korang baca entry mengarut aku...Mohon maaf laa kalau ade entry aku yang mengguris hati korang semua..Hopefully tahun hadapan aku akan dpt buat entry yang lebih memberi info kepada semua..hehehe :D
Akhir sekali, sama ade korang menyambut dengan bercuti, menyaksikan konsert, balik kampung halaman atau mendengar ceramah-ceramah agama pesanan aku tetap sama untuk semua, "Be safe on and off the road" Jumpa lagi tahun hadapan...
Regards,
-Strider-