Wednesday, May 22, 2013

#1122 - Buruk Baik Ibu Tetap Ibu

Hye,


Kebelakangan ini banyak aku baca cerita pasal Afiq Muiz..Cerita pasal dia, ibunya dan kekasihnya Eyna Azman memang banyak sampaikan Ayu Jean pun dah muak membacanya...Aku tau AJ bosan melalui luahan twitternya...hehehe

Tapi hari ini aku tertampil nak buat entry sebab aku ade baca luahan hati Afiq yang berkata dia lebih rela mati dari hidupnya disumpah oleh ibunya...Isk..isk...Sekali baca macam statement orang tak cukup agama plak..Ilmu agama aku pun tak tinggi mana tapi aku tahu yang itu tak sepatutnya kuar dari mulut seorang anak.

Bagi aku ibu dan bapa ialah segala-galanya dalam dunia ini..Kalau nak kira pengorbanan dia mengandungkan kita dan membesarkan kita memang tak terbalas.Tanyalah mana-mana perempuan yang pernah melahirkan anak..pelbagai dugaan melanda diri...

Dari rasa mual-mual 3 bulan bertama sehinggalah bertarung nyawa ketika melahirkan kita ibu tak pernah mengadu pada kita sebaliknua Ibu tetap bersabar bahkan gembira, kerana menyangka Ibu akan melahirkan seorang anak yang akan memberi kebahagiaan dan membelanya...

Sepatutnya sebagai seorang anak Afiq haruslah tampil menjadi pembela pada ibunya...Aku mengaku kekadang mungkin ada tindakan yang kita rasa betul tapi tidak disukai ibu tapi itu bukan alasan untuk kita memusuhi ibu..

Jika kita rasakan Ibu ada kekurangan....kitalah yang tampil melengkapkannya..Jika kita rasa Ibu keras dan kasar....kitalah yang tampil melembutkannya..Jika kita merasakan Ibu tersasar..kitalah yang tampil membetulkannya.

So itu je laa entry aku pasal kali ini..sebenarnya entry ini bersifat general cuma aku gunakan kes Afiq ini hanya sebagai contoh sahaja...Akhir kata kekasih akan bersilih ganti...tapi ibu tak akan mungkin ade pengganti sampai kita mati.

Regards,
-Azlan-

18 comments :

  1. Jangan jadi anak derhaka sudah la...

    ReplyDelete
  2. huhu,..siapa pun kita siapa pun ibu kita..kita kena juga hormat mak..jangan agungkan kekasih hati..jangan bangga bila dah berjaya takut hidup tak diredhai sebab tak hormati mak ..

    ReplyDelete
  3. Memang memuakkan Lan......
    Letih bila sana sini cite diorang je.......
    Hehehehe...

    ReplyDelete
  4. Kena kembali kepada asas.

    Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu.
    Kemurkaan ibu adalah kemurkaan Allah.

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan entry ni..Pada saya tak semua orang sempurna tapi ni ibu. Tuhan pun ada bagitau kedudukan ibu tu tinggi. Pada saya tak kisahlah dia salah ke atau betul dia tetap ibu. Apa yang berlaku semua bersebab. Moga hubungan mereka kembali pulih.

    ReplyDelete
  6. senang ceta la yer kita xkan tau mcm mana si afiq ni rasa unless kita yg kena so baik berdiam
    http://long-cham.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. sangat setuju dengan pendapat anda....


    saya pon sedih gak bila dapat tahu hal family..sampai diketahui umum... (hanya Allah dan mereka yg terlbat sahaja yg mengetahui hal sebenarnya)

    afiq perlu cari masa..bersendirian..untuk bermuhasabah diri..renungi balik apa yg telah beliau luahkan/lepaskan apa jua perkataan terhadap ibu beliau... belajar balik ilmu... buruk camne sekali ibu kita... jgn diluahkan sesuatu yg mengguris hati ibu....

    ReplyDelete
  8. betul...ibu yang melhirkan,suap kita mkaan,basuh kencing berak,tak payah nak pertikaikan kenapa ibu selalu marah kita..

    ReplyDelete
  9. serius, aku memang tak (tak nak) kenal siapa dia ni...

    ReplyDelete
  10. Betul tu, ibu tak boleh tukar ganti. Mcmmana dia, kita mesti terima dgn baik.

    ReplyDelete
  11. kita sebagai org luar , tak tahu conflict sebenar . kita tak tahu juga sikap afiq dlm familynya bagaimana . cuma , apa pun yg ibu buat terhadap anaknya , itu hak dia . walaupun si ibu melakukan perkara yg di luar batas keibuan , syurga tetap di bawah kakinya ...

    ReplyDelete
  12. semoga kisah ni menjadi iktibar kepada semua :)

    ReplyDelete
  13. malas jugak baca pasal muiz nie.. aeek lg penting dr ibu. ish2

    ReplyDelete
  14. btul2..as anak..kena jaga hati ibu..bincang elok2..tak perlu mengaibkan dpn org ramai..ishk2.. ^^

    ReplyDelete
  15. kerana cinta dia sanggup buat mcm ni kan..ish ish ish

    ReplyDelete
  16. Saya pun sedih baca kisah afiq ni. Dunia akhir zaman...nice n3.

    ReplyDelete
  17. Baik buruk, tetap ibu <-- ikut tajuk entry awok ;)

    Setuju sangat ! hihihi

    P/s : Lama tak jelajah blog ni. Yeah, masa jelajah bermulaaa !!

    ReplyDelete