Friday, January 10, 2014

#1335 - Pelajar Sekolah Mula Berdemo

Hye Readers,


Sepanjang 2-3 tahun ini pelbagai jenis dan bentuk demonstrasi yang dapat kita saksikan. Daripada demo dari pihak politik, NGO dan yang paling terbaru ialah pelajar sekolah di kawasan Bagan Dato, Perak. Mereka berdemo bersama ibu bapa kerana membantah kenaikkan harga bas di kawasan mereka.

Mengikut apa yang aku baca dari pertal Malaysiakini  pengusaha bas sekolah mengenakan bayaran sebanyak RM 44.85 bagi seorang pelajar di kawasan estet berbanding sebelum ini RM 32 sebelum ini dan ini sudah tentu membebankan ibu bapa yang terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana.

Korang boleh baca lanjut mengenai berita tersebut dekat link yang telah aku beri. Mengapa ini semua berlaku? Ianya sudah tentu kerana kos sara hidup yang semakin lama semakin meningkat. Sebenarnya pihak berwajib harus pandai memainkan peranan dalam isu ini supaya tiada lagi demonstrasi yang akan dilakukan di tempat lain. 

Aku rasa ini merupakan salah satu cara supaya penduduk kawasan terbabit dapat memberitahu kepada rakyat Malaysia apa yang sedang berlaku di kawasan mereka. Aku sebenarnya berminat untuk melihat bagaimana pihak berwajib menangani isu-isu sebegini?

Adakah rundingan akan dijalankan dengan pengusaha bas sekolah? Adakah satu kadar baru tambang akan diperkenalkan mengikut jarak? atau ada alternatif lain bagi menyelesaikan isu harga bas sekolah ini? Ini hanya merupakan satu masalah terpencil yang jika tidak dibendung mampu merebak ke seluruh negara.

Regards,
-Strider-

26 comments :

  1. Bila rakyat bawahan dah keluar melakukan tunjuk perasaan atau berdemo macam ni, barulah orang atas nak buka mata. Kalau tak senyap je. Nak lagi best buat besar-besaran. Penduduk kawasan luar bandar macam tu mestilah terasa bebanan dengan kenaikan harga macam tu kan.

    ReplyDelete
  2. aku antara yang tak setuju dengan segala macam mak nenek yang naik sekarang. tapi bila budak sekolah ikut berdemo, macam tak kena pulak...

    ReplyDelete
  3. hm.. kalau lah kan the governmnt think first before they imply any decision.
    sampaikan budak2 pun dah terasa kesan

    ReplyDelete
  4. hm.. kalau lah kan the governmnt think first before they imply any decision.
    sampaikan budak2 pun dah terasa kesan

    ReplyDelete
  5. Dua kali fikir tidak boleh nak salahkan pengusaha bas jugak. Mereka pun terkena bahang barang naik kesan subsidi dikurangkan.

    ReplyDelete
  6. tidak mustahil ianya akan berulang di tempat lain juga.. pihak yang berkenaan perlu buat sesuatu..

    ReplyDelete
  7. Mmg kenaikan skrng membebankan bnyk pihak.. kena cari jln lah mcmmana nk kurangkan tekanan rakyat ni.. thanks sharing Strider

    ReplyDelete
  8. Kesian..bila semua kos naik..contohnya petrol..tentulah pengusaha bas akan naikkan tambang juga...:( :(

    ReplyDelete
  9. omg :O
    gila kentang ah.
    Budak sekolah demo?
    Uh oh what gonna happen next hmmmm i wonder
    *garu dagu*

    hehehhehe
    thanks share ni bro!!!

    ReplyDelete
  10. bila rakyat sudah bersuara..eh pembetulan..bila pelajar sudah bersuara..hasilnya tunggu dan lihat bagimana pkara ini di hendlekan .......dek desakan pningkatan taraf hidup?

    ReplyDelete
  11. ini kampung teman nie.. baru baca info ini.. tq bro..

    ReplyDelete
  12. nampaknya gomen kena masuk campur nih . kat sini pun driver bas dah mention nak naikkan pada april nanti . masalahnya , pengusaha bas sekolah ni naikkan tambang ikut pukul rata jer ... semoga ada penyelesaian yg lbh baik ... topup ikea .

    ReplyDelete
  13. Tahun 2014, tahun berdemo... banyak demo means rakyat tak happy, semuanya bermula daripada kenaikan harga petrol tahun lepas... lepas tu domino effect smua pun naik, out of control, hutang bertambah, duit tak bleh nak simpan... setiap hari ada org jatuh bankrupt... speechless, kalau takde apa2 backup plan mmg kiok... serioushit it's happening...

    ReplyDelete
  14. ada yang akan menjadikan demo ini sebagai modal berpolitik. nantikan.

    ambil yg jernih buang yg keruh. kesian pada mereka yg berpendapatan rendah, bagaimana ingin menampung hidup?

    ReplyDelete
  15. kadang2 bila harga barang naek, pihak yg xde kena mengena sgt pun tumpang naek harga skali utk ambil kesempatan.

    ReplyDelete
  16. kesian dia orang..now everyone speak up...they learned form the adults kan..

    ReplyDelete
  17. Salam sabtu & Test Your speed & churp-churp ya..

    ReplyDelete
  18. di Indonesia juga banyak pelajar yg suka demo

    ReplyDelete
  19. itu demo kenapa pakick? demo kenaikan harga bas yaa???

    ReplyDelete
  20. kalau semua benda nak naik entah mcm mana la kehidupan nnti kan..kesian kat org yg berpendapatan rendah.. *sigh*

    ReplyDelete
  21. tgk 1 naik semua akan ikut naik..huhu smpkan budak sekolah pun dah berdemo..acaner tu..:P

    ReplyDelete
  22. hahaha.. student skolah pun nk berdemo..

    ReplyDelete
  23. agak2 la nk naik pun.. spttnya kena bincang dgn PIBG sekolah.. bkn nek sesuka hati..

    ReplyDelete
  24. kt bandar pun dh cekik darah skrg ni.. lebih baik naik bas rapid je. hehe

    ReplyDelete
  25. Bila keperluan asasi dinaikkan kosnya... inilah akibatnya...

    ReplyDelete