Thursday, June 16, 2016

#1489 - 5 Sebab Anda Perlu Melawat Melaka

Hye Readers,

Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia merupakan salah satu daripada negeri yang tertua di Malaysia. Daya tarikan pelancung ke Melaka kebiasaanya disebabkan oleh faktor sejarah negeri itu sendiri sehingga diberi nama jolokan Melaka Bandaraya Bersejarah.

Diisytiharkan sebagai ‘Melaka Maju’ pada 20.10.2010 tumpuan pelancong ke Melaka bukan hanya kerana faktor sejarah tetapi terdapat beberapa sebab lagi mengapa Melaka harus dijadikan sebagai salah satu destinasi pelancongan. Jika anda tidak minat pada sejarah, berikut merupakan beberapa sebab mengapa anda harus melancong ke Melaka. 

1)  THE SHORE SKY TOWER




The Shore Sky Tower merupakan salah satu daripada tarikan pelancong di Melaka. Walaupun ia bukan concept Sky Tower yang pertama di Malaysia, tapi apa yang menarik ialah anda akan dapat menikmati permandangan laut serta Bandaraya Melaka dari ketinggian 163meter. Terletak pada tingkat 42 The Shore Shopping Gallery, tempat ini semestinya tempat yang berbaloi untuk dikunjungi.

*Picture Kredit : Facebook The Shore Sky Tower


2) BUSTEL MELAKA



Bustel, merupakan salah satu konsep penginapan yang lain dari yang lain. Berasal dari perkataan Bus + Hotel, Bustel merupakan tempat penginapan yang agak pelik kerana mereka telah mengubahsuai Bus untuk dijadikan tempat penginapan. Setiap bas juga mempunyai kemudahan asas seperti hotel lain, ini termasuk penghawa dingin, tandas berserta shower dan juga flat screen TV, Bagi mereka yang ingin menginap di sini, anda boleh singgah di Bustel yang terletak di Klebang, Melaka.

Credit Picture: Bustel Klebang


3) SG MELAKA RIVER CRUISE





Melaka River Cruise juga merupakan antara destinasi menarik yang menjadi tumpuan para pelancong. Menyusuri Sungai Melaka menggunakan bot merupakan antara tarikan tempat ini. Dengan bayaran serendah RM15 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak, Melaka River Cruise sedia beroperasi untuk anda dari 9.00 pagi hingga 12 tengah malam.

4) DATARAN 1 MALAYSIA KLEBANG


Pic Credit : http://alamcahaya-hr.blogspot.my/
Dataran 1 Malaysia Klebang ini merupakan pantai awam yang terletak di Klebang. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini aialah aktviti pandai dan juga menaiki kereta kuda. Untuk pengetahuan anda, Klebang juga terkenal dengan Coconut Shake dan jika anda tidak tahu nak menginap dimana, Bustel juga terletak berdekatan dengan tempat ini.

5) FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA.

Melaka, Sungai, Festival, Vacation


Festival Antarabangsa Sungai Melaka merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Sungai Melaka. Untuk edisi 2016 ini festival ini akan berlangsung pada 1 September 2016 hingga 18 September 2016. Ini merupakan waktu yang terbaik untuk melawat Melaka kerana sepanjang tempoh berkenaan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Pada  tahun 2015 sebanyak 42 aktiviti termasuk 10 yang melibatkan penyertaan antarabangsa telah diadakan. 

Acara lain yang dijangka turut menjadi tumpuan ialah perlumbaan perahu naga, bot kawalan jauh, maraton antarabangsa Sungai Melaka, beca berhias, persembahan kesenian dan kebudayaan etnik Cina, safety bike ride, persembahan dondang sayang belia dan pertan­dingan memancing. Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai festival ini anda boleh mengikuti facebook rasmi festival ini iaitu Festival Antarabangsa Sungai Melaka

Itulah antara beberapa sebab mengapa anda perlu menjadikan Melaka sebagai salah satu destinasi pelancongan anda. Aku mungkin akan turun ke Melaka bagi menyaksikan sendiri kemeriahan Festival Antarabangsa Sungai Melaka yang merupakan penganjuran yang ke 10.

Regards,
-Strider-

Wednesday, June 8, 2016

#1488 - Etika Di Bazar Ramadhan

Hye Readers,

Gambar Hiasan
Bazar Ramadhan atau Pasar Ramadhan merupakan salah satu tempat yang popular sepanjang bulan ramadhan di Malaysia ini. Hampir setiap negeri dan daerah mempunyai bazar yang mampu menarik jumlah pengunjung yang ramai.

Namun disebalik kemeriahan bazar ramadhan, aku perasan masih ada orang yang kurang mempunyai etika ketika di bazar ramadhan dan yang paling tak boleh diterima, ia datang dari umat islam sendiri. Sebenarnya terdapat beberapa etika di bazar ramadhan yang perlu dipatuhi. Ia bukannya undang-undang tetapi lebih kepada kesedaran sivik. Antara etika yang aku nak share ngan korang ialah:- 

1) Pakai pakaian yang sesuai.
- Ini biasaya terjadi pada golongan wanita. Kalau nak berkunjung ke bazar ramadhan, silalah pakai pakaian yang sesuai. Seluar pendek dan legging tu amatlah tak sesuai dipakai dibazar ramadhan. Aku bukan nak jadi ustaz blogger tapi at least hormatlah pada mereka yang sedang berpuasa mata, telinga dan lapar dahaga..

2) Parking di tempat yang betul.
- Bukan anda seorang sahaja yang lapar dan perlu sampai ke rumah tepat pada masanya. jadi kalau anda ingin singgah ke bazar ramadhan pastikan anda parking di tempat yang tidak menggangu lalu lintas walaupun untuk sekejap sahaja.

3) Beratur dengan sopan.
- Salah satu benda yang aku perasan kalau pergi kat gerai-gerai yang famous, kadang kala ada orang yang jenis tak reti nak beratur, adakah memang perangai semulajadi dia begitu atau dia tak tahu nak mula dari mana. Kalau ada rezeki anda pada hari itu, insyallah dapat laa juadah yang anda nak beli. Kalau takde rezeki, anggaplah ia sebagai satu ujian anda dibulan puasa.

4) Jangan ambil makanan guna tangan
- Baik pembeli atau peniaga, elakkan mengendalikan makanan dengan tangan. Bayangkan apa perasaan orang kat belakang kalau ko dah pegang-pegang makanan tu tetiba tak jadi beli? Bagi peniaga pulak jagalah sensiviti pembeli. Bukan semua orang jenis tak ambil kisah dengan pengendalian makanan guna tangan. 

Itulah antara beberapa etika yang perlu diambil kira ketika kita mengunjungi bazar ramadhan. Etika ini sebenarnya hanyalah sebagai panduan untuk kebaikkan bersama. Selamat beramal dan selamat berpuasa.

Regards,
-Strider-


Monday, June 6, 2016

#1487 - Salam Ramadhan

Hye Readers,

Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua pembaca blog ini yang beragama islam. Setiap kali ramadhan tiba, ibadat berpuasa diwajibkan bagi umat islam yang sudah baligh. Kebiasaaya bulan Ramadhan juga digunakan oleh umat islam sepenuhnya untuk menambah amal ibadah mereka.

Ibadah puasa bukan sahaja bermaksud kita menahan lapar dan dahaga tetapi ianya lebih kepada ujian kita untuk mengawal nafsu. Tidak tertakluk kepada makan minum pada waktu tengah hari sahaja tetapi nafsu ketika membeli juadah berbuka puasa juga harus diambil kira.

Setiap kali ramadhan juga, terdapat beberapa aktiviti yang akan menjadi popular. Ini disebabkan aktiviti tersebut tidak dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Antara aktiviti tersebut ialah:-

Tarawih, Sunat, Ramadhan
Pic Credit : Utusan
1) Solat Tarawih
- Ini merupakan signature bagi bulan ramadhan. Walaupun ianya merupakan solat sunat, tapi ramadhan seakan tidak lengkap tanpa solat sunat tarawih.


2) Bazar Ramadhan
- Bazar Ramadhan ini lebih kurang macam pasar malam dekat kawasan rumah anda. Tapi apa yang menarik tentang bazar ramadhan ialah ia merupakan satu bazar dimana semua orang akan akan membeli juadah pada tempoh yang sama (lebih kurang 1-2 jam sebelum berbuka)

Pic Credit: Mysumber.com
3) Buffet Ramadhan
- Setiap kali ramdhan juga, banyak hotel/restoran akan menyediakan pakej buffet yang menarik. Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk membuat gathering/reunion dengan mengadakan majlis berbuka puasa.

Itu antara 3 aktiviti yang berlaku pada setiap ramdhan. Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang dijalankan pada bulan ramadhan nie seperti tadarus Al-Quran, moreh, ceramah-ceramah agama dan tak lupa jualan-jualan murah menjelang syawal.

Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan bagi pembaca blog ini. Semoga ramadhan kali ini akan menjadi ramadhan akan memberi manfaat dan menjadi ramadhan yang lebih baik daripada yang lepas.

Regards,
-Strder-

Friday, June 3, 2016

#1486 - Cara Untuk Hilangkan Stress Dengan Mudah

Hye Readers,



Stress merupakan salah satu simptom yang tak boleh dipisahkan daripada manusia. Setiap orang boleh mengalami stress atas sebab yang berbeza seperti keluarga, kewangan, cinta, kerjaya dan lain lain. 

Stress sebenarnya boleh dielakkan dan kali ini aku nak kongsikan dengan korang cara yang boleh membantu korang hilangkan stress dan ianya boleh dilakukan hari-hari setiap kali korang stress. korang boleh pilih beberapa cara berikut mengikut kesesuaian personaliti masing masing.

1) Dekatkan diri dengan Tuhan.
- Bagi mereka yang bergama islam, membaca al quran sebenarnya boleh membantu korang untuk menghilangkan stress. bagi mereka yang bukan beragama islam, korang boleh baca apa apa kitab mengikut agama yang anda anuti. 

2) Berjalan
- Definasi berjalan ini bukan bercuti tau. Walaupun bercuti tu dapat menghilangkan stress tapi kalau setiap hari nak pergi bercuti boleh bangkrap dibuatnya. Cuba ambil sedikit masa dan pergi berjalan di taman-taman berhampiran rumah anda. Selain dari menyihatkan badan, ia juga memberi ketenangan.

3) Meditasi
- Ini cara yang jarang aku gunapakai tapi orang kata ianya salah satu bara yang baik bagi menghilangkan stress. Fokus pada pernafasan anda dan cuba bayangkan tempat yang membuatkan anda gembira. Cuba tarik nafas sebanyak 6 saat dan hembus kembali selama 7 saat. Cuba ulang kembali langan tersebut untuk beberapa kali dan semua bebas dari memikirkan benda yang stress.

4) Muzik
- Kadang kala, bila aku stress, muzik serba sedikit membantu aku untuk menghilangkan stress, cuba dengar kepada lagu-lagu yang boleh memberi anda ketenangan. Muzik juga kekadang boleh membantu kita untuk memotivasikan diri.

4) Coklat
- Mengikut apa yang aku baca (klik sini) coklat antara makanan yang membantu untuk menghilangkan stress. Tapi anda perlu berhati hati kerana terlebih makan boleh membuatkan anda obesiti. 

5) Ubah Fokus
- Jika anda sedang mengalami stress tentang sesuatu perkara, cuba ubah sekejap fokus anda daripada masalah tersebut. Sebenarnya ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengalih fokus anda kepada masalah yang sedang dihadapi.(untuk sementara saja). Ini termasuk dengan membaca buku atau majalah. Kebiasaanya kalau aku stress aku akan luangkan masa sekejap untuk menonton movie dan ianya tak semestinya dilakukan di pawagam.

Ada yang berpendapat bahawa shopping juga boleh menghilangkan stress tapi aku tak galakkan untuk guna cara itu kerana jika ia tidak dikawal, ia mampu memberi anda stress pada hujung bulan. Shopping untuk menghilangkan stress tu boleh dilakukan jika anda seorang yang betul-betul berdisiplin dalam menguruskan kewangan anda secara harian dan bulanan.

Aku harap dengan tip yang diberikan, ia dapat membantu anda untuk menghilangkan stress. Stress kebiasaanya datang dari masalah yang dihadapi dan kadang kala, anda perlu mencari sedikit ketenangan untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Regards,
-Strider-


Wednesday, June 1, 2016

#1485 - Adakah Anda Bersedia Untuk Bercinta Kembali?

Hye Readers,

Cinta adalah salah satu topik yang amat subjecktif kalau nak dikupas. Ini kerana setiap orang mempunyai definasi dan cara mereka untuk mencintai dan dicintai. Bukan semua orang yag gagal dalam percintaan mampu kembali bercinta dengan kadar segera, terutama kepada mereka yang ditinggalkan. 



Jika anda pernah gagal dalam percintaan? adakah anda benar-benar bersedia untuk mencintai dan dicintai? Jika anda masih ragu-ragu dan tidak tahu, mungkin anda perlu tanya soalan ini kepada diri anda sebelum anda mula untuk bercinta.

1) Adakah Anda  Benar- Benar Sudah Bersedia?
- Cinta memerlukan komitmen dari kedua dua belah pihak. Bagi mereka yang sudah lama meninggalkan alam percintaan, adakah sekarang masa yang sesuai untuk bercinta? Adakah lifestyle yang anda jalani sekarang sesuai percintaan anda? Hanya anda mampu menjawabnya.

2) Move On Dengan Kekasih Lama.
Benda yang paling bahaya untuk kembali bercinta ialah jika anda masih belum move on dengan bekas kekasih. Tiada siapa yang tahu jika anda benar-benar move on kecuali anda. Amat tidak adil kepada pasangan kekasih baru anda jika anda masih belum move on dengan kekasih lama anda. Jangan menganiaya seseorang demi kepentingan diri anda.

3) Kenalpasti Masalah Perhubungan Lepas Anda.
- Ini juga merupakan antara elemen yang penting jika anda tidak mahu perhubungan anda tamat separuh jalan lagi. Cuba jangan cari kesalahan ex anda tapi cuba kenali kelemahan anda dan apa yang boleh anda perbaiki supaya masalah yang sama tidak berulang kembali. Tiada manusia yang terlepas daripada melakukan kesilapan termasuk anda.

4) Apakah Jenis Perhubungan Yang Anda Cari?
- Dalam kata lain, sejauh mana anda serius dalam perhubungan baru anda, adakah ia sekadar mengenali hati budi atau anda sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Tak salah sebenarnya jika anda memberitahu potential partner anda bahawa anda ingin bercinta dengannya untuk mengenali hati budi sebelum memikirkan tentang perkhawinan.

5) Apa Yang Diharapkan Dari Pehubungan Baru Ini.
- Jika anda ingin kembali bercinta, apakah yang anda harapkan daripada perhubungan tersebut? seperti contoh, Jika perhubungan anda yang lepas gagal kerana ex anda tidak romantik, adakah pasangan potential anda ini mampu menjadi seorang yang romantik? Pada pendapat aku benda ini elok jika dibincangkan dari awal perhubungan.

6) Ciri Pasangan Baru Anda
- Adakah pasangan baru anda ini mempunyai ciri-ciri pasangan idaman anda. Jika anda mempunyai 10 ciri-ciri pasangan idaman, potential partner anda yang baru ini mempunyai berapa. Adakah dia mempunyai ciri-ciri yang lebih dari pasangan anda yang lepas?

7) Pandangan Keluarga & Teman Mengenai Teman Baru Anda.
- Ini pun sebenarnya subjective tapi tak salah kalau kita mendapatkan pendapat dari keluarga dan kawan rapat anda. Anda tidak semestinya perlu mendengar 100% pendapat mereka tapi boleh jer kalau nak ambil sedikit nasihat mereka untuk dijadikan panduan. Selain dari diri sendiri, siapa lagi yang mengenali anda jika tidak keluarga dan rakan-rakan rapat anda.

8) Adakah Anda Mahu Hubungan Ini
- Anda perlu tanya soalan ini kepada diri anda sebelum anda kembali bercinta. Adakah anda benar ingin bercinta atau ianya hanya dilakukan kerana anda kebosanan pada masa itu. Ada kes dimana kawan aku pernah bercinta dengan sesorang kerana merasa kesian dan tidak sampai hati untuk menolak cinta dari sesorang.

Itu antara soalan-soalan yang anda kena tanya pada diri anda dulu sebelum anda bercinta lagi. Walaupun entry aku ni berkisar tentang apa yang anda mahu, tapi anda kena ingat, bercinta itu adalah kemahuan dari 2 pihak. jadi cuba la bertolak ansur ketika bercinta. Sebab itu laa soalan ini perlu anda tanya sebelum anda ingin memulakan percintaan kembali.

Aku banyak kali nmpak/dengar orang kata "lelaki semua sama" ataupun "perempuan semua sama" dan ini adalah misleading statement. Mereka semua sama atas nama jantina tapi bukan personaliti, sebelum anda kata mereka semua sama, anda perlu tanya adakah mereka semua sama ataupun preference anda yang sama selama ini. Kalau nak baca huraian statement ini (klik sini)

Apa-apa pun aku harapkan korang semua akan bahagia dalam percintaan masing-masing. Carilah kebahagiaan dengan cara anda sendiri dan jangan terlalu mengikut cara orang lain kerana mereka dan anda dalah 2 entiti yang berbeza. 

Regards,
-Strider-