Thursday, March 28, 2013

#1112 - Menyampah Dengan Berita Tv3

Hye Readers,

Lately ramai gak aku dengar orang yang rasa kurang senang bila tengok berita kat TV3 sebab asyik citer pasal politik jer..Tapi tak boleh nak salahkan mereka gak la sebab sekarang tengah musiom politik..Mungkin demand untuk berkisar politik lebih tinggi.

Entry kali ini bukan pasal berita kat Tv3 yang malam-malam tu tapi lebih kepada account twitter TV3..Kenapa aku rasa menyampah pulak???ini sebabnya..


Korang perasan tak hampir kesemua tulisan twitter  nie dalam bentuk Caps Lock??correct me if im wrong tapi kebiasaanya dalam "text ethic" caps lock digunakan untuk 2 perkara iaitu untuk tajuk seseuatu dan juga text ketika marah..

Sebenarnya benda-benda macam ini yang buat aku rasa menyampah nak baca..Rasa macam kena marah plak..hehehe..korang pulak macam mana??ada yang jenis suka guna CAPS LOCK sepanjang masa??hehehe

Sekian Terima Kasih,

Regards,
-Strider-

#1111 - Ucapan Terima Kasih

Hye Readers,

Pinjam Gambar Comel nie dari Google

Cantik pulak nombor posting aku kali ini...hehehe, By the way aku nak ucap terima kasih kepada semua blogger sama ada baru atau yang dah lama connect dengan blog ini kerana memberi semangat kepada aku untuk terus menulis...Lately aku jarang update bukan sebab tiada mood lebih kepada tiada masa lapang...

Hari ini aku nak cerita secara general pasal ucapan terima kasih...Ucapan 2 patah perkataan ini nak simple tapi sebenarnya memberi makna yang besar kepada penerimanya...Berapa ramai di antara masyarakat kita yang kerap mengucapkan terima kasih?

Secara jujurnya aku jenis yang mengamal ucapan terima kasih walaupun ade kadang kala aku terlupa untuk  mengucapkan ucapan tersebut..Ini kerana pada pendapat aku jika kita mengucapkan terima kasih kita akan mendapat layanan yang lebih ikhlas dari orang yang menerimanya..

Jadi hari ini marilah kita ucapkan terima kasih kepada waiter, peniaga, abg polis, security guard, or sesiapa sahaja yang kita juga...Oleh yang demikian biarlah aku mulakan dulu ucapan itu kepada korang yang membaca entry ini..

Sekian, Terima Kasih,

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 26, 2013

#1110 - Perempuan Merajuk

Hye Readers,



Perempuan nie kebiasaannya memang suka merajuk..Sejuah mana dia cool pun tapi kekadang rasa nak merajuk tu mesti ade kan??lebih-lebih lagi dengan orang tersayang...Perempuan merajuk sebenarnya boleh nampak cute tapi hati-hati sebab di awal perhubungan ia boleh menjadikan satu benda yang turn off untuk lelaki..

Aku tak bercakap bagi pihak lelaki tapi lebih bercakap pada diri sendiri..Secara jujurnya aku bukan laa seorang yang jenis pandai memujuk..Pendek kata kalau perempuan merajuk aku reti pujuk secara traditional jer aiitu 3 kali attempt, kalau tak berjaya pujuk aku akan buat tak tahu jer..hahaha

Kekadang aku risau gak one day macam mana kalau aku dapat perempuan yang kuat merajuk??nak pujuk dah laa tak pandai, end up relationship leh end up macam tu pasal merajuk punya hal..Kepada yang perempuan kalau merajuk macam mana cara nak pujuk korang???Lelaki plak ade tips berguna???

Regards,
-Strider-