Zaman sekarang macam-macam gadjet atau device yang kita guna untuk memudahkan kita melakukan tugasan seharian.Aku tak sure aku pernah tulis benda nie dalam blog aku ke tak but aku tulis jer la lagi sekali incase ade diantara korang yang belum baca..
Aku akan bagi korang 2 contoh gadjet yang berguna kepada korang but if it fall into the wrong hand,it can be dangerous.
GPS
- Ade satu cerita yang aku tak sure betul jadi ke tak mengikut cerita tu sebuah family pergi shopping di sebuah kompleks membeli belah dan kereta mereka dicuri..Akibat meletakkan alamat rumah dekat GPS, perompak itu terus menyamun rumah mereka kerana perompak tahu keluarga tersebut sedang membeli belah lagi..
Moral of the story, Jangan letak alamat rumah korang dalam GPS..Cukup laa letak alamat untuk stesen minyak, pasaraya, masjid atau landmark public lain yang berdekatan dengan rumah...Jangan beri peluang dedahkan alamat penuh anda dalam GPS tu..
Phone
- Ini device yang aku rasa semua orang guna..dari phone biasa sampai laa ke smart phone, aku rasa 90 % orang kat malaysia nie menggunakan phone..Pernah terjadi satu cerita yang tidak diketahui betul ke tak but ade pengajaran di situ.
Seorang wanita telah kehilangan beg tanganya..Setelah puas mencari 20 minit kemudian dia call husband dia and bgtau beg dia hilang bersama wallet, kad bank phone etc..Suaminya berasa terkejut kerana mendakwa ade menerima sms dari isterinya bertanyakan tentang no pin dan si suami telah reply..
Mereka berdua terus sahaja melaporkan kejadian tersebut namun bernasib malang apabila semua duit dalam bank tersebut telah dikeluarkan oleh penjenayah..Moral of the story anda tak perlu disclose hubungan anda dalam phone dan yang paling penting, jangan percaya dengan text massage bila melibatkan sesuatu yang penting.
Pengajaran
Apa yang penting dalam dua dua cerita ini adalah pengajaran yang boleh kita pelajari...Mungkin kejadian ini hanyalah rekaan semata-mata tapi benda macam nie tak mustahil berlaku dan sebelum sesuatu yang buruk berlaku baiklah kita amik jalan untuk mencegahnya..
Regards,
-Strider-
Betul..
ReplyDeleteCegah sebelum kena...
Yelah, kena hati2 gini. Teknologi yg kdg2 memerangkap kita..
ReplyDeletesediakan payung sebelum hujan kan bro...
ReplyDelete1. tak perlu rasanya nak set alamat umah kat GPS, umah sendiri kot, takkan bley sesat. hehe
ReplyDelete2. aku pernah baca cite tu dibahagian lawak, tak ingat kat mane, jalan cite pun kurang ingat dah. dan aku rasa cite tu cuma rekaan semata. cuma kite kena la amek pegajaran dia kan. lawak2 jugak..
teknologi d'create utk mudahkan kta tapi kekadang menyusahkan.. :)
ReplyDeletesaya penyimpan no2 penting seperti account bank dalam enset...aiyooo bala2
ReplyDeleteeh betul la... kena cek balik GPS ngan HP ni... bahaya juga ya...
ReplyDelete