Tuesday, March 12, 2013

#1098 - Bila Pelajar Ditipu

Hye Readers,

Mangsa Membuat Aduan (Credit Metro)
Setelah hampir 2-3 hari aku tak update blog, kini aku tampil nak share pendapat aku mengenai satu berita yang aku baca..Before this bukan aku tak nak update tapi disebabkan aku tiada masa yang lapang untuk update entry..hehehe

Hari ini, aku nak share ngan korang satu berita yang aku baca kat Metro tadi tentang seorang pelajar berumur 21 tahun yang telah ditipu secara online sebanyak Rm76,100...Satu jumlah yang banyak untuk seorang pelajar tapi macam mana dia boleh kena tipu??

Ini kerana dia percaya dengan tawaran penjualan iPhone 5 yang sangat murah iaitu bernilai Rm900 seunit..Tak cukup dengan seunit, dia pergi order sampai 75 unit hanya berdasarkan testimoni seorang kawanya yang berjaya membeli 10 telefon bimbit tersebut..

Aku tak paham kenapa dia perlu percaya dengan tawaran yang murah sebegitu??Memang tak dinafikan memang ade barangan yang dijual dengan harga yang jauh lebih murah di luar negara tapi itu berlaloi kalau korang pergi sana beli dan bawak balik seunit untuk diguna pakai.

Aku sebenarnya rasa kesian apabila baca orang kena tipu macam nie tapi bila tengok orang kena tipu pasal benda-benda tak patut nie, tahap kesian aku tu kurang..mungkin sebab aku nampak tiada keperluan untuk seorang pelajar menggunakan Iphone 5 tu..

Ini merupakan satu pengajaran yang berguna untuk pelajar tu dan kepada kita semua..jangan pernah jadikan satu kehendak tu sebagai satu keperluan kerana orang jahat akan sentiasa akan jadikan orang macam nie sebagai mangsa penipuan mereka.

Regards,
-Strider-

9 comments :

  1. Sekarang ni banyak taktik nak menipu tu......
    Cuma kita je kena bijak nilai....
    Harapnya AJ tak terjebak dengan si penipu ni...

    ReplyDelete
  2. banyaknyaaa duit dia sampai order 75 unit. Adeh, sy nk beli barang online harga RM7 pun pikir banyak kali. ahaha. melampau tak?

    P/s :sama la kita busy ja takdan nak update blog

    ReplyDelete
  3. Dia nak jual balik kot..bisnes.
    Tapi mmg tak logik murahnya. Too good to be true.

    ReplyDelete
  4. giler kaya sampai beli 75 unit..tu la jgn percaya sgt menda murah2 nie..huhu

    ReplyDelete
  5. dia nak berniaga ke apa beli sebanyak tuh...banyak wor rugi...

    ReplyDelete
  6. nak beli pun, agak2 lah sampai 75 kan.. apa daa..

    ReplyDelete
  7. tu la.. tak siasat dulu.. kan kne tipu. haha. tak mungkin la orang nk jual i phone 5 murah cm tu sekali . hahaaa

    ReplyDelete
  8. ni mesti niat tak betul ni, sampai 75. giler.. pi la cari kawan yg bagi testimoni tu.. tanya acane dia bley dpt brg tu.. amek detail selengkapnya...

    ReplyDelete
  9. Anak orang kaya.... masih belajar lagi dah ada banyak duit....

    ReplyDelete