Thursday, March 14, 2013

#1101 - Reputasi Teksi Malaysia Semakin Teruk

Hye Readers,

Gambar Hiasan
Reputasi teksi Kuala Lumpur nampaknya semakin teruk dengan kes yang terbaru ini..Ia melibatkan seorang warganegara Amerika yang telah diculik, rompak dan dirogol oleh seorang pemandu teksi.,Mangsa diculik ketika menaiki teksi dari Mutiara Damansara dan bawa sehingga ke Sepang...

Sebenarnya reputasi teksi kat Kuala Lumpur boleh dikatakan teruk oleh mata dunia...Website London Cabs pernah menyenaraikan Malaysia sebagai top 10 dalam perkhidmatan teksi yang teruk.Website tu bukan laa mengambil statistic yang rasmi tapi lebih kepada guideline untuk pelancong.

Pada dasarnya apa yang mereka katakan memang terjadi kat sini seperti tidak menggunakan meter, suka ikut jalan yang jauh bagi mendapatkan bayaran lebih dan juga keadaan teksi Malaysia yang dikatakan telah uzur.

Aku harap agar penjenayah macam dapat diberkas kerana ia mampu membunuh pemandu teksi yang jujur dan amanah terhadap pekerjaan mereka. Kepada wanita diluar sana, berhati-hati lah sebelum menaiki  teksi..Kalau ade something yang mengcurigakan terus jer keluar dari teksi tu tanpa berfikir 2 kali.

Regards,
-Strider-

9 comments :

  1. betul....teruk sangat,takot sangat.

    haritu naik suruh hantar ofis, bukan main cakap kena ikot jalan lain, jalan biasa jem teruk. alih2 jalan dia bawak lagi terukkkk. nak perabih duit org je tau huhhhhh

    tapi ada jugak pakcik yang oke. taxi bersih sangat. passenger seat bahagian depan dia tutup tolak kedepan so kita rasa luas selesa sangat duduk belakang tu. lepas tu siap ada macam2 magazine dia letak..
    satu dalam seribu :)

    ReplyDelete
  2. Takyah pelancong lah Lan...
    Kita yang rakyat Malaysia sendiri pun tak percaya nak naik teksi.....
    AJ fikir jugak, kesian mereka yang ikhlas cari rezeki dengan teksi ni bila kene tempias gara2 pemandu teksi tak berhemah lain..

    ReplyDelete
  3. kerana nila setitik habis susu sebelanga kan bro...

    ReplyDelete
  4. amboih. terus keluar tu tak tahan, tunggu la teksi tu stop dulu.. hehe

    serius ke ade pelancong kena camtu dgn pemandu teksi? pale hotak pemandu teksi tu la.. kalau dtg sini mmg riot ramai2..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ... pengajarannya , bila naik teksi pastikan kita catat / ingat no plat ...

    ReplyDelete
  6. oh..yeke? tak perasan pulak berita ni..huhu..bahaya juga.. kadang2 dah terpaksa naik teksi..nak2 lagi bila sorang2..huhuh..harap suspek dpt dtangkap la..memalukan

    ReplyDelete
  7. Geram betul aku dengan pemandu teksi dekat Malaysia ni.. Walaupun ada yang ok dan baik, tapi kebanyakkan nya aku rasa memang tak ok pun.. Bilalah mentaliti pemandu teksi malaysia ni nak berubah.

    ReplyDelete
  8. jarang sgt sy naik teksi.. kalau naik pun berteman kot..

    ReplyDelete
  9. Hasil siasatan mendapati perogol bukanlah pemandu teksi.. tetapi mencuri teksi dan melakukan jenayah tersebut. Kesian kat abang2 & akak2 pemandu teksi yang sebenar.. sebab diorang nie nama dorang yang buruk.

    Harap2 SPAD cepat2 la melaksana rancangan penambahbaikan perkhidmatan teksi yang telah diumumkan oleh PM baru-baru nie. Teksi 1 malaysia tu pun nampak cantik dan berkualiti. diorang panggil TEKS1M kan.. Klu suma teksi tuka jadi TEKS1M pun bagus gak...

    ReplyDelete