Pembentangan sebenarnya satu benda yang tidak boleh lari dari hidup kita ini. Sama ada kita membuat pembentangan untuk syatikat-syarikat besar, pembentangan ketika belajar, atau pun pembentangan untuk mendapatkan sokongan, pembentangan yang baik harus dilaksanakan supaya kita mendapat input yang terbaik.
Sepanjang aku bekerja aku telah melihat beberapa pembentangan dari pelbagai jenis orang. Ada yang berjaya membuat pembentangan yang menarik dan ade juga yang membuatkan pembentangan mereka itu membosankan. Oleh demikian izinkan aku berkongsi beberapa tips untuk membuat pembentangan yang menarik.
1) Tulisan/Font
- Ini elemen yang paling penting dalam pembentangan. pengunaan font yang salah akan menyukarkan orang lain untuk membaca apa yang sedang berada di atas slide. Untuk keselamatan, anda disarankan munggunakan font "Arial" kerana ia merupakan font yang mudah untuk dibaca.
2) Warna
Penggunaan warna juga memainkan peranan. Warna tulisan dan warna background haruslah berbeza supaya apa yang ditulis dapat dibaca oleh mereka yang berada di dalam mesyuarat. Untuk menyuarat yang rasmi, elakkan menggunakan tulisan yang berwarna warni.
3) Bercakap Dengan Jelas.
- Ini merupakan satu elemen yang menentukan sama ada orang faham atau tidak dengan pembentangan anda. Sila bercakap dengan tempo yang perlahan tetapi cukup kuat dan jelas untuk didengari oleh semua orang disitu.
4) Bercerita tentang Slide.
- Bagi mereka yang mempunyai slide meterial, kalau boleh cuba bercerita tentang apa yang ditulis daripada membacanya satu persatu. Bercerita dapat mengurangkan rasa bosan kepada mereka yang mendengarnya.
- Seorang penyampai/presenter yang baik akan selalu berada dalam keadaan yang tenang walaupun kadang kala dilontarkan dengan soalan yang tidak djangka. Jika perkara ini berlaku, jangan tunjukkan rasa gelisah dan cuba jawab melalui pengetahuan yang anda ada.
Itu serba sedikit tips yang aku boleh berikan tentang pembentangan. Sebenarnya bukan semua orang boleh melakukan pembentangan. Sejujurnya aku sendiri bukan seorang presenter yang baik tetapi selepas melihat pembentangan demi pembentangan, aku rasa ini laa tips yang aku dapat share dengan korang semua.
Semoga tips aku ini dapat membantu korang melakukan satu pembentangan yang menarik. Kalau ade apa apa yang rasa nak tambah, sila berbuat demikian di ruang komen.
-Strider-
Perkongsian yang sangat2 manafaat... terima kasih banyak2
ReplyDeleteBetul. Tenang. Phew~
ReplyDeleteTulisan kena bagi org nampak n ofcs JELAS :D
Thanks brooo!
Sya buat pembentangn tepung,roti sya pndai..hehe..tq kongsi info azlan :)
ReplyDeleteNice sharing..selalunya ini keja Farid NZ ni.....
ReplyDeleteyang paling penting kena ada keyakinan diri yang mendalam ! hehe :D thanks for this tips abg Azlan :)
ReplyDeleteTerbaik...
ReplyDeleteKena relax masa buat presentation..baca selawat banyak-banyak..
ReplyDeleteHai, salam kenal. first time dtg blog ni.
ReplyDeleteBtw jom singgah blog sy :)
No 5 tu mmg penting.. klu x.. haru biru nnti.. apa pun x jadi.. :D T kasih diatas tips ini Strider.. :)
ReplyDeleteI love making the slide
ReplyDeleteBut
I hate do the presentation hikhik
:P
Mujurlah presentation ni just waktu kat kolej
Skrg bekerja takde buat seme ni hikhik
sangat bermanfaat semua tips ini.. dulu selalu sediakan bahan untuk pembentangan seperti slide, yang bentangkan bos..
ReplyDeletenice share.. nnti nk kena masuk hospital, tiap2 minggu nk kena bentang kes depan doktor dan specialist.. takut jugak.. heheh
ReplyDeletetips berguna, student ke pekerja ke semua guna ni huhu
ReplyDeleteika selalu nervous kalau nak buat presentation.... --'
Bro, thanks for the tips... Sejujurnya saya pun akan nervous sebelum start buat apa-apa presentation...
ReplyDeletenice tips..boleh la nanti rujuk sini...mana la tau nanti kena buat pembentangan bajet ker.. ehh.. hihi...
ReplyDeletebagus ni untuk student uni.. hihi
ReplyDeletenice sharing..selalu praktis membentang walaupun depan mak ayah..hihi
ReplyDeleteteringat waktu bljr dulu sllu kna bntang aje kn.. tapi lama2 jadi kebiasaan dan naik selfconfidnt... hasilnya bila sy kerja, sy mmpu jadi pengacara..
ReplyDelete