Tuesday, December 17, 2013

#1309 - P1 Wimax Sucks

Hye Readers,

Baru-baru ini aku ade terbaca pasal kemelut yang dihadapi oleh pelanggan P1 Wimax yang mendakwa mereka telah ditipu oleh syarikat telekomunikasi tersebut. Pada mulanya aku hanya mengambil ringan mengenai kes tersebut sehingga aku terjumpa satu facebook group yang dinamakan P1 Wimax Sucks.



Selaku salah seorang daripada pengguna P1 Wimax sudah tentu aku berasa agak curious sebab-sebab group ini duwujudkan. Setelah aku teliti, kewujudan group yang berkekuatan 16,245 orang ini adalah disebabkan masalah termination mereka keatas servis P1 Wimax

Rata-rata ahli group terbabit mempunyai masalah disenaraikan hitam oleh CTOS dan juga bill yang berjalan walaupun perkhidmatan telah ditamatkan. berikut merupakan beberapa screenshot yang aku dapat share ngan korang.





Secara logiknya, mustahil untuk service yang bernilai paling maximum pun RM169 untuk mendapat tunggakan melebihi RM1000 kerana selepas 3 bulan tak dibayar, perkhidmatan itu akan diberhentikan dan begitu juga jumlah bayaran.

Namun ada diantara mereka telah membuat laporan kepada SKMM mengenai isu ini dan mendapat maklum balas dari P1 yang menyatakan masalah itu berpunca daripada sytem auto billing mereka.



Apa-apa pun syabas kepada mereka yang mewujudkan group P1 Wimax Sucks ini kerana telah berkongsi maklumat dengan pengguna lain supaya tidak tertipu apabila mereka menamatkan perkhidmatan P1 Wimax nanti

So kalau korang rasa nak tamatkan perkhidmatan P1 Wimax ini aku suggest korang join group ini supaya korang dapat penjelasan tentang cara cara untuk menamatkan perkhidmatan mereka dan bagi mereka yang mempunyai masalah dengan P1 Wimax, mungkin mereka ini dapat membantu anda.

Regards.
Strider-

11 comments :

  1. aiza tak pernah lagi menggunakan p1 wimax.. ada kawan aiza yang menggunakan p1 juga mengadu masalah yang sama.. isi tabung2.. :D

    ReplyDelete
  2. so far ok jer dengan P1.. area rumah plak coverage tip top... kepada pengguna 'Be Smart'.. servis tak bagus terminate... dan klu masih dlm kontrak kene continue je lah.. hehe....

    ReplyDelete
  3. oh.. baru ingt nk guna p1 wimax ni.. xjadik la kalau cmni huhu.. thanks share info :D

    ReplyDelete
  4. Dah baca hari tu pasal kes P1 ni..memang teruk service dorg..haha..bayangkan hutang internet smp beriban-riban..tak logic kot..

    ReplyDelete
  5. niesa ada baca pasal ni..huhu..gila la sampai kena tipu smpai beribu2...nasib baik kat sini xde P1 wimax tu..

    ReplyDelete
  6. Ida sebenarnya baru 2 bulan guna P1 Wimax ni, biasa lah kontrak 2 tahun untuk unlimited... takut juga. Rumah Ida kat Damansara ni atas bukit memang Ida susah nak dapat coverage dari lain2 perkhidmatan. Dah cuba guna semuanya cuma Pi Wimax jer yang ok... terpaksalah...

    ReplyDelete
  7. Salam sejahtera semua, seperti kata si penulis, masalah kepada yang dah terminate account dan masih menerima sms menyatakan masih ada bil tertunggak. Paling dasat dah kena ctos. Saya adalah mangsa tersebut. Terminate account dan pulangkan device tahun 2009. Skrg setiap hari akan menerima sms dpd p1 sebanyqk >10 sms untuk settle. Mau tak gila.. Tak termasuk call dpd collector yang agak biadap lagak ahlong. Ugut2. Btw, sila lah layari fb p1 wimax sucks untuk mengetahui lebih lanjut permasalahan berkaitan. Bagi yang line ok tu takpe teruskan. Just peringatan sentiasa check bil dan kalau nak terminate tu make sure simpan semua bukti dan dokumen berkaitan.

    ReplyDelete
  8. Mmg serius lah klu smpi buat fb page dgn jumlah follower ramai mcm tu..

    ReplyDelete
  9. Setuju, line internet saya juga dah terpotong kerana tak bayar bil. Tetapi masih berjalan. Kalau mengikut print screen jawapan yang di berikan memang tak sama dengan panggilan di buat ke Customer Care. Sebab dia kata selagi tak habis bayar, selagi itulah bil akan berjalan. Tapi saya akan gunakan ilmu yang di kongsi di sini untuk berurusan dengan mereka. Terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete