Tadi aku ade terbaca berita kat NST tentang rampasan dadah yang dilakukan oleh polis Pulau Pinang yang bernilai lebih dari RM 200K dalam 2 serbuan berasingan. Ini bukan rampasan yang pertama dilakukan oleh pihak polis dan aku tak tahu berapa ratus kali polis harus lakukan operasi sebegini.
Untuk makluman Malaysia merupakan salah satu pusat transit yang popular untuk kegiatan dadah di asia tenggara ini (klik sini). Tetapi segala usaha untuk memerangi dadah itu ibarat sia-sia jika masih ada pengkhianat negara masih bebas melakukan apa saja.
Pengkhianat yang aku sebutkan ini ialah 4 pegawai Jabatan Kastam yang merupakan antara 11 orang yang ditangkap kerana didakwa terbabit dalam dua sindiket antarabangsa yang diseludup RM14 juta dadah ke Malaysia. Itu merupakan berita NST bertarikh semalam. (klik sini)
Sebagai rakyat jangan pula kita salahkan Jabatan Kastam kerana mereka ini hanyalah sebilangan kecil pegawai yang telah melanggar ikrar mereka sebagai seorang penguatkuasa? Kadang-kadang aku pelik apa yang mendorong mereka untuk melakukan kerja sebegini?
Ini merupakan satu tindakan yang patut dipuji kerana jika meraka tidak diberkas, kejayaan polis membenteras kegiatan dadah secara domestik tidak membawa makna kerana bekalan dadah itu akan terus masuk melalui pintu-pintu negara yang dah dibeli.
Syabas diucapkan kepada anggota PDRM dan Jabatan Kastam Negara yang terlibat dengan serbuan terbabit. Ini menunjukkan bahawa rakyat masih boleh bergantung kepada pasukan keselamatan negara dalam usaha menyekat kemasukkan dadah di dalam negara ini.
Regards,
-Strider-
duit membutakan mata.. mungkin mereka disogok dgn sejumlah wang banyak..
ReplyDeletehaish.. nasib baik dapat berkas...
ReplyDeletewahhhh hebat hebat (Y)
ReplyDeletehah.. baguslah. aktivit membanteras jenayah
ReplyDeleteYa...sekurang kurangnya masih ada pihak yang boleh dipercayai.
ReplyDeleteNtah la... tak tahu apa nak kata... kerana duit sanggup gadaikan maruah diri. Kesihan dengan anak isteri...
ReplyDeleteDuit punya pasal sanggup buat apa sahaja... Akhirat letak ketepi.
ReplyDeletedadah, arak dan rokok... patutnya benda2 ni smua tak wujud kat negara ni... huh
ReplyDeletebanyak pula penghianat tu, ada 4?
ReplyDeletesyabas
ReplyDeletesama2 kite membantu negara ke arah kejayaan terutamanya dlm membnteras dadah ni
Ini yang dikatakan, "Harapkan pagar, pagar makan padi"...
ReplyDeleteSyabas PDRM...
jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
ReplyDeleteinilah yg jdi bila seseorg tu salah guna kuasa..tergoda dgn ganjaran..mungkin sbb kos hidup semakin tinggi kot..hihi..sbb kes2 ni jgak la kerana nila setitik rosak susu sebelanga..apa2 pn syabas PDRM dan kastam..teruskan menjaga keamanan negara.. :)
ReplyDeletetahniah
ReplyDeletesinggah sini.. salam jumaat.. :)
ReplyDeleteowh kes ni aq x baca lg hari ni..tq sharing bro :)
ReplyDeletekalau semua bekerjasama dan takde sikap negative seperti rasuah ke etc etc tu semua mesti perkara macam ni boleh dibenteras dari terus berleluasa dalam negara kita...
ReplyDeletesanggup melihat & biarkan pemusnah bangsa itu dibawa masuk..emm semuanya mgkin krn wang
ReplyDeleteKesian bila mata di kaburi duit.. tak sempat nak berbelanja duit haram dah kene tangkap..
ReplyDeleteselamat berhujung minggu.. sama2 la bekerjasama dgn polis membanteras dadah.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. syabas PDRM!!
ReplyDeletesyabas
ReplyDeleteSyabas kpd PDRM & Kastam.. biasalah, dimana2 pun di dunia ni dlm yg bagus ada yg xak bagus.. nama pun manusia.. tp bukan bermakna jabatan tu yg tak bagus, org didlmnya yg membuat onar disebabkan nafsu mereka sendiri.. Semoga kejahatan dpt terus dibentras.. T kasih diatas perkongsian ini Strider!
ReplyDelete