Mula-mula aku baca berita ini aku pun kurang percaya. Nampaknya pendatang semakin berani sampai polis pun mereka nak serang. kejadian ini berlaku di Betong, Sarawak apabila sekumpulan pendatang asing menyerang anggota polis yang datang ke ladang itu untuk memberi bantuan selepas mendapat maklumat ada pekerja asing mengamuk.
Menurut laporan Metro dalam kejadian itu, seorang anggota polis berkenaan dipercayai telah tertembak mati seorang pekerja warga asing untuk mempertahankan diri. Difahamkan pekerja asing terbabit dan beberapa rakannya merancang untuk menyerang Balai Polis Pusa bagi meminta penjelasan mengenai kejadian itu.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi berkata, maklumat lengkap masih belum diperoleh dan masih menunggu gambaran sebenar kejadian sebelum membuat sebarang kenyataan dan Pasukan Gerakkan Am (PGA) telah dikerah ke lokasi untuk mengawal keadaan.
Aku sendiri tak paham macam mana mereka yang mencari rezeki di bumi Malaysia nie terpikir nak serang anggota polis guna parang. Adakah mereka ingat anggota polis Malaysia ini pakai chota?
Regards,
-Strider-
ya ampun...apa nak jadi la
ReplyDeletehaih..ganas sungguh!
ReplyDeletemereka2 ni memang semakin berani, mungkin disebabkan jumlah mereka yang semakin bertambah saban tahun..
ReplyDeleteerrr apakah ni...kalau nk bt mcm kt negara sendiri memang silap la..kn sedar2 kata menumpang di negara org..hantaq balik kg stg baru tau..huhu
ReplyDeletehadooiii .. ape mende la dorang ni .. kesian pak polisi tu .. : /
ReplyDeletemau jadi apa tuh orang -_-
ReplyDeleteMohon balik negara asal la kalau takda attitude
ReplyDeletejgn bagi muka sgt kat pendatang asing ni, nnt di pijaknya kepala kita.
ReplyDeletelaaaa...dah kenapa pula ni kan...banyak betul news pasal polis sejak akhir2 ni...
ReplyDeleteya Allah macam-macam sekarang nie
ReplyDeletesekali imbas tajuk tadi ingat pendatang asing seorang polis.. hati pon duk carut..apa ke pelik mesia neh ambik warga asing jadi polis..dah macam xde warganegara dah..akekeke... kali ke-2 baca baru jelas " Pendatang asing "serang" polis..bukan "seorang" kehkeh
ReplyDeletedekat tempat niesa pn byk sgt pendatang asing..dekat SCORE majoriti pekerja asing yg dorg ambik sebagai pekerja sedangkan org local byk n dorg x pandang tu..alasannya gaji pendatang asing lbh murah utk dibyar..huhu
ReplyDeleteishh.. dah la pendatang.. gulp..
ReplyDeleteish2.. x sedar diri menumpang kat sini, berlagak samseng plak....
ReplyDeleteIda bukan nak sokong pendatang asing dan salahkan polis...tentu ada sebab kenapa mereka memberontak. Betong ni ulu tau...di sana masih ramai penduduk yang menghormati dan takut dgn polis. Tidak mustahil jika ada segelintir polis yang ambil kesempatan ke atas mereka pendatang2 asing ni terutama yang tidak mempunyai dokumen perjalanan. Kerana tidak tahan ditindas dgn memberi wang perlindungan setiap bulan etc, tidak mustahil mereka memberontak. Ini hanya pandangan peribadi Ida sahaja.... harap2 ianya salah.
ReplyDeleteWarga asing ni dah semakin banyak mencabar kedaulatan negara kita... mmg kena cari punca & penyelesaian yg serius...
ReplyDeletekesian mati katak.. klau kena dgn rela boleh pecah kepala
ReplyDelete