Sunday, January 12, 2014

#1337 - Beli Barangan Rampasan

Hye Readers,


Sebenarnya taktik penipuan ini bukan satu isu baru. Kalau tak silap aku kali pertama aku dengar penipuan ini adalah ketika mula-mula kemasukkan telefon pintar (smartphone) kerana pada masa itu harga smartphone memang mahal.

Baru baru ini PDRM sekali lagi mengeluarkan peringatan terhadap kegiatan memperdaya orang ramai dengan menyatakan barangan murah boleh diperolehi kononnya daripada agensi kerajaan. Mangsa kebiasaannya terdiri dari kalangan pelajar institusi pengajian tinggi dan mereka yang baru menempuh alam pekerjaan.

Antara modus operandi yang digunakan:

Kes pertama
1. Mangsa menerima SMS / panggilan telefon daripada suspek yang mengatakan mempunyai kenalan di agensi kerajaan untuk menjual harta rampasan seperti TV plasma, laptop, telefon bimbit, kamera digital dengan harga murah. 
2. Jika bersetuju, mangsa dikehendaki membuat bayaran melalui akaun bank yang diberikan suspek. 
3. Selepas bayaran dibuat suspek gagal dihubungi.

Kes kedua
1. Suspek datang berjumpa mangsa dan mengaku rakan kepada Pegawai agensi kerajaan.
2. Suspek menawarkan untuk mendapatkan tender TV plasma, laptop, telefon bimbit , kamera digital dengan harga murah.
3. Suspek menghilangkan diri setelah mendapat bayaran tunai dari mangsa.

Kes Ketiga
1. Mangsa terlihat iklan mengenai jualan/lelongan barang rampasan agensi kerajaan dengan harga yang murah di laman web. 
2. Mangsa kemudian, menghubungi nombor telefon ‘orang tengah’ yang diberikan dalam laman web tersebut. 
3. Mangsa bersetuju dan membuat bayaran melalui akaun bank yang diberikan oleh suspek.
4. Suspek berjanji akan menghantar barang yang dikatakan tetapi sehingga laporan polis dibuat, mangsa tidak terima barang yang dijanjikan dan suspek gagal dihubungi.

Oleh itu aku juga ingin menasihatkan korang supaya membuat semakan dengan pihak berkenaan apabila menerima sebarang tawaran jualan barangan murah. Sebenarnya memang ada agensi kerajaan seperti Kastam menjual barangan rampasan mereka (klik sini) tapi lazimnya ia digunakan melalui kaedah yang sesuai.

Regards,
-Strider-

30 comments :

  1. macam-macam taktik penipuan sekarang nie yee..

    ReplyDelete
  2. Kesiannya kena tipu T_T

    p/s: qila click ikea!!!!

    ReplyDelete
  3. Kita nie mudah sangat percaya pada orang... apa pun lain kali, kena lebih berhati-hati...

    ReplyDelete
  4. kadang2 kita ni kurang dedahan pasal perkara ni, kesian pada mangsa2 yang pernah kena

    ReplyDelete
  5. janganlah percaya semua nie,. kepentingan diri sahaja dan gunakan pihak2 tertentu

    ReplyDelete
  6. mmg mcm2 cara dorg ni nak menipu org kan..mcm2 sindiket..tp niesa penah gak beli smartphone barang rampasan ni dr kastam..kihkih..

    ReplyDelete
  7. boleh jer beli kan...tp kena selidik betul2...

    ReplyDelete
  8. ooops tersalah tempat komen der, abaikan komen yg sebelum ni yer hahah... komen tadi tu utk entry yg ada fatwa yg mengharamkan perbualan lelaki perempuan kat internet tu huhuu...

    ReplyDelete
  9. oh pernah dgr pasal jualan brg rampasan..pasal penipuan ni..1st time dgr..huhu apa pun peringatan nt..kot le terkenan situasi cm dlm entry ni..;)

    ReplyDelete
  10. Oh tidak.. secara logiknya, takkanlah ada tiba-tiba orang SMS/Call whatsoever datang mengaku kita menang hadiah.. tak logik..
    tapi kes kastam jual kereta tu pernah berlaku kat saudara terdekat. nasib baik dia tak bayar, kalau tak confirm kena tipu punyalah..

    ReplyDelete
  11. Memang takkan terbeli barang rampasan. Takut tak ori atau rosak mana-mana part. Just beware jangan sampai tertipu.

    ReplyDelete
  12. mmg kena hati2 beli brgn on9 terutamanya...

    ReplyDelete
  13. jangan mudah terpedaya dengan taktik mereka.. menabung thesschool jaya one..

    ReplyDelete
  14. Dah lama dah perkara macam nie berlaku... dan kebanyakannya adalah bohong belaka.. tapi herannya ramai lagi yang masih tertipu dengan sindikit macam nie...

    ReplyDelete
  15. penipuan sana sini.. kita kena lebih berhati-hati la.. jgn mudah terpedaya.....

    ReplyDelete
  16. sekarang nie macam2 kes penipuan berlaku.... ish3...

    p/s: selalu beli barang murah dengan org yang dikenali jer.. hehee...

    ReplyDelete
  17. Perkongsian info yg sgt baik ni.. mmg patut kita semua ambil peringatan agar tak mudak terpedaya dgn tarikan2 utk mendapatkan gadget2 menarik yg kononnya dgn harga yg lebih murah.. Thanks sharing Strider..:)

    ReplyDelete
  18. Segala benda pun nak jadi bahan tipu duit org..haish!

    ReplyDelete
  19. oooo ade gak erk mereka yg menjual brg rampasan
    huish..x elok la kan..

    ReplyDelete
  20. kadang2 tu ada juga dpt sms mcm ni tp delete terus lg selamat. haha

    ReplyDelete
  21. Thanks for info ..Salam Maulidul Rasul 1435 Hijrah Strider...

    ReplyDelete
  22. nice share.. sng citer, jagn mudah terperdaya.. check dulu habis-habisan sebalum beli.. hehe

    ReplyDelete
  23. apa2pun semua kena hati2 kan... mcm2 skrg nie...
    My recent post : SEO CONTEST: Jom CUBA

    ReplyDelete
  24. Macam-macam penipuan sekarang yer

    ReplyDelete
  25. Jangan mudah diperdaya dgn jaminan harga murah dan sebagainya...waspada seau, t.kasih dgn info yg berguna nih..

    ReplyDelete
  26. tak nak dan harap2 tak berlaku laa pada ika case macam ni....

    ReplyDelete
  27. Thanks for the info...dah bermacam macam cara skrg ni :(

    ReplyDelete
  28. macam2 cara digunakan untuk cari duit skrg ni.. halal tak halal bukan dikira..

    ReplyDelete
  29. singgah sini lg.. nina selaju juga dpt kes penipuan kt email.. dimana2 saja org nk tipu. hehe.

    ReplyDelete