Hujung minggu yang lepas ramai orang membicarakan tentang laporan mengenai pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya dalam masa 3-4 bulan lagi mengikut laporan The Star. Ia juga telah mengundang pelbagai pandangan dari orang ramai dan ade yang setuju dan ada juga yang sebaliknya.
Dalam laporan tersebut Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir telah bersetuju untuk membuka Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas di Presint 3.
Secara teorinya pembukaan Hard Rock terbabit di pusat pentadbiran negara sebenarnya bukan lah sesuatu yang baru kerana Hard Rock Cafe juga dibuka di Washington DC yang merupakan pusat pentadbiran Amerika Syarikat.
Tapi apa yang menjadi peliknya ialah dalam kawaasn penduduk yang secara majoriti adalah melayu, Apakah pembukaan Hard Rock Cafe ini sesuai kerana seperti yang korang tahu, Hard Rock Cafe adalah sebuah restoran yang menjual minuman alkohol sebahagian daripada menu mereka.
Tapi memandangkan bakal "owner" kepada Hard Rock Cafe ini seorang beragama islam jadi aku rasa mungkin Hard Rock Cafe ini bebas alkohol. Tapi kalau keputusan dah pun dibuat. jadi kita sama-sama laa tunggu apa rancangan sebenar Hard Rock Putrajaya. Adakah ia akan havoc seperti di Hard Rock KL atau pun Pulau Pinang.
Regards,
-Strider-
Orang Islam tak perlu lah pergi ke Hard Rock cafe nie... Lagi pun, kita perlu menyahut gessan kerajaan untuk berbelanja berhemah...
ReplyDelete"setakat ini PPJ tidak menerima sebarang permohonan rasmi" - katanya...
ReplyDeletetapi kalau nak buat hard rock cafe tanpa alkohol, boleh la buat kasino tanpa perjudian pulak. heheheee...
hmm.. just wait n see.. :)
ReplyDeletepenjenamaan itu yg membuat org ingin membuka bisnis tersebut, tapi ianya haruslah berlandaskan hukum agama jika owner tersebut beragama islam.. ;-)
ReplyDeletemacam-macam...lama tak nampak...
ReplyDeletebersangka baik dulu sebelum tahu kebenaran hehe :)
ReplyDeleteYeah. Tunggu dan lihat sahaja hihi
ReplyDeleteharapnya bebas alkohol . Sanggup ker Tan Sri Syed Yusoff tangggung ' tempiasnya ' ?
ReplyDeleteAssalamualaikum azlan. diharap kalau betul2 nak bukan hard rock cafe, segala alkohol jangan dijual kat dalam tu.. sekian. hehehe ;p
ReplyDeletex tau nak kata apa...ada pun bagus..xde pun ok...sebab kat KL pun memang dah ada dan kita sedia maklum kan tentang apa yang ada kat sana..
ReplyDeletebgs la tu..halalan toiyiban
ReplyDeleteHarap2 tmpt tu bebas alkohol...macam tak kena pulak kalau ada jual miniman beralkohol...sbb tempat tu majority nya melayu dan owner pun melayu...apa2 pun....kita tunggu...
ReplyDeleteKatanya plan nak buat hard rock kat putrajaya tak jadi.
ReplyDeleteAlangkah bestnya kalau HR tu bebas alkohol. Takdelah serba salah sangat nak pergi. :D
ReplyDeleteada yang cakap tak jadi. sebab perbadanan putrajaya kuarkan statement tak jadi
ReplyDeleteHebat isu ni dilaman sosial facebook. Bukan setakat pro pembangkang, yg pro kerajaan pun tidak bersetuju. Baru sat tadi ida baca di mymetro, Tan Sri Aseh Che Mat memohon maaf dan HRC tidak akan dibina di Putrajaya
ReplyDeleteberita tbaru aku tngok ura2 nak wat hard rock x jadi kat putrajaya :)
ReplyDeleteberita tbaru aku tngok ura2 nak wat hard rock x jadi kat putrajaya :)
ReplyDeleteberita tbaru aku tngok ura2 nak wat hard rock x jadi kat putrajaya :)
ReplyDeletesemoga ianya bebas dari alkohol.. menabung churp2, tabung lain tak keluar..
ReplyDeleteMari kita lihat siapa yg kena hehee.. Nice sharing Strider.. :)
ReplyDeletekalau tak wujud pon rasanya takpe kot. kenapa nak buat perancangan yg mendatangkan keraguan pada orang ramai.. suka tau....
ReplyDeleteElok tak payah la ada hiburan dekat putrajaya tu. Jadi apa pulak nanti.
ReplyDeletesejujurnya sekali pun x penah sy masok hard rock cafe ni... huhuhu...
ReplyDeletehard rock cafe ni ke yang kata nak buat konsep islam tu??
ReplyDeleteemm yeke tak jual arak? yeke? haha tak yakin pulak rasa..;P
ReplyDelete