Sebelum aku tulis panjang-panjang biar aku terangkan sikit apa definasi "Kena Game" ini. Ia merupakan bahasa pasar di kalangan rakan-rakan aku yang membawa maksud "dianiaya" atau "dipermainkan". Aku tak tahu laa korang diluar gunakan bahasa yang sama. Kenapa aku cakap finalis AJL 28 kena game dan bukanya game on.
Ini gara-gara pihak pengurusan AJL yang menggunakan sistem undian sebagai penentu kemenangan untuk persembahan terbaik yang di menangi oleh Hafiz. Bukan aku tak menghormati kemenangan Hafiz tapi aku tak rasa ia merupakan persembahan terbaik malam itu.
Aku rasa peminat muzik kat Malaysia masih tidak dapat menilai sesuatu berdasarkan apa yang dipertandingan. Setiap kali ada undian-undian macam ini, yang menang selalunya penyanyi yang popular sahaja tambahan pengacara pun sering menggalakkan orang untuk mengundi artis yang diminati.
Bagi ade beberapa persembahan mengikut tema yang layak memenangi persembahan terbaik. Segala usaha finalis menyediakan prop, penari latar, penyanyi latar akhirnya sia-sia saja kerana mereka kalah dengan artis/lagu yang lebih popular.
Hopefully, tahun depan tiada keputusan yang akan ditentukan melalui SMS kerana semakin lama pertandingan dalan industri hiburan ini menjadi pertandingan popular. So far ia bukan merupakan AJL yang terbaik pernah dianjurkan dan pada pendapat aku AJL 28 masih lagi berada di zaman 90an.
Regards,
-Strider-
xpuas hati lah nie..hihik
ReplyDeletekalau guna sms, confirmlah artis AF conquer
ReplyDeletesalam. pada pendapat lan sape yg patut menang persembahan terbaik pd mlm tu?
ReplyDeleteAda betulnya tu Strider.. renung2kanlah.. mmg tak ke mana nnti industri musik kita klu asyik mcm ni shj.. thanks sharing.. :)
ReplyDeleteazlan n d typewriter bez...
ReplyDeleteyang bab undi tu..aq ckup x bkenan..mcm dah x de modal ajl.. sbab masih banyak lg psembahan yg manarik..contoh stcy... tapi yg pnutup smlam gempak masa zz..n daut nayanyi memang lagend,,
ReplyDeletesetuju.. undian sms sebenarnya tidak relevan.. peminat akan mengundi artis yg diminati.. bukan atas dasar kualiti, tetapi populariti..
ReplyDeleteSetuju.
ReplyDeleteSatu lagi, kata pertandingan yg mengangkat dan mengiktiraf komposer serta penulis lirik, tapi hampeh.. takde pun mereka diberi peluang berucap. Apa dah...
Kadang2 kemenangan berdasarkan undian saya rasa tidak begitu adil...pemenang biasanya org popular bukan orang yg memberikan persembahan terbaik pada pertandingan tersebut...bukat setakat AJL saja..tapi mana2 program yg berdasarkan undian..Sekadar pendapat.
ReplyDeleteterbaik....
ReplyDeleteBetul.
ReplyDeleteSelalu sebab popular kan?
Bukan sebab effort........
Dunia artis mmg selalu cemtu. Sigh.
Sedih hehe.
Samalah macam MLM xD
Hiks.
kita ok aje hafiz menang coz persembahan terbaik ni rasanya yang dapat memberikan emosi kepada lagu tersebut..tak perlu prop pun tak apa...
ReplyDeleteBetul juga apa dikatakan di atas. Macam ada tidak kena. SMS tak kena dengan AJL ni. Kalau macam tu tak payah pakai juri semua pakai SMS je.
ReplyDeleteHmm.. AJL skrg mcm x se best zmn dulu.. Lagu dulu gak yg sy minat... Yg akrg kurg mnyengat
ReplyDeleteHmm.. AJL skrg mcm x se best zmn dulu.. Lagu dulu gak yg sy minat... Yg akrg kurg mnyengat
ReplyDeleteSometimes, I see it pointless for some big talent events to be organised and in the end choosing the winner based on votes received rather than his/her real talents :)
ReplyDeletesetuju 110%
ReplyDeleteAssalamualaikum azlan, sheila tak tengok ni. so taktahu nak definasikan camne. tapi biasanya sheila pun tak setuju siapa yang menang kalau ada yang lebih layak. hehe mungkin dah tertulis, rezeki orang lain. sabar la ye (",)
ReplyDeleteNurul tak berkesempatan nak tengok AJL28.. nanti ade free nurul nak tengok online.. tapi Nurul bersetuju kalau pertandingan seperti ini diadili 'sepenuhnya' oleh mereka-mereka yang betul2 berkelayakan..
ReplyDeleteagreed... sepatutnya hafiz vokal terbaik n jaclin persembahan terbaik..
ReplyDeleteAJL tak sesuai gunakan format sms... sebab AJL bertujuan untuk mencari yang terbaik bukan yang terpopular kan...
ReplyDeleteouh?guna undian ke?ingatkan anugerah juara mobile tu yg guna undian..haha..nampak sgt xmengikuti perkembangan.. =_="
ReplyDeletesaya tgk AJL dekat stadium malam ahad tu.serius ckp,persembahan terbaik patutnya stacy yg menang.sbb dia menepati tema 'game on'..dgn prob,dgn dancer(elexcoldxhot),gimik pe semua memang patut stacy dapat.tp dah tkde rezeki dia kan..
ReplyDeletekena main la maksudnya kan... hmm setuju... tp undian sms ni semcm wajib skng..smuanya boleh buat duit tu bro.. peminat pulak undi yg mana mereka suka..sy ada tgk kat fb ramai kata Jac layak menang persembahan terbaik.. Hafiz pula vokal terbaik.. huhu
ReplyDeletepada yang juara tahniah kalau tak menang tak apa cuba lagi ok. jangan sedih sedih.
ReplyDeletebagi kat orang lain tak boleh ker? kesian mereka dah dia pernah dapat hu..entahlah tpi tahniah untuk dia.bukan tak suka.suka dia persemabahan ok jer..tapi macam tak ada juara yang lain jer..whualam.
ReplyDeletetiada yang gempak mana on game pakaian biasa sahaja.tapi tahniah pada semua sebab berjaya buat terbaik malam tu.bab kalah tolak tepi
ReplyDeletesalam. sy tak tengok AJL huhu pemenang pun sy tak tahu siapa-siapa :)
ReplyDeletetak tahupun ada Ajl mlm tu...faktor usia kottt
ReplyDeletehuhu entah bg sy mlm tu suara hafiz sedap & dia bwk lagu pun best..tp mgkin sistem SMS tu tak patut dibuat..sy pun xsetuju...
ReplyDelete