Untuk kali ini aku nak buat entry yang santai skit. Tajuk dia pun aku gunakan bahasa Inggeris sebab kalau translate bahasa melayu jadi tak berapa best untuk dibaca. Entry ini sebenarnya dah lama ade dalam draft cuma aku edit sikit-sikit mengikut kesesuaian.
Aku nak tanya pendapat korang semua tentang satu perkara. Setiap kali seseorang lelaki ajak seorang perempuan keluar, bagaimana kita nak define (terangkan) sama ada pelawaan lelaki tersebut adalah satu date ataupun its just normal hangouts??
Motif aku tanya sebab in realiti, kekadang ade perempuan yang sukar nak membezakan sama ada seorang pelawaan seorang lelaki itu bersifat "dating" atau pun "hangout". Lelaki pun ade gak yang keliru macam mana nak buat satu perlawaan bersifat hangout tu tak nampak macam "date".
Aku sebenarnya ada idea dan pendapat aku mengenai isu ini. jadi sebelum aku kemukakan pendapat aku, sekali sekala aku nak dengar pendapat korang dahulu..Jadi sila-sila laa drop komen anda semua, and nanti kita share pendapat masing-masing..hehe
Regards,
-Strider-
Assalamualaikum awak. isu ni, dah lupa la camne nak huraikan. hehe rasanyalah, kalau kawan lelaki ajak keluar, sheila anggap hang out. Kalau pakwe/suami ajak keluar, date la. hihi (",)
ReplyDeleteFor me senang je...if lelaki ajak keluar its just a first hangout...if dh lama kawan skit...baru boleh claim its a date...for SA la..mcm SA ngan cik abg la...dh kawan dah beberapa kali keluar then dia ajak dating on the special date...masa tu declare couple...until today...cuma kami belum meterai dengan ikatan kekeluargaan....
ReplyDeleteDEPEND LAH... ada ketikanya seorang perempuan boleh rasa ajakan seorang laki ada makna atau hanya sekadar kawan.
ReplyDeleteElok anggap sebagai hangout. Kalau dah bercouple barulah date...
ReplyDeleteemm kalau hangout can lead to date juga tu. it''s like a trial before dating. haha.. xpasti pula buddy.
ReplyDeletebagi aq ok saja ajak wanita kluar..tapi tiba2 trus tringat stament ustaz azhar idrus..haram mgajak wanita itu kluar kalau x de niat nak kahwini dia... errr.....:)
ReplyDeletemcm mana plak kes lelakiajak kluar..adakah akan dicop gay :)
ksimpulanya..smuanya atas niat :)
date kot sebab hangout lebih bersifat berkumpulan iaitu lebih dari dua org.
ReplyDeleteRasa macam susah plak nk bg pendapat..tu semua ikut hati perempuan kot...ehh..xpandai la nak explain..hahaha...
ReplyDeletesinggah click ikea je la..kihkih...
Hangout biasanya lebih santai..lepak2 dgn geng...Dating pada saya is one step up kot..lebih serious..mungkin dgn niat utk lebih mengenali...hehe..sekadar pendapat
ReplyDeletependapat sis mudah jer . klu sebelum pelawaan tu berlaku , hubungan yg terjalin sekadar kawan , maka hangout lah . Tapi kalau sebelum pelawaan tu berlaku , dalam hati sudah ada taman , maka jadi datelah . cuma taman dlm hati tu pada salah seorg saja atau keduanya . Kalau satu pihak jer , maka satu pihak akan anggap sebagai date dan satu pihak lagi akan anggap hangout . Kesimpulannya , selagi xde lafaz , pelawaan tu sekadar hangout jer . tapi ada gak yg salah faham ... heheheee ^_ ^
ReplyDeleteNormally hangout ramai-ramai. then agak santai tapi kalau date tu special sikit strider..
ReplyDeletebagi pandagan aiza kalau date dengan lelaki yang dah memang jadi teman lelaki (istimewa).. kalau hangout tu mesti ajak kawan-kawan lain juga keluar sama.. tak mungkin akan keluar dengan kawan lelaki berdua-duaan..
ReplyDeleteassalam, bunda singgah...
ReplyDeletehmm hmmm...
ReplyDeletedate or hangout ea...terpulang kepada macam mana seseorang tu define juga laa kan lan...macam ika....kalau date, ika anggap itu pelawaan yang serious...kalau hangout, setakat chill2 biasa dengan kawan2..susah laa nak describe in words adehhh T_T
pada ika tengok pada cara lelaki tu pelawa juga laa....rasanya dari situ kita boleh tahu dia ajak date ke hangout...kut hahahahha..tp bukan senang juga nak "baca" pelawaan dr lelaki or vice versa..
mana-mana tak kisah kot hee..asal kalau kita suka dengan orang tu kita keluar jelah.ater jangan keluar dengan tunang orang, suami/isteri orang dah ler heee..
ReplyDeleteker admin nak jumpa seseorang? cer cerita?
ReplyDeletekacang bin goreng je,,, kalau kuar hang out, expenses sendirian berhad .. kalau dating,, tgk movie dia belanja.. makan dia belanja... boling dia belanja... hantar balik plak bebetul semudah2nya untk org yg dia nk ngorat.. kalau hangout, bye2 kat lokasi tersebut n bawa haluan memasing... & bila dh balik tu.. kalau org tu sms "dh smpai umah?" haaaa.. jeng jeng jeng... ada makna lah tu.. normally kalau hang out.. lantak la dh smpai umah ke belum.. hehehehe
ReplyDeleteahh..kira dua dalm satu lah..hangout + dating..haha
ReplyDeleteBagi Nurul, kita bole merasakan ajakan tu lebih kepada date atau sekadar hangout bergantung dengan hubungan kita dengan seseorang tu.. kalau takde dag dig dug.. hangout la tuuuu :D
ReplyDeletebagus isu yg awk kupaskan ni.. heee..camne eh nak terangkan.. terpulang pd si perempuan kot nak definisikan sebagai apa.. kalo jenis cpt perasan maybe dok pikir lelaki ajak dating jer.. hikhik.. mcm sy dari pengalaman dedulu, keluar ngan hubby pun byk hangout sbb kami dedulu pun dari asalnya berkwn jer..bila nmpk dia serius ajak keluar tu pastu asyik2 berdua pulak, ok baru dpt rasa yg dia ajak dating sbnrnya..hahahaha.. itu dari pengalaman sy la.. :)
ReplyDeleteSupaya tak jadi istilah 'dating' tu rasanya soh la dia bawa kawan2 dia atau pun kita yang bawa kawan kita ~~~Ngee
ReplyDeletehang out = dalam group yang besar.... lepak santai orang melayu cakap...
ReplyDeletedate = berdua lebih baik...
hehehe....
Pada aku date ni lebih halus sikit, maksudnya klu org lelaki ajak mesti ada ayat2 bunga2 sket hehee.. tp klu hang out lebih simple spt.. "jom awak kita lepak2 minum ptg ni.. balik awal pun jem lah.. " haa.. nampak tak game mamat tu.. sbb hang out ni pun slow2 boleh membawa kpd date klu kena gayanya hahaa.. :D
ReplyDeletenak ajak hang out jangan guna ayat romantik sgt... cth..hujung minggu nie ko free tak..jom lepak kat mid valley.. kan ayat biasa je tu..hehe...
ReplyDeleteohh, tak pernah keluar dating, hangout tu banyak la... sembang2 kat kedai makan sambil ngeteh bila2 free ^^
ReplyDeleteapa ke hei nie bro... atee... depend la... kalau dah anggap girl tu, makwe... confirm date... kalau girl cuma kawan biasa... hang out laa... tuh pendapat teman jer... :d
ReplyDeleteSo, apa macam? Dah ada list down calon-calonnya ker...
singgah nak menabung tapi churps je yang ada...
ReplyDelete