Thursday, January 2, 2014

#1325 - Mutfi Perak Batu Api

Hye Readers,


Di sebalik keghairahan sambutan tahun baru 2014 penuh temasya oleh sesetengah pihak baru-baru ini, sebahagian rakyat Malaysia memilih untuk turun membantah kenaikan kos hidup yang bakal dihadapi. Aku mengambil keputusan untuk menyambut di Pulau Pinang dan tak berapa pasti apa yang berlaku di Kuala Lumpur

Namun melalui apa yang aku baca dari portal Malaysiakini Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

Ilmu agama aku tak ada laa tinggi macam mufti ni tetapi aku rasa belum ada ayat al-quran yang mengatakan yang kita perlu mengikut sahaja arahan daripada pemerintah tanpa boleh membangkang. Aku rasa mereka ini berhimpun lebih kepada salah satu cara untuk mengadu kepada kerajaan tentang apa yang sedang terjadi di jalanan.

Bagi aku biarlah pihak berkuasa sahaja yang uruskan hal perhimpunan ini kerana mereka lebih berpengalaman dan professional. Jika mufti perak ingin menegakkan isu "menghalal darah" ini dia boleh mula dengan membanteras gejala murtad.

Sy rasa isu perhimpunan ini, dah pun ada undang-undang tertentu dan biarkan tindakkan diambil oleh mereka yang layak.Sebagai Mufti saya rasa dia ni tak perlu tambah minyak tanah ke atas kemarahan orang yang datang berhimpun atau pendek kata menjadi batu api antara pihak berkuasa dengan golongan ini.

Regards,
-Strider-

29 comments :

  1. betul!
    ade plak kua statement mcm tu
    haish!

    ReplyDelete
  2. itulah gak rasa tak layak nak tegur mufti tapi tulah macam tak kena cara apa yang disampaikan oleh mufti tersebut. Tak faham agaknya situasi sekarang macam mana.

    ReplyDelete
  3. Aku rasa mereka ini berhimpun lebih kepada salah satu cara untuk mengadu kepada kerajaan tentang apa yang sedang terjadi di jalanan. aku stuju dgn ayat ko bro..salah satu cara rakyat memberi tahu dan msj kpada kerajaan.. :)

    ReplyDelete
  4. Amboi. Jgn lah sukahati je ckp cemtu kan strider?
    Hmm. Ikut jelah jibby tu hehehehe. *mata ke atas*

    P/s: qilah click nuff!!!! :D

    ReplyDelete
  5. Sy setuju sgt dgn awak..negara kita pun ada undang2...

    ReplyDelete
  6. betul tu, biarlah pihak berkuasa yang bertindak.. mereka pasti ada alasan tersendiri mengapa mereka menganjurkan perhimpuanan itu..

    ReplyDelete
  7. rakyat juga ada hak untuk bersuara.. menabung inti..

    ReplyDelete
  8. Rasanya salah faham saja kot...'definisi pemberontak' juga banyak huraiannya. Biasa lah mainan politik yang kadang2 di salah tafsirkan oleh penyokong politik2 tertentu. Kadang2 ayat yang dipetik tidak habis dan yang diwar2kan hanya sebahagian sahaja. Tok guru Nik Aziz pun sering menjadi mangsa seperti mufti perak ni. Tak pelik lah mainan politik sekarang ni...

    ReplyDelete
  9. sekiranya komen ustaz Harussani tu bersama hujah yang lengkap dan munasabah , maka perlu akurlah . Tapi klu setakat komen kosong , ramai ler yg marah kat fb karang ...

    ReplyDelete
  10. dia xrasa ke yg kita ni ditindas pemimpin?dgn kos sara hidup yg semakin meningkat..gaji banyak tu je..bukan nak kata x bersyukur..nak usaha lebih pun xkn nak kerja 24/7 utk tingkatkat taraf hidup..kita bukan robot..yg mufti ni pulak ckp seolah2 dia cuma mufti pada nama..entah la xtau la apa nk jd zaman sekarang.. *sigh*
    strider,niesa tlg click inti.. :)

    ReplyDelete
  11. terkejut monyet aku baca benda ni siang tadi. buat permulaan, aku anggap mungkin berita harian (sumber asal) tersilap lapor atau ada berlaku putar belit kenyataan beliau oleh editor akhbar terbabit. kita tunggu dulu apa komen beliau sama ada nak pertahankan kenyataan ni atau nak nafikan.

    ReplyDelete
  12. Yup kita pun pelik dengan statement dia..tak salah rasanya dia orang berhimpun untuk suarakan apa yang dia orang rasa.inikan demokrasi..Adakah ini yang dinamakan ulama akhir zaman..hmmm..

    ReplyDelete
  13. Wow...wow...sampai macam tu sekali dituduhnya.

    Saya tertarik dengan ulasan Dr.Maza tentang hal ini:
    "rakyat sahajakah yang patut selalu diingat agar taat pemerintah?! Bukankah pemerintah lebih utama diingatkan agar takutkan Allah dalam pengurusan harta rakyat jelata..."

    ReplyDelete
  14. Apalah mufti ni, apa yang aku tahu ramai yg tidak berpuashati ttg kepimpinan.. Kerajaan akan ttp wujud cuma kepimpinan shj yg berubah2. Dlm keadaan serba kenaikan skrng dgn kepimpinan kerajaan yg dilihat oleh kebanyakkan org sbg kurang mesra kpd rakyat, tidak sepatutnya seorang mufti berkata mcm tu. Mmg batu api & menambah serabut..

    ReplyDelete
  15. ika setuju dengan pendapat lan, siapa kita nak terus jatuhkan hukum kan orang macam tu je...walau apa pun yang berlaku, tak patut nak gunakan hukum agama sesuka hati..

    ReplyDelete
  16. Itu la pasal. Bila kita menegur kembali mufti, tak bermakna kita tak setuju dengan keilmuan beliau. Kita cuma tegur balik sebab tuduhan yang mufti lemparkan tu melampau. Bukan semua yang turun protes tu nak berontak, mereka cuma mahu suara dan keluhan kesusahan rakyat didengari oleh pihak kerajaan.

    ReplyDelete
  17. terkejut nie..baru baca aritikel ini.. ape ke hey nye yobb..??

    ReplyDelete
  18. SA pun setuju..ramai sgt yang melatah..payah..

    ReplyDelete
  19. Antara mufti yang tidak saya hormati... maaf kata ya.. banyak dah fatwa yang dikeluarkannya menyimpang jauh...
    Jangan MENJUAL agama untuk kepentingan peribadi... ingatan untuk kita semua...

    ReplyDelete
  20. huhu no komen la pasal ni...x berani nk bg pendapat takut bertelagah..hopefully kerajaan dgr suara rakyat ni..

    ReplyDelete
  21. mufti pun mcm2 hal la.. hadoii. eh azlan mai penang, xcakap pun. nina tgk bunga api dr rumah je

    ReplyDelete
  22. ika singgah menabung RHB, ikea n churps :)

    ReplyDelete
  23. Mcm ada yg x kena je jika seorg mufti kuarkn knytaan gtu.. Hnya Allah yg tahu..

    ReplyDelete